PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

28 February 2007

ajk penyelaras makmal dan ict daerah hulu selangor

AJK PENYELARAS MAKMAL DAN ICT YANG DIPILIH DALAM MESYUARAT PENYELARAS PADA 26 FEBRUARI 2007 DI SK RASA.

  1. TN SYED HASSAN B SYED MOHAMAD (SMK KKB) - Guru Penyelaras Bestari. - PENGERUSI
  2. TN HJ MOHD YUSOFF B JAMALUDDIN (SMK SYED MASHOR) - Penyelaras Makmal Komputer (TIMBALAN PENGERUSI)
  3. PN SAEMAH BT MAT SAHIR (SMK AMPANG PECAH) - Penyelaras Makmal Komputer (SETIAUSAHA)
  4. PN NORZAIDA BT ABDULLAH (SMK DATO HJ KAMARUDDIN) - Penyelaras Makmal Komputer (BENDAHARI)
  5. EN KUMARESEN A/L KAWAGASABAI (SMK KG SOEHARTO) - Penyelaras Makmal komputer (AJK)
  6. PN SUZITA BT MOHD ARIFF ( SK KERLING) - Penyelaras Makmal Komputer (AJK)
  7. EN MOHD BAKHTIAR B MATAL (SK TUN ABD RAZAK) - Penyelaras Makmal Komputer (AJK)
  8. EN ABDUL WAHIB B MUHAMMAD NASIR (SK TMN BUNGA RAYA) - Penyelaras Makmal Komputer (AJK)
  9. EN MOHAMAD SHAMSUL B SELAMAT (SK SERENDAH) - Penyelaras makmal Komputer (AJK)
  10. EN PRABAKARAN A/L SUBRAMANIAM 9SJK T SG CHOH) - Penyelaras ICT (AJK)
  11. NG POH KIM (SJK C BTG KALI) - Penyelaras Makmal Komputer (AJK)
SEMOGA SEMUA PIHAK MAKLUM HAL INI. DIHARAP AJK DAPAT MENGGERAKKAN KUMPULAN PENYELARAS INI DI DAERAH.

Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
28.02.2007
10 Safar 1428.

bppt ambilan 4 2007

KURSUS BPPT AMBILAN 4 2007
26.03.2007 - 06.04.2007
SMK SYED MASHOR

Berikut senarai nama yang telah dipilih untuk menyertai BPPT:
  1. Laili bt Zakaria (SK Tun Abd Razak)
  2. Norazliza bt Alias (SK Hulu Yam Bharu)
  3. Ari Nahari b Sarif (SK Hulu Yam Bharu)
  4. Sabariah bt Ibrahim (SMK Bdr Sg Buaya)
  5. Meor Hasbullah b Meor Akim (SK Hulu Bernam)
  6. Siti Aishah bt Tajul Arus (SK Lembah Beringin)
  7. Nor Jihan bt Mohamad (SMK Sg Choh)
  8. Rafidah bt Hj Salleh (SK Sg Buaya)
  9. Nooraihan bt Abd hamid (SMK Syed Mashor)
  10. Marlina bt Mas'ud (SJK C Serendah)
  11. Sivarajah a/l Perumal (SJK T KKB)
  12. Tham Chui Chui (SJK C Khing Ming)
  13. Chai Yeei Ten (SJK C Btg Kali)
  14. Jaslina bt Ismail (SK Bk Sentosa)
  15. Irlilawiyati bt Abd Rahman (SK Bk Sentosa)
  16. Suzanah bt Md Amin (SK Bdr Sg Buaya)
  17. Faridah bt Muhamod (SK Bdr Sg Buaya)
  18. Salinah bt Ayon (SK Tmn Bunga Raya)
  19. Siti Mislika bt Rohali (SK Tmn Bunga Raya)
  20. Roswati bt Osman (SMK Serendah)
  21. Malarselvi a/p P Periasamy(SJK T Btg Kali)
  22. Zahari b Mat Nor (SK Serendah)
  23. Fadzilah bt Tuan Hasan (SMK Bukit Sentosa)
  24. Fauziah bt Sahar (SAM tinggi KKB)
  25. Zuraidah bt Zakaria (SK KKB Satu)

Selamat berkursus. Jika tuan-tuan menghadapi masalah untuk hadir sila rujuk pada Pengetua / Guru Besar masing-masing untuk mendapatkan pengganti yang lain.

Disediakan oleh:

KUTV PPDHS / 28.02.2007 / 10 Safar 1428.

ekonomi asas

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU-GURU EKONOMI ASAS DAERAH HULU SELANGOR

08 MAC 2007
08.30 PAGI
SMK KUALA KUBU BHARU

Semua sekolah yang menawarkan Ekonomi Asas dikehendaki menghantar seorang wakil bagi tujuan kursus ini. Jika lebih daripada seorang, harap dapatkan kepastian daripada KUTV supaya tidak timbul masalah makan semasa kursus.

Jika surat panggilan kursus masih tidak diterima harap rujuk KUTV PPDHS segera. Semoga program ini akan berjalan dengan baik.

Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
28.02.2007
10 Safar 1428.

peta ke mega crystal kuala selangor

TAKLIMAT ICT / ICTL BAGI PENOLONG KANAN KURIKULUM NEGERI SELANGOR

07 Mac 2007
08.30 pagi
Kem Mega Crystal Kuala Selangor

Taklimat (Jeyarewara) ini akan melibatkan daerah Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor.

Kehadiran wajib untuk semua Penolong Kanan Kurikulum. Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPNS (Tn Hj Bajuri b Hj Abdullah) akan turut bersama dalam taklimat ini. Semoga semua penolong kanan tidak menguzurkan diri.

Surat panggilan mesyuarat telah diedarkan. Walau bagaimanapun pastikan tuan-tuan dan puan-puan dari Hulu Selangor mendapatkan surat panggilan yang akan digunakan dalam tuntutan daripada KUTV PPDHS semasa taklimat.

