PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

29 June 2007

HANTAR KAD LAPORAN PIPP KE PPD HULU SELANGOR

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, semua Pengetua dan Guru Besar
Daerah Hulu Selangor.

Kursus PIPP peringkat Pengetua dan Guru Besar telah selesai dilaksanakan di Genting View pada mingu lalu dan minggu ini. Kursus dan bengkel telah dikendalikan oleh KUTV, dengan bantuan pegawai-pegawai lain di PPD untuk pengurusan kursus.

Sebenarnya Penolong Kanan Kurikulum juga pernah mendapat pendedahan lebih awal. Walau bagaimanapun pelaksanaan peringkat pengetua dan guru besar, telah berjaya menentukan format kad laporan yang perlu digunakan. Bahan-bahan dan contoh telah ada pada guru besar dan pengetua.

Contoh perbengkelan dan format yang sama semasa kursus hendaklah digunakan. Sila gunakan format axcel, font 10 dan gunakan Arial. Contoh borang itu boleh dimuat turun daripada blog ini juga. Sila klik pada link berikut:
FORMAT KAD LAPORAN PIPP PPD HULU SELANGOR.
1. Format PDF untuk mudah muat turun ( tetapi sukar diedit)
2. Format excel

Sila hantar kad laporan ini ke PPD Hulu Selangor ( u.p En Rozman b Baharuddin), 2 minggu selepas kursus tempoh hari. Ini bermakna awal Julai 2007 semua kad laporan perlu sampaikan kepada En Rozman. Jika ada masalah dalam penyediaan kad laporan, bolehlah rujuk KUTVPPDHS.

Semoga semua maklum. Semasa kursus Tn PPD Hulu Selangor telah maklumkan hal ini kepada semua Pengetua dan guru Besar. KUTV hanya ingin mengingatkan sahaja, bagi mereka yang terlupa.

KUTVPPDHS
29.06.2007
13 Jamidulakhir 1428

26 June 2007

162 PENGUNJUNG KE BLOG INI TEMPOH SEBULAN

Makluman semua, pada jam 2:18 pada blog, tarikh 26.06.2007 terdapat 162 pelawat telah melayari blog ini. Bilangan ini dikira dari 27.05.2007 yang lalu. Purata 5 pelawat hadir setiap hari.

KUTV PPDHS mempelawa lebih ramai melawat hadir ke sini. KUTV sendiri sediakan chat room. Bagi yang ingin berkomunikasi dengan sesiapa pelawat pun boleh, dengan saya juga boleh.

KUTVPPDHS
26.06.2007

23 June 2007

KURSUS BPPT BAHAGIAN KEDUA 2007 AKAN BERMULA

Pengumuman khas untuk semua Pengetua/ Guru Besar atau semua pentadbir sekolah di daerah Hulu Selangor.....

Kursus BPPT yang ditangguhkan pelaksanaannya pada bulan Mei 2007 yang lalu akan disambung semula selepas mendapat kelulusan pihak KPM (Bahagian Kewangan).

Terdapat 7 ambilan tambahan akan dilangsungkan. Ini bermakna ambilan khas yang ditangguhkan akan menjadi ambilan pertama Bahagian kedua 2007. Surat yang baru akan dikeluarkan semula. Tarikh pelaksanaan mungkin ermula pada Ogos 2007.

Harap calonkan guru-guru daripada sekolah tuan-tuan dan uan-puan yang ingin mengikuti kursus ini semula kepada KUTVPPDHS. 6 ambilan bererti seramai 150 orang guru berpeluang mengikuti kursus ini lagi. Walau bagaimanapun nama-nama yang dicalonkan tidak semestinya dipanggil berkursus. Hanya nama yang sampai ke meja KUTVPPDHS yang tepat pada masa dan lebih awal akan diberi pertimbangan.

Guru-guru yang merasakan mereka ingin mengikuti kursus ini, boleh juga menghubungi terus KUTVPPDHS.

Syarat untuk mengikuti kursus ini, tuan-tuan mestilah seorang guru tetap yang telah disahkan jawatan, mempunyai kemahiran asas dalam ICT dan amat berminat ntuk mengikuti kursus.

Surat rasmi akan dikeluarkan tidak lama lagi bagi memaklumkan tentang perkara ni ke sekolah.

KUTV PPDHS
23.06.2007
07 Jamadilakhir 1428.

KURSUS PENYELARAS MAKMAL KOMPUTER 2007

Makluman kepada semua penyelaras makmal dan pelong penyelaras komputer yang disenaraikan supaya bersedia untuk pergi kursus
Kursus Penyelaras Makmal Komputer
pada: 03-06 Julai 2007

Tempat: Coral Bay, Pulau Pangkor
Waktu pendaftaran ialah 02.00 - 04.00 etang
04.00 petang, taklimat oleh pihak JPNS tentang perjalanan kursus.

