PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

31 January 2008

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK KURIKULUM SEKOLAH MENENGAH KALI PERTAMA

Pada 31 Januari 2008 mesyuarat ini dijalankan di SMK Dato Hj Kamaruddin.
Agenda mesyuarat ialah:

1. Perutusan Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Selangor.
2. Ucapan Penolong Pegawai Pelajaran Daerah (Pengurusan Akademik)
3. Membentang dan mengesahkan Minit mesyuarat 2/2007.
4. Hal / perkara berbangkit.
5. Laporan Unit:

- Unit Tennik & Vokasional.
-Unit Sains & Matematik
-Unit Bahasa.
-Unit Sains Kemanusiaan.
Unit Pendidikan Islam dan Moral.
-Unit Peperiksaan.
-Unit KBSR dan Penyelidikan.

6.Program menganjak Paradigma ke arah Kecemerlangan.
7. Perkongsian Bestari.

-SMK Dato Hj Kamaruddin
-SMK Bukit Sentosa.
-SMk Kg Soeharto.
-Lain-lain (jika ada)

8. Hal-hal lain.
9. Pelantikan Panitia Mata Pelajaran 2008-2009.
10. Penangguhan mesyuarat.

28 January 2008

SK TAMAN BUNGA RAYA (1) ... 29 JANUARI 2008.

Pada 29hb Januari 2008, Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah Kebangsaan telah diadakan di SK Taman Bunga Raya (1). Tuan PPD Hulu Selangor, Tn. Hj. Suhaimi bin Rashid tidak dapat bersama-sama dalam mesyuarat tersebut. Penolong PPD Pengurusan Akademik mengambil alih tugas selaku pengerusi mesyuarat tersebut.

Mesyuarat sepatutnya dihadiri oleh 30 orang Guru Besar Sekolah Kebangsaan daerah Hulu Selangor dan semua pegawai Kurikulum yang terdapat di PPD Hulu Selangor.

Agenda mesyuarat yang dirancang ialah:

1. Ucapan Pengerusi Majlis.
2. Membentangkan Minit Mesyuarat yang lalu.
3. Pengesahan Minit Mesyuarat.
4. Perkara Berbangkit.
5. Pembentangan khas sekolah:
a. SK bukit Sentosa.
b. SK Sungai Tengi.
c. SK Taman Bunga Raya (1)
6. Laporan ringkas sekolah-sekolah (jika ada)
7. Laporan PPPDPA / KUTV
8. Laporan Unit Sains Matematik.
9. Laporan Unit Bahasa.
10.Laporan Unit Sains Kemanusiaan.
11.Laporan UPIM dan j-QAF.
12.Laporan Unit Peperiksaan.
13.Laporan KBSR.
14.Laporan PKG.
15.Hal-hal lain.
16.Penyampaian sijil Pengerusi Panitia 2008-2009.

Semoga tuan-tuan dapat melapangkan masa untuk mesyuarat tersebut.

27 January 2008

PENAWARAN SUBJEK MPV DI SEKOLAH AKADEMIK BIASA

Tuan-tuan dan puan-puan boleh membaca maklumat pelaksanaan subjek MPV di sekolah harian melalui link berikut:
http://myschoolnet.ppk.kpm.my/lamanmpv/laksana.htm

Penerangan ringkas bagi 22 subjek MPV juga disertakan di dalamnya. Selamat membaca dan mendapatkan maklumat berkaitan.

PETIKAN BERITA HARIAN

Empat aspek diutama pertingkat pendidikan

Oleh Syuhada Choo Abdullah

Pentadbir sekolah, guru perlu kerjasama pacu kecemerlangan


SEKURANG-KURANGNYA empat perkara perlu diberi penekanan utama dalam penggemblengan usaha dan komitmen warga pendidik mempertingkatkan kecemerlangan pendidikan negara, tahun ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata satu daripadanya ialah menjadikan semua sekolah sebagai institusi pembelajaran menarik dan berkesan.

