PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

29 April 2007

BLOG SMK SYED MASHOR

Selamat datang ke blog penyelaras makmal computer SMK Syed Mashor. Blog ini adalah blog keempat disambungkan dengan blog KUTVPPDHS, merupakan blog ke-3 kalangan penyelaras makmal komputer.

Tahniah kepada penyelaras makmal computer SMK Syed Mashor, En Law kerana kejayaan ini. tuan-tuan dan puan-puan dipelawa hadir di blog ini dengan memasuki ruangan sidebar (sebelah kanan), warna biru, ruangan khas untuk penyelaras makmal komputer dan ict. Blog ini boleh dicapai terus dengan menggunakan alamat:
http://smksm.blogspot.com

Semoga lebih ramai akan menyertai KUTV dalam projek blog penyelaras makmal komputer ini.

Disediakan oleh
KUTVPPDHS
29.04.2007
11 Rabiulskhir 1428

27 April 2007

BLOG SMKKKB

BLOG PENYELARAS BESTARI SMKKKB

Selamat datang ke blog penyelaras bestari smk kkb. Blog ini adalah blog ketiga disambungkan dengan blog KUTVPPDHS, merupakan blog ke-2 kalangan penyelaras makmal komputer.

Tahniah kepada penyelaras bestari smkkkb, Tn Syed Hassan kerana kejayaan ini. tuan-tuan dan puan-puan dipelawa hadir di blog ini dengan memasuki ruangan sidebar (sebelah kanan), warna biru, ruangan khas untuk penyelaras makmal komputer dan ict. Blog ini boleh dicapai terus dengan menggunakan alamat: http://smkkkb.blogspot.com

Semoga lebih ramai akan menyertai KUTV dalam projek blog penyelaras makmal komputer ini.

Disediakan oleh:
KUTVPPDHS
27.04.2007
09 Rabiulakhir 1428.

18 April 2007

BLOG SKKKB

SELAMAT DATANG KE BLOG ICT DAN MAKMAL KOMPUTER SK KUALA KUBU BHARU YANG DIKENDALIKAN OLEH PENYELARAS MAKMAL KOMPUTER.

Terima kasih dan setinggi tahniah kepada En Mohd Azdi kerana telah berjaya menyiapkan blog skkkb. Ini blog pertama kalangan penyelaras makmal komputer dan guru ICT daerah Hulu Selangor. Blog ini adalah blog kedua yang dapat KUTV pautkan dengan blog KUTVPPDHS.

Tuan-tuan boleh melihat dan berkongsi maklumat dengan skkkb melalui blog ini. Sila masuk melalui sidebar blog ini, sebelah kanan (warna biru); sambungan pada; khas untuk penyelaras makmal komputer dan ict. Tuan-tuan boleh masuk terus melalui alamat ini:
http://skkkbict.blogspot.com

Semoga ramai lagi yang akan menyertai KUTVPPDHS dalam hal ini. Saya akan terus menanti blog-blog seterusnya. Insyaallah.

Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
18.04.2007

15 April 2007

penarapan dan penilaian semua makmal komputer sekolah

PENARAPAN DAN PENILAIAN MAKMAL KOMPUTER SEMPENA PROGRAM PERMATA PERINGKAT DAERAH DAN NEGERI.

Makluman kepada semua sekolah di daerah hulu Selangor. Pemberitahuan ini telah dibuat dalam perjumpaan dengan Pengetua/Guru Besar, Penolong Kanan, Ketua Bidang Teknik & Vokasional juga penyelaras makmal komputer pada awal tahun 2007 hingga terkini.

Makluman surat siaran secara rasmi ke sekolah telah dilakukan. Siaran ini khas bagi semua sekolah yang mempunyai makmal komputer Kementerian Pelajaran Malaysia. Proses penilaian dilakukan oleh satu kumpulan panel yang telah dilantik oleh PPD Hulu Selangor. Semua makmal komputer yang berlainan jenis di sekolah akan dinilai secara berasingan. Penarapan akan memberi nilai makmal komputer bintang tertentu.Penilai-penilai ini akan datang memantau mulai 23 April 2007, ke semua sekolah yang berkaitan. Bersama surat siaran rasmi ini, jadual penilaian telah di sediakan. Jika pihak sekolah tidak dapat maklumat ini boleh muat turun daripada:
http://www.esnips.com/doc/1943461f-3999-4dd1-8835-bedb54c19111/inst-sekolah bagi mendapatkan contoh instrumen.
http://www.esnips.com/doc/04907beb-aad5-46a9-b071-163028f5369a/jadual bagi melihat jadual kehadiran penilain ke sekolah masing-masing.