Peserta Hulu Selangor ialah:
  1. Sheela a/p Palanisamy (SK Batang Kali)
  2. Suriani bt Man (SK Rasa)
  3. Norhayah bt Ismal (SK Sg. Choh)
  4. Amran b Jusoh (SK Sg Selisek)
  5. Khairun Nadiah bt Tey Abdullah (SK Ulu Yam Bharu)
  6. Norita bt Yunan (SK Ulu Yam Lama)
  7. Mohd Khairi b Jaya (SK Hulu Bernam)
  8. Mohamad Fais b Jamil (SK Hulu Bernam)
  9. Mohd Azdi b Abd Aziz (SK KKB)
  10. Suzita bt Ariff (SK Kerling)
  11. Faridah bt Alang Ismal (SK Kalumpang)
  12. Mohamad Faisal b Adullah (SK Kg Kuantan)
  13. Siti Hawa bt Hj Hassan (SK Gedangsa)
  14. Norbani bt Hamzah (SK Sg Buaya) akan diganti penolong penyelaras, janji Pn Norbani.
  15. Yuhaila bt Mat Yusop (SK Kg Soeharto)
  16. Mohd Bakhtiar b Matal (SK Tun Abdul Razak)
  17. Mohd Satria bt Mien (SK Sg Tengi)
  18. Amjad Anas b Abd Malik (SK Sg Tengi)
  19. Syed Husainy b Syed Idris (SK Seri Keledan)
  20. Mohamad Samsul b Selamat (SK Serendah)
  21. Supian b Menan (SK Bukit Beruntung)
  22. Supian b Khalid (SK Ampang Pecah)
  23. Mohd Shahrul Afiza b Hassan (SK Bdr Baru Bt Kali)
  24. Noorzaliza bt Bidi (SK Bdr Sg Buaya)
  25. Ahzan Salrinawati bt Ahmad (SK Sri Fajar)
  26. Suhaimi b Salleh (SK Tmn Bunga Raya (1)
  27. Khairul Azam b Md Yahya (SK Lembah Beringin)
  28. Mohd Zaironi b Markimin (SK Bukit Sentosa)
  29. Rasidah bt Gulam Mhamad (SK Bukit Sentosa)
  30. Khairulazri b Ahmad (SK Antara Gapi)
  31. Mohd Norazimi Katiman b Ibrahim (SK KKB Satu)
  32. Mohd Zuhairi b Ahmad (SK KKB Dua)
  33. Ng Poh Kim (SJK C Batang Kali)
  34. Syed Hassan b Syed Mohamaed (SMK KKB)
  35. Taufik b Abd Salam (SMK KKB)
  36. Mohd Nor b Yusof (SMK Kg Soeharto)
  37. MUsalli b Md Sahib (SMK Sg Choh)
  38. Saipuddin b Abdul Aziz (SMK Kalumpang)
  39. Rozaidy b Mohamed Sharif (SMK Gedansa)
  40. Muslimin b Parman (SMK Bukit Setosa)
  41. Habibah bt Ishak (SMk Bukit Sentosa)
  42. Mohamad Yazid b Baharum (SM Sains Hulu Selangor)
  43. Saemah bt Mat Sahr (SMK Ampang Pecah)
  44. Wan Zaki b Wan Muda (SMK Bdr Baru Btg Kali)
  45. Samsuria bt Yuddin (SMk Sg Buaya)
  46. Zamrah bt Mokhtar (SMK Tmn Bunga Raya (1)
  47. Zariah bt Zainal (SMK Serendah)
  48. Mohd Yusoff b Jamaluddin (SMK Syed Mashor)
  49. Low Ting Choon (SMK Syed Mashor)
  50. Norzaida bt Abdullah (SMk Dato Hj Kamaruddin)

Nama-nama bewarna merah masih belum dapat dihubungi sehingga 23 Jun 2007. Jika terdapat rakan-rakan lain yang membaca blog ni harap sampaikan pesanan ni segera kepada mereka dan hubungi KUTV PPDSHS dengan segera.

Jika tua-tuan dan puan-puan berhasrat untuk pergi bersama-sama, boleh hubungi engerusi Penyelaras Makmal Komputer Daerah Hulu Selangor, Tn Syed Hassan bin Syed Mohamaed (SMK Kuala Kubu Bharu)

Untuk pengetahuan semua, pada tarikh tersebut semua penyelaras makmal komputer dari 9 buah daerah negeri selangor akan berada di Pulau pangkor.

KUTVPPDHS/23.06.2007

20 June 2007

MINGGU YANG PADAT DENGAN AKTIVITI

Minggu ni 18-23 Jun 2007, KUTV PPD Hulu Selangor amat penuh dengan pelbagai aktiviti. Bermula pada 18-20 Jun, menjadi urusetia bersama dengan Unit Peperiksaan PPD dan JPNS melaksanakan taklimat Pentaksiran Berasaskan sekolah (PBS) KHB Pertanian di Hotel Pearl Internasional, Kuala Lumpur.

Saya hanya sempat hadir pada waktu petang pendaftaran dan taklimat waktu malam 18 Jun sahaja. Tengah malam saya terpaksa balik ke Kuala Kubu Bharu. Minta maaf kepada rakan-rakan KUTV yang lain kerana tidak dapat bersama-sama sehingga ke 20 Jun 2007.

Pada 19-20 Jun 2007, PPD Hulu Selangor sekali lagi melalui audit dalam ISO SIRIM pula. Minggu lepas kami baru sahaja melalui audit dalam daripada Bahagian Sekolah KPM. Sektor Akedamik, termasuk KUTV telah selesai diaudit pada hari pertama, 19 Jun 2007. KUTV tidak dapat bersama sehingga selesai pada hari Rabu, 20 Jun 2007.

