PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

31 March 2007

anugerah guru ict peringkat kebangsaan 2007




ANUGERAH GURU ICT DAN PEMIMPIN ICT TAHUN 2007.

Tahniah kepada En Abd. Shukor bin Yusof, Penolong Penyelaras makmal komputer SMK Sungai Choh kerana telah dipilih untuk penilaian seterusnya, iaitu peringkat kebangsaan, sebagai Tokoh Guru ICT sekolah menengah.

Beliau akan mewakili negeri Selangor peringkat Kebangsaan. Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Kementerian Pelajaran Malaysia akan melakukan penilaian akhir untuk mendapatkan tokoh peringkat kebangsaan.

Tahniah kepada SMK Sungai Choh dalam hal ini. Semoga beliau akan dapat mengharumkan nama daerah Hulu Selangor. Kita berdoa semoga namanya akan tercatat sebagai tokoh guru ICT peringkat kebangsaan.

Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
31.03.2007
12 Rabiulawal 1428.

mesyuarat ict dan ictl bersama ppk di sandakan


Ketua Unit Teknologi & Vokasional menghadiri mesyuarat bersama PPK:

27 hingga 29. Mac 2007
Hotel Sandakan, Sabah

PPK banyak memberi taklimat tentang pelaksanaan mata pelajaran ICT sekolah menengah. PPK juga menerangkan pelaksanaan ICTL sekolah rendah yang akan memasuki tahun 3 pada tahun 2007. ICTL tingkatan 1 akan memulakan pelaksanaan pada tahun 2007 di peringkat tingkatan 1.

Lawatan juga telah diatur ke beberapa buah sekolah untuk menyaksikan pelaksanaan program dan subjek ICT.

Semasa di Sandakan peserta dan KUTV telah mengambil kesempatan melawat tempat Pemeliharaan Oranghutan di Sipilok semasa kelapangan. Bersama ini disertakan beberapa gambar semasa berada di Sandakan. Rakan KUTV Selangor boleh dapatkan daripada album ini.

http://picasaweb.google.com/kutvppdusel/GambarSandakan


Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
31.03.2007
12 rabiulawal 1428.

26 March 2007

bengkel bidang teknik vokasional

DUA BENGKEL TEKNIK & VOKASIONAL DALAM MASA TERDEKAT

Bengkel Mata Pelajaran Perdagangan
29 Mac 2007 (Khamis)
SMK Serendah
08.00 pagi

Surat baru diedarkan pada hari ini 26.03.2007. Sesiapa yang telah terbaca kenyataan pada blog ini tolong sebarkan pada guru berkaitan atau pada guru sekolah yang mungkin anda kenali. Semoga tidak ada masalah dalam hal ini.

Bengkel Mata Pelajaran Ekonomi Asas
12 April (Khamis)
SMK Syed Mashor
08.30 pagi

Surat baru diedarkan pada 26.03.2007. Sesiapa yang telah terbaca kenyataan ini tolong sebarkan maklumat ini kepada guru-guru Ekonomi Asas.

Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
26.03.2007
07 Rabiulawal 1428.

20 March 2007

Ketua Bidang Teknik Vokasional SAM Tinggi KKB

TAHNIAH KEPADA PN NORZALINA
SAM TINGGI KKB

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Ketua Bidang Teknik & Vokasional SAM Tinggi KKB kerana telah berjaya menyambut cabaran saya untuk membangunkan blog masing-masing.

Ini sebagai satu lagi cabaran kepada semua penyelaras makmal komputer di daerah ini, kerana saya sendiri pernah mencadangkan perkara yang sama kepada semua penyelaras. Sehingga hari ini projek KUTV bersama peneylaras makmal komputer masih belum menghasilkan blog pertama lagi. Saya masih menanti kehadiran blog atau web pertama itu. Hantarkan alamat blog masing-masing kepada KUTV PPDHS dengan segera.

Bagi sesiapa sahaja yang ingin berkongsi maklumat dengan Ketua Bidang Teknik & Vokasional SAM Tinggi KKB melalui blognya boleh berbuat demikian di alamat blog beliau:
http://akuibuguru.blogspot.com

Jika tuan-tuan tidak ingat alamat ini, blog beliau boleh dicapai dengan memasuki blog saya ini. Tuan-tuan dan puan-puan pergi ke bahagian sidebar di sebelah kanan (warna biru), sila klik pada pautan blog warga teknik vokasional. Alamat pautan ini ialah: http://warga-tekvok-usel.blogspot.com. Blog ini dipautkan daripada ruangan ini. Rasanya tidak timbul masalah lupa alamat blog. Memadai mengingati alamat blog utama KUTV ini.

