PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

07 August 2008

KARNIVAL PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN HULU SELANGOR

Pada 6 Ogos 2008 bertempat di SMK Bandar Sungai Buaya, telah selesai satu Karnival PSK yang dianjurkan oleh Unit Sains Kemanusiaan yang diuruskan oleh KU Sains Kemanusian Hulu Selangor, Tn Hj Sameon bin Sidik bersama-sama AJK Pelaksana yang terdiri daripada Panitia PSK daerah dan warga sMK Bandar Sungai Buaya.

Saya mewakili pihak PPD Hulu Selangor ingin merakamkan terima kasih kepada En Mohd Yusof bin Abdul dan rakan-rakan dari JPNS yang turut hadir semasa Karnival tersebut. Ucapan tahniah dan terima kasih tidak terhingga kepada semua warga SMK Bandar Sg Buaya kerana berjaya menguruskan karnival kali pertama ini. Karnival ini dianggap berjaya menarik tumpuan murid-murid dan guru yang hadir. Tahniah.

Saya percaya dengan adanya karnival seperti ini, pengajaran & pembelajaran PSK yang tidak mempunyai talian dengan peperiksaan akan dapat menarik semua pelajar dan murid untuk meminatinya. Secara tak langsung, tujuan untuk menerapkan segala nilai murni dan sayangkan negara kita kan dapat dihasilkan dengan baik.

PSK merupakan subjek yang menjadi pelengkap kepada semua anak didik kita. Kita berharap nilai tambah dalam pendidikan seperti ini akan menjadikan murid-murid memiliki nilai dalaman yang diperlukan dalam kehidupan mereka. Semoga tahun-tahun akan datang karnival ini dapat diteruskan demi kebaikan anak didik kita semua.

MESYUARAT EDUWEBTV DAERAH HULU SELANGOR

Jawatankuasa Eduwebtv Daerah Hulu Selangor telah dibentuk pada mesyuarat yang pertama lalu. Sebagai langkah awal Ahli Jawatankuasa ini akan mengadakan perjumpaan Kali kedua pada ketetapan berikut:

Tarikh: 27 Ogos 2008.
Masa 8.00 pagi - 5.00 petang.
Tempat: PKG Sungai Choh.

Dalam perjumpaan ini semua AJK yang telah dilantik akan dipandu oleh AJK yang telah mahir menggunakan internet untuk membuat ekplorasi terhadap laman web Eduwebtv. Dengan cara ini kita mengharap AJK akan mengetahui kandungan Eduwebtv ini lebih awal daripada guru Media yang dijangkakan akan menghadiri kursus selepas ini.

Bagi guru-guru yang berminat masih boleh melayari eb ini secara bersendirian. Sila layari http://www.eduwebtv.com/
Ada banyak video berkaitan pendidikan disediakan oleh KPM untuk semua guru. Kita mengharap dengan penggunaan guru dan murid-murid terhadap eduwebtv ini akan menambah keberkesanan pengajaran & pembelajaran guru-guru kita.

UJI BAKAT KEMASUKAN TINGKATAN 1 SEKOLAH SENI MALAYSIA 2009

Uji Bakat Sekolah Seni ini akan dijalankan pada ketetapan berikut:
Tarikh: 11 Ogos 2008.
Daftar: 8.00 pagi.
Tempat: PKG Kalumpang.

Sehingga tarikh tutup dan hari ini 7 Ogos 2008, pihak PPD Hulu SDelangor telah menerima 15 borang permohonan.

Semua 15 murid yang menghantar borang layak untuk uji bakat. Surat hadir uji bakat telah diedarkan kepada semua sekolah rendah. Sila dapatkan surat berkenaan.

Senarai yang telah hantar borang ialah:

1. Farah Fazira bt Muhamad Fauzi (SK KKB Satu) Seni Teater.
2. Kishendran a/l Paramilsuara (SK KKB Dua) Seni Teater.
3. Ili Amirah bt Ismail (SK Hulu Bernam) Seni Visual.
4. Khairun Najihah bt Ahmad Termizi (SK Hulu Bernam) Seni Visual.
5. Siti Zulaikha bt Hasan (SK Bukit Beruntung) Seni Tari.
6. Raqvindran a/l Bubalan (SK Bukit Beruntung) Seni Visual
7. Nur Faiqah Syaza bt Hussain (SK Bukit Beruntung) Seni Teater.
8. Nurul Farina bt Shahriman Teruna (SK Bukit Beruntung) Seni Visual.
9. Shah Redza bin Shahrin (SK Bukit Beruntung) Seni Teater.
10.Harith bin Rizuan (SK Bukit Beruntung) Seni Muzik.
11.Fatin Faridah bt Ahmad (SK Bkit Beruntung) Seni Tari.
12.Pavitra a/p Balan (SK Bukit Beruntung) Seni Tari.
13.Safiah Saffa bt Tengku Mamat (SK Bukit Beruntung) Seni Teater.
14.Nur Hazlenda bt Samad (SK bukit Beruntung) Seni Teater.
15.Ainul Syahidah bt Noor Faizal (SK bukit Beruntung)

Semua murid yang hadir uji bakat dikehendaki bersiap sedia. Sila bawa peralatan masing-masing untuk uji bakat. Sila bawa segala sijil asal yang pernah dimiliki oleh murid semasa uji bakat.

Uji bakat ini adalah sebagai syarat kemasukan ke sekolah Seni Malaysia sama ada ke Sekolah Seni Johor Bharu atau Sekolah Seni di Kuching Sarawak. Semoga semua yang hadir uji bakat akan berjaya uji bakat tersebut. Jika uji bakat ini lulus barulah segala syarat yang lain akan diambil kira.

Terima kasih kepada PKG Kalumpang kerana menyediakan tempat dan peralatan untuk uji bakat berkenaan.