Tuan PPD Hulu Selangor meminta saya pergi ke Genting View, Genting Highland, untuk membantu urusan kursus PIPP bagi Pengetua Hulu Selangor yang bermula pada 19-21 Jun 2007. KUTV diminta menyampaikan slot PIPP dan menguruskan perbengkelan dengan Pengetua-pengetua.

Pada Jumaat, 21 Jun 2007, KUTV dikehendaki menghadiri mesyuarat dengan Unit ICT JPNS di Shah Alam. Satu mingu penuh tanpa dapat melaksanakan tugas harian di pejabat.

InsyaAllah pada Sabtu, KUTV akan menghantar anak mendaftar di Pusat Asasi UIA Petaling Jaya. Anak-anak perlu juga diberikan perhatian.

Semoga semua guru yang hadir taklimat PBS akan menggunakan segala pendedahan yang didapati untuk menjalankan tugas rasmi sebagai guru KHB yang baik.

Bagi semua rakan-rakan setugas di PPD Hulu Selangor, tahniah kerana telah berjaya mengharung tempoh auditan pada minggu ini. Seoga Audit sebenar oleh SRIM pada 10-11 Julai 2007 akan datang akan dapat memastikan proses kerja yang dijalankan masih diterima oleh SIRIM.

Bagi pengetua semua, semoga kursus yang dilalui akan dapat memastikan pihak sekolah berjaya menterjemahkan PIPP di peringkat sekolah masing-masing. Semoga pelan induk ini akan dapat menjadi satu pelan tindakan yang baik.

Sekian, untuk masa ini. Junpa lagi.
KUTVPPDHS
20.06.2007.

16 June 2007

MS ISO 9001:2000

Pada 12-13 Jun 2007, baru-baru ini, PPD Hulu Selangor telah menjalani Audit Dalaman MS ISO 9001:2000 Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Warga PPDHS menerima kunjungan 2 orang Auditor dari negeri Sarawak dalam tempoh tersebut. Banyak perkara yang dipelajari semasa proses audit tersebut. Semoga pembetulan dapat dilakukan selepas ini.

Bagi Sektor Akedamik ini adalah kali pertama diaudit oleh Bahagian Sekolah. Pada tahun lepas PPDHS,telah mendapat pengikhtirafan daripada SIRIM dan dianugerahkan Sijil ISO.

Sektor Pengurusan Sekolah telah mendapat pengikhtirafan ISO daripada MAMPU. Pada 2 hari berkaitan audit dalaman bertujuan untuk memastikan pensijilan yang diberikan masih terus dipatuhi prosesnya. Bagi Sektor Akedamik adalah sebagai langkah awal untuk pengikhtifan yang berkaitan.

Minggu hadapan satu lagi audit dalaman bagi ISO SIRIM akan dilakukan. Semoga semuanya berjalan dengan baik.

Semoga jumpa lagi.

KUTV PPDHS
16.06.2007



14 June 2007

Petikan ini KUTV ambil daripada berita BERNAMA hari ini, sebagai renungan bersama. Guru-guru sendiri sepatutnya tidak ketepikan ICT dalam tugasan pada masa sekarang supaya tidak terpinggir dari zaman ICT ini.

June 14, 2007 17:02 PM

KSN Mahu Sektor Awam Manfaatkan E-mel Untuk Tingkat Sistem Penyampaian
KUCHING, 14 Jun (Bernama) -- Ketua jabatan dan pegawai kanan kerajaan patut memanfaatkan sepenuhnya kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), terutamanya mel elektronik atau e-mel untuk meningkatkan sistem penyampaian awam, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Beliau berkata kakitangan awam umumnya responsif terhadap kemudahan e-mel tetapi cabarannya ialah untuk sentiasa memastikan tindakan pembaikan dan penyelesaian terhadap isu atau aduan orang ramai diambil segera."

Dalam kes saya, saya menerima kebanyakan daripada komunikasi saya menerusi e-mel dan saya pasti ketua setiausaha kementerian dan setiausaha negeri masing-masing juga demikian," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada mesyuarat Pengurusan Modal Insan Ke Arah Sistem Penyampaian Yang Cemerlang peringkat kebangsaan di sini hari ini.

Katanya kerajaan di landasan yang betul dalam menyediakan perkhidmatan online seperti bagi permohonan permit dan lesen dan pembayaran pelbagai cukai berikutan semakin ramai orang kini menyedari pentingnya kemudahan seumpama itu.

Ditanya jika kerajaan persekutuan mempunyai perancangan untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) untuk memantau kira-kira 1.01 juta kakitangan awam semasa waktu pejabat, Sidek berkata apa yang lebih penting ialah menanamkan budaya kerja cemerlang di kalangan tenaga kerja melalui kursus ulang kaji.

Walaupun CCTV dipasang di tempat awam yang strategik bagi tujuan keselamatan, beliau berkata adalah sukar untuk memasang CCTV di setiap tempat kerja di semua jabatan dan agensi kerajaan.

Oleh itu, kerajaan telah menubuhkan Institut Integriti Malaysia di setiap negeri di samping bekerjasama dengan Badan Pencegah Rasuah bagi memastikan integriti dan ketelusan dalam pelaksanaan dasar-dasar kerajaan, katanya.