Penilai yang telah dilantik dan dilatih secara rasmi ialah:
  1. En Abd Wahi bin Wahid (PKG Kalumpang)
  2. Tn Syed Hassan bin Syed Mohamad (SMKKKB)
  3. Pn Norzaida bt Abdullah (SMK DHK)
  4. Pn Saemah bt Mat Sahir (SMK Ampang Pecah)
  5. En Wan Zaki bin Wan Muda (SMK Bdr Baru Btg Kali)
  6. Tn Hj Yusof bi Jamaluddin (SMK Syed Mashor)
  7. En Muslimin bin Parman (SMK Bukit Sentosa)
  8. En Abd Halim bin Damid (SK Kerling)
  9. En Mohd Zaironi bin Markimin (SK Bukit Sentosa)
  10. En Abd Wahib bin Mohd Nasir (SK Tmn Bunga Raya(1)
  11. En Parabakaran a/l Subramaniam (SJK T Sungai Choh)

Semoga semua pihak dapat memberikan kerjasama dalam pelaksanaan program ini.

Disediakan oleh KUTVPPDHS/15.04.2007.

12 April 2007

hari anugerah perkhidmatan cemerlang

Pada 11 April 2007, suatu majlis telah diadakan di Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Kuala Kubu Bharu. Maslis bermula pada pukul 02.00 petang. Sisil APC ini disampaikan oleh Orang Kaya Maha Bijaya, Orang Kaya Daerah Hulu Selangor.

KUTV ingin mengucapkan tahniah kepada semua yang berjaya dianugerahkan APC pada hari berkaitan, terutama kepada guru-guru yang tidak sempat KUTV mengucapkan secara terus. Ini adalah majlis yang jarang KUTV dapat bersama sejak dahulu kerana sentiasa ada tugas rasmi diluar.

Jadikanlah APC ini sebagai pencetus untuk kita berkhidmat lebih baik dan cemerlang. harapan KUTV, semoga kecemerlangan tidak terhenti selepas mendapat pengiktirafan secara rasmi ini. Banyak perkara yang masih boleh dituntut. Percayalah pasti ramai rakan guru yang lain ingin mengecapi APC itu, tetapi mungkin rezeki masih belum ada pada mereka. InsayaAllah pada tahun yang akan datang giliran mereka pula.

KUTV sempat merakamkan beberapa gambar di majlis tersebut. Jika tuan-tuan ingin melihatnya bolehlah cari di dalam blog KUTV ini. carilah pada link(sidebar) sebelah kanan bewarna biru, atau terus ke laman berikut:

http://www.esnips.com/web/kutvppdhs

Di sini hanya terdapat beberapa keping gambar, jika ngin lebih banyak sila masuk ke:
http://s162.photobucket.com/albums/t246/rorokiza

Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
12.04.2007
24 Rabiulawal 1428.

10 April 2007

program i-board

Pemantauan dan taklimat program rintis "i-board".

Semua KUTV daerah di negeri Selangor bermesyuarat di SMK Bukit Changgang, Kuala Langat pada 10 April 2007.

Semua yang hadir memantau dan menyaksikan pengajaran & pembelajaran guru Biologi dan Fizik mengajar menggunakan i-board. Sekolah ini adalah sebagai sekolah rintis yang menggunakan kemudahan ini.

Teknologi terkini ini nampak cukup canggih, malah memudahkan guru. Murid sendiri lebih mudah dan belajar dengan menyeronokkan.

Selepas itu wakil syarikat yang menjalankan rintis ini menunjukkan secara detail bagaimana kemudahan ini berfungsi. Sekolah ini adalah sekolah pelaksana MPV iaitu Katering dan Penyajian dan juga Seni Reka Tanda.

Bersama ini disediakan gambar-gambar yang diambil sepanjang KUTV berada di SMK Bukit Changgang. Gambar semasa menunggu kehadiran Ketua Sektor Pengurusan akademik, semasa dalam kelas Biologi dan Fizik,dan semasa makan di restoren MPV Katering dan Penyajian.

http://s162.photobucket.com/albums/t246/rorokiza

Jika perlukan lebih banyak gambar, boleh muat turun dari:
http://www.mediamax.com/kutvppdusel

Jika terlupa alamat di atas, tuan-tuan boleh klik pada link yang terdapat pada sidebar (warna biru sebelah kanan).

