PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

12 April 2007

hari anugerah perkhidmatan cemerlang

Pada 11 April 2007, suatu majlis telah diadakan di Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Kuala Kubu Bharu. Maslis bermula pada pukul 02.00 petang. Sisil APC ini disampaikan oleh Orang Kaya Maha Bijaya, Orang Kaya Daerah Hulu Selangor.

KUTV ingin mengucapkan tahniah kepada semua yang berjaya dianugerahkan APC pada hari berkaitan, terutama kepada guru-guru yang tidak sempat KUTV mengucapkan secara terus. Ini adalah majlis yang jarang KUTV dapat bersama sejak dahulu kerana sentiasa ada tugas rasmi diluar.

Jadikanlah APC ini sebagai pencetus untuk kita berkhidmat lebih baik dan cemerlang. harapan KUTV, semoga kecemerlangan tidak terhenti selepas mendapat pengiktirafan secara rasmi ini. Banyak perkara yang masih boleh dituntut. Percayalah pasti ramai rakan guru yang lain ingin mengecapi APC itu, tetapi mungkin rezeki masih belum ada pada mereka. InsayaAllah pada tahun yang akan datang giliran mereka pula.

KUTV sempat merakamkan beberapa gambar di majlis tersebut. Jika tuan-tuan ingin melihatnya bolehlah cari di dalam blog KUTV ini. carilah pada link(sidebar) sebelah kanan bewarna biru, atau terus ke laman berikut:

http://www.esnips.com/web/kutvppdhs

Di sini hanya terdapat beberapa keping gambar, jika ngin lebih banyak sila masuk ke:
http://s162.photobucket.com/albums/t246/rorokiza

Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
12.04.2007
24 Rabiulawal 1428.