Dalam konteks ini, beliau berkata, antara aspek penting perlu dititikberatkan ialah penyediaan infrastruktur yang sentiasa kemas, bersih serta teratur, termasuk bilik darjah dengan persekitaran kondusif dan selesa yang mampu menjana minat pelajar menimba ilmu pengetahuan serta menjalani keseluruhan proses pendidikan dengan baik.

“Perkara ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia memainkan peranan cukup signifikan dalam membantu memacu kecemerlangan pendidikan negara,” katanya kepada Berita Harian sempena sambutan tahun baru, semalam.

Seterusnya, Alimuddin berkata, pengetua dan guru besar perlu menjalinkan hubungan kerjasama utuh dengan pihak guru untuk memastikan kelancaran agenda mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Bagi mencapai matlamat itu, katanya, mereka juga perlu sentiasa membuat pemantauan terhadap proses pengajaran guru di bilik darjah, sekali gus memberi bimbingan untuk penambahbaikan berterusan.

Selain itu, beliau berkata, guru wajar sentiasa meningkatkan keupayaan diri serta mengambil inisiatif memanfaatkan alat bantu mengajar terkini seperti kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai strategi meningkatkan kualiti serta keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

“Satu lagi perkara yang mesti diberi tumpuan serius sepanjang tahun baru ini ialah melengkapi pelajar dengan pelbagai kemahiran melalui kegiatan kurikulum dan juga kokurikulum.

“Pihak sekolah mesti berperanan mengadakan pelbagai aktiviti pembangunan kemahiran pelajar seperti dari segi komunikasi, kreativiti dan inovasi, berbahasa serta penguasaan ICT.

“Di samping itu, memantapkan pembangunan sahsiah pelajar dan menggalakkan mereka supaya sentiasa bersaing secara sihat untuk mencapai kejayaan,” katanya.

Tidak ketinggalan, Alimuddin berkata, pihak sekolah perlu berusaha merapatkan hubungan dengan ibu bapa serta agensi luar menerusi program kerjasama untuk membantu meningkatkan kualiti pendidikan institusi masing-masing.

Beliau berkata, ini kerana pihak berkenaan memiliki kelebihan dari segi kewangan dan juga kemahiran, secara langsung boleh memberi bimbingan demi kepentingan pembangunan di sekolah.

Dalam pada itu, katanya, pengetua, guru besar dan keseluruhan warga pendidikan diharap meneruskan azam, tekad serta semangat tahun baru untuk berusaha mencapai matlamat Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan (PTPP).

“Pengetua dan guru besar harus memastikan sekolah masing-masing terus diperkasa dan berkembang maju mencapai matlamat ditetapkan Kementerian Pelajaran.

“Bagi pelajar pula, manfaatkan peluang pendidikan disediakan kerajaan seperti pemansuhan yuran khas sekolah dan pemberian buku teks percuma mulai tahun ini,” katanya.

Semoga petikan ini akan memudahkan semua pendidik untuk membuat pembacaan jika diperlukan. Terima kasih.

BERITA-BERITA SAINS & TEKNOLOGI

Berikut disertakan pautan berkaitan berita tentang Sains & Teknologi yang dipaparkan dalam Portal Pendidikan Utusan untuk bacaan bersama. Sila kilik pada sambungan ini:
http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?sec=Sains_%26_Teknologi

Semoga mendatangkan manfaat kepada kita semua.

26 January 2008

RENCANA PENDIDIKAN

Berikut disertakan rencana yang ditulis dalam Berita Harian:

'Kurikulum sekolah desa perlu dipelbagai'
Oleh Norliza Abdullah

KURIKULUM pendidikan di kawasan pedalaman perlu mempunyai nilai ditambah bagi membolehkan golongan sasar menikmati manfaat daripada pendidikan tambahan untuk dioptimumkan mengikuti persekitaran. Pensyarah Fakulti Pendidikan (FPEND) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Zuria Mahmud, berkata kokurikulum sedia ada hanya memberi manfaat kepada murid arus perdana yang mendapat pendidikan sempurna di kawasan bandar. Beliau berkata, sedangkan sistem yang sama dilaksanakan untuk murid kawasan pedalaman yang ketinggalan dalam pelbagai aspek pembangunan.