Penolong Kanan Kurikulum daerah Hulu Selangor, sekolah yang melaksanakan ICTL, harap bawa bersama semasa taklimat perkara-perkara berikut:
  1. Jadual waktu penggunaan makmal komputer program ICTL tahun 1 dan 2.
  2. Jadual waktu ICTL tahun 3.
  3. Laporan ringkas sehingga Februari 2007 ( hanya pelaksanaan 2007)

Untuk memudahkan penolong kanan ke tempat taklimat, peta ringkasnya boleh dimuat turun dari:

http://www.esnips.com/doc/d8933d82-9b57-4682-82b3-4651087fd6da/kemmegacrystalks

Jika masih menghadapi masalah untuk ke tempat ini, sila hubungi KUTV PPDHS, bagi yang datang dari Hulu Selangor.

Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
28.02.2007
10 Safar 1428.

26 February 2007

kehadiran mesyuarat penyelaras makmal komputer

SEKOLAH YANG TIDAK MEMPUNYAI WAKIL MESYUARAT PENYELARAS MAKMAL KOMPUTER / PENYELARAS ICT.

SK RASA
26.02.2007
02.00 PETANG

Tahniah dan terima kasih kepada semua guru yang dapat hadir semasa mesyuarat. Semoga semua penyelaras dapat mengambil tindakan segera tentang perkara yang dibincangkan. Perkara penting ialah:
  1. Menyediakan makmal komputer masing-masing bagi tujuan penarapan dan anugerah makmal komputer terbaik.
  2. Pengurusan makmal komputer
  3. Pengurusan pelaksanaan ICTL
  4. Persiapan untuk konvensyen ICT peringkat negeri
  5. Kursus-kursus ICT
  6. Keselamatan peralatan PPSMI
  7. Mewujudkan blog-blog penyelaras makmal komputer.

Bagi sekolah yang tidak menghantar wakil semoga dapat mengambil tindakan segera. KUTV tidak mendapat sebarang makluman tentang ketidakhadiran ini. Sekolah tidak hadir ialah:

  1. SK Kalumpang
  2. SK Kg Kuantan
  3. SK Sg Tengi
  4. SJK T Bukit Beruntung

Semoga semua sekolah ini dapat memberikan respon tentang hal ini. Jangan lupa hantar maklumat yang diperlukan seperti tercatat dalam surat panggilan mesyuarat penyelaras ini.

Kita berharap pengurusan makmal komputer dan ICT peringkat dapat disebar kepada semua sekolah melalyui mesyuarat ini.

Bagi 2 buah sekolah yang pertama kali dijemput juga tidak menghantar wakil, iaitu SAM Sg Selisek dan SAM tinggi Kuala Kubu Bharu. Kemungkinan kedua-dua buah sekolah menganggap mesyuarat ini tidak berkaitan.

KUTV akan menanti siapnya blog atau web penyelaras makmal komputer yang akan dipautkan pada blog penyelaras makmal komputer peringkat daerah. Saya berharap suatu hari nanti semuanya akan dirangkaikan. InsyaAllah. walau bagaimanapun semuanya bergantung kepada kerjasama dan respon daripada semua penyelaras yang hadir. Rakan-rakan penyelaras yang tidak hadir masih boleh menyertai program ini. Sila rujuk rakan-rakan lain atau hubungi KUTV terus.

Terima kasih kepada semua yang menyokong dan membantu KUTV dalam melaksanakan kursus-kursus dan memastikan pengurusan makmal komputer berjalan dengan baik. Tanpa kerjasama dan bantuan tuan-tuan dan puan-puan, KUTV tidak mampu melaksanakannya.

Terima kasih.

Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
26.02.2007
08 Safar 1428.

25 February 2007

mesyuarat panitia perdagangan 2007

MESYUARAT PANITIA PERDAGANGAN KALI PERTAMA 2007

Mesyuarat akan dijalankan:

28 Februari 2007 (Rabu)
02.00 petang
SMK Serendah.

Assalamualaikum,

Kepada pengerusi panitia, setiausaha dan ahli-ahli panitia daerah yang terdiri daripada guru-guru setiap sekolah yang menawarkan subjek ini.

Minta maaf jika KUTV tidak dapat hadir bersama dalam mesyuarat panitia ini. Jika berkesempatan KUTV akan hadir, walau bagaimanapun segala-galanya bergantung kepada keadaan. Jika KUTV tidak dapat hadir, angaplah catatan pada blog ini sebagai ucapan daripada KUTV.

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua guru yang dapat meluangkan masa untuk hadir. kehadiran tuan-tuan dan puan-puan sudah cukup menjadi kekuatan kepada semua ahli lain untuk meneruskan mesyuarat dan sekali gus merancang aktiviti.

Pada tahun lalu panitia ini diterajui oleh SMK Sg Choh, pada tahun ini dengan persetujuan dan kehendak majlis Pengetua, SMK Serendah telah diserahkan tanggung jawab ini. Semoga SMK Serendah dapat meneruskan kecemerlangan tugas pengerusi panitia yang lalu.

Rasanya semua sekolah menawarkan subjek ini di daerah ini, kecuali SM Sains Hulu Selangor. Dengan ini rasanya panitia ini boleh bergerak dengan lebih baik.

Buat pengetahuan semua, JPNS telah bercadang secara lisan untuk memanggil semua setiausaha panitia daerah dalam satu mesyuarat peringkat negeri pada tarikh 28.02.2007, iaitu hari ini. Oleh kerana permintaan Hulu Selangor, JPNS bersetuju meminda tarikh mesyuarat ini pada awal Mac 2007.

Dengan cara ini, panitia ini di peringkat daerah masih ada masa untuk bersedia sebelum tarikh berkenaan. Setiausaha, bererti Ketua Panitia yang menjadi pengerusi subjek ini di daerah. Oleh itu gunakanlah sebaik mungkin mesyuarat panitia daerah untuk menyediakan perancangan.

Saya berharap tuan rumah dapat menyediakan maklumat penting seperti:
  1. Senarai nama dan tandatangan kehadiran semua ahli
  2. Minit mesyuarat

Untuk peringkat negeri harap sediakan:

  1. Laporan aktiviti tahun 2006.
  2. Perancangan tahunan 2007.

KUTV berharap semua guru bidang teknik & vokasional akan membudayakan diri masing-masing untuk menggunakan kemudahan internet. KUTV berikhtiar menyediakan makluman dengan cepat melalui blog yang disediakan. KUTV cuba menyediakan seberapa banyak maklumat melalui cara ini. Jangan biarkan KUTV keseorangan dalam perjuangan ini. Sokongan tuan-tuan dan puan-puan amat penting.

