PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

16 November 2007

KONVENSYEN & MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR 2007

Majlis yang dikendalikan oleh PSPN ini dilaksanakan Holiday Villa, Subang Jaya, 12-14 November 2007.Pada 14 November 2007 dijalankan majlis penyampaian anugerah berkaitan yang disempurnakan oleh yang berbahagia Datin Pengarah Pelajaran Selangor, Datin Hamidah bt Nordin.

Tahniah kepada yang telah mendapat anugerah pada hari tersebut. Hulu Selangor juga mendapat beberapa anugerah.
SMK Bukit Sentosa disenaraikan sebagai Naib Johan Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Kategori sekolah luar bandar
SK Sungai Tengi mendapat tempat ketiga dalam Anugerah Pusat Sumber Cemerlang kategori sekolah rendah luar bandar.

Dalam anugerah Nilam dalam kategiri Sekolah Menengah Luar Bandar:
Tempat ketiga - Kumaraguru (SM Sains Hulu Selangor)
Johan - Siti Aisah bt Razali (SM Sains Hulu Selangor)

Anugerah Pengurusan Nilam (Sekolah) kategori Sekolah Rendah Luar Bandar - SK Hulu Bernam.

Anugerah Tokoh Nilam kategori sekolah menengah dinobatkan kepada Siti Aishah bt Razali (SM Sains Hulu Selangor)

Anugerah Kecemerlangan Pusat Kegiatan Guru dalam Pengurusan Aktiviti PKG Berbangunan diserahkan kepada PKG Kg. Soeharto.

Sehari sebelumnya telah dijalankan konvensyen yang berkaitan Teknologi Pendidikan:

Laterasi Maklumat disampaikan oleh Dr Abriyah bt Abdullah (Universiti Malaya)

Sistem Pengurusan Kualiti dibentangkan oleh Pn Lucia Quek Sai Geam (BTP)

Pusat Akses disampaikan oleh Tuan Hj Omar bin Mos (PSPN)

Program Inovasi PSPN Selangor - e-Pintas dibentangkan oleh En Rosli bin Hadi (PKG Semenyih)

Mutiara Minda (PKG Kalumpang & SK Hulu Bernam) dibentangkan oleh Pn Maziah bt Mohamad (SK Hulu Bernam)

Program Intensif Menulis & Membaca-PIa2M (PKG Kuala Selangor & SMK Seri Tanjung) dibentangkan oleh Pn Habshah bt bMajid SMK Seri Tanjung.

English iterature PKG Kg Soeharto & SK Sungai Tengi dibentqangkan oleh Pn Norlela bt Alias.

Para peserta konvensyen dapat melihat perbagai tajuk yang dibentangkan. Semua ini dapat menjadi pengetahuan yang baik kepada para peserta yang hadir.