14 April 2008
MESYUARAT SEMAKAN DAN PEMURNIAN DOKUMEN KUALITI MS ISO 9001:2000
Mesyuarat ini bertujuan melakukan penambahbaikan Sistem Pengurusan Kualiti. Dalam mesyuarat ini segala pemurnian dilakukan terhadap dokumen yang terdapat dalam proses yang dilaksanakan di PPD Hulu Selangor. Tempat mesyuarat ini sebenarnya dijalankan di sebuah hotel yang terdapat di Tanjung Tuan(Cape Rachado), Melaka.
12 April 2008
KURSUS LEADERSHIP COACHING DAN MENTORING
Banyak ilmu baru dari segi melaksanakan peranan untuk melakukan coaching dan mentoring kepada orang lain, baik dalam organisasi atau sesiapa sahaja.
Terima kasih kepada pihak yang menganjurkan kursus.
Terdapat beberapa proses yang perlu dilalui dalam sesi coaching ini.
- Contect Interview - melibatkan active listening dan juga reflective questening
- Goal setting
- Observatian of leadership practice
- Descriptive feedback
- Evaluative feedback (coach listen) dan Evaluative feedback ( leader listen)
- Discusion / Ideas/ Reflective conversation.
05 April 2008
PEKELILING IKHTISAS KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
http://www.moe.gov.my/jns/index.php?option=com_content&task=view&id=97&Itemid=135
Selain pekeliling berkaitan, maklumat mengenai Jemaah Nasir boleh diperolehi di sini. Selamat mencuba
Pekeliling-pekeliling di atas jika tidak dapat dimuat turun boleh juga diambil daripada link berikut:
http://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=pekeliling&unit=utama&bhs=my
Selamat mencuba
24 March 2008
MESYUARAT ICTL PERINGKAT DAERAH HULU SELANGOR
Sekolah yang tidak menghantar wakil ialah:
1. SMK Dato Hj Kamaruddin.
2. SMK Kalumpang.
3. SM Sains Hulu Selangor
Saya tidak mahu mendengar cikgu ketiga-tiga buah sekolah ini mengeluh sendiri di sekolah tentang pelaksanaan program ini. Kita cuba mengumpulkan semua permasalahan yang akan dibawa oleh Jurulatih ICTL dalam mesyuarat peringkat negeri Selangor. Jika tidak ada wakil yang hadir bagaimana maklumat boleh dihimpunkan?. Terima kasih kepada semua guru yang hadir dan menyokong program ini. Semoga kelemahan seperti ini tidak akan berulang
Harap guru ketiga-tiga buah sekolah dapat menghubungi En Musalli b Md Sahid untuk diserahkan maklumat yang diperlukan bagi tujuan pengumpulan data dan maklumat ICTL daerah.
23 March 2008
KURSUS PENGUJIAN DAN PENILAIAN
Semoga semua guru yang hadir dapat mengumpul ilmu dalam Penilaian. Penilaian merupakan salah satu bahagian yang penting dalam pengajaran & pembelajaran. Banyak perkara yang akan dapat kita peroleh dalam pengujian ini. Kita boleh mendapatkan ilmu bagaimana sesuatu Item dalam peperiksaan itu disediakan. Guru-guru akan memahami bagaimana JSU (Jadual Spesifikasi Ujian) disediakan. Guru-guru juga akan mengetahui bagaimana sesuatu Item yang baik disediakan. Guru-guru juga akan mengetahui sesuatu ujian itu dari segi Kesahan dan Kebolehpercayaan.
Dapatkan segala aspek tentang pengujian sepanjang berkursus.
Maklumat yang diterima pada hari pertama, terdapat segelintir peserta kursus kita menunjukkan komitmen yang rendah. Saya rasa malu untuk menyatakan perkara tersebut. Walau bagaimanapun untuk mengelakkan perkara ini tidak berulang pada masa akan datang saya cuba membuat teguran di sini.
Bukankan kita kalangan guru yang dipilih. Rasanya kita sendiri di dalam kelas mengharapkan murid kita memberikan perhatian 100%, malah mungkin lebih daripada itu. Bagaimanakah tenaga pengajar yang mencurahkan ilmu untuk pertama kali kepada kita membuat penilaian. Rasanya sudah pasti penilaian yang negatif. Adakah itu yang kita mahukan.
Buat pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, ilmu pengujian dan penilaian ini cukup penting dan menarik. Ini berdasar pengelaman saya sendiri. Mengapa tidak tumpukan perhatian terhadap kursus.Jika kita kurang memberikan perhatian sudah pasti apa yang kita peroleh tidak akan dapat semaksimumnya. Alangkah ruginya, tuan-tuan hadir ke kursus ini tetapi tidak mendapat semaksimum mungkin faedahnya. Fikir dan renungkanlah perkara ini.


