PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

31 December 2008

LAUTAN BUDI SEMARAK KASIH

Assalamualaikum....

Pada 30 Disember 2008, sebelah pagi, 8.30 pagi saya berkesempatan menghadiri mesyuarat guru pertama SMK Syed Mashor. Terima kasih diucapkan kepada Pengetua, Penolong Kanan dan semua guru yang dapat menerima kehadiran saya pada pagi tersebut.

Saya berkesempatan untuk bercakap (ucapan) kepada semua guru pada pagi tersebut. Pada pagi ini juga keputusan PMR diumumkan. Saya segera balik ke pejabat untuk melihat keputusan yang telah keluar. Keputusan daerah tidak begitu baik. Walau bagaimanapun kita terpaksa menerimanya, dengan harapan semua sekolah akan berazam untuk meningkatkannya pada sesi 2009. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada sekolah yang meningkat dan kekal baik. Ucapan tahniah kepada SM Sains Hulu Selangor kerana mencapai keputusan yang baik kerana GPS ialah 1.02, peratusan 100.Terdapat 134 orang mendapat semua A dalam mata pelajaran, jumlah ini pasti mencecah lebih 85% daripada keseluruhan murid sekolah ini. Tahniah.

Pada hari ini, tengah hari saya, En Kamsah dan Tn Hj Suhaimi berada di Dewan Cattleya PKPS, Shah Alam kerana menghadiri majlis anjuran JPNS, iaitu LAUTAN BUDI SEMARAK KASIH.

Pada kelapangan ini saya ingin mengucapkan selamat bersara kepada semua rakan pegawai, guru dan kakitangan pendidikan di negeri Selangor yang diraikan pada hari tersebut. Ucapan ini khas saya ucapkan kepada rakan daripada PPD Hulu Selangor; Tn Hj Yusof bin Abdul Rahman dan En Mohd Radzi bin Abd Hamid yang hadir pada hari tersebut. Kepada yang tidak berkesempatan untuk hadir, selamat bersara.

29 December 2008

MESYUARAT GURU SEKOLAH MENENGAH PADA 30 DISEMBER 2008

Assalamualaikum...

Pada tarikh 30 Disember 2008 akan berlangsung mesyuarat guru pertama di sekolah-sekolah teertentu. Terdapat 10 buah sekolah menengah yang akan bermesyuarat. Antara sekolah tersebut ialah:
1. SMK Ampang Pecah.
2. SMK Kg. Soeharto.
3. SMK Gedangsa.
4. SMK Bandar Baru Btg Kali.
5. SMK Bandar Sungai Buaya.
6. SMK Syed Mashor.
7. SMK Kalumpang.
8. SMK Sungai Choh.
9. SMK Dato Hj Kamaruddin.
10. SAM Tinggi Kuala Kubu Bharu.

Mungkin beberapa buah sekolah sahaja yang wakil PPD akan turut serta. Pegawai di Pengurusan Akademik ramai yang ada mesyuarat di tempat lain, termasuk di Putrajaya.

Saya telah berkesempatan hadir dalam mesyuarat bersama guru-guru SMK Serendah pada 26 Disember 2008 (Jumaat).. Saya berharap sekolah SMK Serendah dapat bergerak dengan baik walaupun masih tidak ada Pengetua pada masa sekarang. Saya percaya kepimpinan Penolong Kanan yang ada sekarang masih mampu memastikan persekolahan awal 2009 akan berjalan dan diurus dengan baik dan lancar.

Jika ada kesempatan saya akan turut serta dalam mesyuarat guru di SMK Syed Mashor pada 30 Disember 2008. Walau bagaimanapun mungkin hanya untuk masa yang singkat sahaja kerana saya perlu menghadiri majlis di Shah Alam pada tarikh yang sama, bersama Tuan PPD dalam majlis yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Selangor.

AWAL MUHARAM 1430

Assalamulaikum....
Pada hari ini 29 Disember 2008, semua kakitangan kerajaan termasuk warga pendidikan bercuti. Guru-guru memang masih bercuti panjang. Namun sesi persekolahan sudah hampir. Persiapan terakhir oleh semua pihak sedang giat dilakukan supaya semua perkara berjalan dengan teratur dan lancar.

Sempena awal Hijrah ini marilah kita berazam semoga tahun 1430 ini akan menghasilkan segala kegemilangan. Sebelum semua itu terhasil marilah kita bertekad untuk melakukan tanggungjawab kita sebaik mungkin. lakukan tugas kita dengan penuh tanggungjawab dan ikhlas.

Segala kekurangan dan kelemahan yang dilakukan pada tahun-tahun sebelum ini hendaklah dielakkan. Biarlah kita menjadi insan yang dipenuhi dengan perkara-perkara positif sahaja. Kita mesti yakin dengan usaha yang keras semua pihak kita bakal menghasilkan apa-apa sahaja yang baik dan cemerlang dalam pendidikan khasnya.

25 December 2008

MESYUARAT GURU PERTAMA SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH

Assalamualaikum...

Selamat bermesyuarat bagi semua sekolah daerah ini bagi sesi 2009. Sekolah menengah pernah mencadangkan supaya PPD turut sama dalam mesyuarat pertama di sekolah. Cadangan ini telah saya sampaikan kepada Tn PPD selepas mesyuarat di SM Sains tempoh hari. Hasil daripada itu beberapa orang pegawai yang ada kelapangan telah hadir ke sekolah tertentu.