Tahniah sekali lagi. Semoga lebih ramai akan menyertai saya selepas ini.

Sekian. terima kasih.

Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
20.03.2007
01 Rabiulawal 1428.

19 March 2007

selamat memulakan tugas selepas cuti persekolahan

SELAMAT KEMBALI BERTUGAS KEPADA SEMUA GURU DAERAH HULU SELANGOR:

saya ingin mengucapkan selamat bertugas kepada semua guru di daerah Hulu Selangor, khususnya guru-guru bidang Teknik & Vokasional.

Semoga semuanya sihat dan boleh memulakan tugas sebagai pendidik dengan cemerlang, dengan harapan anak didik kita akan gemilang dari masa ke semasa. Tahniah kepada sekolah yang berjaya dengan baik dalam peperiksaan SPM dan STPM yang baru diumumkan. Semoga dapat ditingkatkan lagi.

Terima kasih kepada semua guru yang terlibat secara langsung dalam hal ini.

Sekian. Terima kasih.

Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
19.03.2007
29 Safar 1428.

13 March 2007

timbalan pengarah jpns semasa mesyuarat anugerah ict

TIMBALAN PENGARAH JABATAN PELAJARAN SELANGOR SEMASA MESYUARAT ANUGERAH ICT TAHUN 2007.

Assalamualaikum.
Semua KUTV negeri Selangor telah menghadiri mesyuarat Anugerah pemimpin dan guru ICT peringkat negeri di SK Sungai Burung, Tanjung Karang pada 12 Mac 2007.

Saya ingin mengulas beberapa perkara yang disentuh oleh Tuan Timbalan kita, Tn Ismail bin Sulaiman. Saya tidak akan menyentuh tentang kandungan mesyuarat berkaitan, tetapi akan menyentuh beberapa perkara yang boleh direnung dan dikongsi bersama tentang ucapan tuan timbalan pengarah.

Apa yang saya tulis ini hanya berdasar fakta yang disebut oleh timbalan tetapi saya olah sendiri:

Keputusan peperiksaan baru diumumkan ( pada hari yang sama), keluhan semua peringkat tentang kemerosotan keputusan peperiksaan. Begitu banyak sekali insentif diberikan kepada murid dan pendidik tetapi impaknya tidak kelihatan lagi. Sepatutnya semua yang disediakan akan menghasilkan impak kepada keputusan peperiksaan kerana itulah penyudah kepada sesuatu proses pengajaran & pembelajaran bagi seseorang murid di sekolah.

Kita percaya ini amat rapat hubungannya dengan kualilti pengajaran & pembelajaran di dalam kelas. Kata lain kepeimpinan guru di dalam kelas. Guru yang berkualiti di dalam bilik darjah menjadi faktor penentu keberkesanan pendidikan. Saya percaya, aspek kualiti di dalam kelas ini masih banyak perlu dibetulkan. Saya tidak mahu menyalahkan guru, tetapi renungkanlah sama-sama adakah kita benar-benar memberikan tanggungjawab sepenuhnya terhadap murid kita.

Timbalan pengarah menyentuh kaitan tugas dengan perkhidmatan selepas jualan. Saya rasa ini amat nyata sekali apabila kebanyakan kita merasakan selepas masuk kelas, melakukan pengajaran dan menyampaikan maklumat maka selesailah tugas kita. Tanggapan seperti ini rasanya perlu dibetulksn bersama-sama. Perkhidmatan yang kita beri di dalam kelas perlu difikirkan sejauh mana perkhidmatan itu berkesan atau tidak. Kita perlu memberikan perkhidmatan yang terbaik kerana mereka adalah pelanggan. Jika rasa tidak selesa dengan istilah pelanggan itu, kita gunakanlah, mereka itu anak-anak kita. Sanggupkah kita menyediakan sesuatu yang tidak berkualiti terhadap anak-anak kita?.

