PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

08 December 2007

1 TAHUN BLOG INI DISEDIAKAN

Blog ini sudah menjangkau 1 tahun saya kendalikan. Syukur Alhamdulillah saya masih diberikan kekuatan untuk terus menyediakan maklumat di ruang ini.Saya tetap berdoa semoga diberikan terus kekuatan untuk menulis dan menyampaikan maklumat pendidikan khasnya untuk Daerah Hulu Selangor.

Semoga tahun-tahun berikutbya makin banyak maklumat yang berfaedah dapat dimuatkan di ruang ini. InsyaAllah.

04 December 2007

MESYUARAT AJK KELAS RANCANGAN KHAS (KRK) DAERAH HULU SELANGOR

Pada 04 Disember 2007 suatu mesyuarat KRK Daerah Hulu Selangor telah diadakan di SMk Dato Hj Kamaruddin, Kuala Kubu Bharu. Mesyuarat dihadiri oleh Pengetua, Penolong Kanan dan Penyelia KRK sekolah pelaksana KRK. Sekolah terlibat ialah:
SMK Dato Hj kamaruddin.
SMK Syed Mashor.
SMK Sg Choh.
SMK Bukit Sentosa
SMK Taman Bunga Raya.

Dalam mesyuarat ini PPD diwakili oleh Penolong PPD Pengurusan Akademik dan Penyelia Sekolah Menengah, Pengurusan Sekolah, iaitu En Rozali b Mazlan dan Tn Hj Rahim bin Omar.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Mazmin iaitu pengetua SMK Dato Hj Kamaruddin selaku Yang diPertua PKPSM daerah Hulu Selangor. Dalam mesyuarat ini telah memilih dan melantik AJK Induk KRK daerah Hulu Selangor.

Pengetusi : Tuan PPD Hulu Selangor.
Naib Pengerusi: Pengetua SMK Dato Hj Kamaruddin.
Setiausaha: Pengetua SMK Sg Choh.
Bendahari: Pengetua SMK Taman Bunga Raya(1)
Urusetia Akademik: Pengetua SMK Syed Mashor.
Urusetia Kokurikulum: Pengetua SMK Bukit Sentosa.

Setiap Pengetua yang menjadi peneraju akan melantik kumpulan guru dari sekolah masing-masing sebagai AJK bagi melengkapkan AJK masing-masing. Setiap biro diminta membawa rancangan masing-masing pada perjumpaan yang akan datang.

Ahli sebulat seuara akan menyeragamkan pungutan wang bagi program KRK bagi setiap pelajar. Setiap Pengetua dikehendaki menyatakan maklumat ini dalam perjumpaan dengan ibu bapa KRK sekolah masing-masing dan membawa usul ini dalam mesyuarat PIBG sekolah masing-masing. Persetuuan PIBG adalah penting untu pungutan wang sebegini rupa. Jika PIBG tida bersetuj, pungutan bayaran ida boleh dibuat.

Mesyuarat juga cuba mengenal pasti kekuatan guru-guru yang terdapat di sekolah masing-masing untuk program pada tahun 2008. Cadangan Aktiviti tahun 2008 dalam bidang Kokurikulum:
1. Perbahasan dan public speaking di kalangan pelajar KRK tingkatan 1 dan 2.
2. Perkemahan KRK daerah dicadangkan di FRIM Kepong,pada cuti pertengahan semester pertama (Mac). Segala detailnya akan dibincangkan lagi kemudian.
3. Khidmat Masyarakat KRK dengan nama "Bersamamu KRK". Mungkin boleh dibuat di rumah orang miskin atau rumah-rumah anak yatim atau lain-lain. Dicadangkan sekolah tubuhkan Kelab Khidmat Masyarakat di sekolah-sekolah yang boleh dianggotai oleh murid KRK.

Dalam bidang Akademik pula cadangannya ialah:
1. Kelas tambahan KRK dijalankan di sekolah masing-masing. Kelas tambahan ini perlu diawalkan supaya mengelakkan tanggapan kelas tusyen di luar telah berjalan awal, mereka tidak mahu menyertai kelas tambahan yang sudah terlewat.
2. Seminar teknik menjawab KRK bagi 2 buah sekolah yang akan menduduki peperiksaan PMR tahun 2008.
3. Menyediakan rancangan tahunan khas bagi KRK supaya sukatan pelajaran KRK dapat dihabiskan pada seawal mungkin, iaitu Julai 2008, untuk membolehkan sukatan pelajaran tingkatan berikutnya dapat dimulakan.
4. Soalan selaras bagi kelas KRK.
5. Modul latih tubi KRK yang akan disediakan oleh guru-guru KRK.
6. Modul latih tubi terancang semasa cuti persekolahan yang akan disediakan juga tahun 2008.