Terdahulu, beliau berkata kebanyakan aduan yang diterima terhadap perkhidmatan awam melibatkan sikap penjawat awam yang tidak peka dan responsif mengenai pertanyaan atau aduan yang dikemukakan oleh orang ramai."

Sekiranya ini berterusan berlaku, ianya sudah tentu memberikan imej yang kurang baik terhadap mutu perkhidmatan yang kita berikan. Sudah tentu mereka akan melahirkan rasa tidak puas hati terhadap penjawat awam lebih-lebih lagi selepas kerajaan mengumumkan kenaikan gaji sektor awam pada 21 Mei yang lalu ," katanya.

Menurutnya agensi kerajaan perlu dinamik mengikut permintaan dan kehendak pelanggan kerana cara kerja lama yang disulami kerenah birokrasi harus diubah dan dipermudahkan.--

BERNAMA

Semoga semua rakan dalam pendidikan juga menerima saranan Ketua setiausaha Negara ini. Perkara ini sebenarnya sudah terlalu kerap saya sebut dalam setiap perjumpaan dengan guru-guru daerah Hulu Selangor, jika saya berkesempatan. Rakan-rakan di PPDHS, saya harap marilah kita bergerak ke arah itu.

Semoga kita sama-sama memertabatkan profesen keguruan seperti yang termaktub dalam teras kelima PIPP, MEMARTABATKAN PROFOSEN KEGURUAN.

KUTVPPDHS
14.06.2007

PEMANTAUAN DAN PENILAIAN BENGKEL KHB SEKOLAH MENENGAH

Pengumuman kepada semua sekolah di Daerah Hulu Selangor......

Penilai-penilai atau pemantau yang terdiri daripada kalangan guru KHB terpilih dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang KHB akan hadir ke sekolah tuan-tuan bagi tujuan memilih sekolah yang akan menjadi wakil dalam anugerah bengkel KHB Gemilang peringkat negeri Selangor.

Guru-guru penilai ini akan hadir ke sekolah tuan-tuan pada 26-28 Jun 2007. Surat siaran rasmi telah dikeluarkan untuk tujuan ini.

Harap pastikan terdapat guru-guru yang boleh menyediakan maklumat yang akan ditanya oleh guru penilai ni.

Nama guru penilai dan jadual kehadiran mereka telah diedarkan ke semua sekolah. jika pihak sekolah menghadapi masalah sila hubungi KUTVPPDHS.

Kepada semua penilai diharap dapat menjalankan tugas masing-masing engan enuh keadilan.

KUTV PPDHS / 14.06.2007

PENATARAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) PMR KHB ERT

Mesyuarat / taklimat ini dijalankan pada 13-15 Jun 2007 di Hptel Crystal Crown Petaling Jaya. Tahniah kepada semua guru yang dapat hadir dalam taklimat ini. Haya terdapat seorang guru lelaki terlibat dalam taklimat ini. Semoga cikgu berkaitan tidak terasa ini suatu penderaan. Anggaplah ini sebagai tanggungjawab sebagai pendidik.

Taklimat ini mempunyai objektif:

  • Memastikan pengurusan dan pengendalian Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) mengikut peraturan dan prinsip yang telah ditetapkan;
  • Menyediakan garis panduan kepada pentaksir untuk menyelaras pentaksiran dengan adil;
  • Memberi pengetahuan dan panduan kepada pentadbir sekolah dan entaksir supaya kaedah pentaksiran ini dijalankan dalam keadaan terselaras;
  • menjustifikasikan kerja-kerja menyelaras;
  • Mendapatkan persetujuan yang tinggi antara penyelaras untuk menjamin keadilan bagi setiap calon dan menjamin kewibawaan institusi.
Tahniah kepada semua guru daerah Hulu Selangor yang berjaya menghadirkan diri di sini. Hanya MRSM KK Bharu tidak mempunyai wakil (tidak diketahui puncanya)dan SAM Sg Selisek, kerana tiada menawarkan pilihan ini.

Mereka yang hadir ialah:

  1. Noradhiah bt Othman (Ketua Pentaksir Kawasan) SMK Bdr Baru Btg Kali.
  2. Faridatul Akmal bt Omar (SMK Syed Mashor)
  3. Bibi Fatimah bt Said Rastan (SMk dato Hj Kamaruddin)
  4. Suriyawanee bt Abd Ghani (SMK Kuala Kubu Bharu)
  5. Suhana bt Saad (SMk Kg Soeharto)
  6. Rushidah bt Imran (SMK Sungai Choh)
  7. Rubiyah bt Ariffin (SMk Kalumpang)
  8. Normah bt Abdullah (SMK Gedangsa)
  9. Roziah bt Samsuri (SMK Bukit Sentosa)
  10. Norihan bt Mat Nasir (SM Sains Hulu Selangor)
  11. Zainon bt Ab Ghani (SMK Bdr Baru Btg Kali)
  12. Sabah bt Ahmad (SMK Ampang Pecah)
  13. Noor Azihan bt Abdullah (SMk Tmn Bunga Raya)
  14. Syarifah bt Abd Manan (SMK serendah)
  15. Hamidah Rohaya bt Osman (SMK Bdr sungai Buaya)
  16. Nordaiyana bt Abdullah (SMK Ampang Pecah)
  17. Norzalina bt Mohd Yusof (SAM Tinggi KK Bharu)

KUTV PPDHS berharap dengan pendedahan yang telah dibuat oleh pihak LPM ini, hasil pentaksiran subjek ini di peringkat sekolah akan berjalan dengan baik. Guru yang hadir, apabila balik ke sekolah nanti bertanggung jawab menjadi ketua pentaksir peringkat sekolah dengan baik. Puan-puan bolehlah jalankan latihan dalaman, peringkat sekolah untuk guru-guru yang tidak berpelluang untuk hadir.