Sehubungan itu, katanya, wajar bagi Kementerian Pelajaran menambah nilai kurikulum sedia ada bagi membolehkan ia sesuai kepada semua golongan untuk diguna pakai berdasarkan perkembangan kawasan sekitar. “Nilai ditambah yang diperlukan murid pedalaman antara lain menambah pengetahuan seperti kemahiran insaniah serta pengetahuan keusahawanan yang boleh digunakan pakai dalam kehidupan seharian seperti menjadi lebih baik daripada ibu bapa mereka jika bekerja sebagai petani mahupun nelayan. “Pengetahuan tambahan mengenai penjagaan alam sekitar juga mampu melahirkan insan yang lebih prihatin kepada keharmonian persekitaran,” katanya pada majlis Wacana Kepelbagaian Pelajar: Memperkasakan Keperluan Kanak-Kanak Terpinggir, anjuran Pusat Pendidikan Kepelbagaian Pelajar FPEND, UKM, di Bangi kelmarin.


Guru yang akan dihantar ke kawasan pedalaman juga kata Zuria, perlu menjalani latihan persediaan dalam tempoh waktu tertentu supaya mereka lebih sedia berhadapan dengan persekitaran. Usaha itu kata beliau, memberi peluang guru meningkatkan pengetahuan serta membentuk kreativiti masing-masing dalam menyampaikan maklumat dan pengetahuan kepada pelajar yang begitu terpinggir. Kaedah pengajaran juga katanya, berbeza kerana masing-masing tidak terdedah dengan dunia luar dan persekitaran di bandar jauh berbeza dengan rakan mereka di pedalaman. “Murid terpinggir seperti anak Orang Asli di Semenanjung dan kaum pribumi di Sabah serta Sarawak kebanyakannya tidak boleh menerima sistem pendidikan sedia ada kerana bagi mereka ia tidak memberi manfaat kerana tinggal jauh daripada arus pembangunan.

“Malah sistem pendidikan yang memihak kepada rakan mereka di bandar menimbulkan rasa bosan dan kurang minat kerana tidak dapat diguna pakai dalam kehidupan seharian. “Ini adalah antara hasil kajian yang menyebabkan masyarakat di pedalaman tidak berminat meneruskan pengajian masing-masing. Hasil dapatan juga mendapati hanya satu peratus daripada mereka meneruskan pengajian ke peringkat tertinggi,” katanya.

TINDAKAN PENTING PIHAK SEKOLAH ATAU GURU APABILA HADIR MESYUARAT KURIKULUM DAERAH

Mulai sesi 2008, Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor telah menetapkan perkara penting yang perlu diambil tindakan apabila guru hadir mesyuarat atau taklimat di peringkat PPD Hulu Selangor.

Jika tuan-tuan hadir mesyuarat/taklimat/bengkel/kursus, tuan-tuan akan diberikan minit mesyuarat atau minit curai. Pengetua atau Guru Besar yang hadir akan akan menerima Minit Mesyuarat atau Minit Curai. Pihak tuan-tuan dikehendaki memberikan maklum balas terhadap minit mesyuarat atau minit curai tersebut dalam masa 14 hari selepas menerimanya.

Jika Ketua Panitia atau guru-guru yang hadir mesyuarat atau taklimat mereka perlu menyediakan minit curai masing-masing. Minit curai boleh menggunakan format yang disediakan sekolah masing-masing atau format yang disediakan oleh PPD. Pada masa yang sama guru-guru perlu menyediakan sedikit catatan pada borang maklumbalas yang perlu diserahkan bersama minit curai kepada Pengetua atau Guru Besar masing-masing. Borang maklumbalas ini perlu ditandatangan oleh pentadbir sekolah, menandakan mereka telah maklum semua hal yang diterima oleh guru berkaitan. Maklumbalas ini perlu diserahkan semula ke PPD Hulu Selangor dalam tempoh 14 hari juga.

