PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

09 December 2006

MPV DAERAH HULU SELANGOR 2006

Pelaksana MPV pada tahun 2006

1. SMK Kalumpang
Subjek (TM - Tanaman Makanan dan RJP - Rekaan Jahitan dan Pakian)

2. SMK Bandar Sungai Buaya - Subjek (PM - Pemprosesan Makanan)

3. SMK Bandar Baru Batang Kali - Subjek (MA - Menservis Automobil)

4. SMK Dato Hj Kamaruddin - Subjek - (KP - Katering dan Penyajian)

Catatan:
KUTV PPDHS
09.12.2006

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL

Tahniah kepada Pengetua-pengetua dan Guru besar yang telah didedahkan dengan KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL pada tahun 2006.

Pihak Kementerian Pelajaran telah berusaha menyebarluaskan konsep Kepimpinan ini kepada semua pengetua dan guru besar. Terima kasih dan tahniah kepada pihak kementerian yang berusaha menukar cara bertindak dan berfikir pentadbir atau pemimpin di sekolah.

Pendidikan adalah sektor paling penting di Malaysia. Oleh itu amat penting untuk memastikan pendidikan negara kita mampu melahirkan warga negara yang mampu bersaing pada masa akan datang dalam apa-apa hal juga pun. Kepimpinan di sekolah memang dituntut untuk memastikan mereka benar-benar memberikan perhatian dalam pengajaran & pembelajaran. Tumpuan pada aspek inilah yang akan benar-benar meletakkan pemimpin di sekolah sebagai pemimpin instruksional.

Semua pengetua dan guru besar daerah Hulu Selangor telah mendapat pendedahan dalam hal ini. Pengetua dan guru besar rasanya mampu untuk memastikan segala yang perlu dan yang dituntut untuk dilaksanakan. Marilah kita sama-sama memastikan semua guru daerah ini mendapat pendedahan dalam hal ini. Guru-guru yang menjalankan tugas dan tanggung jawab sebagai pengajar dalam kelas sudah pasti menjadi individu penting.

Jika guru-guru tidak mahu memberikan kerjasama dan bertugas dengan penuh didikasi dalam melaksanakan segala tuntutan, kita bimbang hasrat murni yang ada tidak akan tercapai. Kepimpinan pengetua dan guru besar yang benar-benar memahami mereka selaku pemimpin instruksional, amat dituntut untuk membawa dan memacu sekolah ke arah pendidikan yang sebenarnya.

Kita berharap tidak ada lagi pemimpin instruksional melakukan tugas lain lebih banyak peratusannya daripada tugas yang berkaitan dengan pengajaran & pembelajaran. Walaupun mereka perlu melaksanakan tugas lain tetapi berikanlah perhatian yang lebih kepada aspek pengajaran & pembelajaran.

Marilah kita sebagai warga pendidik, bergerak bersama-sama memastikan apa-apa sahaja yang dihasratkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dapat dilaksanakan. Setiap orang kita yang bergelar guru pasti mahu melihat anak didik kita berjaya dan mampu mengharung hidup mereka selepas alam persekolahan dengan ilmu dan kemahiran yang dapat mengatasi segala rintangan dan halangan hidup.

Semoga segala perkara berkaitan dengan pengajaran & pembelajaran akan diuruskan dengan baik oleh semua warga pendidik. Kita berharap pendidikan di daerah Hulu Selangor akan makin meningkat dalam segala aspek terutamanya yang berkaitan dalam pengajaran & pembelajaran.

Hasil catatan:
KUTV PPDHS
09.12.2006.

ICTL SEKOLAH RENDAH DAERAH HULU SELANGOR

30 BUAH SEKOLAH PELAKSANA ICTL TAHUN 2007

Semoga semua 30 buah sekolah pelaksana ICTL sekolah rendah tahun 2007 dapat bersedia dan melaksanakan program ini seperti tahun 2006. Semoga guru-guru yang telah hadir kursus bulan Jun 2006 dan November 2006 di SK Kuala Kubu Bharu dapat menjadi penggerak pelaksanaan di sekolah.

