PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

02 November 2007

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH ANUGERAH BENGKEL KHB CEMERLANG NEGERI SELANGOR

Pada 01 Oktober 2007 Majlis ini dijalankan di SMK Bandar Baru Sungai Long, Hulu Langat. Majlis ini dirasmi dan disumpurnakan oleh Pn Hanim bt Ibrahim, Ketua Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Selangor.

Seminar Mata Pelajaran Teknik & Vokasional dijalankan pada sebelah paginya. Selepas itu Ketua Sektor dan hadiran dibawa melawat semua bengkel yang terdapat di sekolah ini.

Keputusan Anugerah 2007.

KHB Kemahiran Teknikal:
1. SMK Bandar Utama (Petaling)
2. SMK Bagan Terap (Sabak Bernam)
3. SMK Persekutuan Kajang (Hulu Langat)

KHB ERT:
1. SMK Bagan Terap (Sabak Bernam)
2. SMK Bandar Rinching (Hulu Langat)
3. SMK Seksyen 24(2) (Petaling)

KHB Pertanian:
1. SMK Cheras Jaya (Hulu Langat)
2. SMK Tiram Jaya (Kuala Selangor)
3. SMK Telok Gadong (Kelang)

Keseluruhan:
1. SMK Bandar Baru Sg Long (Hulu Langat)
2. SMK Subang (Petaling)
3. SMK jugra (Kuala Langat)

Tahniah kepada semua sekolah yang berjaya mengecapi anugerah tahun ini. Daerah Hulu Selangor hanya mendapat hadiah sagu hati sahaja untuk semua kategori. Semoga ini dapat dijadikan pendorong. Wakil sekolah Hu;u Selangor yang hadir sudah pasti dapat melihat contoh sekolah yang terbaik semasa majlis ini. Sekolah yang mendapat anugerah boleh juga dijadikan penanda aras. Lawatilah sekolah tersebut.

Walau bagaimanapun tahniah juga kepada SMK Kg Soeharto (KHB Pertanian) dan SMK Bukit Sentosa (KHB KT, KHB ERT dan Keseluruhan). Semoga semua sekolah daerah Hulu Selangor akan bertambah baik dalam pengurusan bengkel KHB.