Semoaga selepas ini, harap pastikan semua guru yang hadir mesyuarat atau taklimat dengan Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor menyerahkan maklumat dan minit curai kepada pentadbir sekolah. Dengan cara ini akan dapat memastastikan semua bahan dan maklumat dapat disebarkan tepat dan sampai kepada guru yang berkaitan. Kita mengharapkan tidak berlaku lagi kecairan maklumat atau maklumat tidak sampai kepada orang yang sepatutnya.

Semoga pelaksanaan penyebaran maklumat ini dapat dilaksanakan dengan baik di peringkat daerah.

PEMBENTANGAN PIHAK SEKOLAH DALAM MESYUARAT KURIKULUM DAERAH

Pihak PPD Hulu Selangor telah menetapkan beberapa buah sekolah untuk membuat pembentangan perancangan kurikulum sekolah masing-masing dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Daerah Kali pertama.

Pada 29.01.2008, semasa mesyuarat di SK Tman Bunga Raya (1), sekolah berikut akan membentangkan perancangan sekolah masing-masing, iaitu:

1. SK Taman Bunga Raya (1)
2. SK Bukit Sentosa.
3. SK Sungai Tengi.

Semoga semua sekolah dapat berkongsi maklumat dan idea bersama-sama dalam mesyuarat berkaitan.

Pada 30.01.2008 semasa mesyuarat di PPD Hulu Selangor sekolah yang akan membentangkan perancangan masing-masing ialah:

1. SJK C Batang Kali.
2. SJK C Khing Ming
3. SJK T Ladang Sg Choh.

Semoga semua sekolah SJK dapat berkongsi maklumat dan idea bersama-sama dalam mesyuarat tersebut.

Semasa mesyuarat pada 31.01.2008 di SMK Dato Hj Kamaruddin, sekolah yang akan membentangkan perancangan ialah:

1. SMK Dato Hj Kamaruddin.
2. SMK Bukit Sentosa.
3. SMK Kg. Soeharto.

Semoga semua sekolah dapat berkongsi maklumat dan idea semasa mesyuarat berkaitan.

Sekolah lain juga dialu-alukan jika terdapat maklumat yang ingin dikongsikan. Sekolah-sekolah yang di senaraikan ini adalah sekolah yang dipilih untuk membentangkan perancangan masing-masing. Pada mesyuarat akan datang sekolah lain akan diminta membentangkan perancangan untuk pusingan kedua.

Laporan daripada Penolong PPD Pengurusan Akademik.

24 January 2008

PERTANDINGAN GURU INOVATIF SAMBUTAN HARI GURU 2008.

Setiap guru atau kumpulan guru di daerah ini dipelawa untuk menyertai pertandingan berbentuk anugerah ini. Peringkat daerah akan memilih 2 orang peserta bagi setiap kategori berikut:
1. individu prasekolah
2. individu sekolah rendah.
3. individu sekolah menengah.
4. kumpulan

Harap hantar maklumat tentang anugerah ini kepada PPD Hulu Selangor pada penghujung Februari supaya boleh dibuat pemilihan untuk peringkat daerah.

Berikut kertas konsep pertandingan:

Pertandingan Guru Inovatif 2008 Jabatan Pelajaran Selangor.

1. Tajuk:

Pertandingan Guru Inovatif.

2. Matlamat:

Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada guru atau kumpulan guru ysng kreatif dan inovatif bagi menjamin keberkesanan pelaksanaan kurikulum dan meningkatkan profesionalisme keguruan.

3. Objektif:

3.1. Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada guru dan kumpulan guru yang kreatif dan inovatif dalam pelaksanaan kurikulum.

3.2. Menyediakan ruang dan peluang bagi guru dan kumpulan guru menampilkan kreativiti dan ivasi mereka dalam pelaksanaan kurikulum.

3.3. Menggalakkan guru berikhtiar dan mencuba idea-idea baru dalam pelaksanaan kurikulum untuk mencapai kecemerlangan dalam profesion keguruan.

