PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

23 March 2008

KURSUS PENGUJIAN DAN PENILAIAN

Tahniah kepada guru-guru yang hadir kursus tersebut di SK Ulu Yam Bharu pada 24-25 Mac 2008.

Semoga semua guru yang hadir dapat mengumpul ilmu dalam Penilaian. Penilaian merupakan salah satu bahagian yang penting dalam pengajaran & pembelajaran. Banyak perkara yang akan dapat kita peroleh dalam pengujian ini. Kita boleh mendapatkan ilmu bagaimana sesuatu Item dalam peperiksaan itu disediakan. Guru-guru akan memahami bagaimana JSU (Jadual Spesifikasi Ujian) disediakan. Guru-guru juga akan mengetahui bagaimana sesuatu Item yang baik disediakan. Guru-guru juga akan mengetahui sesuatu ujian itu dari segi Kesahan dan Kebolehpercayaan.

Dapatkan segala aspek tentang pengujian sepanjang berkursus.

Maklumat yang diterima pada hari pertama, terdapat segelintir peserta kursus kita menunjukkan komitmen yang rendah. Saya rasa malu untuk menyatakan perkara tersebut. Walau bagaimanapun untuk mengelakkan perkara ini tidak berulang pada masa akan datang saya cuba membuat teguran di sini.

Bukankan kita kalangan guru yang dipilih. Rasanya kita sendiri di dalam kelas mengharapkan murid kita memberikan perhatian 100%, malah mungkin lebih daripada itu. Bagaimanakah tenaga pengajar yang mencurahkan ilmu untuk pertama kali kepada kita membuat penilaian. Rasanya sudah pasti penilaian yang negatif. Adakah itu yang kita mahukan.

Buat pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, ilmu pengujian dan penilaian ini cukup penting dan menarik. Ini berdasar pengelaman saya sendiri. Mengapa tidak tumpukan perhatian terhadap kursus.Jika kita kurang memberikan perhatian sudah pasti apa yang kita peroleh tidak akan dapat semaksimumnya. Alangkah ruginya, tuan-tuan hadir ke kursus ini tetapi tidak mendapat semaksimum mungkin faedahnya. Fikir dan renungkanlah perkara ini.



No comments: