PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

26 February 2007

kehadiran mesyuarat penyelaras makmal komputer

SEKOLAH YANG TIDAK MEMPUNYAI WAKIL MESYUARAT PENYELARAS MAKMAL KOMPUTER / PENYELARAS ICT.

SK RASA
26.02.2007
02.00 PETANG

Tahniah dan terima kasih kepada semua guru yang dapat hadir semasa mesyuarat. Semoga semua penyelaras dapat mengambil tindakan segera tentang perkara yang dibincangkan. Perkara penting ialah:
  1. Menyediakan makmal komputer masing-masing bagi tujuan penarapan dan anugerah makmal komputer terbaik.
  2. Pengurusan makmal komputer
  3. Pengurusan pelaksanaan ICTL
  4. Persiapan untuk konvensyen ICT peringkat negeri
  5. Kursus-kursus ICT
  6. Keselamatan peralatan PPSMI
  7. Mewujudkan blog-blog penyelaras makmal komputer.

Bagi sekolah yang tidak menghantar wakil semoga dapat mengambil tindakan segera. KUTV tidak mendapat sebarang makluman tentang ketidakhadiran ini. Sekolah tidak hadir ialah:

  1. SK Kalumpang
  2. SK Kg Kuantan
  3. SK Sg Tengi
  4. SJK T Bukit Beruntung

Semoga semua sekolah ini dapat memberikan respon tentang hal ini. Jangan lupa hantar maklumat yang diperlukan seperti tercatat dalam surat panggilan mesyuarat penyelaras ini.

Kita berharap pengurusan makmal komputer dan ICT peringkat dapat disebar kepada semua sekolah melalyui mesyuarat ini.

Bagi 2 buah sekolah yang pertama kali dijemput juga tidak menghantar wakil, iaitu SAM Sg Selisek dan SAM tinggi Kuala Kubu Bharu. Kemungkinan kedua-dua buah sekolah menganggap mesyuarat ini tidak berkaitan.

KUTV akan menanti siapnya blog atau web penyelaras makmal komputer yang akan dipautkan pada blog penyelaras makmal komputer peringkat daerah. Saya berharap suatu hari nanti semuanya akan dirangkaikan. InsyaAllah. walau bagaimanapun semuanya bergantung kepada kerjasama dan respon daripada semua penyelaras yang hadir. Rakan-rakan penyelaras yang tidak hadir masih boleh menyertai program ini. Sila rujuk rakan-rakan lain atau hubungi KUTV terus.

Terima kasih kepada semua yang menyokong dan membantu KUTV dalam melaksanakan kursus-kursus dan memastikan pengurusan makmal komputer berjalan dengan baik. Tanpa kerjasama dan bantuan tuan-tuan dan puan-puan, KUTV tidak mampu melaksanakannya.

Terima kasih.

Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
26.02.2007
08 Safar 1428.