3.4. Menyebarkan maklumat berkaitan dengan inivasi dan kreativiti guru dalam pelaksanaan kurikulum untuk dimanfaatkan oleh para pendidik yang lain.

4. Konsep Inovasi:

4.1. Inovasi diertikan sebagai menghasilkan produk atau kaedah yang baru ke arah keberkesanan pelaksanaan kurikulum.

4.2. Konsep inovasi dalam pemberian anugerah ini meliputi aktiviti yang melibatkan pembaharuan dan perubahan yang positif dalam pelaksanaan kurikulum dan aktiviti kokurikulum yang berkaitan dengan kurikulum di peringkat sekolah. Pelaksanaan kurikulum merujuk kepada usaha melaksanakan kurikulum melalui bahan-bahan kurikulum, teknologi pendidikan, kaedah pengajaran dan pembelajaran serta penilaian pembelajaran. Pembaharuan ini terjelma melalui cara, kaedah, teknik atau pendekatan baru yang meningkatkan pembelajaran.

4.3. Perubahan ini mesti menunjukkan sifat-sifat baru dan asli untuk mencapai keberkesanan dalam pelaksanaan kurikulum di sekolah.

4.4. Kecekapan dan keberkesanan penggunaan pendekatan yang inovatif perlu mengambilkira kesesuaian kos, masa, tenaga dan penggunaannya.

4.5. Hasil inovatif guru tersebut telah dilaksanakan dan dapat dipraktikkan di sekolah dan dibuktikan kejayaannya.

4.6 Inovasi dalam pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum ini boleh berbentuk aktiviti atau projek yang dihasilkan dalam pelbagai jenis potensi.
- Kaedah pengajaran dan pembelajaran.
- Kaedah penilaian kemajuan dan perkembangan potensi murid.
- Pembinaan bahan alat bantu mengajar.

5. Kategori Anugerah:
5.1. Individu Prasekolah.
5.2. Individu sekolah rendah.
5.3. Individu sekolah menengah.
5.4. Kumpulan.

6. Syarat-syarat pertandingan.

6.1. Projek yang pernah memenangi tempat pertama, kedua atau ketiga dalam peringkat kebangsaan atau antarabangsa dalam tempoh tiga tahun kebelakangan termasuk tahun ini tidak layak dicalonkan.

6.2. Sesuatu inovasi yang dicalonkan hendaklah merupakan inovasi yang dihasilkan tidak melebihi tempoh tiga tahun kebelakangan termasuk tahun pencalonan.

6.3. Setiap sekolah hanya boleh dicalonkan bertanding dalam satu kategori pertandingan sahaja.

6.4. Setiap sekolah atau guru tidak boleh dicalonkan bertanding untuk dua tahun berturut-turut.

Kriteria Pemilihan.

7.1. Pejabat pelajaran daerah (PPD) mengemukan dua calon bagi setiap kategori mewakili daerah masing-masing. . Kriteria yang akan digunakan dalam penilian hasil inovasi adalah seperti berikut:

- Pengenalan idea baru dan asli (30%)
- Bentuk inovasi (15%)
- Peningkatan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (30%)
- Kesan kos dan operasi (10%)
- Peningkatan tahap kepuasan hati guru dan pelajar (15%)

7.2. PPD akan mengemukan maklumat yang berikut bagi setiap kategori penyertaan:

- Maklumat calon (Lampiran A)
- Maklumat mengenai inovasi (lampiran B)

7.3. Maklumat di atas boleh disokong dengan gambar, kaset, carta, video atau persembahan secara grafik.

8. Bentuk Anugerah:

Jawatankuasa Induk Anugerah Guru Inovatif telah bersetuju untuk menganugerahkan hadiah-hadiah seperti berikut:

8.1. Plak.
8.2. Wang Tunai.
8.3. Sijil Penghargaan.

9. Kaedah.

9.1. Setiap penyertaan yang lengkap daripada sekolah hendaklah dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing.

