PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

29 April 2008

PROGRAM PKG KG SOEHARTO

Pada 29 April 2008, saya berkesempatan bersama-sama kumpulan pelajar dan guru-guru PKG Kg Soeharto dalam majlis penutupan program Menjejak Maklumat Peringkat Zon PKG Kg Soeharto.

Tahniah kepada En Azman b Aris Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Kg Soeharto kerana berjaya melaksanakan program yang berfaedah dan mendatangkan manfaat kepada pelajar.

Saya juga berharap pelajar yang mengikut program ini dapat menggunakan pengalaman dan kemahiran semasa program ini pada masa akan datang. Kemahiran mendapatkan maklumat adalah penting untuk menjadi pelajar cemerlang pada masa akan datang.

28 April 2008

MESYUARAT GURU CEMERLANG DAERAH HULU SELANGOR KALI PERTAMA 2008

Semua guru cemerlang daerah Hulu Selangor dijemput untuk hadir mesyuarat di PPD Hulu Selangor (Cawangan) / Bilik mesyuarat SK Kuala Kubu Bharu.

Surat mesyuarat ini telah diedarkan. Mesyuarat akan diadakan pada 15 Mei 2008, pukul 2.30 petang.

Terdapat 8 orang guru yang disenaraikan sebagai guru cemerlang yang masih ada di daerah Hulu Selangor.

Selamat bermesyuarat.

PENGUMPULAN DAN PENGEDARAN SOALAN SELARAS KRK DAERAH HULU SELANGOR

Kepada semua sekolah pelaksana KRK daerah Hulu Selangor...................

Pengumpulan soalan selaras pertengahan tahun yang dijadualkan pada 05 Mei 2008 terpaksa diubah kepada 07 Mei 2008 pukul 2.30 petang atas permintaan beberapa orang pengetua sekolah berkaitan. Saya berharap dengan berubahnya tarikh tersebut akan memberi ruang yang lebih baik ke lima-lima sekolah untuk membereskan tugasan mereka.

Sekolah terbabit ialah:
1. SMK Dato Hj Kamaruddin.
2. SMK Syed Mashor.
3. SMK Sungai Choh.
4. SMK Bukit Sentosa.
5. SMK Taman Bunga Raya (1)

Saya berharap apabila sampai masanya pada 07 Mei 2008, semua soalan akan siap sedia. Penolong Kanan Kurikulum dapat hadir ke PPD Hulu Selangor (Cawangan) untuk meneylesaikan pengagihan soalan berkaitan.

Surat untuk tujuan ini telah dikeluarkan.

24 April 2008

MESYUARAT PENGURUSAN ICT DAERAH HULU SELANGOR

Pada 25 April 2008 suatu mesyuarat berkaitan penyelenggaraan dan pengumpulan maklumat dan data ICT akan diadakan di SK Kalumpang mulai 8.30 pagi. Minta maaf kepada Unit ICT terutama Pn Yusma dan En Ajmain kerana saya tidak dapat bersama tuan-tuan dan puan-puan. Kirim salam kepada semua ahli mesyuarat.

Saya terpaksa menggantikan tempan Tn PPD dalam Majlis Anugerah Kecemeralangan SMK Sg Choh.

Saya berharap mesyuarat yang dijalankan dapat berjalan dengan baik dan mendatangkan faedah kepada pihak sekolah daerah Hulu Selangor.

Minta maaf kepada semua....

22 April 2008

KURSUS APLIKASI SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN (SAP) DAN HEADCOUNT

Satu kursus di peringkat daerah akan diadakan pada tarikh 13-14 Mei 2008.
Setiap sekolah menengah dikehendaki menghantar 2 orang peserta ( Penolong Kanan Kurikulum dan seorang guru yang menguruskan "Headcount" di sekolah masing-masing.

Kursus ini akan dijalankan di Makmal Komputer SMK Kuala Kubu Bharu, 13-14 Mei 2008. Kursus akan dijalankan mulai 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Harap semua sekolah maklum dan bersedia:
Peserta dikehendaki membawa perkara berikut:
1. HEMver3 (SMM) bentuk solf copy.
2. Senarai nama murid beserta kad pengenalan bagi satu kelas tingkatan 3 di sekolah masing-masing( hard copy/ cetakan)
3. Laptop dan wayar sambungan.

Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi Penolong PPD Pengurusan Akademik (En Rozali bin Mazlan)

Semoga kursus ini mendatangkan faedah kepada semua pihak sekolah di daerah ini.