Penyelaras makmal komputer juga diharap dapat memberikan kerjasama dalam menyediakan jadual waktu penggunaan makmal komputer, khususnya program ICTL. Jurulatih ICTL di daerah boleh dihubungi untuk mendapatkan penjelasan jika terdapat sebarang pertanyaan. Harap lakukan latihan dalaman di sekolah, aupaya lebih ramai guru mahir mengendalikan program ini.

Pihak pentadbir sekolah diharap dapat memantau dan memastikan program ini dilaksanakan sepenuhnya. Harap pasti ini program ini dilaksanakan, semoga tidak terdaapat guru-guru yang meminggirkan program ini. Bantuan pihak pentadbir sekolah dalam pemantauan amat perlu dilakukan.

Sekolah pelaksana:

1. SK Sri Fajar
2. SK Sg Tengi
3. SK KG. Soeharo
4. SK Gedangsa
5. SK Seri Keledang
6. SK Sg. Selisek
7. SK Hulu Bernam
8. SK Kalumpang
9. SK Kerling
10. SK Kuala Kubu Bharu
11. SK Kuala Kubu Bharu Satu
12. SK Kuala Kubu Bharu Dua
13. SK tun Abdul Razak
14. SK Ampang Pecah
15. SK Rasa
16. SK Batang Kali
17. SK Bandar Baru Btg Kali
18. SK Kg. Kuantan
19. SK Hulu Yam Baru
20. SK Hulu Yam Lama
21. SK Lembah Beringin
22. SK Antara Gapi
23. SK Serendah
24. SK Sg Choh
25. SK Sg. Buaya
26. SK Bandar Sg. Buaya
27. SK Bukit Beruntung
28. SK Taman Bunga raya (1)
29. SK Bukit Sentosa
30. SJK (C) Batang Kali

Bagi 4 buah sekolah iaitu, SK Lembah Beringin, SK Antara Gapi, SK Bandar Sungai Buaya dan SK Hulu Bernam merupakan tahun pertama untuk memulakan program ini pada sesi 2007.

Sebagai pengetahuan umum program ini dilaksanakan dalam 2 waktu seminggu semasa pengajaran Bahasa Inggeris di sekolah kebangsaan. Bagi SJK Cina 2 waktu ini diajar semasa pengajaran Bahasa Cina.

Pada tahun 2007 program ini akan memasuki fasa murid tahun 3 akan mula mengikuti program ICTL ini. Kebanyakan sekolah mrid-murid tahun 3 ini telah mula mengenali program ini semenjak mereka berada dalam kelas tahun 1 pada tahun 2005.

disediakan oleh;
KUTV PPDHS
09.12.2006 Sabtu.

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL

Pada ruangan ini izinkan saya mencatatkan kembali cabutan daripada kertas kerja KONSEP KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL : SATU PANDANGAN MENYELURUH:

Kertas Kerja ini dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semoga catatan ini dapat menjadi rujukan warga pendidik yang mahu menjadikannya bahan bacaan.

1. Pendahuluan

Persoalan kepimpinan diperkatakan di mana-mana dan merangkumi keselurujhan aspek kehidupan manusia, sama ada dalam soal-soal sosial, politik, ekonomi mahupun kerohanian. Peminpin amat ramai, tetapi pemimpin yang membawa perubahan baik kepada kehidupan manusia, amat waajar dikaji dan dicontohi. Sebarang kejayaan dan juga kegagalan sering dirujuk kepada keberkesanan pemimpin bagi mana-mana organisasi. banyak sekolah yang cemerlang tetapi banyak juga yang tidak berjaya. Usaha perlu dibuat supaya kejayaan dan kevcemerlangan dikongsi kerana menjadi matlamat bersama.