Semoga sekolah lain akan dapat kemudahan ini jika kementerian bercadang untuk meluaskan penggunaannya di sekolah-sekolah lain.

Semua KUTV ingin mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah, SMK Bukit Changgang, PPD Kuala Langat dan JPNS kerana memberi peluang kepada KUTV untuk memantau penggunaan peralatan ini.

Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
10.04.2007
22 Rabiulawal 1428.

09 April 2007

SENARAI NAMA MURID GALUS

SEGERA

PERHATIAN KHUSUS BAGI SEMUA SEKOLAH KEBANGSAAN, (30 BUAH SEKOLAH) SEMUA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN HARIAN (13 BUAH SEKOLAH) DAN 02 BUAH SEKOLAH MENENGAH AGAMA.

Sekolah Kebangsaan dikehendaki menyenaraikan nama murid yang tahap ujian / peperiksaan yang berada pada tahap GALUS, bagi murid tahun 6 (murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR tahun ini)

Sekolah menengah dikehendaki menyenaraikan nama murid GALUS peringkat tingkatan 5 (SPM 2007). Subjek yang diutamakan B Inggeris, Sains,dan Matematik

Senarai nama perlu dihantar ke PPD ( cawangan) fak segera ke 03-60641818. Senarai ini mesti sampai ke PPD Cawangan selewat-lewatnya 04.00 petang ( Selasa ). boleh ditujukan kepada KUTV PPDHS.

SENARAI INI AMAT PENTING.

Disediakan oleh:
KUTVPPDHS
09.04.2007
21 Rabiulawal 1428

perpindahan tempat bengkel ekonomi asas

PENGUMUMAN PENTING:

Program "Bengkel Ekonomi Asas" yang sepatutnya berlangsung di SMK Syed Mashor, Batang Kali terpaksa dipindahkan ke tempat lain. Oleh kerana masalah teknikal program ini akan dilaksanakan di SMK Kuala Kubu Bharu. Tarikh dan masa masih lagi sama seperti ketetapan awal.

KUTV minta maaf kerana tidak dapat mengelakkan masalah ini daripada berlaku. Semoga masalah ini akan wujudnya semangat yang tinggi pada semua yang terlibat. Jika ada masalah sila hubungi KUTV PPDHS segera.

Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
09.04.2007
21 Rabiulawal 1428.

08 April 2007

bulan april sebagai bulan ict dan pembestarian untuk pipp

Telah diumumkan dalam bulan April ini akan menjadi bulan program ICT di peringkat KPM. Ini sebagai menyokong teras dalam pipp khususnya dalam merapatkan jurang pendidikan, khasnya jurang digital.

Bersama ini disertakan bahan bacaan tentang:
  • Pembestarian sekolah, boleh dilihat bahan yang ditulis oleh Bahagian Teknologi Pendidikan:

http://www.esnips.com/doc/38d4b4a1-3173-4454-b18d-6f0dc3117f90/bestari

  • Rencana ICT yang tertera dalam akhbar tempatan pada April 2007.

http://www.esnips.com/doc/181ba9ea-c667-485a-848f-ee958fdebc8b/RENCANA-ICT-04

Semoga bahan ini memudahkan semua rakan guru mencari bahan berkaitan ICT dan pembestarian sekolah.

Disediakan oleh:

KUTV PPDHS

08.04.2007/ 20 Rabiulawal 1428.

web guru daerah hulu selangor pertama disambungkan

KUTV ingin mengucapkan tahniah kepada Cikgu Sukor SMK Sg Choh yang telah mewujudkan laman web Sejarah. Untuk guru-guru dan pelajar yang berminat web ini telah saya pautkan pada blog ini.

Tuan-tuan dan puan-puan semua boleh masuk melalui "sidebar" blog ini di sebelah kanan (warna biru), klik pada blog tambahan KUTV. Blog ini terdapat pautannya pada sebelah kiri ruangan tersebut. Boleh terus guna alamat ini:
http://www.sukosensei.com

atau alamat ini:
http://utvppdusel.blogspot.com . Carilah pada kiri blog berkaitan).

Selamat melayari web berkaitan. saya amat berharap lebih ramai akan menyertai Cikgu Sukor dalam hal begini.

Terima kasih.

Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
08.04.2007
20 Rabiulawal 1428.