Oleh kerana cadangan ini sudah agak lewat, adalah sukar untuk menyusu pegawai untuk hadir ke sekolah. Tambahan lagi apabila kebanyakan sekolah bertumpu mesyuaratnya pada 30 Disember 2008. Ramai pegawai Akademik yang ada mesyuarat pada tarikh tersebut, termasuk En Aznan dan Pn Hjh. Hamidah yang perlu menghadiri mesyuarat di Putrajaya.

SMK Serendah, melalui Tn Haji Halim, Penolong Kanan Akademik telah menghubungi saya dan mengundang saya hadir semasa mesyuarat guru SMK serendah pada 26 Disember 2008. Hanya satu sekolah sahaja yang mengadakan mesyuarat pada tarikh tersebut. Saya berjanji,untuk turut hadir. InsyaAllah.

Tarikh 30 Disember 2008 terdapat 10 buah sekolah yang akan mengadakan mesyuarat mereka. Adalah sukar untuk hadir dalam semua mesyuarat berkenaan. Minta maaf kepada semua pengetua dan sekolah yang tidak dapat kami hadiri. InsyaAllah tahun 2009, jika daapat dirancang lebih awal dan disusun awal, mungkin ramai pegawai yang boleh turut hadir. Pada hujung tahun begini ramai pegawai yang mengambil cuti rehat, kerana apabila musim persekolahan sudah bermula biasanya mereka sukar untuk bercuti. Saya cuba untuk melapangkan masa saya jika tiada mesyuarat dimana-mana pada 30 Disember 2008, untuk hadir di salah satu mesyuarat berkaitan. Peringkat awal ini saya bercadang untuk hadir bersama dalam mesyuarat guru SMK Syed Mashor. Walau bagaimanapun bergantung kepada keadaan semasa.

Walau bagaimanapun selamat melaksanakan mesyuarat guru sekolah masing-masing.
Assalamualaikum....
Selamat berjumpa lagi untuk kali kedua saya membuat catatan tentang AKTA Pendidikan 1996. Bahagian pertama tempoh hari saya telah catatkan bahagian awal AKTA ini. Kali ini saya akan pergi ke BAHAGIAN I, PERMULAAN.


1. Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa.
Akta ini boleh dinamakan Akta Pendidikan 1996 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi peruntukan yang berlainan dalam Akta ini.
2. Tafsiran.
Dalam Akta ini melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-
“bahasa Cina” ertinya bentuk bahasa Cina yang biasanya dikenali sebagai Mandarin;


“bahasa kebangsaan” ertinya bahasa Melayu sebagaimana yang ditentukan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan;

“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

“fee yang diluluskan” ertinya fee yang diluluskan oleh Menteri;

“guru” ertinya seseorang yang-
(a) mengajar murid di sesuatu institusi pendidikan; atau
(b) menyediakan atau mengeluarkan bahan pelajaran atau memeriksa jawapan yang dikembalikan di, bagi atau melalui pusat pendidikan jarak jauh, dan termasuklah guru besar dan pengetua;

“guru berdaftar” ertinya mana-mana guru yang didaftarkan di bawah Akta ini;

“ibu bapa” termasuklah penjaga dan mana-mana orang yang mempunyai kawalan di sisi undang-undang atau kawalan sebenar ke atas seseorang murid;

“institusi pendidikan” ertinya sekolah atau mana-mana tempat lain, di mana dalam menjalankan kerja sesuatu organisasi atau institusi, orang lazimnya diajar, sama ada di dalam satu kelas atau lebih, dan termasuklah tadika dan pusat pendidikan jarak jauh tetapi tidak termasuk-
(a) mana-mana tempat di mana pengajarannya terbatas kepada pengajaran mana-mana agama semata-mata; atau
(b) mana-mana tempat yang dissytiharkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta sebagai bukan institusi pendidikan bagi maksud Akta ini;

“institusi pendidikan tinggi” ertinya institusi pendidikan yang menyediakan pendidikan tinggi yang membawa kepada penganugerahan diploma, ijazah atau yang setaraf dengannya;

“kelas peralihan” ertinya kelas di sekolah menengah yang menyediakan ajaran selama satu tahun untuk murid daripada sekolah rendah yang menggunakan bahasa selain daripada bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar sebelum bermulanya pendidikan menengah rendah;

“Ketua Nazir” ertinya Ketua Nazir Sekolah yang dilantik di bawah subseksyen 6(1);

“Ketua Pendaftar” ertinya Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru yang dilantik di bawah subseksyen 5(1), dan termasuklah Timbalan Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru yang dilantik di bawah subseksyen 5(2);

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Pendidikan yang dilantik di bawah seksyen 3;

“kurikulum kebangsaan” ertinya kurikulum yang ditetapkan;

“kurikulum prasekolah” ertinya garis panduan kurikulum yang diluluskan oleh Menteri di bawah seksyen 22 bagi kegunaan tadika;

“murid” ertinya seseorang tanpa mengira umurnya yang kepadanya pendidikan atau latihan sedang diberikan di sesuatu institusi pendidikan;

“Pegawai Pendidikan” berhubungan dengan sesuatu daerah atau kawasan, ertinya pegawai pendidikan yang dilantik di bawah perenggan 4(b);