Jika kita kaitkan dengan perkihdmatan selepas jualan, sepatutnya kita memikirkan perkhidmatan ita sudah baik atau tidak. Lakukanlah refleksi semula, malah selepas pengajaran & pembelajaran kita diminta membuat tugasan ini. Mungkin masih ada yang mengabaikannya. Bagi saya refleksi terhadap p&p ini penting. Bukan setakat ditulis dalam buku persediaan, tetapi fiirkanlah hal-hal lain yang berkaitan. Kita perlu fikirkan, memadaikah apa yang kita buat selama hari ini. Jika boleh bertanyalah dengan murid kita tentang kepuasan ini. Kita pasti akan berjumpa banyak perkara lagi perlu dibaiki.

Pada era sekarang kita tidak sepatutnya hanya melakukan perkara yang sama dalam pengajaran & pembelajaran kita dari satu tahun ke tahun yang lain. Mungkin kandungan tidak berubah, itupun berlaku juga perubahan, tetapi kaedah, pendekatan perlu berlainan dari masa ke masa. Jika cara yang sama sahaja setiap tahun hingga berbelas-belas tahun, kita gagal memberikan perkhidmatan mengikut zaman murid kita.

Saya percaya jika menganggap mereka sebagai anak sendiri, kita akan lakukan yang terbaik kita mampu. Saya percaya jika kita ikhlas, Allah pasti akan membalasnya. Jika kita mempunyai anak pasti kita mahu guru-guru mereka mendidik anak kita sebaik mungkin. Sebelum itu kita berikanlah perkhidmatan yang terbaik terlebih dahulu kepada anak-anak sesiapa sahaja yang menjadi murid kita. Jika ini berlaku, kita adil secara menyeluruh kepada semua pihak. Jika kita adil sehingga sebegitu rupa, saya percaya tidak ada orang lain akan menganiayai anak kita. InsyaAllah.

Sekian dahulu untuk kali ini.
Terima kasih.

Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
13.03.2007
23 Safar 1427.

kursus toolbook panitia ict

KURSUS TOOLBOOK DAN PENDEDAHAN ORENTASI SEKOLAH-SEKOLAH PELAKSANA MATA PELAJARAN ICT

Panitia MP ICT sekolah terlibat ialah:
  1. SMK Kuala Kubu Baru
  2. SMK Sg Choh
  3. SMK Dato Hj Kamaruddin
  4. SMK Syed Mashor

Tuan-tuan dan puan-puan dikehendaki hadir kursus berkaitan pada:

27-30 Mac 2007, di Bayu Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Lapor diri pada 27 Mac 2007 (12.00-01.00 thari). Kursus bermula 02.00 petang.

Ketua panitia dikehendaki membawa:

  1. Komputer riba (wajib)
  2. Sukatan pelajaran, Huraian sukatan pelajaran,Rancangan Pelajaran Tk 4 dan 5.
  3. Modul ICT tingkatan 4 dan 5 dari PPK
  4. Semua CD courseware MP ICT
  5. Dokumen pentaksiran MP ICT
  6. Wayar sambungan (extension wire)

Harap semuanya maklum. Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada En Zahri b Hj Ramlan, Ketua Unit ICT JPNS atau kepada KUTV PPDHS.

Disediakan oleh: KUTV PPDHS / 13.03.2007 / 23 Safar 1428.

11 March 2007

spm 2006

SPM 2006 DIUMUMKAN SECARA RASMI PADA 12 MAC 2007.

Kepada semua calon SPM 2006, selamat mendapatkan keputusan peperiksaan masing-masing pada esok, 12 Mac 2007 di sekolah masing-masing. Semoga semuanya akan berjaya dengan cemerlang.

Bagi semua guru yang mengajar subjek Teknologi & Vokasional pasti mengharapkan keputusan yang terbaik. Semoga semua subjek seperti Ekonomi Asas, Perdagangan, Prinsip Perakaunan, Teknologi Maklumat, Sains Pertanian, ERT, Lukisan Kejuruteraan dan subjek-subjek MPV akan mendapat keputusan yang baik.

Jika terdapat keputusan yang meleset, marilah kita fikirkan bersama-sama segala masalah dan punca yang menyebabkan keputusan tidak menyerlah. Tanamkan tekad baru supaya sesi 2007 akan lebih baik. jika berjaya dengan baik, janganlah lupa daratan, terutama pelajar kerana banyak lagi perkara yang perlu dilaksanakan.

Saya doakan semoga semuanya berjaya dengan baik.

Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
11.03.2007
21 safar 1428.

10 March 2007

aktiviti seminggu

AKTIVITI SEMINGGU UNIT TEKNOLOGI & VOKASIONAL

Beberapa aktivi telah dilalui sepanjang minggu ini (05-10 Mac 2007). Bersama ini diselitkan sekeping gambar yang melibatkan KUTV PPDHS, sama ada program unit atau mewakili PPD sendiri.