2. Kepimpinan

Dari satu sudut, kepimpinan didifinasikan sebagai "setiap tindakan yang merupakan sumber-sumber ke arah matlamat yang benar-benar bermanfaat" Tindakan adalah perkataan yang dinamik. Perkataan ini menggambarkan pergerakan yang inisiatif. Pemimpin perlu bertindak apabila berhadapan dengan masalah, semasa melakukan pemilihan atau membuat keputusan. Pemimpin perlu bertindak secara proaktif bagi menggerak menggerak dan merangsang orang lain untuk bertindak. Pemimpin mungkin memiliki segala idea besar atau wawasan agung, tetapi jika tindakan tidak diambil atau dilaksanakan, tiada apa yang boleh dihasilkan. Dia tidak akan menjadi seorang pemeimpin berkesan. Pemimpin perlu berfikir panjang, tetapi bermenung terlalu panjang perlu dielak. Pemimpin perlu bertindak secara wajar dan cepat untuk merebut peluang yang ada dihadapannya.

Seorang pemimpin memerlukan penumpuan, mereka tidak hanya memimpin dengan mengarah, tetapi juga melalui contoh yang baik. Profesor J.E. Adair dalam bukunya Industrial Society (UK), yang juga menyokong kepada teori kepimpinan yang terkeal, menekankan bahawa, "segram contoh lebih bermanfaat daripada sekilogram teguran." Beliau juga mencadangkan agar pemimpin perlu melakukan apa yang diperkatakan. dalam erti kata lain, pemimpin patut menegaskan bahawa, "apa yang dikata, perlu dikotakan."

ingat, kepimpinan bukan hanya mengarah. Pengikut biasanya tidak suka jika sentiasa diarah. Mereka juga menganggap diri mereka sebagai penyumbang ke arah mencapai matlamat. Oleh itu pemimpin harus mengambil kira perasaan, harapan dan kecenderungan dalam membuat keputusan yang melibatkan mereka semua.

Maksud sumber dalam definasi ini, termasuklah manusia yang cekap,mesin, proses atau kaedah, bahan, hardware atau solfware dan persekitaran yang menggalakkan. Kesemua ini perlu dioptimumkan penggunaannya. Oleh sebab itu, perlu diurus dengan cekap.

Matlamat yang bermanfaat ialah matlamat bersama, sebarang kejayaan bukan hanya dilihat untuk satu pihak tetapi faedahnya akan dinikmati oleh golongan yang lebih besar. Kejayaan pelajar bukan hanya kegembiraan pihak sekolah kerana matlamatnya tercapai, atau oleh ibu bapa kerana ia juga kejayaan keluarga, tetapi akan dinikmati oleh seluruh bangsa dan negara pada jangka panjang. Anak yang berjaya ini pasti dapat memberi sumbangan kepada kemajuan negara. Dalam konteks ini bayangkan jika usaha tidak menemui kejayaan sebaliknya hanya kegagalan ? Negara jauh sekali daripada mendapat manfaat malah hanya akan mendapat padah.

3. Analogi

Tanggungjawab seorang pemimpin boleh diibaratkan seperti suatu perjalanan. Sebelum memulakan perjalanan tersebut seseorang pasti ada matlamat yang hendak dituju dan dia sedar dari mana ia bermula. Ia juga sedar dari segi jarak; walaupun tidak spesifik, tetapi sekurang-kurangnya ia mempunyai persepsi tentang dekat atau jauh perjalanan yang akan dibuat. Satu lagi aspek penting ialah masa atau tempoh; persoalan yang perlu dijawab ialah waktu sampai dan tempoh masa yang perlu diambil untuk sampai ke destinasi. Unsur destinasi, masa dan jarak ini penting untuk membantu pemilihan strategi iaitu jenis pengangkutan yang akan digunakan;sama ada memandu sendiri, menggunakan kenderaan awam, jalan darat, air, atau udara. Begitulah juga memimpin satu organisasi sekolah. Seorang pengetua atau guru besar perlu bermula dengan menentukan Visi, iaitu hala tuju ke arah mana sekolahnya akan dibawa. Setelah ada hala tuju, ia perlu memilih strategi yang sesuai untuk mencapai matlamatnya.

Kapal yang belayar tanpa haluan sama seperti kapal yang hanyut. Sebuah kapal diketuai oleh seorang nakhoda dengan dibantu oleh beberapa kelasi. Nakhoda harus melaksanakan tugas navigasi dengan cekap supaya kapal tidak hanyut. kelasi pula perlu mematuhi segala arahan nakhoda. bagaimana kalau kelasi tidak patuh kepada nakhoda, derhaka! sehingga sanggup membocorkan kapalnya? Padahnya amat buruk. bayanngkan kapal ini sebagai organisasi / sekolah yang anda pimpin. Adakah anda mempunyai hala tju, strategi yang tepat dan pasukan yang mantap untuk mencapai matlamat organisasi.

4. Rasional Program Kepimpinan Instruksional

Program kepimpinan ini perlu diadakan setelah mengambil kira rasional seperti berikut:

  • Perubahan Tamadun Manusia
  • Perubahan dalam sistem pendidikan
  • Perlunya mengurus kejayaan ( managing success)

a. Meneruskan Kecemerlangan Tamadun

Kita sudah melalui lima zaman tamaddun iaitu Zaman Memungut dan Memburu, Zaman Pertanian, Zaman Industri, Zaman Maklumat dan Zaman Kebijaksanaan. Dua tamadun yang terakhir ini berlaku dalam tempoh yang amat singkat berbanding dengan tamadun-tamadun sebelumnya. Pada akhir abad ke-20 dan awal abad ke-21 kita sempat menyaksikan peralihan dua tamadun. Penciptaan komputer sekitar tahun 70an membawa kepada berlakunya perubahan pesat dalam tamadun manusia yang ditandai oleh pada mulanya teknologi maklumat (IT) dan kemudiannya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Perhubungan menjadi amat sofistikated sehingga mengubah corak mekonomi global daripada ekonomi yang berasaskan pengeluaran (production economy) kepada ekonomi berasaskan pengetahuan (knowledge based economy). Apabila ilmu pengetahuan menjadi asas keseluruhan penghidupan, maka kebijaksanaan (wisdom) menjadi faktor utama tamadun manusia pada awal abat ke-21 ini. Orang yang bijaksana akan mampu bersaing dalam tamadun baru ini di mana dunia dianggap sebagai satu kampung (village).

Corak pengurusan telah turut berubah. Konsep "Pengurusan Pengetahuan" (knowledge manegement -KM) telah mula diamal menggantikan stail pengurusan terdahulu. Dalam konsep KM ini, satu model pengurusan dikemukakan sebagai prasyarat kepada kebijaksanaan. Madel tersebut dikenali sebagai Model DIKW iaitu Data - Information Knowledge - Wisdom.

Model ini perlu diguna pakai dalam mengurus sekolah keranaia bermula dengan menggunakan data. Segala-galanya mesti bermula dengan data. Dalam sistem Pengurusan maklumat (MIS), ada tiga peringkat tindakan yang perlu dilakukan iaitu mengumpul, memproses dan mengguna data. Data tidak akan menjadi maklumat jika tidak diterjemah dengan mencari makna kepada setiap angka dalam data berkenaan. Hanya setelah makna difahami, maka tindakan berikutnya menjadi relevan dan sangat kritikal. Data boleh menberi petunjuk masalah sebenar, kelemahan dan kekuatan; selain itu boleh menjadi bukti keberkesanan tindakan yang telah diambl. Data bukan sahaja dalam bentuk agka, boleh jadi dalam petunjuk yang diperoleh daripada pemerhatian contohnya, muka pelajar pucat. Jika petunjuk itu diterjemah, guru akan segera mengambil tindakan untuk mengatasi masalah yang dihadapi pelajarnya itu. Kaedah mengatasi masalah itu datang dari satu pengetahuan terpeinci mengenai masalah tersebut. Muka pucat adalah petunjuk kepada penyakit demam. Penyakit itu boleh disembuhkan dengan mengambil ubat yang bersesuaian. jika tindakan telah diambil, penyakit telah disembuhkan, keseluruhan tindakan ini adalah proses kebijaksanaan.