02 December 2007

MALAYSIA BERSAMA UNESCO


Petikan Akhbar. Petikan ini diambil daripada Web Portal Pendidikan Utusan

Malaysia kini ahli Lembaga Eksekutif UNESCO

PELANTIKAN Malaysia sebagai ahli Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) menunjukkan pengiktirafan dunia sekali gus menolak dakwaan sistem pendidikan negara ini tidak baik.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, negara luar memandang tinggi kepada Malaysia justeru label tidak baik yang dibuat oleh beberapa pihak dalam negara termasuk akhbar tertentu adalah tidak benar.
``Ini juga memberi peluang kepada Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk menimba pengalaman baru kerana UNESCO turut dianggotai negara-negara maju, dalam hubungan ini kita akan dapat pandangan dan maklumat yang boleh diguna pakai dan memberi pembaharuan yang menguntungkan kepada negara,'' katanya.
Negara juga katanya, akan menjadi pemain utama di peringkat antarabangsa secara tidak langsung imej Malaysia dipertingkatkan di persada dunia.
``Banyak idea baru di peringkat antarabangsa boleh ditingkatkan di negara,kita boleh menjual pendidikan kepada negara luar seperti program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan teknologi komunikasi maklumat (ICT) yang turut menarik perhatian banyak negara sekarang,'' katanya.
Alimuddin juga menegaskan kepelbagaian aliran pendidikan di negara ini dengan mewujudkan sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil turut menjadi kekuatan negara kerana negara lain tidak mampu melaksanakannya.
``Sumbangan Malaysia terhadap pendidikan di peringkat antarabangsa contohnya menjadi tuan rumah persidangan di peringkat antarabangsa juga mendapat perhatian negara luar,'' katanya.
Malaysia juga sering menerima pegawai-pegawai pendidikan, pengetua dan guru besar serta guru daripada pelbagai negara untuk mendapat latihan dan kursus.
``Negara sebenarnya telah menjadi penyumbang kepada pendidikan negara-negara yang memerlukan seperti Acheh, Thailand, Kemboja, Maldives dan beberapa negara Afrika,'' jelasnya.
Beliau turut menjelaskan kewibawaan negara yang menjadi pemimpin negara Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC), Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM), aktif dalam negara-negara Komanwel dan Asean memberi gambaran positif negara.
Malah negara lain memandang tinggi pencapaian Malaysia dalam ekonomi, kestabilan politik, sosial penduduk pelbagai kaum yang dapat hidup aman damai.
``Keperibadian Hishammuddin yang telah menarik perhatian perwakilan malah beliau diberi peluang berucap sebanyak dua kali iaitu hari pertama dan ketiga, seterusnya berucap bagi merumus pandangan 40 Menteri Pelajaran seluruh dunia yang berucap sebelumnya,'' katanya.



LAWATAN KE SMK AL-MASHOOR (L) PULAU PINANG

Semasa mesyuarat perancangan ICT tahun 2008 di Pulau Pinang, lima daerah terlibat dalam program ini, iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Sepang, Kuala Langat dan Hulu Selangor. Pada 30 November 2007 semua ahli mesyuarat sempat membuat lawatan ke sekolah di Pulau Pinang.

Saya sempat mengetua rombongan ke SMk Al-Mashoor (L) Pulau Pinang, sebuah sekolah Kluster. Terima kasih kepada pihak sekolah khsnya kepada Tuan Pengetua, Tn Hj Shamsuddin, kerana sudi menerima kunjungan kami walaupun sekolah sedang bercuti.

Kami dari Selangor ingin merakamkan ribuan terima kasih kerana menerima kami. Tidak lupa kepada pihak JPN Pulau Pinang yang membantu dan memberikan kerjasama dalam lawatan kami.

Bagi ahli rombongan, semoga terdapat perkara-perkara baru yang dapat dipelajari daripada lawatan tersebut.