PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

04 February 2007

mesyuarat panitia masih belum diuruskan

PENGERUSI PANITIA YANG MASIH BELUM MENGHUBUNGI KUTV UNTUK MELAKSANAKAN MESYUARAT PANITIA PERTAMA:

Hingga ke hari ini, 04 Februari 2007 bberapa pihak pengerusi mata pelajaran teknik & vokasional telah menyelesaikan urusan mesyuarat panitia pertama. Sekolah yang berjaya berbuat demikian ialah:
  1. SMK Dato Hj Kamaruddin: Pengerusi Panitia KHB ERT dan ERT daerah.
  2. SMK Kuala Kubu Bharu: Pengerusi Panitia Ekonomi Asas.
  3. SMK Sg. Choh: Pengerusi Panitia KHB Perdagangan & Keusahawanan, dan panitia Prinsip Perakauanan.
  4. SMK Kalumpang: Pengerusi Panitia KHB Kemahiran Teknikal.

Sekolah/pengerusi panitia yang belum berbuat demikian ialah:

  1. SMK Kg. Soeharto: Pengerusi Panitia KHB Pertanian dan Sains Pertanian.
  2. SMK Serendah: Pengerusi Panitia Perdagangan.

Semoga segala perjalanan mesyuarat akan dapat dilaksanakan dengan baik. Buat pengetahuan semua pengerusi panitia, suatu mesyuarat setiausaha-setiausaha panitia daerah subjek teknik & vokasional peringkat negeri akan dijalankan oleh JPNS pada bulan Mac.

Semoga semua pihak terlibat dapat mengambil tindakan segera dan pantas. Diharap semua mesyuarat peringkat daerah akan berjaya dijalankan sebelum mesyuarat peringkat negeri. Setiausaha panitia akan membentangkan laporan aktiviti sepanjang tahun 2006 dan juga membentangkan perancangan aktiviti panitia daerah tahun 2007.

Bagi panitia yang sudah bertukar tangan kepada sekolah lain, harap pindahkan fail panitia tersebut kepada pengerusi panitia yang baru. Dengan cara ini semua maklumat panitia dapat dikekalkan dari semasa ke semasa.

Semoga pengurusan panitia bidang teknologi & vokasional akan terus diurus pada tahap yang cemerlang.

Sekian. Terima kasih.

Disediakan oleh : KUTV PPDHS/ 04.02.2007/ 16 Mharam 1428.