Mungkin dengan sokongan semua, KUTV akan bersemangat meneruskan peranan mengendalikan ruangan ini. KUTV telah menyediakan satu ruangan khas bagi warga pendidik teknik & vokasional untuk berkongsi makluman. Semua guru boleh berkongsi maklumat dengan menghantar bahan kepada KUTV untuk dimasukkan dalam blog. Lebih baik lagi, jika tuan-tuan dan puan-puan memiliki blog sendiri, KUTV boleh buatkan link pada blog KUTV. InsyaAllah. Jika berhasrat mempelajari membuat blog ini, boleh muat turun bahan dari alamat berikut:

http://www.esnips.com/doc/470256c6-458f-4190-9425-551648763ed5/langkah-buat-blog

Semoga KUTV akan mendapat sokongan dengan wujudnya blog masing-masing. Buat pengetahuan semua blog ini sebenarnya boleh dijadikan salah satu cara pengajaran & pembelajaran untuk murid kita di sekolah. Mungkin untuk membuat web, kita memerlukan kemahiran yang tinggi, tetapi blog ini adalah mudah. Pada masa yang sama kita akan menggalakkan anak didik kita belajar menggunakan kemudahan internet. Saya percaya, pendekatan ini amat kuat pengaruhnya pada anak didik kita. InsyaAllah.

Selamat bermesyuarat kepada semua. Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh:

KUTV PPDHS/ 25.02.2007/ 07 Safar 1428.

kehadiran ahli dalam mesyuarat panitia lalu

Makluman daripada semua setiausaha panitia mata pelajaran Teknik & Vokasional yang telah menjalankan mesyuarat panitia daerah:

Terdapat kehadiran yang penuh, malahan ada juga ahli panitia yang tidak hadir. KUTV amat berharap semoga mendapat maklum balas daripada guru-guru berkaitan. semoga mereka membaca catatan pada blog ini.

  1. Ekonomi Asas - SAM Sg Selisek ( tidak hadir)
  2. Prinsip Perakaunan - SMK Gedangsa (tidak hadir)
  3. ICT (semua hadir)
  4. KHB Perdagangan & kusahawanan - SMK KKB (tidak hadir)
  5. KHB ERT (semua hadir)

Semoga mesyuarat panitia seterusnya;

  1. Panitia KHB KT di SMK Kalumpang
  2. Panitia Perdagangan di SMK Serendah
  3. Panitia KHB Pertanian di SMK Kg Soeharto

KUTV tidak mahu melihat ahli panitia tidak hadir tanpa sebarang pemberitahuan kepada PPD. Daerah Hulu Selangor, keahliannya sedikit, jika ramai tidak hadir kemungkinan pelaksanaan aktiviti akan terbantut.

Disediakan oleh:

KUTV PPDHS/ 25.02.2007/07 Safar 1428.

mesyuarat penyelaras makmal komputer pertama 2007

MESYUARAT PENYELARAS MAKMAL KOMPUTER 2007

SK RASA
26.02.2007 ISNIN
02.00 PETANG

Bagi sekolah yang mempunyai makmal komputer, sila hantar penyelaras makmal komputer.
Bagi sekolah yang tidak mempunyai makmal komputer, sila hantar penyelaras ICT sekolah.

Perjumpaan ini sebagai perjumpaan pertama kali tahun 2007.
Sila bawa maklumat penyelaras makmal komputer/ penyelaras ICT seperti dalam surat edaran.

Perkara utama dalam perbincangan:
  1. Anugerah makmal komputer tahun 2007 peringkat daerah dan negeri.
  2. Penarapan semua makmal komputer sekolah
  3. Pengurusan makmal komputer di sekolah
  4. Konvensyen ICT negeri, wakil daerah
  5. Anugerah guru dalam ICT negeri Selangor
  6. Pengurusan ICTL di sekolah
  7. Blog KUTV
  8. Projek blog penyelaras makmal komputer daerah Hulu Selangor
  9. School net
  10. Keselamatan peralatan PPSMI/ ICT
  11. Kursus-kursus ICT
  12. Lain-lain.

Sebagai memudahkan rujukan, bagi penyelaras yang berhasrat mewujudkan blog sendiri sila layari:

http://www.esnips.com/doc/470256c6-458f-4190-9425-551648763ed5/langkah-buat-blog

KUTV memang berhasrat semoga semua penyelaras memiliki blog atau laman web sendiri. Apabila siap nanti blog-blog penyelaras akan dibuat link dengan blog yang disediakan oleh KUTV. Dengan cara ini perhubungan dan maklumat antara penyelaras dapat dikongsi bersama.

Sesiapa sahaja yang telah ada blog atau web akan di link terus. Penyelaras paling awal akan di link lebih awal. Semoga rangkaian ini dapat diwujudkan.

Sesiapa yang tidak mendapat surat sila hubungi KUTV. Marilah kita sebarkan maklumat mesyuarat ini di kalangan penyelaras yang tertinggal daripada mendapat surat. Jangan lupa, jika ada maklumat/ nama guru-guru anavatif yang boleh di ketengahkan.

Sehingga berjumpa lagi pada mesyuarat berkaitan.

Disediakan oleh:

KUTV PPDHS/ 25.02.2007/ 07 Safar 1428.

mesyuarat panitia khb kt daerah 2007

MESYUARAT PANITIA KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL 2007

27.02.2007
02.00 PETANG
SMK KALUMPANG.

KUTV memohon maaf kepada ahli mesyuarat panitia KHB KT kerana tidak dapat hadir mesyuarat panitia pada 27 .02.2007 di SMK Kalumpang.Pada tarikh yang sama, JPNS menghendaki semua KUTV hadir mesyuarat di SMK Sungai Long, Hulu Langat.

Ahli-ahli panitia dikehendaki meneruskan mesyuarat diketuai oleh Pengerusi/Penolong Pengerusi/ Naib Pengerusi/ Setiausaha sendiri.