Saya percaya semua guru Hulu Selangor boleh menjalankan tanggung jawab ini dengan baik. rujuklah segala maklumat yang diseiakan. Rujuklah pentaksir kawasan jika terdapat masalah teknikal.

Maklumat ini ditaip dimasukkan oleh KUTVPPDHS semasa berada di tempat kursus. Semoga esok Jumaat, 15 Jun 2007, semua guru akan balik ke rumah dengan selamat. selamat bertemu dengan keluarga dan meneruskan tugas dan tanggung jawab masing-masing di sekolah.

Jumpa lagi, pada masa-masa yang lain.

KUTVPPDHS 14.06.2007

10 June 2007

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH ESOK, 11 JUN 2007 KEPADA SEMUA MURID DI DAERAH HULU SELANGOR. BAGI YANG AKAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPSR, PMR, SPM DAN STPM, SEMOGA JANGAN LEKA KERANA MASA SUDAH HAMPIR KE HARI PEPERIKSAAN.

SELAMAT BERTUGAS KEMBALI KEPADA SEMUA GURU DI DAERAH INI. SEMOGA DAPAT MENJALANKAN TUGAS DENGAN CEMERLANG DEMI ANAK DIDIK KITA SEMUA.

LAKUKANLAH SEMUA YANG TERBAIK UNTUK MEMASTIKAN PENDIDIKAN KITA BERADA PADA TAHAP YANG TERBILANG.

SELAMAT BERTUGAS.

KUTV PPDHS
10.06.2007
24 RABIUL AWAL 1428.

01 June 2007

MPV adalah subjek yang diuruskan oleh Unit Teknik & Vokasional. Terdapat beberapa subjek ditawarkan di sekolah daerah Hulu Selangor.

1. Mata Pelajaran Katering dan Penyajian (SMK Dato Hj Kamaruddin)
2. Mata Pelajaran Rekaan dan Jahitan pakaian (SMK Kalumpang)
3. Mata Pelajaran Landskap dan Nurseri (SMK Syed Mashor)
4. Mata Pelajaran Tanaman Makanan (SMK Kalumpang)
5. Mata Pelajaran Menservis Automobil (SMK Bdr Baru Btg Kali)
6. Mata Pelajaran Pemprosesan Makanan (SMK Bdr Sg Buaya)

1. Mata Pelajaran Pembinaan Domestik

Mata pelajaran ini bertujuan membekalkan murid dengan kemahiran asas kerja pembinaan batubata dan konkrit yang diperlukan dalam industri pembinaan terutamanya pembinaan rumah.Murid mempraktikkan kerja menerap batu bata dan melepa bata serta kerja konkrit termasuk kerjasimen fero. Murid perlu menguasai kemahiran melakukan kerja kemasan dengan menggunakan cat emulsi dan jubin. Teknik memasang dan menanggalkan peranca (scaffolding) juga didedahkan dengan menekankan kepada penjaminan keselamatan semasa bekerja. Murid yang telah mengikuti mata pelajaran ini boleh menceburi pelbagai jenis pekerjaan dalam bidang pembinaan seperti penerap batu bata atau pelepa lantai/tembuk atau mengusahakan perniagaan sendiri dalam bidang berkaitan.

2. Mata Pelajaran Membuat Perabot

Mata pelajaran ini bertujuan melahirkan murid yang boleh mereka bentuk, membuat dan membaik pulih perabot. Murid menguasai kemahiran menghasilkan kerja kayu pada tahap kemasan sederhana melalui projek sepanjang pembelajaran. Antara produk yang dihasilkan ialah kerusi, rak, meja kecil, bingkai gambar serta pelbagai hiasan dalaman yang menggunakan kayu seperti panel dinding, kabinet dapur, siling dan tingkap. Antara kemahiran yang diberi ialah penggunaan, penyenggaraan alat tangan kerja kayu dan mudah alih, penghasilan pelbagai jenis tanggam, pembinaan projek melalui lukisan kerja. Peluang kerjaya murid yang boleh diceburi termasuk mengusahakan perniagaan sendiri atau bekerja di kedai perabot sebagai pembantu pembuat perabot.

3. Mata Pelajaran Seni Reka Tanda

Mata pelajaran ini digubal untuk membekalkan murid dengan kemahiran dan ketrampilan dalam bidang reka bentuk dan pembuatan tanda sebagai salah satu produk media komunikasi. Murid didedahkan kepada beberapa aspek reka bentuk dengan tumpuan kepada penghurufan (typography), penggunaan simbol-simbol grafik dan piawaian warna dalam menghasilkan kerja. Murid boleh menguasai kemahiran menyediakan projek sebenar bermula daripada penyediaan lakaran pada kertas sehingga penyediaan papan tanda dan teknik pemasangannya. Pengalaman pembelajaran murid termasuk penghasilan lukisan tanda dalam 2D dan 3D kemahiran menggunakan pelbagai teknik manual seperti cat, semburan serta penghasilan lukisan kerja pada pelbagai media seperti kertas, kad, polisterin dan perspek. Penghasilan kerja grafik dengan bantuan komputer (CAS - Computer Aided Signage) juga diperkenalkan. melalui mata pelajaran ini murid boleh menjadi pelukis atau pembantu pereka grafik di kilang grafik dan pengiklanan atau mengusahakan perniagaan sendiri dalam bidang berkaitan.


