PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

29 February 2008

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN NEGERI SELANGOR

Anugerah peringkat Daerah Hulu Selangor yang dijalankan pada 1 Mac 2008 di Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor. Jemputan yang dipastikan hadir ialah:

Perasmi: Dato G Palanivel (Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat)
Jabatan Pelajaran: Timbalan Pengarah Pelajaran (Tn Hj Bajuri bin Abdullah)

19 February 2008

MESYUARAT PANITIA KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL

Pada 19.02.2008, Mesyuarat Panitia KHB Kemahiran Teknikal telah dijalankan di SMK Kalumpag. Mesyuarat dihadiri oleh semua guru panitia / guru yang mengajar subjek KHB ini di sekolah.masing-masing.

SMK kalumpang akan menguruskan mesyuarat panitia subjek ini pada tahun 2008-2009. Semoga pengurusan panitia subjek KHB Kemahiran Teknikal akan dapat diuruskan dengan baik. Kita mengharapkan, semasa mesyuarat segala perancangan panitia dapat dibuat dengan baik.

17 February 2008

PANITIA TEKNIK & VOKASIONAL BERMESYUARAT

Pengerusi Panitia yang telah menetapkan tarikh mesyuarat panitia masing-masing ialah:
1. Panitia KHB Pertanian / Sains Pertanian (SMK Kg Soeharto) 12.02.2008 di SMK Kg Soeharto pada pukul 2.00 petang.
2. Pengerusi Panitia KHB Kemahiran Teknikal (SMK Kalumpang) 19.02.2008 di SMK Kalumpang pada pukul 2.30 petang.
3. Pengerusi Panitia KHB Perdagangan & Keusahawanan, Prinsip Perakaunan dan ICT (SMK Sungai Choh) di SMK Sungai Choh pada 26.02.2008, pukul 2.30 petang.
4. Pengerusi Panitia KHB ERT (SMK Dato Hj Kamaruddin) dan ERT (SPM) (SMK Bdr Baru Btg Kali ) di SMK Dato Hj Kamaruddin pada 27.02.2008 (8.30 pagi ). KHB ERT dan ERT selain mesyuarat melakukan aktiviti penyediaan soalan selaras.

Panitia lain seperti Ekonomi Asas dan Perdagangan masih belum menetapkan tarikh mesyuarat. Semoga pengerusi panitia melalui setiusaha panitia dapat berbincang segera dengan Penolong PPD Pengurusan Akademik tentang tarikh dan keperluan mesyuarat.

16 February 2008

PENCALONAN PANITIA SUBJEK TEKNIK & VOKASIONAL UNTUK ANUGERAH PENGURUSAN PANITIA DAERAH PERINGKAT NEGERI 2008

Tiga panitia yang dikehendaki bersedia sepenuhnya di daerah Hulu Selangor ialah:
1. SMK Kg. Soeharto (Pengerusi Panitia Sains Pertanian)
2. SMK Bdr. Baru Btg. Kali (Pengerusi Panitia Ekonomi Rumah Tangga)
3. SMK Kuala Kubu Bharu (Pengerusi Panitia Ekonomi Asas)

Kita berharap ketiga-tiga sekolah dapat menyediakan segala keperluan pengurusan panitia peringkat daerah dengan baik. Kita berharap segala yang perlu dalam pengerusan panitia dapat disediakan oleh jawatankuasa Panitia subjek berkaitan.

06 February 2008

SUKATAN PELAJARAN DAN HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

Untuk memudahkan semua guru untuk mendapatkan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran, bersama ini disertakan pautan yang sesuai digunakan.

Semoga ini dapat memudahkan tuan-tuan dan puan-puan jika masih tidak mempunyai bahan tersebut. Jika tuan-tuan tidak dapat mencarinya melalui web Kementerian Pelajaran Malaysia, tuan-tuan boleh klik pada:
http://myschoolnet.ppk.kpm.my/sp_hsp/sp_hsp.htm

Selamat mencuba.


MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Pada 12 Februari 2008. pukul 2.30 petang akan diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Anugerah Kecerlangan Pendidikan Kerajaan Negeri Selangor peringkat daerah Hulu Selangor. Mesyuarat akan dilangsungkan di PPD Hulu Selangor. Mereka yang dijemput ialah:
1. Pengetua-pengetua sekolah menengah.
2. Pegawai-pegawai di PPD Hulu Selangor.
3. Biro Pendidikan bagi 3 ADUN dan Parlimen Hulu Selangor.
4. Pegawai Teknologi PKG Kalumpang.

Mesyuarat ini akan membincangkan pemilihan Penyampai sijil dan perasmi majlis tersebut. Mesyuarat akan mencari jalan bila dan bagaimana majlis ini akan dilaksanakan.

