PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

25 February 2007

mesyuarat panitia perdagangan 2007

MESYUARAT PANITIA PERDAGANGAN KALI PERTAMA 2007

Mesyuarat akan dijalankan:

28 Februari 2007 (Rabu)
02.00 petang
SMK Serendah.

Assalamualaikum,

Kepada pengerusi panitia, setiausaha dan ahli-ahli panitia daerah yang terdiri daripada guru-guru setiap sekolah yang menawarkan subjek ini.

Minta maaf jika KUTV tidak dapat hadir bersama dalam mesyuarat panitia ini. Jika berkesempatan KUTV akan hadir, walau bagaimanapun segala-galanya bergantung kepada keadaan. Jika KUTV tidak dapat hadir, angaplah catatan pada blog ini sebagai ucapan daripada KUTV.

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua guru yang dapat meluangkan masa untuk hadir. kehadiran tuan-tuan dan puan-puan sudah cukup menjadi kekuatan kepada semua ahli lain untuk meneruskan mesyuarat dan sekali gus merancang aktiviti.

Pada tahun lalu panitia ini diterajui oleh SMK Sg Choh, pada tahun ini dengan persetujuan dan kehendak majlis Pengetua, SMK Serendah telah diserahkan tanggung jawab ini. Semoga SMK Serendah dapat meneruskan kecemerlangan tugas pengerusi panitia yang lalu.

Rasanya semua sekolah menawarkan subjek ini di daerah ini, kecuali SM Sains Hulu Selangor. Dengan ini rasanya panitia ini boleh bergerak dengan lebih baik.

Buat pengetahuan semua, JPNS telah bercadang secara lisan untuk memanggil semua setiausaha panitia daerah dalam satu mesyuarat peringkat negeri pada tarikh 28.02.2007, iaitu hari ini. Oleh kerana permintaan Hulu Selangor, JPNS bersetuju meminda tarikh mesyuarat ini pada awal Mac 2007.

Dengan cara ini, panitia ini di peringkat daerah masih ada masa untuk bersedia sebelum tarikh berkenaan. Setiausaha, bererti Ketua Panitia yang menjadi pengerusi subjek ini di daerah. Oleh itu gunakanlah sebaik mungkin mesyuarat panitia daerah untuk menyediakan perancangan.

Saya berharap tuan rumah dapat menyediakan maklumat penting seperti:
  1. Senarai nama dan tandatangan kehadiran semua ahli
  2. Minit mesyuarat

Untuk peringkat negeri harap sediakan:

  1. Laporan aktiviti tahun 2006.
  2. Perancangan tahunan 2007.

KUTV berharap semua guru bidang teknik & vokasional akan membudayakan diri masing-masing untuk menggunakan kemudahan internet. KUTV berikhtiar menyediakan makluman dengan cepat melalui blog yang disediakan. KUTV cuba menyediakan seberapa banyak maklumat melalui cara ini. Jangan biarkan KUTV keseorangan dalam perjuangan ini. Sokongan tuan-tuan dan puan-puan amat penting.

Mungkin dengan sokongan semua, KUTV akan bersemangat meneruskan peranan mengendalikan ruangan ini. KUTV telah menyediakan satu ruangan khas bagi warga pendidik teknik & vokasional untuk berkongsi makluman. Semua guru boleh berkongsi maklumat dengan menghantar bahan kepada KUTV untuk dimasukkan dalam blog. Lebih baik lagi, jika tuan-tuan dan puan-puan memiliki blog sendiri, KUTV boleh buatkan link pada blog KUTV. InsyaAllah. Jika berhasrat mempelajari membuat blog ini, boleh muat turun bahan dari alamat berikut:

http://www.esnips.com/doc/470256c6-458f-4190-9425-551648763ed5/langkah-buat-blog

Semoga KUTV akan mendapat sokongan dengan wujudnya blog masing-masing. Buat pengetahuan semua blog ini sebenarnya boleh dijadikan salah satu cara pengajaran & pembelajaran untuk murid kita di sekolah. Mungkin untuk membuat web, kita memerlukan kemahiran yang tinggi, tetapi blog ini adalah mudah. Pada masa yang sama kita akan menggalakkan anak didik kita belajar menggunakan kemudahan internet. Saya percaya, pendekatan ini amat kuat pengaruhnya pada anak didik kita. InsyaAllah.

Selamat bermesyuarat kepada semua. Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh:

KUTV PPDHS/ 25.02.2007/ 07 Safar 1428.

kehadiran ahli dalam mesyuarat panitia lalu

Makluman daripada semua setiausaha panitia mata pelajaran Teknik & Vokasional yang telah menjalankan mesyuarat panitia daerah:

Terdapat kehadiran yang penuh, malahan ada juga ahli panitia yang tidak hadir. KUTV amat berharap semoga mendapat maklum balas daripada guru-guru berkaitan. semoga mereka membaca catatan pada blog ini.