9.2. PPD akan menapis dan memilih dua calon bagi setiap kategori ( Jumlah 8) dan menghantar pencalonan itu bersama-sama dengan maklumat Lampiran AQ dan Lampiran B serta bahan-bahan sokongan yang lain kepada urusetia anugerah Guru Inovatif 2008.

Catatan peringkat PPD Hulu Selangor:

Harap hantar maklumat Borang Lampiran A dan B ke PPD selewat-lewatnya penghujung Februari 2008. Semua perkara dan lampiran ini akan dihantar kepada semua sekolah. Sila rujuk dengan pejabat sekolah.

Selamat mencuba.

20 January 2008

SCHOOLNET

Pihak sekolah boleh gunakan no talian berikut juga untuk memberitahu tentang masalah talian schoolnet:

1-300-88-2888

Alamat email berikut juga boleh digunakan:

schoolnet@moe.gov.my

19 January 2008

Peraduan Menulis Cerita Kanak-Kanak Sempena Hari Guru 2008 Peringkat Kebangsaan

Peraduan Menulis Cerita Kanak-kanak Sempena Hari Guru 2008 Peringkat Kebangsaan, di sini dilinkkan Laman Web KPM yang menyiarkan perkara tersebut.
http://apps2.emoe.gov.my/tayang.php?laman=pemberitahuan&unit=utama&bhs=my&info=60&mod=baca

Terdapat 3 kategori yang dipertandingkan.
a. Kategori Guru
b. Kategori Murid Sekolah Rendah (Tahun 4 – 6)
c. Kategori Murid Sekolah Menengah (Tingkatan 1 – 5)

Borang penyertaan juga boleh dimuat turun daripada web tersebut. Semoga ramai pelajar dan guru-guru Hulu Selangor akan menyertai pertandingan ini. Mengikut Unit Bahasa PPD Hulu Selangor, suatu ketika dahulu sekolah daerah Hulu Selangor terdapat peserta memenangi peringkat Negeri dan Kebangsaan. Sejak kebelakangan ini keadaan tersebut tidak lagi berlaku.

Semoga bakat-bakat besar yang ada di daerah ini akan dapat di ketengahkan semula.

MESYUARAT PENYELARAS MAKMAL KOMPUTER DAN ICT DAERAH HULU SELANGOR

Mesyuarat akan diadakan pada:

21 Januari 2008.
08.30 pagi
SK Antara Gapi

Mesyuarat ini diurus dan dikendalikan oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Sekolah bawah kelolaan Pn Yusma dan En Mohamad Ajmain. Biasanya mesyuarat dikendalikan oleh KUTV. Oleh kerana ada keperluan yang lebih awal daripada Unit ICT, maka unit ICT mengambil alih pengurusan mesyuarat.

Pada mesyuarat ini semua pegawai di PPD yang berkait dengan ICT akan cuba sama-sama berjumpa penyelaras makmal komputer dan ICT.

Semoga semua penyelaras makmal komputer / penyelaras ICt yang dipanggil untuk mesyuarat dapat menghadirkan diri pada ketetapan tersebut. Semoga jumpa di tempat mesyuarat tersebut.



17 January 2008

MESYUARAT PENGURUSAN AKADEMIK PERINGKAT DAERAH KALI PERTAMA 2008

Makluman segera kepada Pengetua dan Guru Besar daerah Hulu Selangor. Mesyuarat Kurikulum daerah kali pertama akan dipecahkan kepada 3 kumpulan berasingan bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan mesyuarat. Mesyuarat tersebut ialah:

Mesyuarat Pengurusan Akademik bagi Guru Besar Sekolah Kebangsaan:
29 Januari 2008.
08.30 pagi di SK Taman Bunga Raya (1)
Kehadiran : Semua 30 orang Guru Besar Sekolah Kebangsaan dan pegawai-pegawai PPD

Mesyuarat Pengurusan Akademik Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan
30 Januari 2008.
08.30 pagi di Bilik Mesyuarat PPD Hulu Selangor.
Kehadiran : 18 orang Guru Besar SJK Cina dan SJK Tamil.dan pegawai-pegawai PPD

Mesyuarat Pengurusan Akademik Pengetua Sekolah Mennegah.
31 Januari 2008.
08.30 pagi di SMK Dato Hj Kamaruddin
Kehadiran : 16 orang Pengetua sekolah menengah dan pegawai-pegawai PPD.

