PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

13 March 2008

SUKATAN DAN HURAIAN SUKATAN PELAJARAN MPV

Tuan-tuan boleh dapatkannya melalui link berikut:
http://myschoolnet.ppk.kpm.my/sp_hsp/vokasional.htm
Semoga ini dapat membantu guru-guru MPV yang sedang menjalankan tugas di sekolah-sekolah.

Sekian. Terima ksih.

Penolong PPD Pengurusan Akademik
PPD Hulu Selangor

SUKATAN PELAJARAN DAN HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

Jika masih terdapat guru-guru yang tercari-cari maklumat berkenaan, tuan-tun dan puan-puan boleh klik pada link berikut:
http://myschoolnet.ppk.kpm.my/sp_hsp/sp_hsp.htm

Semoga ini dapat membantu semuanya.

MODUL ICTL SEKOLAH RENDAH

Guru-guru yang melaksnakan program ICTL sekolah rendah bagi tahun 1,2 dan 3 boleh mendapatkan modul daripada web berikut:

http://myschoolnet.ppk.kpm.my/ictl/index.htm

Semoga ini dapat membantu tuan-tuan dan puan-puan semua.

SUBJEK SEKOLAH MENENGAH

Mata Pelajaran Sekolah Menengah

Peringkat Menengah Rendah: Tingkatan 1 - 3

Mata Pelajaran Teras:
Bahasa Melayu
English Language
Mathematics
Science
Sejarah
Pendidikan Islam
Pendidikan Moral
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

Mata Pelajaran Wajib:
Geografi
Pendidikan Jasmani
Pendidikan Kesihatan
Kemahiran Hidup
Pendidikan Seni Visual
Pendidikan Muzik.

Mata Pelajaran Tambahan:
Bahasa Cina
Bahasa Tamil
Bahasa Arab
Bahasa Iban
Bahasa Kadazandusun
Bahasa Jepun
Bahasa Perancis
Bahasa Jerman

Peringkat Menengah Atas: Tingkatan 4 - 5

Mata Pelajaran Teras:
Bahasa Melayu
English Language
Mathematics
Science
Sejarah
Pendidikan Islam
Pendidikan Moral
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

Mata Pelajaran Wajib:
Pendidikan Jasmani
Pendidikan Kesihatan

Mata Pelajaran Tambahan:
Bahasa Cina
Bahasa Tamil
Bahasa Arab
Bahasa Iban
Bahasa Kadazandusun
Bahasa Jepun
Bahasa Perancis
Bahasa Jerman
Mata Pelajaran Elektif:
Kesusasteraan Melayu
Literature in English
English for Science and Technology
Pendidikan Seni Visual
Pendidikan Muzik
Geografi
Ekonomi Asas
Additional Mathematics
Additional Science
Physics
Chemistry
Biology
Information and Communication Technology
Reka Cipta
Sains Sukan
Pembinaan Domestik
Membuat Perabot
Seni Reka Tanda
Kerja Paip Domestik
Pendawaian Domestik
Kimpalan Arka dan Gas
Menservis Automobil
Menservis Motosikal
Menservis Peralatan Penyejukan dan Penyamanan Udara
Menservis Peralatan Elektrik Domestik
Rekaan dan Jahitan Pakaian
Katering dan Penyajian
Pemprosesan Makanan
Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut
Hiasan Dalaman Asas
Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Gerontologi Asas dan Perkhidmatan Geriatrik
Landskap dan Nurseri
Akuakultur dan Haiwan Rekreasi
Tanaman Makanan
Grafik Berkomputer
Produksi Multimedia
Mechanical Engineering Studies
Civil Engineering Studies
Electrical & Electronic Engineering Studies
Engineering Drawing
Pengajian Agroteknologi
Sains Pertanian
Pengajian Keusahawanan
Perdagangan
Prinsip Perakaunan
Pengajian Pakaian
Pengurusan Makanan
Ekonomi Rumah Tangga
Engineering Technology
Fundamentals of Programming
Program and Development Tools
Pola Pakaian
Membuat Pakaian
Roti & Makanan Yis
Patisserie
Penyediaan Masakan Barat & Timur
Penyediaan Makanan & Minuman
Persolekan
Dandanan Rambut
Pengajian Perkembangan Kanak-Kanak
Perkhidmatan Awal Kanak-Kanak
Bahan Binaan
Teknologi Binaan
Prinsip Elektrik & Elektronik
Aplikasi Elektrik & Elektronik
Pemesinan Berkomputer
Amalan Bengkel Mekanikal
Penyejukan
Penyamanan Udara
Automotif Kenderaan
Automotif Elektrik dan Disel
Kimpalan Arka
Kimpalan Gas
Kejenteraan Pertanian
Hortikultur Hiasan & Lanskap
Pengeluaran Tanaman
Pemprosesan Hasil Pertanian
Pengeluaran Ternakan
Teknologi Pejabat Perniagaan
Aplikasi Komputer Dalam Perniagaan
Perakaunan Perniagaan
Applied Science
Animasi dan Rekabentuk Penerbitan
Penerbitan Multimedia Kreatif
Sistem Sokongan Komputer
Sistem Sokongan Rangkaian
Asas Kemahiran Pelancongan
Pelancongan dan Rekreasi
Bahasa Arab Tinggi
Tasawwur Islam
Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
Pendidikan Syariah Islamiah

