PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

20 January 2007

persiapan untuk konvensyen ict negeri

KEPADA GURU-GURU YANG BERMINAT

Unit ICT JPNS bercadang untuk mengadakan konvensyen ICT peringkat negeri pada tahun ini. Insya Allah. Untuk tujuan itu kita perlu bersedia dengan wakil daerah untuk membentangkan kertas kerja.

Semua guru yang telah mendapat pendedahan dalam segala kemahiran ICT sama ada secara individu atau kumpulan, mungkin melalui latihan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia atau oleh pihak swasta dijemput memberi sumbangan jika ada idea dan kemahiran.

Mungkin guru-guru ada bahan pengajaran & pembelajaran yang dibangunkan sendiri untuk dikongsikan dalam konvensyen. Mungkin kumpulan guru di sekolah telah membangunkan apa-apa sahaja tentang ICT dan telah dapat dikongsikan secara bersama-sama di sekolah.

Alangkah baiknya semua ini dapat kita kongsi bersama di peringkat negeri, pada masa yang sama mungin boleh membantu guru-guru untuk menjadi guru anovatif dan mungkin boleh menjadi sokongan untuk jawatan guru cemerlang.

Jika guru-guru di Hulu Selangor, memiliki perkara ini harap dapat hubungi KUTV PPDHS atau boleh dibincangkan dengan penyelaras makmal omputer/ penyelaras ICT sekolah. Idea ini boleh dibawa dalam mesyuarat ICT akan datang.

Semoga guru-guru Hulu Selangor tidak ketinggalan dalam aspek ICT ini.

Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
20.01.2007
01 Muharam 1428.