4. Mata Pelajaran Menservis Peralatan Elektrik Domestik

Mata pelajaran ini berhasrat membolehkan murid membaiki peralatan elektrik domestik. Murid dilatih menggunakan alat tangan dan peralatan ujian dengan menekankan langkah keselamatan dan kaedah yang betul dan berkesan. Murid menguasai kemahiran menguji, mengesan dan mengenalpasti kerosakan serta menyenggara perkakas elektrik di rumah seperti seterika, cerek elektrik, kipas, peti sejuk, alatan audio video. Prospek kerjaya murid termasuk mengusahakan kedai membaiki dan membekal alat elektrik atau bekerja sebagai operator di kilang elektronik

5. Mata Pelajaran Katering Dan Penyajian

Mata pelajaran ini bertujuan melahirkan murid yang mempunyai kemahiran dalam bidang pengendalian dan penyajian makanan. Dalam pembelajaran katering, murid mempraktikkan kemahiran menyedia, memasak, menghias, menghidang dan mengepek makanan pelbagai resipi asas. Dalam pembelajaran penyajian, murid mengenal pasti peralatan menghidang, menyediakan peranggu meja, menggubah bunga, melipat napkin dan mempraktikkan prosedur melayan pelanggan. Dengan kemahiran yang diperoleh, murid boleh berkecimpung dalam bidang katering atau masakan sebagai tukang masak, peramu saji atau pembantu katerer.

6. Mata Pelajaran Rekaan Dan Jahitan Pakaian

Mata pelajaran ini digubal untuk melahirkan murid yang mahir dan berketrampilan dalam bidang pembuatan pakaian. Murid mereka dan melakar pakaian, mendraf pola dan membuat penyesuaian serta menjahit pakaian seperti blaus, skirt, slek, baju kurung dan kebaya. Mereka perlu menguasai kemahiran menggunakan alatan pembuatan pakaian; mengenal pasti, memilih dan mengguna bahan jahitan dan hiasan pada pakaian; dan membuat anggaran perbelanjaan. Dengan kemahiran asas ini, murid boleh menjalankan perniagaan sendiri sebagai tukang jahit, pereka fesyen atau bekerja di kilang pakaian dan fesyen.

7. Mata Pelajaran Landskap Dan Nurseri

Mata pelajaran ini berhasrat melahirkan murid yang boleh menghasilkan anak benih tumbuhan hiasan, menyenggara nurseri tumbuhan hiasan, merancang dan membina lanskap dengan menggunakan teknologi semasa. Murid terlibat dalam kerja-kerja amali di tapak nurseri dan di kawasan perlandskapan. Murid perlu merancang, membina dan menyenggara kawasan landskap sekolah dan industri berkaitan semasa cuti penggal persekolahan. Di antara kemahiran yang didedahkan kepada murid ialah mengenalpasti tumbuhan hiasan yang digunakan dalam industri landskap; melakukan pembiakan tumbuhan; merancang; melukis pelan dan mereka bentuk landskap; membina landskap lembut dan kejur; menyenggara kawasan landskap; dan mengurus perniagaan. Prospek kerjaya yang boleh diceburi oleh murid termasuklah mengusahakan nurseri sendiri atau bekerja di syarikat nurseri atau landskap.

8. Mata Pelajaran Tanaman Makanan

Mata pelajaran ini bertujuan melahirkan murid yang boleh mengusahakan tanaman makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, herba, ulaman dan cendawan. Murid menjalankan kerja amali mengenai kaedah penanaman yang meliputi penyediaan tapak atau kawasan, pembajaan, sistem pengairan, kawalan perosak dan penyakit, pengendalian lepas tuai dan penyimpanan rekod ladang. Murid perlu terlibat dalam kerja-kerja amali dalam penanaman dan penjagaan beberapa jenis tanaman seperti pisang, tembikai, sawi, pegaga, ulam raja dan cendawan tiram. Para lepasan SPM yang mengambil mata pelajaran ini boleh mengusahakan ladang mini buah-buahan dan sayur-sayuran atau bekerja di ladang berkaitan sebagai pembantu juruteknik pertanian.

9. Mata Pelajaran Kerja Paip Domestik

Mata pelajaran ini bertujuan membekalkan murid dengan kemahiran dan pengetahuan dalam kerja pemasangan dan penyambungan pelbagai jenis paip seperti PVC, GI dan poli paip. Murid juga menjalankan kerja menyenggara peralatan paip domestik seperti sinki, basin, shower dan pili. Melalui mata pelajaran ini murid boleh bekerja sebagai juru kerja paip atau membuka perniagaan sendiri.

10. Mata Pelajaran Pendawaian Domestik

Mata pelajaran ini bertujuan membekalkan murid dengan pengetahuan asas teori dan amali dalam bidang pendawaian elektrik. Murid mengamalkan langkah keselamatan dan menguasai kemahiran mengenal pasti saiz dan sambungan kabel, menyambung litar asas, melukis dan mentafsir gambarajah litar satu fasa, menggunakan alat penguji dan memasang litar domestik. Melalui mata pelajaran ini murid boleh bekerja dengan kontraktor pendawaian atau membuka perniagaan sendiri.