SUBJEK SEKOLAH RENDAH

Mata Pelajaran Sekolah Rendah

TAHAP 1 - Tahun 1 - 3

Prasekolah

Komponen:
Bahasa dan Komunikasi
Perkembangan Kognitif
Kerohanian dan Moral
Perkembangan Sosioemosi
Perkembangan Fizikal
Kreativiti dan Estatik


Sekolah Rendah

Mata Pelajaran Teras:

Bahasa Melayu
English Language
Bahasa Cina (SJKC)
Bahasa Tamil (SJKT)
Mathematics
Science
Pendidikan Islam
Pendidikan Moral


Mata Pelajaran Wajib:

Pendidikan Jasmani
Pendidikan Kesihatan
Pendidikan Seni Visual
Pendidikan Muzik
Mata Pelajaran Tambahan:
Bahasa Cina Komunikasi
Bahasa Tamil Komunikasi
Bahasa Arab Komunikasi
Bahasa Iban (bermula tahun 3)
Bahasa Semai (bermula tahun 3)


TAHAP 2 - Tahun 4 - 6

Mata Pelajaran Teras:
Bahasa Melayu
English Language
Bahasa Cina (SJKC)
Bahasa Tamil (SJKT)
Mathematics
Science
Kajian Tempatan
Pendidikan Islam
Pendidikan Moral
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Mata Pelajaran Wajib:
Pendidikan Jasmani
Pendidikan Kesihatan
Kemahiran Hidup
Pendidikan Seni Visual
Pendidikan Muzik


Mata Pelajaran Tambahan:

Bahasa Cina Komunikasi
Bahasa Tamil Komunikasi
Bahasa Arab Komunikasi
Bahasa Iban
Bahasa Kadazandusun
Bahasa Semai.

EMPAT ASPEK DIUTAMA PERTINGKAT PENDIDIKAN

Empat aspek diutama pertingkat pendidikan
Oleh Syuhada Choo Abdullah

Pentadbir sekolah, guru perlu kerjasama pacu kecemerlangan SEKURANG-KURANGNYA empat perkara perlu diberi penekanan utama dalam penggemblengan usaha dan komitmen warga pendidik mempertingkatkan kecemerlangan pendidikan negara, tahun ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata satu daripadanya ialah menjadikan semua sekolah sebagai institusi pembelajaran menarik dan berkesan.

Dalam konteks ini, beliau berkata, antara aspek penting perlu dititikberatkan ialah penyediaan infrastruktur yang sentiasa kemas, bersih serta teratur, termasuk bilik darjah dengan persekitaran kondusif dan selesa yang mampu menjana minat pelajar menimba ilmu pengetahuan serta menjalani keseluruhan proses pendidikan dengan baik.

“Perkara ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia memainkan peranan cukup signifikan dalam membantu memacu kecemerlangan pendidikan negara,” katanya kepada Berita Harian sempena sambutan tahun baru, semalam.

Seterusnya, Alimuddin berkata, pengetua dan guru besar perlu menjalinkan hubungan kerjasama utuh dengan pihak guru untuk memastikan kelancaran agenda mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Bagi mencapai matlamat itu, katanya, mereka juga perlu sentiasa membuat pemantauan terhadap proses pengajaran guru di bilik darjah, sekali gus memberi bimbingan untuk penambahbaikan berterusan.

Selain itu, beliau berkata, guru wajar sentiasa meningkatkan keupayaan diri serta mengambil inisiatif memanfaatkan alat bantu mengajar terkini seperti kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai strategi meningkatkan kualiti serta keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

“Satu lagi perkara yang mesti diberi tumpuan serius sepanjang tahun baru ini ialah melengkapi pelajar dengan pelbagai kemahiran melalui kegiatan kurikulum dan juga kokurikulum.
“Pihak sekolah mesti berperanan mengadakan pelbagai aktiviti pembangunan kemahiran pelajar seperti dari segi komunikasi, kreativiti dan inovasi, berbahasa serta penguasaan ICT.


“Di samping itu, memantapkan pembangunan sahsiah pelajar dan menggalakkan mereka supaya sentiasa bersaing secara sihat untuk mencapai kejayaan,” katanya.

Tidak ketinggalan, Alimuddin berkata, pihak sekolah perlu berusaha merapatkan hubungan dengan ibu bapa serta agensi luar menerusi program kerjasama untuk membantu meningkatkan kualiti pendidikan institusi masing-masing.

Beliau berkata, ini kerana pihak berkenaan memiliki kelebihan dari segi kewangan dan juga kemahiran, secara langsung boleh memberi bimbingan demi kepentingan pembangunan di sekolah.

Dalam pada itu, katanya, pengetua, guru besar dan keseluruhan warga pendidikan diharap meneruskan azam, tekad serta semangat tahun baru untuk berusaha mencapai matlamat Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan (PTPP).

“Pengetua dan guru besar harus memastikan sekolah masing-masing terus diperkasa dan berkembang maju mencapai matlamat ditetapkan Kementerian Pelajaran.

“Bagi pelajar pula, manfaatkan peluang pendidikan disediakan kerajaan seperti pemansuhan yuran khas sekolah dan pemberian buku teks percuma mulai tahun ini,” katanya.

Petkan ini dambil daripada:
http://www.ppk.kpm.my/

Ditaip oleh:
Penolong PPD Pengurusan Akademik
PPD Hulu Selangor