Aggaplah catatan pada blog ini sebagai ucapan KUTV.

Terima kasih kepada semua ahli panitia yang hadir mesyuarat ini. Selamat datang kepada ahli-ahli baru seperti SMA Tinggi KKB . Semoga sekolah yang belum menjadi ahli akan dapat menjadi ahli pada masa akan datang, ini selaras dengan hasrat KPM dalam PIPP yang mahu mewujudkan pilihan mata pelajaran yang menyeluruh. Sekolah yang tidak menjadi ahli panitia ini ialah SMk Sg Choh dan SAM Sg Selisek. InsyaAllah suatu hari nanti.

Panitia peringkat daerah dikehendaki membincangkan aktiviti sepanjang tahun 2007, pada masa yang sama menyediakan laporan tahun 2006 sebagai persiapan, jika JPNS memanggil setiausaha panitia bermesyuarat peringkat negeri pada bulan Mac.

Tahniah pada sekolah yang berjaya mendapat 100% dalam peperiksaan PMR tahun 2006. Bagi sekolah yang tidak dapat mencapai 100% bukan bererti guru-guru tidak berusaha, tetapi mungkin Allah tidak mahu membenarkan harapan semua sekolah ditunaikan.

Pastikan segala keperluan sebelum mesyuarat disediakan oleh tuan rumah. Begitu juga segala keperluan selepas tamat mesyuarat panitia ini.

Sebagai makluman, edaran Anugerah Bengkel Gemilang KHB telah dibuat. Anugerah ini akan dilaksanakan pada tahun ini. Surat edaran itu boleh juga diambil dari alamat internet yang disediakan pada blog ini. Semua guru boleh juga mendapatkan kertas konsep anugerah ini. Hanya sekolah yang menawarkan keempat-empat subjek ini akan dipertimbangkan untuk mendapat anugerah keseluruhan. Sekolah lain hanya boleh dipertimbangkan anugerah mengikut kategori sahaja. Segala bentuk hadiah yang ditawarkan juga dicatatkan.

Surat edaran tentang anugerah ini boleh diambil daripada :
http://www.esnips.com/doc/a12e6bd1-5529-4c68-a75e-49d7a38b35ec/abg-khb

Kertas kerja anugerah ini boleh didapati di: http://www.esnips.com/doc/f58064e3-8bad-478c-a8ca-b06f6addba30/abgkhb

Istrument spn: http://www.esnips.com/doc/4412ccf9-5c3b-4253-93b8-7cc16c047934/instrumen-spn

instrumen rbt: http://www.esnips.com/doc/712dcce7-0100-4004-8db5-8be8f22aef36/intrumen-rbt

instrumen ert: http://www.esnips.com/doc/c80ca5a1-d5fd-44dd-b08b-76bd3567f659/iintrumen-ert

Anugerah ini sebagai usaha menggalakkan sekolah menawarkan semua subjek KHB, pada masa yang sama untuk mencari bengkel KHB yang boleh dijadikan contoh terbaik di daerah dan negeri. Selama hari ini kebanyakan bengkel KHB di sekolah gagal diuruskan dengan baik.Satu format bagaimana menyediakan rekod-rekod penting di dalam bengkel juga disediakan oleh JPNS. Format ini telah diedarkan lebih awal. Semoga format ini dapat dirujuki oleh semua guru.Segala maklumat yang bekaitan, boleh dirujuk pada KUTV. Tuan-tuan boleh membaca terus maklumat anugerah ini.

KUTV berharap semua guru KHB dapat berganding bahu untuk menjayakan program ini. Semua sekolah akan dilawati oleh pemantau. Pemantauan peringkat daerah akan dilaksanakan pada bulan April - Mei. Peringkat negeri akan dijalankan pemantauan pada bulan Julai.

Pada masa yang sama KUTV berharap semua ahli mesyuarat dapat melayari blog KUTV. Pada blog ini KUTV berusaha menyebarkan maklumat secara cepat yang mungkin. Semuanya dipelawa untuk mengisi ruangan blog yang disediakan untuk warga pendidik bidang teknik & vokasional. KUTV bersedia menerima bahan untuk disiarkan melalui blog ini. Jika puan-puan mempunyai laman web atau blog sendiri, puan-puan boleh serahkan alamat web untuk saya buatkan pautan dengan blog KUTV.

Semoga mesyuarat berjalan dengan baik.
Ucapan terima kasih KUTVpada Pengetua SMK Kalumpang, selaku pengerusi membolehkan mesyuarat ini berjalan dengan baik.

Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
25.02.2007
07 Safar 1428.

bppt ambilan 3 2007

SELAMAT BERKURSUS KEPADA SEMUA PESERTA KURSUS BPPT AMBILAN 3 2007 DI SMK SYED MASHOR.

KURSUS BERMULA 26.02.2007 HINGGA 09.03.2007.

Semoga semuanya mendapat manfaat daripada kursus ini. Semoga hasrat menjadikan warga pendidik mempunyai kemahiran dalam ICT akan menjadi kenyataan. Timbalah beberapa banyak kemahiran dan ilmu dalam ICT. Semoga tuan-tuan dan puan-puan akan berjaya menghasilkan pengajaran & pembelajaran yang berkesan dengan memasukkan ICT dalam pilihan guru-guru semua untuk mengubah pengajaran & pembelajaran.

Selamat berkursus.

Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
25.02.2007
07 Safar 1428.

14 February 2007

kutv tidak dapat hadir mesyuarat panitia khb ert

KETIDAKHADIRAN KUTV

KUTV memohon maaf kepada ahli mesyuarat panitia KHB ERT kerana tidak dapat hadir mesyuarat panitia pada 15.02.2007 di SMK Dato Hj Kamaruddin.

Pada tarikh yang sama, JPNS menghendaki semua KUTV hadir mesyuarat MPV di SMK Seri Serdang. Jika mesyuarat di Serdang ini habis awal dan KUTV dapat balik awal, InsyaAllah KUTV cuba untuk berjumpa dalam mesyuarat panitia. Jika keadaan tidak mengizinkan, ahli-ahli panitia dikehendaki meneruskan mesyuarat diketuai oleh Pengerusi/Penolong Pengerusi/ Naib Pengerusi/ Setiausaha sendiri.