07 April 2007

gambar-gambar rakaman KUTVPPDHS

Beberapa rakaman gambar sempat dilakukan oleh KUTV sepanjang minggu 02-07 April

Gambar di pejabat (PPDHS Cawangan):
http://s162.photobucket.com/albums/t246/rorokiza

Gambar semasa mesyuarat pusat akses sekolah di smk syed mashor
Gambar majlis malidur rasul skkkb:
http://picasaweb.google.com/kutvppdusel

Boleh juka dilayari melalui sidebar blog KUTV ini.(warna biru)

Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
07.04.2007
19 Rabiulawal 1428.

06 April 2007

maklumat murid kelas dan guru ICT sekolah menengah

KUTV mengharapkan bantuan semua guru pelaksana mata pelajaran ICT untuk mendapatkan maklumat yang terkini. PPK memerlukan maklumat berkaitan:

  1. Maklumat bilangan kelas jika ada perubahan. Tolong pastikan status murid sekolah cikgu, sama ada mereka dalam aliran sains atau sastera. Bilangan yang ada sekarang, seperti biasa mengikut jantina dan kaum.
  2. Maklumat guru yang mengajar. Nama guru. Maklumat detail lain rasanya KUTV boleh dapatkan daripada data Emis.

Semua maklumat ini boleh diserahkan kepada KUTV dengan cara yang paling mudah bagi cikgu semua. Boleh guna email atau catatkan secara bercetak atau apa cara yang mudah. Boleh juka dimasukkan dalam ruangan komment pada blog ini.

Semoga KUTV akan dapat maklumat ini dalam pertenghan April, selewat-lewatnya 20 April 2007. Maklumat ini khusus bagi sekolah:

  1. SMK Kuala Kubu Bharu
  2. SMk Sg Choh
  3. SMK Dato Hj Kamaruddin
  4. SMK Syed Mashor

Sekian. Terima kasih.

Disediakan oleh: KUTV PPDHS/ 06.03.2007

05 April 2007

peserta ambilan ke 5 bppt di smk syed mashor

Kursus BPPT di SMK Syed Mashor, Batang Kali.

Bersama ini disertakan senarai nama peserta BPPT daerah Hulu Selangor bagi ambilan 5 2007. Senarai nama telah dimasukkan ke dalam blog sebelum ini. Ini hanya sebagai percubaan untuk menggunakan link terus dengan bahan berbentuk excel atau word yang sedia ada. Sila klik pada:
http://spreadsheets.google.com/pub?key=pkHI9mXKLL3grTQH0bhuNKA

Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
05.04.2007
17 rabiulawal 1428.

04 April 2007

penyelaras makmal komputer

MESYUARAT KHAS PENYELARAS MAKMAL KOMPUTER DAN PENYELARAS ICT 2007.

Mesyuarat ini hanya melibatkan 14 orang penyelaras yang dipilih oleh PPDHS sahaja.
Mesyuarat ini akan diadakan pada:

12 April 2007.
02.00 petang.
SMK Syed Mashor, Batang Kali.

Penyelaras yang terlibat ialah:
  1. Tn Syed Hassan bin Syed Mohamad (SMKKKB)
  2. Tn Hj Yusoff bin Jamaluddin (SMK Syed Mashor)
  3. Pn Saemah bt Mat Sahir (SMk Ampang Pecah)
  4. Pn Norzaida bt Abdullah (SMK Dato HjKamaruddin)
  5. En Kumaresan a/l Kawagasabai (SMK Kg Soeharto)
  6. Pn Suzita bt Mohd Ariff (SK Kerling)
  7. En Mohd Bakhtiar bin Matal (SK Tun Abdul Razak)
  8. En Abdul Wahib bin Muhammad Nasir (SK Tmn Bunga Raya(1)
  9. En Shamsul bin Selamaat (SK Serendah)
  10. En Prabakaran a/l Subramaniam (SJK T Sg Choh)
  11. Pn Ng Poh Kim (SJK C Batang Kali)
  12. En Muslimin bin Parman (SMK Bukit Sentosa)
  13. En Wan Zaki bin Wan Muda ( SMK Bdr Baru Btg Kali)
  14. En Mohd Zaironi bin Markimin (SK bukit Sentosa)

Mesyuarat ini akan membincangkan aktiviti ICT daerah pada tahun 2007. Paling penting ahli mesyuarat akan membincangkan proses penarapan makmal komputer sekolah dan pemantauan untuk memilih makmal komputer terbaik bagi mewakili daerah dalam Anugerah Makmal komputer Terbilang peringkat negeri.