“pekerja” ertinya orang yang diambil kerja oleh suatu lembaga pengelola, selain daripada pengelola, guru atau mana-mana orang lain yang dilantik atau dinamakan oleh Menteri di bawah subseksyen 58(2) atau 61(2), mengikut mana-mana yang berkenaan, yang diambil kerja atau yang mengambil bahagian secara aktif dalam kerja berkaitan dengan perjalanan atau pentadbiran sesuatu institusi pendidikan;

“Pendaftar” ertinya Pendaftar Sekolah dan Guru yang dilantik di bawah subseksyen 5(3) dan termasuklah Ketua Pendaftar;

“pendidikan khas” ertinya pendidikan yang menyediakan keperluan pendidikan khas murid;

“pendidikan lepas menengah” ertinya pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamat mengikuti pendidikan menengah atas, tetapi tidak termasuk pendidikan tinggi;

“pendidikan menengah” ertinya pendidikan yang terdiri daripada pendidikan menengah rendah dan menengah atas;

“pendidikan menengah atas” ertinya pendidikan yang sesuai dengan kebolehan dan bakat seseorang murid yang sudah tamat mengikuti pendidikan menengah rendah;

“pendidikan menengah rendah” ertinya kursus tiga tahun yang sesuai bagi seseorang murid yang sudah tamat mengikuti pendidikan rendah;

“pendidikan pengembangan” ertinya pendidikan sepenuh masa atau separuh masa bagi orang yang tidak mengikuti kursus pengajian biasa di institusi pendidikan;

“pendidikan prasekolah” ertinya program pendidikan bagi murid yang berumur dan empat hingga enam tahun;

“pendidikan rendah” ertinya kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagi tempoh enam tahun tetapi yang boleh tamat diikuti dalam tempoh antara lima hingga tujuh tahun;

“pendidikan tinggi” ertinya pendidikan yang disediakan oleh institusi pendidikan tinggi;

“Pengarah Pendidikan” ertinya Pengarah Pendidikan sesuatu negeri atau Wilayah Persekutuan yang dilantik di bawah seksyen 4;

“pengelola” ertinya orang yang diberi kuasa di bawah suratcara pengelolaan untuk mentadbir atau menguruskan sesuatu institusi pendidikan;

“Penolong Pendaftar” ertinya Penolong Pendaftar Sekolah atau Penolong Pendaftar Guru, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dilantik di bawah subseksyen 5(3);

“Perkhidmatan Pendidikan” ertinya suatu perkhidmatan awam di bawah perenggan (1)(h) Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan;

“Pihak Berkuasa Negeri” ertinya Raja atau Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri dan bagi sesuatu Wilayah Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong;

“premis” ertinya mana-mana bangunan yang digunakan sebagai institusi pendidikan termasuklah mana-mana bangunan bagi maksud menyediakan tempat tinggal dan kemudahan lain bagi murid dan kakitangan institusi itu tetapi tidak termasuk mana-mana tanah yang menjadi tapak bangunan itu;

“pusat pendidikan jarak jauh” ertinya tempat organisasi atau institusi yang menyediakan ajaran atau pengajaran-
(c) melaui media elektroik semata-mata;
(d) melalui surat semata-mata;
(e) sebahagiannya melalui media elektronik dan sebahagian lagi melalui surat atau kaedah-kaedah pengajaran yang lain; atau
(f) sebahagiannya melalui media elektronik dan sebahagian lagi melalui surat dan kaedah-kaedah pengajaran yang lain;

“sekolah” ertinya tempat di mana sepuluh orang atau lebih lazimnya diajar sama ada di dalam satu kelas atau lebih, tetapi tidak termasuk mana-mana tempat yang pengajarannya terbatas kepada pengajaran mana-mana agama semata-mata;

“sekolah bantuan kerajaan” atau “institusi pendidikan bantuan kerajaan” ertinya sekolah atau institusi pendidikan yang menerima sumbangan modal dan sumbangan bantuan penuh;

“Sekolah gaya pos” ertinga sesuatu organisasi atau institusi yang menyediakan ajaran atau pengajaran melalui surat;

“sekolah jenis kebangsaan” ertinya sekolah rendah kerajaan atau sekolah rendah bantuan kerajaan-
(a) yang menyediakan pendidikan rendah yang sesuai bagi murid dan umur enam tahun;
(b) yang menggunakan bahasa Cina atau Tamil sebagai bahasa pengantar utama; dan
(c) yang menjadikan bahasa kebangsaan dan bahasa
(d) Inggeris sebagai mata pelajaran wajib,

“”sekolah kebangsaan” erti sekolah Rendah kerajaan atau sekolah rendah bantuan kerajaan-
(a) Yang menyediakan pendidikan rendah yang sesuai bagi murid dan umur enam tahun;
(b) Yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar tama;
(c) Yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib; dan
(d) Di mana kemudahan bagi pengajaran-
i. Bahasa cina atau Tamil hendaklah diadakan jika ibu bapasekurang-kurangnya lima belas murid di sekolah itu memintanya; dan
ii. Bahasa-bahasa kaum asli hendaklah diadakan jika didapati manasabah dan praktik berbuat demikian dan jika ibu bapa sekurang-kurangnya lima belas orang murid di sekolah itu memintanya;

“sekolah kerajaan” atau ‘institusi pendidikan kerajaan” ertinya sekolah atau institusi pendidikan yang ditubuhkan dan disenggarakan sepenuhnya oleh Menteri di bawah Bahagian IV;