Aggaplah catatan pada blog ini sebagai ucapan KUTV.

Terima kasih kepada semua ahli panitia yang hadir mesyuarat ini. Selamat datang kepada ahli-ahli baru seperti SMA Tinggi KKB dan SMK Syed Mashor yang baru menawarkan ERT tingkatan Satu tahun 2007.

Panitia peringkat daerah dikehendaki membincangkan aktiviti sepanjang tahun 2007, pada masa yang sama menyediakan laporan tahun 2006 sebagai persiapan, jika JPNS memanggil setiausaha panitia bermesyuarat peringkat negeri pada bulan Mac.

Tahniah pada sekolah yang berjaya mendapat 100% dalam peperiksaan PMR tahun 2006. Bagi sekolah yang tidak dapat mencapai 100% bukan bererti guru-guru tidak berusaha, tetapi mungkin Allah tidak mahu membenarkan harapan semua sekolah ditunaikan.

Pastikan segala keperluan sebelum mesyuarat disediakan oleh tuan rumah. Begitu juga segala keperluan selepas tamat mesyuarat panitia ini.

Sebagai makluman, edaran Anugerah Bengkel Gemilang KHB akan dilaksanakan pada tahun ini. Surat edaran itu boleh juga diambil dari alamat internet yang disediakan pada blog ini. Semua guru boleh juga mendapatkan kertas konsep anugerah ini. Hanya sekolah yang menawarkan keempat-empat subjek ini akan dipertimbangkan untuk mendapat anugerah keseluruhan. Sekolah lain hanya boleh dipertimbangkan anugerah mengikut kategori sahaja. Segala bentuk hadiah yang ditawarkan juga dicatatkan.

Anugerah ini sebagai usaha menggalakkan sekolah menawarkan semua subjek KHB, pada masa yang sama untuk mencari bengkel KHB yang boleh dijadikan contoh terbaik di daerah dan negeri. Selama hari ini kebanyakan bengkel KHb di sekolah gagal diuruskan dengan baik.

Satu format bagaimana menyediakan rekod-rekod penting di dalam bengkel juga disediakan oleh JPNS. Format ini telah diedarkan lebih awal. Semoga format ini dapat dirujuki oleh semua guru.

Segala maklumat yang bekaitan, boleh dirujuk pada KUTV. Tuan-tuan boleh membaca terus maklumat anugerah ini. KUTV berharap semua guru KHB dapat berganding bahu untuk menjayakan program ini. Semua sekolah akan dilawati oleh pemantau. Pemantauan peringkat negeri akan dilaksanakan pada bulan April - Mei. Peringkat negeri akan dijalankan pemantauan pada bulan Julai.


Pada masa yang sama KUTV berharap semua ahli mesyuarat dapat melayari blog KUTV, di blog ini KUTV berusaha menyebarkan maklumat secara cepat yang mungkin. Semuanya dipelawa untuk mengisi ruangan blog yang disediakan untuk warga pendidik bidang teknik & vokasional. KUTV bersedia menerima bahan untuk disiarkan melalui blog ini. Jika puan-puan mempunyai laman web atau blog sendiri, puan-puan boleh serahkan alamat web untuk saya buatkan pautan dengan blog KUTV.

Semoga mesyuarat berjalan dengan baik.

Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
14.02.2007
26 muharam 1428.

12 February 2007

mesyuarat ict

MESYUARAT PENYELARAS MAKMAL KOMPUTER DAN PENYELARAS ICT DAERAH HULU SELANGOR 2007

Diumumkan bahawa mesyuarat berkaitan akan dijalankan pada ketetapan berikut:

26 FEBRUARI 2007 (ISNIN)
02.00 PETANG
SK RASA.

Semua sekolah mempunyai makmal komputer hendaklah menghantar:
PENYELARAS MAKMAL KOMPUTER

Sekolah yang tidak mempunyai makmal komputer sila hantar:
PENELARAS ICT SEKOLAH

Harap lengkapkan maklumat penyelaras dan penolong penyelaras makmal komputer, begitu juga penyelaras ICT, juga penyelaras-penyelaras yang berkaitan dengan ICT
Sila bawa maklumat semasa mesyuarat berkaitan.

Semoga kehadiran tua-tuan dan puan-puan akan memantapkan lagi pengurusan makmal komputer dan ICT di sekolah.

Surat rasmi akan diedarkan kepada semua sekolah.
Sebarang pertanyaan dalam hal ini sila kemukakan kepada KUTV PPDHS.
Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
12.02.2007
24 Muharam 1428.

11 February 2007

mohon kemaafan pada guru-guru khb

KUTV INGIN MEMOHON MAAF JIKA TERDAPAT SEDIKIT KEKELIRUAN PADA SURAT PANGGILAN MESYUARAT BAGI GURU PANITIA KHB PERDAGANGAN & KEUSAHAWANAN.

TARIKH ADALAH BETUL 13.02.2007, IAITU HARI SELASA, MINTA MAAF KERANA MENULISKAN HARI KHAMIS.
JIKA TERDAPAT KERAGUAN LAGI BOLEH HUBUNGI TERUS KUTVPPDHS DITALIAN TERUS 019-6677527.

Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
11.02.2007
23 Muharam 1428.

mesyuarat guru-guru mpv selangor

MESYUARAT GURU-GURU MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) NEGERI SELANGOR.

Semua guru MPV dikehendaki hadir mesyuarat berkaitan. Surat telah diedarkan kepada semua sekolah yang terlibat.

Mesyuarat:

15 Februari 2007
SMK Seri Serdang
Taman Seri Serdang
43300 seri Kembangan Selangor
09.00 pagi - 4.30 petang

Pastikan tuan-tuan dan puan-puan hadir mesyuarat ini.

Disediakan oleh:
KUTVPPDHS
11.02.2007
23 Muharam 1428.

anugerah bengkel khb

PEMBERITAHUAN TENTANG ANUGERAH BENGKEL GEMILANG KHB

ANUGERAH (ABG KHB) 2007

Mesyuarat peringkat negeri Selangor telah memutuskan satu anugerah bengkel KHB akan dilaksanakan pada tahun ini. Surat kepada semua sekolah telah disebarkan. Jika pihak sekolah masih tidak mendapat surat edaran ini sila dapatkan daripada KUTV.