Data perlu diproses dan dianalisis supaya supaya dapat memberi maklumat. Terjemahan akan memberi kefahaman yang lebih mendalam dan mendatangkan maklumat serta idea penyelesaian jika ia menunjukkan kepada sesuatu masalah. Kebijaksanaan akan terserlah apabila data dapat memberi makna, dan memandu ke arah tindakan berkesan serta memberi manfaat kepada pihak yang terlibat. Masalah dapat diatasi, kecemerlangan memungkinkan kita memenangi persaingan. Oleh hal yang demikian, pemimpin instruksional harus menggunakan data sehingga ia menjadi orang yang bijaksana.

Tindakan kreatif dan inovatif dalam pengurusan juga hasil daripada kebijaksanaan. sebarang usaha untuk mencapai matlamat kecemerlangan akan menghadapi beberapa halangan. Hanya orang yang bijaksana akan berfikir secara kreatif hingga dapat mengatasi halangan tersebut hingga terhasil kecemerlangan yang dihajatkan. Sebagai contoh, subjek bahasa Inggeris selalu disebut sebagai penghalang kepada kecemerlangan luar bandar. Usaha untuk mencapai kecemerlangan dalam subjek berkenaan dihalang pula oleh ketiadaan guru opsyen Bahasa inggeris. Tindakan bijaksana ialah apabila dengan ketiadaan guru beropsyen Bahasa Inggeris itu, usaha dijalankan juga secara kreatif dan inovatif sehingga murid mencapai kecemerlangan. dalam situasi ini, pengurusan tidak menjadikan alasan ketiadaan guru beropsyen sebagai dalih untuk tidak berusaha ke arah kecemerlangan.

b. Konsep Tacit Knowledge

Tacit Knowledge ialah pengetahun yang berasaskan pengalaman, setiap yang dipelajari mesti diamalkan. Pengalamansangat tinggi nilainya kerana merupakan amalan sebenar dan menjadi milik perseorangan bagi orang yang melaluinya. Profesor Dr Yusof Qardhawi dalam bukunya Fiqah Keutamaan menghuraikan sunah berkaitan ilmu mestilah diikuti dengan amalan. Pengetahuan mengenai teori mestilah diikuti dengan amalan. Pengetahuan mengenai teori harus diikuti dengan amalan praktikal. Seseorang yang mempunyai pengetahuan teori sahaja tetapi tiada pengalaman praktikal samalah seperti seorang yang mempunyai lesen memandu tetapi tidak pernah memandu kereta. Seorang yang mula belajar memandu melalui buku, mengikut setiap langkah yang dinyatakan dalam buku tersebut. langkah pertama masukkan kunci ke 'switch' dan memutarnya ke arah'on', setelah melakukannya kereta tersebut memacu ke hadapan lalu melanggar dinding garaj. Dinding roboh, kereta rosak dan satu pelajaran 'tacit' yang begitu mahal sudah dipelajari. Tidak tertulis dalam buku itu sebelum memutar kunci pastikan gear dalam kedudukan 'neutral'. Pengalaman telah mengajar ilmu kepada pemandu baru itu.

Pengalaman pengajaran dan pembelajaran secara praktikal akan membantu pengurusan untuk membimbing guru-guru menjadi lebih berkesan. Tindakan penambahbaikan hanya boleh dilakukan setelah pihak pengurusan mengetahui proses dan lebih bermanfaat mengalami sendiri proses berkenaan.

c. Menangani Perubahan Sistem pendidikan

Proses pendidikan telah mengalami perubahan yang amat pesat. Bermula daripada proses tradisional yang amat asas dalam keluarga hingga kepada sistem yang kompleks dalam masyarakat terkini. jika diamati dalam masyarakat tradisional, setiap orang adalah 'ahli' atau mahir dalam ikhtiar hidup dan merekalah yang berperanan sebagai 'guru'. Pengajaran dan pembelajaran berlaku dalam institusi keluarga bersifat 'one-to-one' antara 'guru' dan 'murid'. Guru mempunyai 'sentuhan' bukan sahaja fizikal tetapi juga sentuhan persaan atas muridnya; pengajaran dan pembelajaran secara 'hands-on' ini berjalan secara tekun- guru mengajar dengan penuh kasih sayang dan murid pula belajar dengan tekun. Alasan kepada situasi ini terlalu mudah iaitu 'ganjaran' yang besar apabila berjaya dan 'padah' yang buruk jika gagal. Boleh dikatakan matlamat pendidikan ketika itu semata-mata ntuk survival - 'hidup atau mati'. Kejayaan bermakna memungkinkan mereka untuk terus hidup dan kegagalan pula boleh membawa maut.