“sekolah khas” ertinya sekolah yang menyediakan pendidikan khas yang ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 41;

“sekolah menengah” ertinya sekolah yang menyediakan pendidikan menengah yang sesai bagi murid yang baru sahaja tamat pendidikan rendah;

“sekolah menengah kebangsaan” ertinya sekolah menengah kerajaan atau sekolah menengah bantuan kerajaan-
(a) Yang menyediakan kursus pendidikan menengah selama lima tahun yang sesuai bagi murid yang baru sahaja tamat mengikuti pendidikan rendah;
(b) Yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama;
(c) Yang menjadikan bahasa Inggerissebagai matapelaran wajib;
(d) Di mana kemudahan bagi pengajaran-
i. Bahasa Cina atau Tamil hendaklah diadakan jika ibu bapa sekurang-kurangnya lima belas orang murid di sekolah itu memintanya;
ii. Bahasa-bahasa kaum asli hendaklah diadakan jika didapati munasabah dan praktik berbuat demikian dan jika ibu bapa sekurang-kurangnya lima belas orang murid di sekolah itu memintanya; dan
iii. Bahasa Arab,m Jepun, Jerman atau Peranchis atau mana-mana bahasa asing lain boleh diadakan jika didapati munasabah dan praktik berbuat demikian; dan

(e) Yang menyediakan murid bagi apa-apa peperiksaan sebagaimana yang ditetapkan, dan termasuklah mana-mana sekolah demikian ysng menyedisksn kelas peralihan;

“sekolah rendah” ertinya sekolah yang menyediakan pendidikan rendah yang sesuai bagi murid yang berumur dan enam tahun;

“sekolah swasta” atau “institusi pendidikan swasta” ertinya sekolah atau institusi pendidikan yang bukan sekolah atau institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan;

“sumbangan bantuan” ertinya apa-apa bayaran daripada wang awam, selain daripada sumbangan modal, yang dibuat kepada sesuatu institusi pendidikan;

“sumbangan modal” ertinya bayaran daripada wang awam kepada sesuatu institusi pendidikan bagi-
(a) Mengadakan bangunan;
(b) Mengubah atau menambah premis yang sedia ada;
(c) Mengadakan perabot atau kelengkapan bagi premis yang baru, diubah atau ditambah; atau
(d) Apa-apa maksud lain sebagaimana yang ditetapkan;

“surat” ertinya surat yang disampaikan dengan tangan atau melalui pos;

“suratcara-pengelolaan” ertinya suratcara pengelolaan sebagaimana yang ditetapkan dalam seksyen 53;

“tadika” etinya mana-mana tempat di mana pendidikan prasekolah disediakan untuk sepuluh orang murid atau lebih;

“tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh Akta ini mula berkuatkuasa;

“tempat” ertinya mana-mana tempat, sama ada tempat awam atau persendirian;

“umur” berhubungan dengan seseorang murid, ertinya umur yang dicapai oleh murid itu pada hari pertama

Rasanya Bahagian ini masih tidak banyak maklumat Akta ini sebenarnya. Bahagian ini lebih banyak menerangkan erti atau difinasi setiap kata dan frasa yang terdapat dalam Akta 550 ini. Namun demi memenuhi janji saya tetap catatkan apa sahaja yang mungkin terdapat dalam Akta ini. Mungkin berguna kepada orang yang ingin menatapi Akta ini sepenuhnya.
Sekian untuk kali ini. jumpa lagi pada bahagian yang akan datang.


23 December 2008

MESYUARAT JK KURIKULUM SEKOLAH MENENGAH

Assalamualaikum......

Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor telah menyelesaikan 2 mesyuarat penting untuk sesi 2009. Pada 22 Disember 2008 mesyuarat bersama Guru Besar dan Penolong Kanan SJK. Banyak perkara yang dibentangkan pada hari tersebut. Pembentangan dan perancangan dari sudup PPD dan dari sudut Majlis Guru Besar SJK Cina dan Majlis Guru Besar SJK Tamil.. Mesyuarat pada hari tersebut selesai pada pukul 3.30 petang. Pada peringkat awal Tuan PPD, Tn Hj Suhaimi bin Rashid turut hadir menyampaikan amanatnya.

Pada 23 Disember 2008, mesyuarat bersama Guru besar dan penolong Kanan Sekolah Kebangsaan. Mesyuarat ini tidak disertai oleh Tuan PPD kerana menghadiri mesyuarat bersama Pengarah Pelajaran di Pulau Pangkor. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Penolong PPD Pengurusan Akademik.

Mesyuarat JK Akademik Sekolah Menengah hanya dapat dijalankan pada awal tahun 2009. Surat untuk tujuan mesyuarat ini telah dikeluarkan. Mesyuarat ini akan dihadiri oleh Pengetua, Penolong Kanan Kurikulum dan Pegawai-pegawai Akademik PPD Hulu Selangor pada ketetapan:

Tarikh: 07 Januari 2009. (Rabu)
Masa: 2.00 petang.
Tempat: Bilik Mesyuarat SMK Syed Mashor, Batang Kali.