Jika sekolah memerukan Kertas Konsep atau kertas kerja anegerah ini dan instrumen yang akan digunakan oleh pihak pemantau sila klik pada simpanan fail pada sidebar blog ini (simpanan fail yang boleh dikongsi), atau layari terus ke:
http://www.esnips.com/web/kutvppdhs

Terdapat 4 kategori anugerah:
  1. Bengkel KHB KT ( Reka bentuk teknologi, bengkel elektrik/ elektronik, bengkel paip/enjin)
  2. Bengkel KHB ERT (Bilik masakam, bilik jahitan, bilik persiapan diri)
  3. Bengkel KHB PTN (Unit Hortikultur, Unit Ternakan,Kebun Pertanian)
  4. Keseluruhan ( Hanya bagi sekolah yang menawarkan keempat-empat KHB di sekolah masing)

Pemantau peringkat daerah akan berkunjung ke sekolah tuan-tuan dan puan-puan pada bulan April-Mei. Pemantauan ini adalah dimestikan untuk semua sekolah menengah. Kemungkinan selain KUTV, pemantau juga kan terdiri daripada Jurulatih KHB sekolah rendah.

Surat edaran tentang anugerah ini boleh diambil daripada :

http://www.esnips.com/doc/a12e6bd1-5529-4c68-a75e-49d7a38b35ec/abg-khb

Kertas kerja anugerah ini boleh didapati di: http://www.esnips.com/doc/f58064e3-8bad-478c-a8ca-b06f6addba30/abgkhb

Istrument spn: http://www.esnips.com/doc/4412ccf9-5c3b-4253-93b8-7cc16c047934/instrumen-spn

instrumen rbt: http://www.esnips.com/doc/712dcce7-0100-4004-8db5-8be8f22aef36/intrumen-rbt

instrumen ert: http://www.esnips.com/doc/c80ca5a1-d5fd-44dd-b08b-76bd3567f659/iintrumen-ert

Disediakan oleh:

KUTVPPDHS / 11.02.2007 / 23 Muharam 1428.

mesyuarat 3 subjek teknologi & vokasional

INGATAN PADA SEMUA YANG TERLIBAT:

Mesyuarat 3 subjek panitia:

Prinsip Perakaunan
KHB Perdagangan & Keusahawanan
TMK/ICT

Mesyuarat panitia ini akan dijalankan pada
13 Februari 2007 (Selasa)
02.00 petang
SMK SG CHOH

Oleh kerana melibatkan 3 subjek, diharap tidak timbul kekeliruan pada semua ahli mesyuarat.
Selamat bermesyuarat.

Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
11.02.2007
23 Muharam 1428

mesyuarat panitia khb pertanian

MESYUARAT PANITIA KHB PERTANIAN HULU SELANGOR

01 MAC 2007
02.00 PETANG
SMK KG. SOEHARTO

Semua sekolah yang terlibat perlu menghantar ketua panitia subjek ini untuk mesyuarat kali pertama. Sila bawa semua item yang ditugaskan kepada setiap sekolah.

Sekolah yang terlibat pada tahun ini:
  1. SMK Bdr Baru btg Kali
  2. SMK Syed Mashor
  3. SMK Sg Choh
  4. SMK Gedangsa
  5. SMK Bukit Sentosa
  6. SMK Kg Soeharto
  7. SMK Serendah

Hanya 7 buah sekolah ini sahaja yang terlibat. Sekolah-sekolah lain tidak menawarkan subjek ini di sekolah masing-masing.

Semoga lebih banyak sekolah menawarkan subjek ini sebagai pilihan murid, tidak mengehadkan pada pilihan KHB tertentu sahaja.

Selamat bermesyuarat.

KUTVPPDHS/ 11.02.2007 / 23 Muharam 1428.

mesyuarat panitia perdagangan

MESYUARAT PANITIA PERDAGANGAN KALI PERTAMA
28 FEBRUARI 2007
02.00 PETANG
SMK SERENDAH

Semua ketua panitia perdagangan sekolah daerah Hulu Selangor yang menawarkan mata pelajaran Perdagangan Elektif tingkatan 4 dan 5 dikehendaki hadir.

Surat panggilan telah diedarkan bersama tugasan yang perlu dibawa semasa mesyuarat. Sila hubungi pengerusi mata pelajaran ini di alamat SMK Serendah untuk mendapatkan kepastian tugasan.

Semua sekolah di Hulu Selangor, menawarkan subjek ini pada peringkat tingkatan 4 dan 5, kecuali SM Sains Hulu Selangor.

Selamat bermesyuarat kepada semua ahli panitia.

Disediakan oleh
KUTV PPDHS
11.02.2007
23 Muharam 1428.

04 February 2007

mesyuarat panitia masih belum diuruskan

PENGERUSI PANITIA YANG MASIH BELUM MENGHUBUNGI KUTV UNTUK MELAKSANAKAN MESYUARAT PANITIA PERTAMA:

Hingga ke hari ini, 04 Februari 2007 bberapa pihak pengerusi mata pelajaran teknik & vokasional telah menyelesaikan urusan mesyuarat panitia pertama. Sekolah yang berjaya berbuat demikian ialah:
  1. SMK Dato Hj Kamaruddin: Pengerusi Panitia KHB ERT dan ERT daerah.
  2. SMK Kuala Kubu Bharu: Pengerusi Panitia Ekonomi Asas.
  3. SMK Sg. Choh: Pengerusi Panitia KHB Perdagangan & Keusahawanan, dan panitia Prinsip Perakauanan.
  4. SMK Kalumpang: Pengerusi Panitia KHB Kemahiran Teknikal.

Sekolah/pengerusi panitia yang belum berbuat demikian ialah:

  1. SMK Kg. Soeharto: Pengerusi Panitia KHB Pertanian dan Sains Pertanian.
  2. SMK Serendah: Pengerusi Panitia Perdagangan.

