PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

14 June 2007

Petikan ini KUTV ambil daripada berita BERNAMA hari ini, sebagai renungan bersama. Guru-guru sendiri sepatutnya tidak ketepikan ICT dalam tugasan pada masa sekarang supaya tidak terpinggir dari zaman ICT ini.

June 14, 2007 17:02 PM

KSN Mahu Sektor Awam Manfaatkan E-mel Untuk Tingkat Sistem Penyampaian
KUCHING, 14 Jun (Bernama) -- Ketua jabatan dan pegawai kanan kerajaan patut memanfaatkan sepenuhnya kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), terutamanya mel elektronik atau e-mel untuk meningkatkan sistem penyampaian awam, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Beliau berkata kakitangan awam umumnya responsif terhadap kemudahan e-mel tetapi cabarannya ialah untuk sentiasa memastikan tindakan pembaikan dan penyelesaian terhadap isu atau aduan orang ramai diambil segera."

Dalam kes saya, saya menerima kebanyakan daripada komunikasi saya menerusi e-mel dan saya pasti ketua setiausaha kementerian dan setiausaha negeri masing-masing juga demikian," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada mesyuarat Pengurusan Modal Insan Ke Arah Sistem Penyampaian Yang Cemerlang peringkat kebangsaan di sini hari ini.

Katanya kerajaan di landasan yang betul dalam menyediakan perkhidmatan online seperti bagi permohonan permit dan lesen dan pembayaran pelbagai cukai berikutan semakin ramai orang kini menyedari pentingnya kemudahan seumpama itu.

Ditanya jika kerajaan persekutuan mempunyai perancangan untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) untuk memantau kira-kira 1.01 juta kakitangan awam semasa waktu pejabat, Sidek berkata apa yang lebih penting ialah menanamkan budaya kerja cemerlang di kalangan tenaga kerja melalui kursus ulang kaji.

Walaupun CCTV dipasang di tempat awam yang strategik bagi tujuan keselamatan, beliau berkata adalah sukar untuk memasang CCTV di setiap tempat kerja di semua jabatan dan agensi kerajaan.

Oleh itu, kerajaan telah menubuhkan Institut Integriti Malaysia di setiap negeri di samping bekerjasama dengan Badan Pencegah Rasuah bagi memastikan integriti dan ketelusan dalam pelaksanaan dasar-dasar kerajaan, katanya.

Terdahulu, beliau berkata kebanyakan aduan yang diterima terhadap perkhidmatan awam melibatkan sikap penjawat awam yang tidak peka dan responsif mengenai pertanyaan atau aduan yang dikemukakan oleh orang ramai."

Sekiranya ini berterusan berlaku, ianya sudah tentu memberikan imej yang kurang baik terhadap mutu perkhidmatan yang kita berikan. Sudah tentu mereka akan melahirkan rasa tidak puas hati terhadap penjawat awam lebih-lebih lagi selepas kerajaan mengumumkan kenaikan gaji sektor awam pada 21 Mei yang lalu ," katanya.

Menurutnya agensi kerajaan perlu dinamik mengikut permintaan dan kehendak pelanggan kerana cara kerja lama yang disulami kerenah birokrasi harus diubah dan dipermudahkan.--

BERNAMA

Semoga semua rakan dalam pendidikan juga menerima saranan Ketua setiausaha Negara ini. Perkara ini sebenarnya sudah terlalu kerap saya sebut dalam setiap perjumpaan dengan guru-guru daerah Hulu Selangor, jika saya berkesempatan. Rakan-rakan di PPDHS, saya harap marilah kita bergerak ke arah itu.

Semoga kita sama-sama memertabatkan profesen keguruan seperti yang termaktub dalam teras kelima PIPP, MEMARTABATKAN PROFOSEN KEGURUAN.

KUTVPPDHS
14.06.2007

PEMANTAUAN DAN PENILAIAN BENGKEL KHB SEKOLAH MENENGAH

Pengumuman kepada semua sekolah di Daerah Hulu Selangor......

Penilai-penilai atau pemantau yang terdiri daripada kalangan guru KHB terpilih dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang KHB akan hadir ke sekolah tuan-tuan bagi tujuan memilih sekolah yang akan menjadi wakil dalam anugerah bengkel KHB Gemilang peringkat negeri Selangor.

Guru-guru penilai ini akan hadir ke sekolah tuan-tuan pada 26-28 Jun 2007. Surat siaran rasmi telah dikeluarkan untuk tujuan ini.