Semoga masa yang ada di sebelah petang tersebut dapat dimanfaatkan dengan baik. Pada ,masa yang sama kita tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

21 December 2008

AKTA PENDIDIKAN 1996 (AKTA 550)

Assalamualaikum,

Mulai hari ini saya cuba masukkan Akta 550 dalam blog saya ini. Saya akan masukkan secara berperingkat-peringkat dari masa ke masa.

Kenyataan awal ini saya ambil daripada bahagian awal dalam Akta Pendidikan 1996 ini.

Sesuatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendidikan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan denganya. (31 Disember 1997)

BAHAWASANYA mengakui bahawa ilmu itu adalah penentu utama arah tujuan negara dan penyelamat bangsa:

DAN BAHAWASANYA tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat:

DAN BAHAWASANYA pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dan segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan siatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, liberal dan dinamik:

DAN BAHAWASANYA adalah menjadi suatu misi untuk menghaslkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dan segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi negara Malaysia;

DAN BAHAWASANYA Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dizahirkan seperti yang berikut:

"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadsu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara"

DAN BAHAWASANYA dasar yang dinyatakan di atas akan dilaksanakan melalui suatu sistem pendidikan kebangsaan yang memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, Kurikulum Kebangsaan dan peperiksaan yang sama; pendidikan yang diberikan adalah pelbagai dan komprehensif skopnya dan yang akan memenuhi keperluan negara, serta memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip Rukunegara:

DAN BAHAWASANYA adalah dianggap suatu yang perlu, selagi selaras dengan dasar itu, dengan menyediakan pengajaran yang cekap dan selagi ia tidak melibatkan perbelanjaan awam yang tidak manasabah, untuk mengambil kira akan prinsip am bahawa murid harus dididik mengikut hasrat ibu bapa masing-masing;

MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, INILAH DIPERBUAT UNDANG_UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di= Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut:

Begitulan catan awal dalam Akta Pendidikan 1996, Saya akan membuat catatan seterusnya sebgai Bahagian I, Permulaan untuk Akta ini. Catatan setersnya akan dibuat pada tulisan yang akan datang. Semoga berjumpa lagi.

PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN 1997

Assalamualaikum

Pada hari ini saya ingin membincangkan satu aspek daripada Akta Pendidikan 1996. Apa yang saya maksudkan ialah peraturan yang lahir daripada Akta ini, dinamakan Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997.

Peraturan yang dilahirkan ialah meliputi perkara berikut. Dalam peraturan 6,7,8,9 dan 10. Guru adalah dianggap melakukan kesalahan mengikut peraturan ini jika disabitkan dengan peraturan-peraturan ini. Panaltinya ialah DENDA TIDAK MELEBIHI LIMA RATUS RINGGIT.

Apakah yang terdapat dalam peraturan ini.

Peraturan 6:
Jadual, sukatan pelajaran dan jadual waktu diadakan untuk pemeriksaan.

Peraturan 7:
Guru Perlu mengadakan salinan sukatan pelajaran yang dilulskan, dan asenarai murid untuk pemeriksaan.

Peraturan 8:
Buku Rekod guru:
Saya nyatakan lebih jelas lagi bahawa, seorang guru dalam suatu sekolah kecuali sekolah gaya pos dan pusat pendidikan jarak jauh, hendaklah menyimpan dan menyenggara suatu buku rekod dalam mana hendaklah direkod olehnya tidak lewat daripada hari akhir persekolahan setiap minggu dalam suatu penggal persekolahan, bahagian atau bahagian-bahagian sukatan pelajaran yang diluluskan yang akan diajar pada minggu berikutnya berkaitan suatu mata pelajaran , dan buku rekod dengan serta merta diadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar.
Kata lain melalui peraturan ini, semua guru perlu menyediakan catatan setiap pengajarannya untuk pemeriksaan. Serah buku rekod masing-masing kepada pentadbir untuk penyemakan. jika tidak tersabit kesalahan tidak mengikut peraturan 8 ini.

Peraturan 9:
Jadual, sukatan pelajaran dsb dalam bahasa selain daripada bahasa kebangsaan diterjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan.
Semua dokumen berkaitan yang tersedia dalam bahasa lain hendaklah disediakan salinan dalam bahasa kebangsaan untuk memudah dan tujuan pemeriksaan.

Peraturan 10:
Jadual waktu perlu dipamerkan.
Seseorang guru besar atau pengetua sesuatu sekolah hendaklah mempamerkan salinan jadual waktu sekolah bagi penggal persekolahan semasayang ditandatangan olehnya di suatu tempat yang mudah dilihat di sekolah itu.

Peraturan 6,7,8,9,10 ini jika dilanggar mengikut panalti dalam peraturan ini ialah denda LIMA RATUS RINGGIT. Di samping itu dalam peraturan atau perkara 11, iaitu panalti yang pertama lebih besar ialah:
(1) Seseorang guru hendaklah mengajar mengikut suatu sukatan pelajaran yang diluluskan dan suatu jadual waktu yang diluluskan dan mana-mana guru yang mengajar murid atau mana-mana orang membenarkan seseorang guru mengajar murid melainkan daripada mengikut sukatan pelajaran yang diluluskan atau jadual waktu yang diluluskan adalah melakukan kesalahan dan apabila sabit boleh didenda TIDAK MELEBIHI LIMA RIBU RINGGIT ATAU DIPENJARAKAN SELAMA TEMPOH TIDAK MELEBIHI TIGA BULAN ATAU KEDUA-DUANYA.