Pada peringkat awal ini peranan guru langsung tidak tercabar kerana ia merupakan punca ilmu yang mutlak. Apabila orang yang 'ahli' menjadi berkurangan berbanding dengan orang yang memerlukan ilmu, maka orang yang paling ahli dalam kumpulannya akan menjadi guru; pada ketika itu pengurusan pendidikan bermula. Pengurusan pendidikan menjadi semakin kompleks apabila peranan guru sebagai sumber ilmu turut disangi oleh media lain seperti buku, elektronik dan internet. Pertambahan bidang ilmu juga turut menambahkan kerumitan dalam pengurusan pendidikan. keadaan inilah yang membawa kepada perlunya ganjaran dan pembelajaran diurus secara cekap dan berkesan.

d. Mengurus Kejayaan

Beberapa situasi tentang kejayaan sesebuah sekolah:
i. Sekolah yang sentiasa dapat mengekalkan kejayaan dan kecemerlangan
ii. Sekolah yang mengalami turun-naik.
iii. Sekolah yang merosot setelah mengalami kejayaan / cemerlang.
iv. Sekolah yang mempunyai murid cemerlang tetapi hasilnya tidak cemerlang.
Seringkali kita lihat kejayaan berlaku di sesebuah sekolah apabila ada perubahan kepimpinan. Ada pula yang berlaku sebaliknya. Semua situasi ini boleh dikaitkan dengan kaedah pengurusan, khususnya kaedah pengurusan kejayaan. Apakah ciri-ciri kepeimpinan yang diperlukan untuk mengurus kejayaan? Konsep penambahbaikan (improvement = Kaizen ) dilaksanakan dengan jayanya di Jepun. Setiap produk perlu diytambah nilai supaya kualitinya bertambah baik. Untuk melakukan penambahbaikan pengurusan perlu sedar akan standard sekarang dan apakah proses yang telah diamalkan sehingga mencapai standard tersebut. tindakan ' Plan-Do-Check-Action' perlu dilakukan untuk membaiki proses. Apabila dilaksanakan, berarti penambahbaikan berlaku, kualiti meningkat, maka standard baru dicapai. Jika ini tidak dilakukan, standard pasti akan jatuh dan pada ketika itu usaha yang diambil hanyalah untuk mengekalkan standard lama ( maintain). Proses penambahbaikan perlu dilakukan secara berterusan, jika tidak, peningkatan terhenti sebaliknya sekolah akan mengalami kemerosotan. Keadaan ini disebut sebagai 'unproductive success'. Kejayaan yang telah dialami tidak boleh menjamin kejayaan berikutnya jika tidak diurus secaraberkesan. Oleh hal yang demikian, mengurus kejayaan adalah suatu kaedah untuk menjamin kejayaan berterusan.
Kemerosotan boleh dijangkakan sejak dari awal, terutama apabila ahli organisasi sudah berada pada zon selesa (comfort zone). Ini adalah situasi yang boleh membawa mudarat kepada organisasi. Kenneth Blanchard (1997) mengesyorkan organisasi yang berada dalam situasi seperti ini supaya membuat pergerakan 'second curve' untuk menjamin peningkatan berterusan. Pemimpin instruksional perlu membuat jangkaan masa hadapan organisasinya supaya halangan-halangan dapat ditangani dan mengelakkan padah pada organisasinya. Unsur-unsur dalam pendidikan amat pelbagai iaitu guru, murid,bahan, kurikulum, kaedah, persekitaran dan teknologi perlu digembling dan diurus supaya pendidikan dapat disampaikan dengan lebih berkesan. Perana guru menjadi semakin mencabar dengan peningkatan teknologi yang membawa kepada perubahan 'delivery system'. dari sinilah perlunya kemahiran khususnya mengenai Kepimpinan Instruksional.
5. Rujukan Literatur Mengenai Kepimpinan Instruksional
a. Fred Hechinger, Presiden New York Times melaporkan, " saya belum pernah melihat sekolah yang maju ditadbirka oleh pengetua yang lemah atau sekolah yang mundur ditadbir oleh pengetua yang cekap. saya pernah melihat sekolah-sekolah yang mundur berjaya fimajukan, dan yang menyedihkan, ada sekolah-sekolah yang maju merosot dengan mendadak. dalam setiap kes, jatuh bangun sesebuah sekolah adalah kerana kualiti pengetuanya (dalam Davis & Thomas 1989)"
b. Davis dan Thomas (1989) melaporkan bahawa pengetua di sekolah-sekolah berkesan mempunyai visi yang jelas, iaitu yang memfokuskan kepada pencapaian dan keperluan murid. Di samping itu pengetua-pengetua ini juga mewujudkan iklim sekolah yang menyokong pencapaian matlamat yang ditetapkan. pendeknya pengetua-pengetua di sekolah berkesan mempamerkan gaya kepimpinan instruksional.
c. Martimore (1995) menyatakan bahawa pengetua di sekolah berkesan lazimnya adalah seorang yang tegas, menumpukan perhatian kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam darjah, proaktif, bertindak sebagai pemudah cara, sering menghabiskan masa yang lama di sekolah, melibatkan guru dalam membuat keputusan, bertindak secara profesional, iaitu lebih mengutamakan peraturan dan tugas hakiki.
d. kajian di malaysia (atan long 1990) mendapati bahawa pengetua di sekolah-sekolah yang mencapai kejayaan luar biasa di Malaysia adalah mempamerkan tingkah laku berikut:
  • mempunyai wawasan yang jelas
  • bertindak berdasarkan perancangan strategik
  • bersikap pragmatik
  • mengamalkan pendekatan penyelesaian masalah
  • mempunyai semangat dedikasi dan motivasi yang tinggi di kalangan staf
  • pemimpin sekolah mempunyai ketrampilan yang tinggi dalam banyak bidang
  • menjalankan penyeliaaan ke atas pengajian dan pembelajaran
  • mengupayakan orang bawahan
  • bertindak berasaskan keputusan mesyuarat
  • kejelekitan yang tinggi di kalangan saf