Sekolah yang dipilih selain mewakili daerah, akan dapat dijadikan sebagai penanda aras bagi semua sekolah di daerah dalam pengurusan makmal komputer di sekolah masing-masing. Pada masa yang sama semua makmal komputer akan dapat dinilai kedudukan makmal .

Semoga semua penyelaras yang terlibat dapat membantu pihak KUTV dalam pelaksanaan program ini di peringkat daerah.

Sekian. Terima kasih.

Disediakan oleh:

KUTV PPDHS. 04.04.2007.

03 April 2007

untuk mu pelastin

LAGU KUMPULAN RAIHAN
Sila klik pada blok tambahan KUTV pada sidebar di sebelah kanan blog ini (warna biru)

KUTV PPDHS

blog pegawai teknologi pkg kalumpang

Blog kedua yang dapat dilink(sambung) dengan blog KUTV.

Tahniah dan terima kasih kepada En Wahi kerana turut bersama-sama KUTV untuk mewujudkan blog. Semoga dapat diperkembang dan dikemas kini dari masa ke semasa. Terima kasih kerana bersama-sama KUTV.

Blog En Wahi boleh dilihat melalui link pada sidebar blog ini (warna biru) sebelah kanan. Boleh klik pada ruangan 'khas penyelaras makmal dan ict'.

Semoga yang lain akan turut meneyertai KUTV selepas ini.

Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
03.04.2007
15 Rabiulawal 1428.

Mesyuarat Pelaksanaan Pusat Asses Hulu Selangor

MESYUARAT PUSAT ASSES FASA 1,2 DAN 3 DAERAH HULU SELANGOR

Pada 03 April 2007 mulai 09.00 pagi, mesyuarat berkaitan dimulakan di Bilik Mesyuarat SMK Syed Mashor, Batang Kali.

Mesyuarat dihadiri oleh Penyelia Pembangunan PPDHS, Pegawai Teknologi PKG di daerah Hulu Selangor, KUTV PPDHS, Pengetua / Guru Besar dan Penyelaras ICT / Guru Media.

Semasa mesyuarat En Wahi, Pegawai Teknologi PKG kalumpang menyempaikan taklimat kerana pegawai PSPN tidak dapat hadir bersama. Selepas itu wakil pembekal peralatan menyampaikan maklumat.

Sekolah yang terlibat ialah:
  1. SM Sains Hulu Selangor
  2. SMK Bukit Sentosa
  3. SMK Bdr Baru Btg Kali
  4. SK Kg Soeharto
  5. SK Bdr Sg Buaya
  6. SJK C Kalumpang
  7. SMK Ampang Pecah
  8. SMK Kg Soeharto
  9. SMk Gedangsa
  10. SMK Dato Hj Kamaruddin
  11. SK Kerling
  12. SK Kalumpang
  13. SK Hulu Bernam
  14. SK KKB Satu
  15. SK Sg Choh
  16. SK Bukit Beruntung
  17. SK Tmn Bunga Raya (1)
  18. SK Btg Kali
  19. SK KKB
  20. SK Gedangsa
  21. SK Tun Abd Razak
  22. SK Sg Tengi
  23. SK Sri Keledang
  24. SK Ampang Pecah
  25. SK Seri Fajar
  26. SMK Sg Choh
  27. SMK Kalumpang
  28. SMK Syed Mashor
  29. SMK KB

Ini bererti untuk tiga fasa 29 buah sekolah telah dilibatkan. Kandungan taklimat ialah:

  • Pengenalan
  • Matlamat
  • Objektif
  • Pengurusan dan Pentadbiran
  • Susun atur dan Peralatan
  • Waktu Operasi
  • Pengguna
  • Cadangan Aktiviti
  • Keselamatan
  • Cadangan Peraturan
  • Pengurusan Penyenggaraan

Bahan cetakan telah diedarkan kepada semua sekolah. Jika terdapat pihak sekolah mahu bahan dalam bentuk solf copy boleh didapati melalui blog KUTV ini pada masa akan datang:

Panduan pusat asses:

http://www.esnips.com/doc/acc5ea4e-5c96-4246-8f37-6ce9852a3cd9/Panduan-Penggunaan-Pusat-Akses

Pelan susun atur:

http://www.esnips.com/doc/407576f5-0f0c-4ed4-80c2-75af543716c3/Plan-Susun-Atur

adangan cartoa organisasi:

http://www.esnips.com/doc/738e4ac5-d8fe-4b0b-bcfd-da3869b88b68/Cadangan-Carta-Organisasi-Pusat-Akses-Sekolah

Disediakan oleh:

KUTVPPDHS / 03.04.2007