Dalam hal ini kita perlu akur kepada semua sukatan yang tersedia dan jadual yang telah ditetapkan. Janganlah kita mengajar perkara lain selain daripada yang telah ditetapkan dalam jadual. Rujuk semua sukatan dan Huraian Sukatan Pelajaran supaya kita tidak disabitkan dengan peraturan ini. Rasanya semua program KPM yang berkuat kuasa termasuk dalam peraturan ini seperti program j-QAF, PPSMI, ICTL, KIA2M dan lain-lain. Tidak ada sebab untuk tidak dilaksanakan jika telah diminta melaksanakannya.

Saya berharap semua guru dapat mengingat peraturan yang lahir daripada Akta 550 ini., Akta Pendidikan 1996. Jangan sampai kita terperangkap dengan undang-undang berkaitan.

20 December 2008

KEMASUKAN KE SBP DAN SMKA/KAA

Assalamualaikum..
Rasanya keputusan untuk memasuki Sekolah Bantuan Penuh, telah diumumkan. Begitu juga kemasukan ke SMKA. Tahniah kepada semua murid tahun 6 sesi 2008 yang berjaya mendapat tawaran. bagi murid-murid yang tidak mendapat tawaran, tidak bererti anda telah gagal. Ramai murid lain yang tidak pergi ke SBP dan SMKA yang masih berjaya dengan baik walau berada di sekolah harian sahaja.

Saya harap semuanya akan terus berusaha untuk belajar walau di mana kita bersekolah.

Rasanya tidak lama lagi keputusan PMR akan diumumkan. Tidak pasti bila, yang pasti masa itu akan sampai juga. Bagi murid-murid tingkatan 3 2008, berdoalah banyak-banyak terhadap Allah. Hanya itu yang boleh kita lakukan selepas berusaha keras sebelum peperiksaan tempoh hari.

Keputusan PMR itu juga akan menentukan apakah jenis aliran pelajaran yang sesuai untuk masing-masing untuk tingkatan 4. Semoga semuanya berjaya dengan cemerlang.

PERMULAAN SESI 2009

Assalamualaikum semua,
Sesi persekolahan tahun 2009 akan bermula pada 5 Januari 2009. Semua sekolah sedang bersedia untuk menghadapi sisi tersebut. Di peringkat PPD Hulu Selangor, khasnya Pengurusan Akademik berusaha untuk bergerak lebih awal. Menyuarat akan diadakan pada Disember 2008 khasnya untuk sekolah-sekolah rendah.

Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Bil 1/2009 bagi sekolah Kebangsaan:

Tarikh: 22 Disember 2008. (Isnin)
Masa: 8.30 pagi.
Tempat : SK Bandar Baru Batang Kali.
Kehadiran: Semua Guru Besar dan PK Kurikulum SJK Cina dan SJK Tamil bersama PPD.

Tarikh: 23 Disember 2008. (Selasa)
Masa : 8.30 pagi.
Tempat : SK Bukit Sentosa.
Kehadiran: Semua Guru Besar dan PK Kurikulum SK bersama PPD.

Semoga semua ahli mesyuarat yang dinyatakan dapat hadir dalam mesyuarat berkaitan. Mesyuarat awal ini membolehkan sekolah menyediakan mesyuarat guru di peringkat sekolah selepas mesyuarat berkaitan.

Semoga kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan memastikan penmgurusan Kurikulum dapat dijalankan secara baik di peringkat sekolah.

Bagi sekolah menengah tidak dapat dijalankan lebih awal atas permintaan dan nasihat Tuan PPD sendiri. Mesyuarat peringkat sekolah menengah hanya dapat dijalankan apada awal Januari 2009, selepas keputusan PMR diumumkan.

Ini adalah maklumat pertama untuk sesi 2009 selepas lama saya tidak menulis di ruang ini.

19 November 2008

MUSIM SPM 2008

Assalamualaikum kepada semua....

Minta maaf kerana sudah lama saya tidak menulis apa-apa berita dan maklumat di sini. Ada kekangan masa yang terlalu menghalang.

Saya ingin mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan semua pelajar yang menduduki SPM pada tahun ini. Rasanya sebahagian kertas peperiksaan telah dilalui. Ucapan ini khas saya ucupkan kepada semua pelajar di daerah Hulu Selangor. Saya pasti semua telah berusaha daripada awal lagi untuk peperiksaan ini. Saya berharap semuanya sihat dan menjawab dengan tenang dan selesa.

Selepas semuanya menjawab, selepas itu berdoa sahaja semoga keputusan yang cemerlang yang diidamkan oleh semua pelajar akan tercapai. Seandai tidak cemerlang sekalipun, kita patut bersyukur kerana telah berusaha dan mencuba.

Bagi saya tidaklah menjadi kesalahan jika tidak cemerlang dalam peperiksaan, asalkan kita berusaha, kerana itulah tanggung jawab masing-masing. Saya rasa dengan bimbingan guru-guru yang ikhlas sebelum ini pasti dapat mencapai sasaran. Jika tidak tercapaipun, ingatlah bahawa tidak semua mereka yang tidak cemerlang akan tertinggal terus dalam hidupnya. Masih ada banyak ruang untuk membaiki hidup kita, asalkan kita tidak putus asa.