Semoga segala perjalanan mesyuarat akan dapat dilaksanakan dengan baik. Buat pengetahuan semua pengerusi panitia, suatu mesyuarat setiausaha-setiausaha panitia daerah subjek teknik & vokasional peringkat negeri akan dijalankan oleh JPNS pada bulan Mac.

Semoga semua pihak terlibat dapat mengambil tindakan segera dan pantas. Diharap semua mesyuarat peringkat daerah akan berjaya dijalankan sebelum mesyuarat peringkat negeri. Setiausaha panitia akan membentangkan laporan aktiviti sepanjang tahun 2006 dan juga membentangkan perancangan aktiviti panitia daerah tahun 2007.

Bagi panitia yang sudah bertukar tangan kepada sekolah lain, harap pindahkan fail panitia tersebut kepada pengerusi panitia yang baru. Dengan cara ini semua maklumat panitia dapat dikekalkan dari semasa ke semasa.

Semoga pengurusan panitia bidang teknologi & vokasional akan terus diurus pada tahap yang cemerlang.

Sekian. Terima kasih.

Disediakan oleh : KUTV PPDHS/ 04.02.2007/ 16 Mharam 1428.

03 February 2007

pipp

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN BOLEH MENDAPATKAN MAKLUMAT YANG BERKAITAN TENTANG PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (2006-2010) DI WEB KPM:
http://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=lihat_info&info=pengumuman&id=292&bhs=my

Semua lapisan warga pendidikan boleh membacanya. Saya pasti mulai daripada sekarang topik ini akan dibincangkan dengan meluas. AJK peringkat negeri, daerah malahan peringkat sekolah perlu diwujudkan. Jika ingin menonton bagaimana guru-guru di kawasan pendalaman Sabah menjalani kehidupan di sekolah dan pelancaran oleh PM Malaysia pada 19 Januari 2007 yang lalu, boleh klik pada alamat URL di atas.

Semoga kita akan berjaya melaksanakan semua yang digariskan dalam PIPP ini.

Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
03.02.2007
15 Muharam 1428.

mesyuarat panitia KHB KT daerah 2007

MESYUARAT PANITIA KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL

TARIKH : 27 FEB 2007.
MASA : 02.00 PETANG
TEMPAT : SMK KALUMPANG

Semua guru panitia KHB KT peringkat sekolah dikehendaki hadir mesyuarat KHB ini. Sila bawa set soalan yang telah ditetapkan oleh pihak pengerusi atau setiusaha panitia peringkat daerah. Surat panggilan mesyuarat diedarkan pada 05.02.2007.

Sekolah yang menawarkan subjek ini ialah:
  1. SMK KKB
  2. SMK Kg Soeharto
  3. SMK Kalumpang
  4. SMK Gedangsa
  5. SMK Bukit Sentosa
  6. SM Sains Hulu Selangor
  7. SMK Ampang Pecah
  8. SMK Bdr Baru Btg Kali
  9. SMK Bdr Sg Buaya
  10. SMk Tmn Bunga Raya(1)
  11. SMk Syed Mashor
  12. SMK Dato Hj Kamaruddin
  13. SMK Serendah

Semua sekolah di atas mempunyai kelas peringkat tingkatan 1,2 dan 3.

Sekolah yang tidak menawarkan subjek ini ialah;

  • SMK Sg Choh
  • SAM Tinggi KKB
  • SAM Sg Selisek

Pengerusi melalui setiausaha panitia peringkat daerah dikehendaki menguruskan mesyuarat ini. sila pasti segala hal berkaitan panitia dapat diuruskan dengan baik. Tolong sediakan:

  1. Kedatangan dan tandatangan ahli panitia
  2. Minit mesyuarat panitia
  3. Perancangan aktiviti panitia sepanjang tahun.

Pada bulan Mac nanti setiausaha panitia daerah akan dipanggil mesyuarat peringkat negeri untuk membentangkan:

  • Laporan aktiviti sepanjang tahun 2006.
  • Perancangan aktiviti panitia sepanjang tahun 2007.

Jika terdapat sebarang pertanyaan boleh rujuk Pn Rubiyah bt Ariffin di alamat SMK Kalumpang untuk mendapatkan keterangan. Tuan-tuan dan puan-puan boleh juga merujuk KUTV PPDHS dengan menggunakan kemudahan yang tertera pada blog ini.

Disediakan oleh: KUTV PPDHS / 03.02.2007 / 15 Muharam 1428.

mesyuarat panitia KHB P&K daerah 2007

MESYUARAT PANITIA KHB PERDAGANGAN & KEUSAHAWANAN 2007

TARIKH : 13 FEB 2007
MASA : 02.00 PETANG
TEMPAT : SMK SG CHOH

Ketua panitia mata pelajaran ini dikehendaki hadir mesyuarat tersebut. Pada masa yang sama membawa set soalan yang telah ditugaskan pada setiap sekolah. Selain perbincangan soalan pertengahan tahun dan percubaan, panitia juga akan membincangkan aktiviti sepanjang tahun 2007.

Sekolah yang menawarkan subjek ini ialah:
  1. SMK KKB
  2. SMK Kg Soeharto
  3. SMK Sg Choh
  4. SMK Bukit Sentosa
  5. SMK Bdr Baru Btg Kali
  6. SMK Bdr Sg Buaya
  7. SMK Tmn Bunga Raya(1)
  8. SMK Syed Mashor
  9. SMK Dato Hj Kamaruddin
  10. SMK Serendah
  11. SAM Tinggi KKB
  12. SAM Sg Selisek

Semua sekolah menawarkan pada peringkat tingkatan 1,2 dan 3.

Hanya SMK kg Soeharto menawarkan kelas tingkatan 1 dan 3. SMK Sg Choh menawarkan kelas tingkatan 2 dan 3.

Sekolah yang tidak menawarkan KHB ini ialah:

  • SMK Kalumpang
  • SMK Gedangsa
  • SM Sains Hulu Selangor
  • SMK Ampang Pecah.

