PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

31 January 2009

TAKLIMAT PERKHIDMATAN GURU-GURU BARU DAERAH HULU SELANGOR 2009

Assalamualaikum...

Pada hari ini 31 Januari 2009, PPD Hulu Selangor telah mengadakan taklimat ini di Serendah Golf Resort mulai 8.30 pagi. Dalam majlis ini En Kamsah bin Mokhtar mewakili Tuan PPD, Tn Hj Suhaimi bin Rashid telah memulakan majlis dengan ucapan perasmian. Selepas itu En Kamsah mengambil kesempatan memberikan taklimat tentang organisasi PPD Hulu Selangor, terutama yang berkaitan dengan Pengurusan Sekolah.

Saya mewakili kumpulan pengurusan Akademik menyampaikan taklimat dari sudut Akademik. Dalam perjumpaan ini saya sempat menyentuh dan memperkenalkan semua pegawai Akademik di samping mata pelajaran yang diuruskan oleh setiap unit. Saya juga sempat menyentuh semua fungsi yang dimainkan oleh setiap pegawai Akademik. Saya juga menghuraikan secara umum prongram KPM yang diuruskan oleh Pengurusan Akademik.

Pada perjumpaan ini saya sempat memperkatakan sedikit perkara berkaitan:
1. Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
2. Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997
3. Surat Perkeliling Ikhtisas (SPI) dengan memberi beberapa contoh yang berkaitan dengan Kurikulum.

Di ruang ini sekali lagi, saya ingin mengucapkan selamat datang dan bertugas di Hulu Selangor. Sumbangan dan bakti cikgu-cikgu amat diharapkan. Saya mengalu-ngalukan sumbangan tuan-tuan dan puan-puan di daera ini pada masa akan datang. Semoga sumbangan semua akan memastikan Hulu Selangor akan bertambah meningkat dalam apa-apa juga aktiviti dan segala jenis pencapaian.

Sehingga jumpa lagi dalam ruangan yang lain. Selamat bertugas.