11. Mata Pelajaran Kimpalan Arka Dan Gas

Mata pelajaran ini bertujuan membekalkan murid dengan pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai jenis kerja kimpalan. Murid mengamalkan langkah keselamatan dan menjalankan kerja kimpalan dengan menggunakan pelbagai jenis alatan tangan dan mesin. Kemahiran yang dipelajari termasuk proses pemotongan menggunakan gas oksi-asetelina, proses penyediaan bahan dan sambungan serta mengimpal plat dan paip keluli berkarbon. Melalui mata pelajaran ini murid boleh memulakan perniagaan sendiri atau bekerja di industri yang terlibat dengan kerja kimpalan.

12. Mata Pelajaran Menservis Automobil

Mata pelajaran ini bertujuan membekalkan murid dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang menservis kenderaan. Murid mengamalkan langkah keselamatan dan menjalankan kerja menggegas serta menggunakan pelbagai peralatan menservis. Murid menguasai kemahiran menservis pelbagai sistem yang terdapat pada kenderaan iaitu sistem penyalaan, penyejukan, pelinciran dan brek. Melalui mata pelajaran ini murid boleh memulakan perniagaan sendiri atau bekerja dalam bidang kerja mekanik menservis kenderaan.

13. Mata Pelajaran Menservis Motosikal

Mata pelajaran ini bertujuan membekalkan murid dengan pengetahuan dan kemahiran dalam kerja mekanik motosikal yang merangkumi kemahiran mengesan kerosakan, menggantikan komponen dan menguji kefungsian motosikal. Murid menguasai pelbagai kemahiran menservis motosikal berkuasa 110 c.c. ke bawah tanpa sistem kluc dan 250 c.c. ke bawah dengan sistem kluc. Murid juga menservis sistem brek, elektrik dan elektronik, tayar, transmisi, dan bahan api. Murid mengamalkan langkah keselamatan semasa menggunakan peralatan. Melalui mata pelajaran ini murid boleh memulakan perniagaan sendiri atau bekerja di bengkel menservis motosikal.

14. Mata Pelajaran Menservis Peralatan Penyejukan Dan Penyamanan Udara

Mata pelajaran ini bertujuan membekalkan murid dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang menservis pelbagai peralatan penyejukan dan penyamanan udara. Murid mengamalkan langkah keselamatan dan menjalankan kerja menggegas, penyambungan dan merawat serta mengecas pelbagai peralatan penyejukan dan penyamanan udara. Murid juga mempelajari kerja mengesan kerosakan pada peralatan penyejukan dan penyamanan udara. Melalui mata pelajaran ini murid boleh memulakan perniagaan sendiri atau menceburi bidang kerja mekanik menservis peralatan penyejukan dan penyamanan udara domestik.

15. Mata Pelajaran Pemprosesan Makanan

Mata pelajaran ini membolehkan murid menguasai kemahiran memproses makanan. Murid mengamalkan kemahiran dalam penyediaan, penyimpanan dan pembungkusan pelbagai makanan iaitu konfeksionari, minuman, hasil fermentasi, hasil ikan, hasil daging dan tenusu serta snek. Murid juga membuat pengiraan kos. Kemahiran asas dalam mata pelajaran ini membolehkan murid memulakan perniagaan sendiri atau bekerja di industri makanan ringan.

16. Mata Pelajaran Penjagaan Muka Dan Dandanan Rambut

Dalam mata pelajaran ini murid menguasai kemahiran dan pengalaman menggunakan alat solekan dan dandanan rambut dengan mengamalkan peraturan keselamatan. Kemahiran ini merangkumi mencuci, menjaga, merawat, menggunting, mengkrinting dan mewarna rambut. Murid juga mempelajari kemahiran membela dan merawat muka, solekan asas dan khas serta membela dan menjaga kuku. Kemahiran asas dalam mata pelajaran ini membolehkan murid membuka perniagaan sendiri atau bekerja di industri persolekan dan dandanan rambut.

17. Mata Pelajaran Hiasan Dalaman Asas

Dalam mata pelajaran ini murid menguasai kemahiran dan pengetahuan dalam mengurus dan menyusun atur perabot serta menghias ruang dengan mengamalkan peraturan keselamatan. Kemahiran ini merangkumi pemilihan skim warna, reka bentuk corak dan penataan cahaya. Murid mempraktikkan kemahiran teknik mengecat, memasang kertas penghias dinding, menggubah bunga dan menggantung langsir. Mereka juga menghasilkan artikel hiasan dalaman yang kreatif. Kemahiran asas dalam mata pelajaran ini membolehkan murid membuka perniagaan sendiri dalam industri hiasan dalaman atau bekerja sebagai pembantu pereka hiasan dalaman.