Guru-guru juga saya harap tidak akan cepat puas hati dengan apa yang sudah tercapai selama hari ini. Macam mana berjaya pun kita mendidik dan mengajar, masih banyak ruang boleh dilakukan penambahbaikan.

Apa-apapun selamat berjaya. Semoga berjaya selalu dalam perjuangan masing-masing.

28 September 2008

ANALISIS PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2008 DAERAH HULU SELANGOR

Hari ini semua warga pendidikan, seluruh Malaysia termasuk daerah Hulu Selangor pasti sudah memulakan cuti Hari Raya Aidilfitri masing-masing. Selamat berhari raya di mana-mana sahaja tuan-tuan dan puan-puan berada. Saya ingin mengingatkan semula semua guru dan sekolah menengah daerah ini perkara yang perlu dibereskan.Para pelajar kita baru sahaja menamatkan peperiksaan pada 26 September 2008. Maka bermulalah tugas tuan-tuan untuk menanda kertas jawapan pelajar.

Pihak sekolah diingatkan supaya memastikan tugas ini terlaksana pada masa yang lebih awal daripada proses memasukkan markah ke dalam Sistem Analisis Peperiksaan (SAP). Perlu dingatkan sekali lagi kita perlu menggabungkan analisis setiap sekolah pada 21 Oktober 2008. Satu perjumpaan (mesyuarat ) tentang ini akan diadakan di SMK Bandar Sungai Buaya.

Saya amat berharap supaya pada tarikh tersebut semua perkara ini dapat dipastikan penggabungan data dapat dilaksanakan, supaya penggabungan peringkat negeri tidak terganggu. Semoga tugas ini diambil perhatian dan diambil tindakan mengikut ketetapan tarikh berkenaan. Surat untuk tujuan 21 Oktober ini telah diedarkan kepada semua sekolah.

Selamat berpuasa dan selamat hari raya aidil fitri, maaf zahir batin kepada semua yang beragama Islam.

26 September 2008

CUTI HARI RAYA AIDIL FITRI

Assalamualaikum

Hari ini Jumaat, 26 September 2008. Kebanyakansekolah akan mula bercuti esok 27 September 2008 (Sabtu) hingga membawa kepada cuti Hari Raya pada 1 dan 2 Oktober 2008. Terdapat sekolah akan bercuti tambahan pada 3 Oktober 2008 (Jumaat). Pasti cuti akan bertambah hingga 5 Oktober 2008 (Ahad). Sesi persekolahan hanya akan bermula pada 6 Oktober 2008 (Isnin).

Selamat bercuti, bagi yang bergerak jauh bercuti di kampung saya doakan selamat dalam perjalanan masing-masing ke destinasi. Pastikan semua keadaan selesa dan selamat sepanjang bercuti. Tidak lupa sekali lagi Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

Jangan lupa untuk pulang menjalankan tugas semula. Rasanya banyak lagi perkara yang perlu tuan-tuan dan puan-puan beres dan laksanakan. Bayangkan pada 13 Oktober 2008, Peperiksaan PMR akan bermula. Masih ada sedikit ruang untuk itu. Nasihatkan semua pelajar dan murid-murid kita supaya menjaga diri dan bersedia untuk peperiksaan. Sambutlah hari raya, pada masa yang sama jangan abaikan tanggung jawab masing-masing untuk menyediakan mereka untuk menghadapi peperiksaan. Saya berdoa semoga semua pelajar akan berjaya.

Selamat berpuasa dan selamat menyambut Hari Raya di kampung halaman masing-masing.

25 September 2008

KELONGGARAN PENETAPAN TARIKH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2008

Surat edaran Jabatan Pelajaran Selangor telah dimasukkan ke peti surat sekolah di PPD atau diedarkan terus melalui Pengetua atau wakil yang hadir mesyuarat pengurusan sekolah pada 25 September di SMK bandar Sungai Buaya. Saya tuliskan semula ayat-ayat dalam surat yang terbaru:

JPNS/SPA/MLY/A25089/10/01Jld 2(80) bertarikh 24 September 2008.

......................................................................

2. Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Pelajaran Selangor tiada halangan untuk memberikan kelonggaran berhubung pentarikhan baharu Peperiksaan Akhir Tahun 2008.

3. Sehubungan dengan itu, jadual penyeragaman tarikh Peperiksaan Akhir Tahun 2008 yang terdahulu adalah dimansuhkan. Pihak sekolah dibenarkan menentukan tarikh peperiksaan dengan mengambil kira faktor situasi semasa.

4. Pihak Jabatan ingin memaklumkan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran MESTILAH dilaksanakan sehingga akhir sesi persekolahan tahun 2008. Pegawai-pegawai daripada Jabatan Pelajaran Selangor dan Pejabat Pelajaran Daerah akan melakukan pemantauan pematuhan berhubung dengan arahan terbaharu.

Ulasan saya, Penolong PPD Pengurusan Akademik:

Daerah Hulu Selangor akur dengan siaran yang terbaharu ini. Sekolah menengah tidak menghadapi masalah. Peperiksaan tidak diselaraskan oleh itu semuanya bergantung kepada keputusan dan kebijaksanaan Pengetua.

Sekolah Rendah agak ada sedikit masalah kerana persetujuan majlis Guru besar untuk mengadakan peperiksaan selaras. Kita tidak boleh menyerahkan penjadualan seolan selaras kepada semua sekolah. Oleh itu jadual selaras akan diusahakan oleh PPD. Penyelia KBSR, En Hasren bin Damiri sedang membuat ubahsuai jadual selepas berbincang dengan Majlis Guru Besar.