Jika terdapat sebarang pertanyaan tentang tugasan harap rujuk Pengerusi di alamat SMK Sg Choh. Tuan rumah dikehendaki menguruskan mesyuarat panitia ini. Diharap segala perkara berkaitan akan dilaksanakan dengan baik. Harap sediakan:

  • Kedatangan ahli panitia dan tandatangan.
  • Minit mesyuarat panitia daerah.
  • Sediakan rancangan aktiviti tahun 2007

Pada bulan Mac 2007, setiausaha panitia mata pelajaran daerah akan dipanggil menghadiri mesyuarat peringkat negeri. Mereka dikehendaki membentangkan laporan aktiviti tahun 2006 dan laporan aktiviti yang akan dilaksanakan tahun 2007.

Selamat bermesyuarat.

Disediakan oleh: KUTV PPDHS / 03.02.2007 / 15 Muharam 1428.

mesyuarat panitia prinsip perakaunan daerah 2007

MESYUARAT PANITIA PRINSIP PERAKAUNAN 2007

TARIKH: 13 FEB 2007
MASA : 02.00 PETANG
TEMPAT: SMK SG. CHOH

Semua ketua panitia sekolah yang menawarkan subjek ini dikehendaki hadir semasa mesyuarat ini.

Sekolah berkaitan ialah:
  1. SMK KKB
  2. SMK Kg. Soeharto
  3. SMK Kalumpang
  4. SMK Sg Choh
  5. SMk Gedangsa
  6. SMK Bukit Sentosa
  7. SMK Ampang Pecah
  8. SMK Bdr Baru Btg Kali
  9. SMK Bdr Sg Buaya
  10. SMK Tmn Bunga Raya (1)
  11. SMK Syed Mashor
  12. SMK Dato Hj Kamaruddin
  13. SMK Serendah
  14. SAM Tinggi KKB
  15. SAM Sg Selisik

Semua sekolah ini memiliki kelas tingkatan 4 dan 5.

Hanya SM Sains Hulu Selangor tidak menawarkan mata pelajaran ini.

Pengerusi, SMK Sg. Choh diharap dapat menguruskan perjalanan mesyuarat dengan baik. Surat panggilan mesyuarat diedarkan pada 05 Feb 2007. Harap sebarkan maklumat ini pada rakan dari sekolah yang lain jika telah membaca makluman ini. Sebarang pertanyaan boleh rujuk pada pengerusi panitia daerah di alamat SMK sungai Choh. Boleh hubungi Pn Roslaini bt Ali Bashah.

Harap sediakan maklumat:

  • Senarai kehadiran dan tandatangan guru yang hadir
  • Minit mesyuarat panitia daerah

Harap dapat bincangkan program atau aktiviti panitia daerah. Pihak JPNS akan memanggil satu mesyuarat khas untuk setiausaha panitia daerah dalam bulan Mac. Setiausaha perlu membawa dan membentangkan laporan aktiviti panitia 2006 dan perancangan panitia 2007.

Sekian. terima kasih.

Disediakan oleh: KUTVPPDHS/ 03.02.2007 / 15 Muharam 1428.

KURSUS BPPT AMBILAN 3 DAERAH HULU SELANGOR

KURSUS BPPT AMBILAN 3

26 FEB- 09 MAC 2007
TEMPAT: SMK SYED MASHOR.

Berikut nama-nama guru yang ditawarkan mengikuti kursus BPPT Ambilan 3 2007:

  • Azlan Kamal b Ariffin (SMK Ampang Pecah)
  • Siti Mahanum bt Manap (SK KKB Satu)
  • Azizah bt Wahid (SK Hulu Yam Bharu)
  • Noriha bt Nordin (SMK Bdr Sg. Buaya)
  • Rosfadzilah bt Mohamed Razali (SK Hulu Bernam)
  • Suriana bt Ali (SMK Sg Choh)
  • Rosmina bt Abdul Rahman (SK Sg Buaya)
  • Maizatul Akmam bt Mohd Taha (SMK Syed Mashor)
  • Rosmawati bt Mohd Nor (SMK Kalumpang)
  • Noor Ashikin bt Sabri (SK Bukit Sentosa)
  • Nor Rizan bt Amran (SK Bukit Sentosa)
  • Razak b Ishak (SK Gesir Tengah)
  • Mageswari a/p Kupusamy (SK Bdr Sg Buaya)
  • Raja Noraini bt Raja Abdllah (SK Bdr Sg Buaya)
  • Haslina bt Ismail (SK Tmn Bunga Raya)
  • Anisah bt Mohd Tauhid (SK Tmn Bunga Raya)
  • Muhamad Azmi b Ngadimon (SMk serendah)
  • Siti Roha bt Haris (SMK KKB)
  • Norazmi b Mohd Azid (SK Serendah)
  • Vijaya a/p Kasinathan (SJKT Btg Kali)
  • Zulfalilah bt Atan (SMK Bukit Sentosa)
  • Norliza bt Jamaluddin (SMK Bukit Sentosa)
  • Che Masitoh bt Sabu (SMK Tmn Bunga Raya)
  • Norazihan bt Abdullah (SMK Tmn Bunga Raya)
  • Lee Siew Ling (SJKC Kg. Gurney)

Semoga semua guru terpilih dapat mengikuti kursus dengan baik sepanjang 10 hari tersebut. Jangan lupa melaporkan diri pada 26 Feb 2007 di Makmal Komputer, SMK Syed Mashor. Tuan-tuan dan puan-puan dijemput memberikan komen tentang kursus tersebut di dalam blog ini.

Disediakan oleh: KUTV PPDHS/ 03.02.2007 / 15 muharam 1428.

pertandingan menulis "lesson plan" prinsip perakauanan

PERTANDINGAN TERBUKA KEPADA GURU-GURU PERAKAUNAN SMK / SMT

Pihak JPNS memaklumkan bahawa pertandingan terbuka kepada semua guru perakaunan yang telah dibekalkan dengan perisian ASSETBase dan telah menjalani latihan. Pertandingan ini boleh secara individu atau secara kumpulan maksimum 5 orang. Rancangan mengajar hendaklah dihantar secara 'softcopy' melalui laman web:
http://www.lessonplancompetition.net.my


Segala maklumat boleh didapati di web ini. Tarikh akhir ialah 20 Februari 2007.

Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
03.02.2007
15 Muharam 1428.