Harap pastikan terdapat guru-guru yang boleh menyediakan maklumat yang akan ditanya oleh guru penilai ni.

Nama guru penilai dan jadual kehadiran mereka telah diedarkan ke semua sekolah. jika pihak sekolah menghadapi masalah sila hubungi KUTVPPDHS.

Kepada semua penilai diharap dapat menjalankan tugas masing-masing engan enuh keadilan.

KUTV PPDHS / 14.06.2007

PENATARAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) PMR KHB ERT

Mesyuarat / taklimat ini dijalankan pada 13-15 Jun 2007 di Hptel Crystal Crown Petaling Jaya. Tahniah kepada semua guru yang dapat hadir dalam taklimat ini. Haya terdapat seorang guru lelaki terlibat dalam taklimat ini. Semoga cikgu berkaitan tidak terasa ini suatu penderaan. Anggaplah ini sebagai tanggungjawab sebagai pendidik.

Taklimat ini mempunyai objektif:

  • Memastikan pengurusan dan pengendalian Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) mengikut peraturan dan prinsip yang telah ditetapkan;
  • Menyediakan garis panduan kepada pentaksir untuk menyelaras pentaksiran dengan adil;
  • Memberi pengetahuan dan panduan kepada pentadbir sekolah dan entaksir supaya kaedah pentaksiran ini dijalankan dalam keadaan terselaras;
  • menjustifikasikan kerja-kerja menyelaras;
  • Mendapatkan persetujuan yang tinggi antara penyelaras untuk menjamin keadilan bagi setiap calon dan menjamin kewibawaan institusi.
Tahniah kepada semua guru daerah Hulu Selangor yang berjaya menghadirkan diri di sini. Hanya MRSM KK Bharu tidak mempunyai wakil (tidak diketahui puncanya)dan SAM Sg Selisek, kerana tiada menawarkan pilihan ini.

Mereka yang hadir ialah:

  1. Noradhiah bt Othman (Ketua Pentaksir Kawasan) SMK Bdr Baru Btg Kali.
  2. Faridatul Akmal bt Omar (SMK Syed Mashor)
  3. Bibi Fatimah bt Said Rastan (SMk dato Hj Kamaruddin)
  4. Suriyawanee bt Abd Ghani (SMK Kuala Kubu Bharu)
  5. Suhana bt Saad (SMk Kg Soeharto)
  6. Rushidah bt Imran (SMK Sungai Choh)
  7. Rubiyah bt Ariffin (SMk Kalumpang)
  8. Normah bt Abdullah (SMK Gedangsa)
  9. Roziah bt Samsuri (SMK Bukit Sentosa)
  10. Norihan bt Mat Nasir (SM Sains Hulu Selangor)
  11. Zainon bt Ab Ghani (SMK Bdr Baru Btg Kali)
  12. Sabah bt Ahmad (SMK Ampang Pecah)
  13. Noor Azihan bt Abdullah (SMk Tmn Bunga Raya)
  14. Syarifah bt Abd Manan (SMK serendah)
  15. Hamidah Rohaya bt Osman (SMK Bdr sungai Buaya)
  16. Nordaiyana bt Abdullah (SMK Ampang Pecah)
  17. Norzalina bt Mohd Yusof (SAM Tinggi KK Bharu)

KUTV PPDHS berharap dengan pendedahan yang telah dibuat oleh pihak LPM ini, hasil pentaksiran subjek ini di peringkat sekolah akan berjalan dengan baik. Guru yang hadir, apabila balik ke sekolah nanti bertanggung jawab menjadi ketua pentaksir peringkat sekolah dengan baik. Puan-puan bolehlah jalankan latihan dalaman, peringkat sekolah untuk guru-guru yang tidak berpelluang untuk hadir.

Saya percaya semua guru Hulu Selangor boleh menjalankan tanggung jawab ini dengan baik. rujuklah segala maklumat yang diseiakan. Rujuklah pentaksir kawasan jika terdapat masalah teknikal.

Maklumat ini ditaip dimasukkan oleh KUTVPPDHS semasa berada di tempat kursus. Semoga esok Jumaat, 15 Jun 2007, semua guru akan balik ke rumah dengan selamat. selamat bertemu dengan keluarga dan meneruskan tugas dan tanggung jawab masing-masing di sekolah.

Jumpa lagi, pada masa-masa yang lain.

KUTVPPDHS 14.06.2007