  1. Ekonomi Asas - SAM Sg Selisek ( tidak hadir)
  2. Prinsip Perakaunan - SMK Gedangsa (tidak hadir)
  3. ICT (semua hadir)
  4. KHB Perdagangan & kusahawanan - SMK KKB (tidak hadir)
  5. KHB ERT (semua hadir)

Semoga mesyuarat panitia seterusnya;

  1. Panitia KHB KT di SMK Kalumpang
  2. Panitia Perdagangan di SMK Serendah
  3. Panitia KHB Pertanian di SMK Kg Soeharto

KUTV tidak mahu melihat ahli panitia tidak hadir tanpa sebarang pemberitahuan kepada PPD. Daerah Hulu Selangor, keahliannya sedikit, jika ramai tidak hadir kemungkinan pelaksanaan aktiviti akan terbantut.

Disediakan oleh:

KUTV PPDHS/ 25.02.2007/07 Safar 1428.

mesyuarat penyelaras makmal komputer pertama 2007

MESYUARAT PENYELARAS MAKMAL KOMPUTER 2007

SK RASA
26.02.2007 ISNIN
02.00 PETANG

Bagi sekolah yang mempunyai makmal komputer, sila hantar penyelaras makmal komputer.
Bagi sekolah yang tidak mempunyai makmal komputer, sila hantar penyelaras ICT sekolah.

Perjumpaan ini sebagai perjumpaan pertama kali tahun 2007.
Sila bawa maklumat penyelaras makmal komputer/ penyelaras ICT seperti dalam surat edaran.

Perkara utama dalam perbincangan:
  1. Anugerah makmal komputer tahun 2007 peringkat daerah dan negeri.
  2. Penarapan semua makmal komputer sekolah
  3. Pengurusan makmal komputer di sekolah
  4. Konvensyen ICT negeri, wakil daerah
  5. Anugerah guru dalam ICT negeri Selangor
  6. Pengurusan ICTL di sekolah
  7. Blog KUTV
  8. Projek blog penyelaras makmal komputer daerah Hulu Selangor
  9. School net
  10. Keselamatan peralatan PPSMI/ ICT
  11. Kursus-kursus ICT
  12. Lain-lain.

Sebagai memudahkan rujukan, bagi penyelaras yang berhasrat mewujudkan blog sendiri sila layari:

http://www.esnips.com/doc/470256c6-458f-4190-9425-551648763ed5/langkah-buat-blog

KUTV memang berhasrat semoga semua penyelaras memiliki blog atau laman web sendiri. Apabila siap nanti blog-blog penyelaras akan dibuat link dengan blog yang disediakan oleh KUTV. Dengan cara ini perhubungan dan maklumat antara penyelaras dapat dikongsi bersama.

Sesiapa sahaja yang telah ada blog atau web akan di link terus. Penyelaras paling awal akan di link lebih awal. Semoga rangkaian ini dapat diwujudkan.

Sesiapa yang tidak mendapat surat sila hubungi KUTV. Marilah kita sebarkan maklumat mesyuarat ini di kalangan penyelaras yang tertinggal daripada mendapat surat. Jangan lupa, jika ada maklumat/ nama guru-guru anavatif yang boleh di ketengahkan.

Sehingga berjumpa lagi pada mesyuarat berkaitan.

Disediakan oleh:

KUTV PPDHS/ 25.02.2007/ 07 Safar 1428.

mesyuarat panitia khb kt daerah 2007

MESYUARAT PANITIA KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL 2007

27.02.2007
02.00 PETANG
SMK KALUMPANG.

KUTV memohon maaf kepada ahli mesyuarat panitia KHB KT kerana tidak dapat hadir mesyuarat panitia pada 27 .02.2007 di SMK Kalumpang.Pada tarikh yang sama, JPNS menghendaki semua KUTV hadir mesyuarat di SMK Sungai Long, Hulu Langat.

Ahli-ahli panitia dikehendaki meneruskan mesyuarat diketuai oleh Pengerusi/Penolong Pengerusi/ Naib Pengerusi/ Setiausaha sendiri.

Aggaplah catatan pada blog ini sebagai ucapan KUTV.

Terima kasih kepada semua ahli panitia yang hadir mesyuarat ini. Selamat datang kepada ahli-ahli baru seperti SMA Tinggi KKB . Semoga sekolah yang belum menjadi ahli akan dapat menjadi ahli pada masa akan datang, ini selaras dengan hasrat KPM dalam PIPP yang mahu mewujudkan pilihan mata pelajaran yang menyeluruh. Sekolah yang tidak menjadi ahli panitia ini ialah SMk Sg Choh dan SAM Sg Selisek. InsyaAllah suatu hari nanti.