  • Majlis taklimat ICT/ICTL penolong kanan kurikulum bagi daerah Sabak bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor di Kem Mega Crystal Kuala Selangor, pada 07 Mac 2007.

http://www.esnips.com/doc/1feec35f-b746-4abb-9bae-ae3127e9f16f/IMG_2578

  • Kursus peningkatan profesionalisme Ekonomi Asas daerah Hulu Selangor, pada 08 Mac 2007 di SMK Kuala Kubu Bharu.

http://www.esnips.com/doc/6d9e6d2e-c9f2-4163-b281-f2d9485baa43/kursus-ekonomi-asas

  • Majlis penutupan BPPT ambilan 3 2007, pada 09 Mac 2007 d SMK Syed Mashor.

http://www.esnips.com/doc/2ef76cbb-4fb2-4ce5-853c-8bb74fe98e6b/tutup-bppt-ambilan-3-2007

  • Kursus Kajian Tindakan di SMK KKB, melibatkan guru-guru SMKKKB dan SMK Dato Hj Kamaruddin, pada 10 Mac 2007.

http://www.esnips.com/doc/b35d67e9-6378-4022-bab0-35aec7d47c40/kajian-tindakan-smkkkb

Jika ingin melihat lebih banyak gambar sila lawati tempat ini:

http://www.mediamax.com/kutvppdusel

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh: KUTV PPDHS/10.03.2007 / 20 Safar 1428.

09 March 2007

SELAMAT BERCUTI

SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA GURU DI HULU SELANGOR, KHUSUSNYA GURU-GURU BIDANG TEKNIK DAN vOKASIONAL. GURU-GURU AKAN BERCUTI SELAMA SEMINGGU. SAYA PERCAYA, ATAS NAMA GURU DAN PROFESEN INI TIDAK ADA KATA CUTI SEPENUHNYA PADA KITA SEMUA. PADA MASA CUTI TETAP ADA KELAS-KELAS DIJALANKAN.

SAYA PERCAYA PENGORBANAN GURU AMAT DITUNTUT DAN AMAT DIHARGAI. SEMOGA BUKA SEKOLAH SEMULA, SELEPAS SEMINGGU AKAN MELAHIRKAN ODEA-IDEA YANG LEBIH BAIK DAN MENINGKATKAN KEMAMPUAN SEMUA GURU DALAM MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB YANG BESAR DI SEKOLAH.

SEKIAN. TERIMA KASIH. JUMPA LAGI.

Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
09.03.2007
19 Safar 1428.

kursus peningkatan profesionalisme ekonomi asas

KURSUS TELAH BERJAYA DILAKSANAKAN PADA 08.03.2007

Tahniah kepada Panitia Ekonomi Asas kerana telah berjaya melaksanakan program pertama. Kursus bagaimana melaksanakan pengjaran & pembelajaran yang berkesan. Program ini dilaksana dan disampaikan oleh Tn Hj Zainal b Sudin, guru cemerlang DG54 Ekonomi Asas.
Semua sekolah hadir kecuali, tiada wakil daripada SMK Dato Hj Kamaruddin. Termasuk KUTV dan terdapat sekolah menghantar 2 orang wakil, seramai 18 orang menghadiri kursus ini.

Selesai kursus, sedikit masa digunakan oleh KUTV menyampaikan cara bagaimana blog boleh dibina. Program ini dijalankan di dalam makmal komputer Bestari SMK KKB. Walaupun tidak dapat dijalankan secara online kerana masalah talian/server laman blog ini sendiri, KUTV tetap berjaya menunjukkan cara secara off line. KUTV hanya menggunakan power point dan nota yang diedarkan sahaja. Semoga semua yang hadir dapat meneruskan secara online apabila balik ke rumah atau ke sekolah. Semoga, setidak-tidaknya satu blog daripada Ekonomi Asas akan terhasil.

Program seterusnya kemungkinan besar akan dijalankan pada bulan April. Semoga semuanya dapat bersedia.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
09.03.2007
19 Safar 1428.

08 March 2007

taklimat ict dan ictl

Tahniah kepada semua Penolong Kanan sekolah rendah daerah Hulu Selangor yang hadir semasa taklimat. Walaupun ada pengganti yang hadir, setidak-tidaknya semua sekolah, 48 buah sekolah daerah ini telah hadir, di Kem Mega Crystal, Kuala Selangor.