e. Murphy (1990) menyenaraikan empat ciri pemimpin instruksional yang berkesan:

  • develop a vision, mission and goals and translate them into professional practice;
  • manage the educational productian function;
  • promote an academic learning climate' and'
  • develop a supportive work environment.

f. Murphy juga menyatakan seorang pemimpin instruksional mengamalkan "Hukum 80/20":

  • Principals should spend 80% of their time attending to the technology of schooling (that is, currikulum, teaching, and learning matter) and the other 20% of their time attanding to the more routine matters af school management.

g. Kajian yang dijalankan di Malaysia menunjukkan keadaan yang berbeza:

  • Azlin Norhaini mansor UKM (2004) membuat rumusan berdasarkan pengalaman selama 351 jam, bersama 6 orang pengetua (3 orang lelaki dan 3 orang perempuan) mendapati:
  1. 66.4% - mesyuarat
  2. 19.8% - tugasan pejabat
  3. 7.6% - rondaan
  4. 4.3% - panggilan telefon
  5. 1.1% - mengajar
  6. 0.7% - mencerap.

Adakah ini norma yang sesuai bagi seorang pemimpin instruksional ?

6. Difinasi-difinasi Kepimpinan Instruksional

a. Kepimpinan : Setiap tindakan yang merupakan sumber-sumber ke arah matlamat yang benar-benar bermanfaat."