Surat panggilan mesyuarat telah mula diedarkan. Semoga semuanya maklum dan dapat hadir dalam mesyuarat berkaitan.

MESYUARAT PENINGKATAN PRESTASI UPSR TAHUN 2008

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua 14 orang Guru Besar sekolah yang telah hadir dalam perjumpaan khas antara PPDHS dengan pemimpin / pentadbir sekolah. Tuan PPD Hulu Selangor tidak dapat hadir kerana menghadiri mesyuarat yang lebih penting pada hari ini: 17 Januari 2008.

Saya telah mengambil alih tugas pengerusi mesyuarat atau perjumpaan tersebut. Semua guru besar yang hadir sempat membentangkan masalah , analisi peperiksaan UPSR sekolah masing-masing dan membentangkan usaha atau langkah yang akan dilaksanakan pada tahun 2008.

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kerana tuan-tuan dan puan-puan sudi berkongsi maklumat dengan PPD dan sekolah lain dalam usaha meningkatkan prestasi daerah keseluruhannya. Saya berharap UPSR 2008 peringkat daerah ini akan bertambah baik.

Marilah kita berusaha bersama-sama. Semua guru yang terlibat diharap dapat menyokong semua usaha guru besar sekolah masing untuk melaksanakan program peringkat sekolah.

Sekian. Terima kasih.

13 January 2008

MAJLIS BERTEMU IBU BAPA PELAJAR KRK SMK BUKIT SENTOSA

Pada 12 Januari 2008 (Sabtu) pihak SMK Bukit Sentosa telah melaksanakan program khas bersama ibu bapa pelajar KRK tingkatan 1. Saya telah dijemput bersama-sama dalam majlis tersebut. Tahniah kepada pihak sekolah kerana berjaya mengumpulkan ibu bapa pelajar Kelas Rancangan Khas (KRK). Perjumpaan ini telah berjaya menubuhkan AJK KRK kalangan ibu bapa. Pada masa yang sama penubuhan AJK kelas KRK yang terdiri daripada ibu bapa kelas berkaitan sahaja. Semoga kerjasama ibu bapa akan memastikan anak-anak akan terus cemerlang.

Komitmen guru-guru dan ibu bapa akan memastikan program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar. Selamat berjaya semuanya.

Penolong PPD Pengurusan Akademik
PPD Hulu Selangor.

11 January 2008

SESI PERSEKOLAHAN 2008 BERMULA

Pada 03 Januari 2008, sesi persekolahan telah bermula. Selamat kembali ke sekolah kepada semua murid-murid di Hulu Selangor. Tidak lupa diucapkan kepada semua tenaga pengajar . Selamat berbakti kepada anak bangsa kita. Jangan lupa tanggung jawab masing-masing.

Segala aktiviti di peringkat daerah sudah bermula sekarang. Segala perancangan peringkat sekolah hendaklah dilaksanakan mengikut yang dirancang. Semua sekolah sudah pasti merancang aktiviti yang mendatangkan manfaat kepada murid-murid.

Janganlah fikirkan banyak program sahaja. Fikirkan program itu mendatangkan kesan yang meluas di kalangan sasaran kita. Janganlah mengharapkan balasan sahaja daripada apa-apa yang dilaksanakan. Tuhan sudah pasti akan memberikan ganjaran kepada usaha kita.

Terima kasih kepada semua warga pendidik yang telah bersungguh menaikkan nama baik Hulu Selangor dalam pperiksaan Awam tahun 2007 yang lalu. Semoga komitmen yang tinggi selama hari ini dapat diteruskan pada sesi 2008 ini. Kejayaan besar hanya akan dapat dicapai jika semua warga pendidik berusaha bersungguh-sungguh tanpa memikirkan penat dan susah mengharung masalah pendidikan.