Sesi sebelah pagi Tn Hj Bajuri b Abdullah telah menyampaikan ucaputama sekaligus menyampaikan segala maklumat daripada JPNS. Beliau mengambil masa sehingga pukul 01.00 tengah hari. Banyak maklumat yang dikongsi dengan semua penolong kanan dari daerah Hulu Selangor, Sabak Bernam dan tuan rumah Kuala Selangor.

Sesi petang, Jurulatih ICTL menyampaikan maklumat ICTL. Maklumat ini penting supaya penolong kanan tahu bagaimana program ini dilaksanakan dan dapat memantaunya.

Sesi akhir, KUTV PPDHS menyampaikan maklumat tentang ICTL, tambahan daripada yang disampaikan oleh JU, maklumat pelaksanaan ICT secara menyeluruh dan akhirnya tentang pengurusan dan pemantauan makmal komputer negeri Selangor.

Tahniah kepada Kuala Selangor kerana berjaya menganjurkan majlis ini dengan baik. Semoga penolong kanan dapat memastikan ICTL dapat dilaksanakan dengan baik.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
o7.03.2007
17 safar 1428.

04 March 2007

kem mega crystal

MAKLUMAT UNTUK RUJUKAN PENOLONG KANAN YANG HADIR TAKLIMAT / MESYUARAT ICT/ICTL DI KEM MEGA CRYSTAL KUALA SELANGOR PADA TARIKH: 07 MAC A007.

TAKLIMAT INI KHUSUS UNTUK PENOLONG KANAN SEKOLAH RENDAH SAHAJA.

Rujuklah bahan-bahan berikut:

1. Bahan rujukan melaksanakan ICT di sekolah-sekolah:
http://www.esnips.com/doc/21ac54f8-5148-4507-8155-aa4232544c3d/PANDUAN-ICT

2. Modul ICTL tahun 1 dan 2.
http://www.mediamax.com/kutvppdusel

3. Progran-program ICT.
http://www.esnips.com/doc/4ee90378-f357-4686-9933-4ca33210ce76/ICT


4. Pemantauan dan pengurusan makmal komputer.
http://www.esnips.com/doc/6e8094c1-3320-4e05-aace-c10ee3f9d94d/pantau-dan-urus-makmal-komputer

5. Nota ICT untuk taklimat di Mega Crystal

http://www.esnips.com/doc/3c29bc7b-4277-45d8-9880-e40048f9112b/nota-taklimat-ict-kmcks


Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
04.03.2007
14 Safar 1428.

03 March 2007

majlis taklimat kelas projek khas

MAJLIS DIHADIRI KUTV DI SMK KUALA KUBU BHARU
SILA KLIK ALAMAT DI BAWAH

http://utvppdusel.blogspot.com

Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
03.03.2007
13 safar 1428

mesyuarat ketua bidang teknik & vokasional

MESYUARAT KETUA BIDANG DAERAH HULU SELANGOR

19.03.2007
02.30 PETANG
SMK DATO HJ KAMARUDDIN

Satu mesyuarat dan taklimat berkaitan pengurusan bidang akan diadakan. Sekolah A dikehendaki menghantar Ketua Bidang Teknik & Vokasional sekolah masing-masing.

Sekolah B dikehendaki menghantar guru yang menjalankan semua tugas Ketua Bidang Teknik & Vokasional.

Semoga perjumpaan yang pertama ini akan dapat berlaku pertukaran maklumat antara ketua bidang. Pada masa yang sama, pihak KUTV ingin mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh semua ketua bidang.

Semoga maklumat ini diterima oleh semua ketua bidang berkaitan.

Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
03.03.2007
13 Safar 1428.

kursus peningkatan profesionalisme ekonomi asas

PASTIKAN SUDAH ADA AKAUN EMAIL INDIVIDU

Semua guru yang akan hadir ke SMK Kuala Kubu Bharu:

08 Mac 2007
08.30 pagi

Harap pastikan telah mempunyai email. Pihak pengurusan panitia telah bersetuju supaya satu slot kursus ini akan diisi dengan cara membuat blog mudah. Email peribadi diperlukan supaya latihan ini akan dilakukan secara online di dalam makmal komputer.

Selamat berjumpa lagi

Disediakan oleh:

KUTV PPDHS
03.03.2007
13 safar 1428.