Panitia peringkat daerah dikehendaki membincangkan aktiviti sepanjang tahun 2007, pada masa yang sama menyediakan laporan tahun 2006 sebagai persiapan, jika JPNS memanggil setiausaha panitia bermesyuarat peringkat negeri pada bulan Mac.

Tahniah pada sekolah yang berjaya mendapat 100% dalam peperiksaan PMR tahun 2006. Bagi sekolah yang tidak dapat mencapai 100% bukan bererti guru-guru tidak berusaha, tetapi mungkin Allah tidak mahu membenarkan harapan semua sekolah ditunaikan.

Pastikan segala keperluan sebelum mesyuarat disediakan oleh tuan rumah. Begitu juga segala keperluan selepas tamat mesyuarat panitia ini.

Sebagai makluman, edaran Anugerah Bengkel Gemilang KHB telah dibuat. Anugerah ini akan dilaksanakan pada tahun ini. Surat edaran itu boleh juga diambil dari alamat internet yang disediakan pada blog ini. Semua guru boleh juga mendapatkan kertas konsep anugerah ini. Hanya sekolah yang menawarkan keempat-empat subjek ini akan dipertimbangkan untuk mendapat anugerah keseluruhan. Sekolah lain hanya boleh dipertimbangkan anugerah mengikut kategori sahaja. Segala bentuk hadiah yang ditawarkan juga dicatatkan.

Surat edaran tentang anugerah ini boleh diambil daripada :
http://www.esnips.com/doc/a12e6bd1-5529-4c68-a75e-49d7a38b35ec/abg-khb

Kertas kerja anugerah ini boleh didapati di: http://www.esnips.com/doc/f58064e3-8bad-478c-a8ca-b06f6addba30/abgkhb

Istrument spn: http://www.esnips.com/doc/4412ccf9-5c3b-4253-93b8-7cc16c047934/instrumen-spn

instrumen rbt: http://www.esnips.com/doc/712dcce7-0100-4004-8db5-8be8f22aef36/intrumen-rbt

instrumen ert: http://www.esnips.com/doc/c80ca5a1-d5fd-44dd-b08b-76bd3567f659/iintrumen-ert

Anugerah ini sebagai usaha menggalakkan sekolah menawarkan semua subjek KHB, pada masa yang sama untuk mencari bengkel KHB yang boleh dijadikan contoh terbaik di daerah dan negeri. Selama hari ini kebanyakan bengkel KHB di sekolah gagal diuruskan dengan baik.Satu format bagaimana menyediakan rekod-rekod penting di dalam bengkel juga disediakan oleh JPNS. Format ini telah diedarkan lebih awal. Semoga format ini dapat dirujuki oleh semua guru.Segala maklumat yang bekaitan, boleh dirujuk pada KUTV. Tuan-tuan boleh membaca terus maklumat anugerah ini.

KUTV berharap semua guru KHB dapat berganding bahu untuk menjayakan program ini. Semua sekolah akan dilawati oleh pemantau. Pemantauan peringkat daerah akan dilaksanakan pada bulan April - Mei. Peringkat negeri akan dijalankan pemantauan pada bulan Julai.

Pada masa yang sama KUTV berharap semua ahli mesyuarat dapat melayari blog KUTV. Pada blog ini KUTV berusaha menyebarkan maklumat secara cepat yang mungkin. Semuanya dipelawa untuk mengisi ruangan blog yang disediakan untuk warga pendidik bidang teknik & vokasional. KUTV bersedia menerima bahan untuk disiarkan melalui blog ini. Jika puan-puan mempunyai laman web atau blog sendiri, puan-puan boleh serahkan alamat web untuk saya buatkan pautan dengan blog KUTV.

Semoga mesyuarat berjalan dengan baik.
Ucapan terima kasih KUTVpada Pengetua SMK Kalumpang, selaku pengerusi membolehkan mesyuarat ini berjalan dengan baik.

Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
25.02.2007
07 Safar 1428.

bppt ambilan 3 2007

SELAMAT BERKURSUS KEPADA SEMUA PESERTA KURSUS BPPT AMBILAN 3 2007 DI SMK SYED MASHOR.

KURSUS BERMULA 26.02.2007 HINGGA 09.03.2007.

Semoga semuanya mendapat manfaat daripada kursus ini. Semoga hasrat menjadikan warga pendidik mempunyai kemahiran dalam ICT akan menjadi kenyataan. Timbalah beberapa banyak kemahiran dan ilmu dalam ICT. Semoga tuan-tuan dan puan-puan akan berjaya menghasilkan pengajaran & pembelajaran yang berkesan dengan memasukkan ICT dalam pilihan guru-guru semua untuk mengubah pengajaran & pembelajaran.

Selamat berkursus.

Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
25.02.2007
07 Safar 1428.