Anugerah ini akan diberikan kepada pelajar PMR 2007 yang mendapat keputusan cemerlang. Hulu Selangor mempunyai 220 calon yang mendapat keputusan cemerlang.

22 SUBJEK MPV DI MALAYSIA

Berikut adalah subjek MPV yang ditawarkan di sekolah harian Akademik di Malaysia:
Pembinaan Domestik
Membuat Perabot
Seni Reka Tanda
Menservis Peralatan Elektrik Domestik
Katering dan Penyajian
Rekaan dan Jahitan Pakaian
Landskap dan Nurseri
Tanaman Makanan
Kerja Paip Domestik
Pendawaian Domestik
Kimpalan Arka Dan Gas
Menservis Automobil
Menservis Motosikal
Menservis Peralatan Penyejukan Dan Penyamanan Udara
Pemprosesan Makanan
Penjagaan Muka Dan Dandanan Rambut
Hiasan Dalaman Asas
Asuhan Dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Gerontologi Asas Dan Perkhidmatan Geriatrik
Akuakultur Dan Haiwan Rekreasi
Produksi Multimedia
Grafik Berkomputer

Subjek yang berwarna merah terdapat di daerah Hulu Selangor.

SELAMAT TAHUN BARU CINA

Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan "Selamat Tahun Baru Cina" kepada semua pendidik yang menyambut Tahun Baru Cina, terutamanya semua yang menjadi pendidik di daerah Hulu Selangor.

Semoga tuan-tuan dan puan-puan akan gembira menyambut sambutan Tahun Baru Cina. Bagi rakan-rakan lain yang pasti bersama-sama bercuti pada musim perayaan ini, berhati-hatilah kita sepanjang perjalanan ke mana-mana jua kita bergerak.

Bagi murid-murid, cuti seketika yang diberikan, harap gunakan sebaik mungkin. Janganlah melakukan aktiviti yang tidak berfaedah.

Semoga kita jumpa lagi dalam catatan yang lain.
Sekian, terima ksih.

03 February 2008

MAJLIS MENGANJAK PARADIGMA DAN MENYAMPAIAN SIJIL CEMERLANG HULU SELANGOR

Syukur Alhamdulillah. Majlis bersama Pengetua, Guru Besar, semua Penolong Kanan dan guru-guru pengajar UPSR, PMR, SPM dan STPM telah selamat dan selesai dilaksanakan pada hari Sabtu 2 Februari 2008 yang lalu di Akademi Bomba & Penyelamat Kuala Kubu Bharu.

Terima kasih kepada semua pegawai daripada Sektor Pengurusan Akademik kerana kerjasama tuan-tuan majlis ini berjaya dijalankan. Ucapan terima kasih saya mewakili pengurusan Akademik kepada semua yang sudi hadir dalam majlis tersebut. Rasanya tempat duduk di dalam Auditorium penuh, malah perlu ditambah dengan kerusi yang lain. Setakat yang saya ingat inilah majlis PPD Hulu Selangor di Akademi Bomba, peserta yang hadir melebihi kemampuan ruang yang sedia ada.

Minta maaf jika terdapat kekurangan sepanjang majlis tersebut. Minta maaf juga jika terdapat sebarang kekurangan dalam pengurusan dan makanan yang disediakan.

Walau bagaimanapun ini menjadi menanda awal bahawa pendidik-pendidik di daerah Hulu Selangor memang mempunyai komitmen yang tinggi, sehingga sanggup melupakan waktu cuti hari Sabtu untuk sama-sama berkumpul dalam majlis tersebut.

Tahniah kepada semua sekolah yang telah mendapat sijil Anugerah Kecemerlangan UPSR dan PMR 2007. Semoga ini dapat menggalakkan semua pihak untuk mula bergerak ke arah kecemerlangan pada tahun 2008.

Terima kasih Sektor Pengurusan Akademik kepada En Kamsah bin Mokhtar kerana sudi mewakili Tn PPD, Tn Hj Suhaimi (A.M.N) dalam penyampaian sijil kepada sekolah-sekolah yang berjaya.

Ceramah Motivasi yang disampaikan oleh penceramah diharap dapat sedikit sebanyak menyentuh hati kita kaum pendidik untuk meneruskan tugas dan kerja kita sebagai guru. Terima kasih kepada penceramah, En. Ismail Hashim bin Junaidi daripada Jabatan Perdana Menteri.

Semoga pelaksanaan majlis ini memberi kekuatan kepada semua untuk melaksanakan majlis lain yang akan dianjurkan pada masa akan datang.