18. Mata Pelajaran Asuhan Dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Murid diberi pendedahan awal kemahiran dan pengetahuan asas dalam pengasuhan kanak-kanak. Murid diberi orientasi pekhidmatan taska dan tadika serta membuat pemerhatain terhadap pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Mata pelajaran ini merangkumi kemahiran menyediakan permainan secara kreatif dan selamat serta menyediakan makanan seimbang. Kebersihan diri kanak-kanak dan persekitaran yang bersih dan selamat dititikberatkan. Murid mempelajari pengurusan sumber dan kewangan serta mengamalkan perhubungan positif dengan kanak-kanak, ibu bapa dan masyarakat. Melalui mata pelajaran ini murid boleh membuka perniagaan sendiri atau bekerja di taska dan tadika.

19. Mata Pelajaran Gerontologi Asas Dan Perkhidmatan Geriatrik

Mata pelajaran ini bertujuan memberi murid pendedahan awal dalam bidang perkhidmatan penjagaan kesejahteraan warga tua. Murid mempelajari kemahiran membantu warga tua dari segi makanan, kebersihan diri, pergerakan, riadah dan rekreasi serta menyediakan persekitaran yang selamat untuk menjaga kesihatan warga tua. Mata pelajaran ini juga merangkumi kemahiran cara menyayangi dan mengambil berat keperluan mental-emosi warga tua, mengeratkan perhubungan positif dan berkomunikasi secara lisan dan bukan lisan dengan warga tua. Melalui mata pelajaran ini murid boleh menceburkan dir i dalam industri perkhidmatan penjagan warga tua dan bekerja sebagai pembantu pusat kebajikan dan kesihatan atau membuka perniagaan sendiri.

20. Mata Pelajaran Akuakultur Dan Haiwan Rekreasi

Mata pelajaran ini bertujuan melahirkan murid yang boleh mengusahakan ternakan ikan air tawar, ikan hiasan dan haiwan rekreasi. Murid menjalankan kerja mereka bentuk perumah, kolam dan akuarium serta membina sistem penapisan air dan pembuangan najis. Mereka melakukan kerja pembenihan ikan serta membiak baka haiwan rekreasi dan tumbuhan akuatik. Murid juga mempelajari cara memilih dan menyediakan makanan. Prospek kerjaya yang boleh diceburi oleh murid termasuklah mengusahakan pusat ternakan akuakultur atau haiwan rekreasi, membekal benih dan aksesori atau bekerja di syarikat akuakultur dan haiwan rekreasi.

21. Mata Pelajaran Produksi Multimedia

Mata pelajaran ini memberi pengetahuan teori, proses dan kaedah penghasilan bahan-bahan multimedia yang menarik dan berkualiti. Pelajar menguasai pelbagai kemahiran yang antara lain termasuk pengendalian komputer, perakam kamera video, kamera (still picture), alat perakam audio dan alat pengimbas imej. Pelajar juga diberi kemahiran menukar format video dan audio dari signal analog kepada digital dan sebaliknya. Penggunaan pelbagai perisian editor grafik, video dan video serta alat pengarangan juga didedahkan. Selepas tamat pengajian, pelajar boleh menceburi bidang pekerjaan yang bersangkutan dengan pengiklanan dan rakaman studio.

22. Mata Pelajaran Grafik Berkomputer

Mata pelajaran ini memberi pengetahuan kepada pelajar tentang pelbagai bentuk grafik serta kaedah penghasilannya dengan menggunakan komputer. Pelajar juga memperoleh kemahiran menggunakan dan mengendalikan komputer serta pelbagai perisian editor grafik yang relevan. Selain itu, pelajar boleh menguasai kemahiran mengguna dan mengendalikan perkakasan lain seperti pengimbas, pencetak, kamera digital. Bidang pekerjaan yang pelajar boleh ceburi oleh pelajar selepas tamat pengajian termasuklah pengiklanan dan studio rakaman

Semoga maklumat ini akan memberikan sedikit kefahaman kepada semua warga pendidik tentang pelaksanaan MPV di sekolah harian.

Disediakan oleh:
KUTVPPDHS
01.06.2007.

SELAMAT BERTUKAR DAN TAHNIAH

KUTV ingin mengucapkan selamat bertugas di tempat baru kepada Tuan PPD Hulu Selangor. Tuan PPD secara rasmi akan bertukar menjadi Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Langat, mulai 01.06.2007.

Walaupun tempoh Tuan PPD, En Mohd. Salleh bin Mohd. Kassim tidak lama di Hulu Selangor, tetapi telah berjaya menerajui Pendidikan di daerah ini dengan baik dan cemerlang. Semua pegawai dan kakitangan di PPDHS selesa bertugas bawah naungan beliau.

Semoga beliau akan lebih selesa berada di tempat yang baru, ditambah lagi faktor jarak yang dihadapi setiap hari telah berkurangan apabila bertugas di PPD Kuala Langat nanti.

Pada masa yang sama setinggi-tinggi tahniah kepada Tn Hj Suhaimi b Rashid, Penolong PPD Sektor Pengurusan Sekolah yang telah dilantik menjadi Tuan PPD Hulu Selangor yang baru. Pengelaman yang luas bertugas di daerah ini dan bertugas di PPD Hulu Selangor sudah pasti akan memastikan kesinambungan tugas akan berjalan dengan baik.

KUTV mewakili pegawai dan kakitangan PPD Hulu Selangor Cawangan, ingin merakamkan tahniah kepada kedua-dua pemimpin kami. Semoga kedua-duanya sentiasa sihat dan bahagia untuk meneruskan tugas dan tanggung jawab masing-masing.

Sekian. Terima kasih.
01.06.2007.