Tindakan: pergerakan, inisiatif ..Sumber-sumber : manusia yang cekap, mesin, proses atau kaedah, bahan, hardware dan persekitaran yang menggalakkan. ( Ismail Noor : Kepimpinan Nabi Muhammad SAW,2000).

b. Instruksional: Intruct - to teach, to educate, to impart knowledge or information. Instruction - the act of instructing or teaching.( The Grollier Webster International Dictionary).

c. Tindakan-tindakan yang diambil oleh seseorang pengetua atau yang diturunkuasakan untuk meningkatkan perkembangan pembelajaran pelajar" Debevoise(1984).

d. Mengikut Richardson (1989), seorang pemimpin instruksional mestilah memimpin ke arah pencapaian pelajaran dan menjadikan kualiti instruksional sebagai keutamaan teratas dan mestilah mampu menjadikan visi sekolah satu kenyataan.

e. Blase (1998) menyatakan kepimpinan instruksional adalah gabungan penyeliaan, pembangunan staf dan perkembangan kurikulum.
f. Hussein (19890) mendifinasikan kepimpinan instruksional sebagai usaha yang diambil oleh pemimpin sekolah unttuk menyediakan inovasi kurikulum dan untuk memperkembangkan proses P&P dengan tujuan menjayakan matlamat sekolah.
g. Kesimpulannya, kepimpinan instruksional boleh dirumuskan seperti berikut:
  • PEMIMPIN SEKOLAH YANG MENGAMBIL PEDULI (CAKNA) TERHADAP PENGAJARAN GURU DAN PEMBELAJARAN PELAJAR SERTA PERKEMBANGANNYA DAN SENTIASA MEMBINA SUASANA DAN IKLIM PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF DI SEKOLAHNYA BAGI MEMACU KECEMERLANGAN SEKOLAH.

7. Ciri Kepimpinan Instruksional

Menurut Hallinger, ada 11 ciri kepimpinan instruksional yang boleh dikelompokkan seperti berikut:

Mendefinasikan misi sekolah:

  • Merangka matlamat sekolah
  • Menyampai/menyebarkan matlamat sekolah

Menguruskan Program instruksional

  • Penyeliaan dan penilaian instruksional
  • Menyelaras kurikulum
  • Memantau kemajuan pelajar

Mewujudkan Iklim Pembelajaran Positif

  • Mengawal waktu P&P (protecting instructional time)
  • Membudayakan Perkembangan Profesional.
  • Mengekalkan ketampakan
  • Menyediakan pengajaran kepada guru
  • Penguatkuasaan standard akademik
  • Menyediakan insentif kepada pelajar

Semua ini adalah petikan daripada kertas kerja yang dibentangkan kepada pemimpin di sekolah.

Pemimpinan instruksional perlu mempunyai pelbagai kemahiran untuk menjadikan mereka dapat melaksanakan segala yang dihasratkan. Rujuk kertas kerja asal yang dibincangkan dengan lebih meluas:

Dicatatkan ke dalam blog oleh

KUT PPDHS pada 10.12.2006.

SALAM PERTEMUAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Kepada semua warga pendidik di daerah Hulu Selangor, blog ringkas ini adalah usaha Unit Teknologi mewujudkan wadah tambahan dalam menyebarluaskan maklumat pendidikan kepada semua warga guru yang disayangi sekelian.

Mungkin blog ini dapat menggantikan buletin yang pernah dikeluarkan oleh Unit Teknologi pada awal sesi 2006 yang lalu. Semoga kita semua dapat bekerjasama dalam meningkatkan kualiti pendidikan di daerah ini.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak, khususnya Pengetua, Guru Besar, Penolong-penolong Kanan, guru-guru yang telah memberikan kerja sama yang padu dan jitu kepada saya sepanjang menjalankan tugas berkaitan. Saya berharap kerja sama yang baik ini dapat diterus dan dimantapkan pada masa akan datang.

Sepanjang cuti akhir tahun ini diharap semua yang bercuti dapat menfaatkan masa cuti dengan sebaik mungkin. Semoga sesi 2007 nanti kita dapat bertugas baik di sekolah masing-masing dengan lebih cemerlang dan gemilang.

Jumpa lagi pada sesi yang akan datang.

Catatan:
KUTV PPDUS
08.12.2006