20 April 2008

BERITA-BERITA PENDIDIKAN

Berita dan rencana pendidikan daripada Utusan Malaysia boleh didapati melalui link berikut:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?sec=Pendidikan&i=section/pendidikan.asp


PENGUMPULAN DAN PENGAGIHAN SOALAN PERTENGAHAN TAHUN 2008

Kepada semua Penolong Kanan sekolah mengah daerah Hulu Selangor harap ambil perhatian tentang perkara ini. Proses pengumpulan dan pengagihan akan dilaksanakan di SMK Ampang Pecah pada 24 April 2008 (Khamis,)mulai 08.30 pagi.

Pastikan semua soalan yang disediakan oleh setiap pengerusi mata pelajaran telah siap sedia pada tarikh tersebut. Harap dapat perbanyak soalan mengikut bilangan sekolah yang ada dan satu salinan untuk PPDHS.

Jangan apabila sampai masa dan tarikh berkaitan masih ada soalan yang tidak siap sepenuhnya. Proses penyerahan hanya dijalankan pada ketetapan tersebut sahaja. Pastikan soalan dan skima telah siap.

Tidak ada cara lain proses penyerahan dilakukan. Kita tidak mahu ada yang mahu menyerahkan kemudian. Jangan lewatkan masa penyerahan ini. Harap dapat kerjasama sepenuhnya.

Surat untuk tujuan ini telah diedarkan kepada semua sekolah. Sebarang pertanyaan sila kemukan kepada Penolong PPD Pengurusan Akademik.

15 April 2008

ANXIETY - KEBIMBANGAN

Anxiety – Kebimbangan yang disampaikan oleh En Bahari, Pegawai Kaunseling Pentadbiran PPD Hulu Selangor. Slot yang dibincangkan tentang kebimbangan yang terdapat dalam diri kita. Beliau membincangkan difinasi, punca, akibat dan lain-lain lagi.

Semoga slot ini dapat memberi kekuatan dalam diri masing-masing.

14 April 2008

MESYUARAT SEMAKAN DAN PEMURNIAN DOKUMEN KUALITI MS ISO 9001:2000

PPD Hulu Selangor telah mengadakan mesyuarat berkaitan pada 13-15 April 2008, di Hotel Casa Rachado, Port Dickson.

Mesyuarat ini bertujuan melakukan penambahbaikan Sistem Pengurusan Kualiti. Dalam mesyuarat ini segala pemurnian dilakukan terhadap dokumen yang terdapat dalam proses yang dilaksanakan di PPD Hulu Selangor. Tempat mesyuarat ini sebenarnya dijalankan di sebuah hotel yang terdapat di Tanjung Tuan(Cape Rachado), Melaka.

12 April 2008

KURSUS LEADERSHIP COACHING DAN MENTORING

Pada 8 - 11 April 2008 saya telah mengikuti kursus yang dianjurkan oleh Pusat Pengurusan Latihan JPNS di Hotel MITC Ancasa Melaka. Kursus dikendalikan oleh 2 orang pensyarah dari IAB iaitu En Mazlan dan Cik Rukiyah Bee.

Banyak ilmu baru dari segi melaksanakan peranan untuk melakukan coaching dan mentoring kepada orang lain, baik dalam organisasi atau sesiapa sahaja.

Terima kasih kepada pihak yang menganjurkan kursus.

Terdapat beberapa proses yang perlu dilalui dalam sesi coaching ini.

  • Contect Interview - melibatkan active listening dan juga reflective questening
  • Goal setting
  • Observatian of leadership practice
  • Descriptive feedback
  • Evaluative feedback (coach listen) dan Evaluative feedback ( leader listen)
  • Discusion / Ideas/ Reflective conversation.

05 April 2008

PEKELILING IKHTISAS KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Pada laman web Jemaah Nazir ini diletakkan surat-surat pekeliling ikhtisan KPM yang dikeluarkan antara 1976 hingga 2003. Jika ingin memiliki pekeling tersebut boleh klik pada web berkaitan:
http://www.moe.gov.my/jns/index.php?option=com_content&task=view&id=97&Itemid=135

Selain pekeliling berkaitan, maklumat mengenai Jemaah Nasir boleh diperolehi di sini. Selamat mencuba

Pekeliling-pekeliling di atas jika tidak dapat dimuat turun boleh juga diambil daripada link berikut:
http://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=pekeliling&unit=utama&bhs=my

Selamat mencuba