Semoga tidak timbul masalah lagi daripada sekolah-sekolah daerah ini.

20 September 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

PADA BULAN YANG MULIA INI, SAYA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN UUNTUK MENGUCAPKAN:

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIKAN DAERAH HULU SELANGOR YANG SAYA HORMATI, KHUSUSNYA;

TUAN HJ SUHAIMI (PPD HULU SELANGOR)
SEMUA RAKAN DI PPD HULU SELANGOR
SEMUA PENGETUA DAN GURU BESAR
SEMUA PENOLONG KANAN
SEMUA GURU YANG DIHORMATI
SEMUA KAKITANGAN PENDIDIKAN
SEMUA PELAJAR DAN MURID DAERAH HULU SELANGOR.

SEMOGA HARI RAYA TAHUN INI AKAN MENDATANGKAN LANGKAH YANG LEBIH BAIK UNTUK SESI LEPAS HARI RAYA DAN SESI TAHUN AKAN DATANG.

MAAF ZAHIR BATIN

18 September 2008

PCG PELAJARAN TEKNIKAL SEKOLAH MENENGAH

KPM dan JPN selangor memerlukan maklumat segera tentang PCG mata pelajaran teknikal. Surat telah diedarkan kepada semua sekolah menengah pada hari Khamis dan difaks ke semua sekolah menengah.

Harap penuhkan borang yang disediakan. Terus faks kepada Unit Teknik & Vokasional JPN Selangor pada no faks 03-55120932. Pastikan bahan ini difaks pada 19 September 2008 (Jumaat)

Harap dapat disediakan dengan segera, walaupun makluman yang dihantar oleh JPNS agak lewat. Demi kepentingan semua, rasanya pihak sekolah dapat menyediakan maklumat ini dengan segera.

15 September 2008

TAKLIMAT PROJEK RINTIS INTERACTIVE EVALUATION SYSTEM (IES)

Taklimat tersebut dijadualkan pada:

16 September 2008.
Blok E12, Aras 9, Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya.
9.00 pagi.

Hulu Selangor akan diwakili oleh SK Hulu Bernam. Dalam taklimat ini pegawai yang dipanggil untuk hadir ialah:

1. Seorang wakil daripada setiap PPD yang terlibat.
2. Guru Besar sekolah berkaitan.
3. Seorang guru penyelaras projek.
4. Seorang guru penyelaras ICT.

Wakil sekolah SK Hulu Bernam diharap maklum akan maklumat ini. Sila hubungi Penolong PPD Pengurusan Akademik jika terdapat pertanyaan awal tentang program ini. Tuan-tuan boleh juga menghubungi nama-nama yang dinyatakan dalam surat edaran Jabatan Pelajaran Selangor tersebut.

Semoga kehadiran tuan-tuan akan memudahkan pelaksanaan program ini di sekolah tuan kelak.

14 September 2008

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2008

Satu surat siaran daripada Pengarah Pelajaran Selangor telah diedarkan pada hari Khamis (4 September 2008). Surat siaran ini penting untuk diambil tindakan dan dipatuhi oleh semua sekolah di daerah ini. Ini bertepatan dengan hasrat KPM supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan baik hingga ke hujung persekolahan. Kita tidak mahu dengar dan lihat pelajar dan murid sekolah tidak datang ke sekolah (ponteng) semata-mata kerana peperiksaan akhir tahun sudah berjalan lebih awal.

Jika pihak sekolah tidak menerima surat siaran ini harap hubungi PPD Hulu Selangor untuk mendapatkannya semula.

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2008

Peperiksaan UPSR 2008 telah selesai dilalui oleh semua murid tahun 6 2008. Apa yang boleh dibuat oleh mereka hanyalah berdoa semoga mendapat keputusan yang baik. Walau bagaimanapun pendidikan mereka bukanlah tamat di situ sahaja. Masih banyak keperluan pendidikanj yang perlu mereka lalui lagi.

Peperiksaan PMR sebenar akan bermula pada 13 Oktober v2008, tidak sampai sebulan lagi. Ada ruang untuk baiki kelemahan. Semua guru diharap dapat menggunakan masa yang singkat ini sebaik mungkin. Semoga semasa menghadapi PMR nanti semuanya sihat dan dapat menjawab dengan baik.

Calon SPM 2008 daerah Hulu Selangor masih menghadapi peperiksaan Percubaan. Selepas percubaan diharap dapat membuat pecutan terakhir ke arah peperiksaan sebenar yang akan bermula pada 12 November 2008. Peperiksaan percubaan daerah akan tamat pada 26 September 2008. Selepas itu para calon akan menghadapi perayaan Hari Raya Aidilfitri. Walau bagaimanapun janganlah lupakan terus bahawa masing-masing akan menghadapi peperiksaan SPM yang penting pada bulan November.

Bagi guru-guru yang mengajar di tingkatan 5, selain tugas menyediakan para pelajar untuk peperiksaan, jangan lupa markah percubaan perlu disediakan pada pertengahan Oktober 2008. Ini bermakna sekali lagi para guru perlu berkorban masa dan waktu masing-masing supaya tidak menghabiskan keseluruhan cuti berhari raya semata-mata berhari raya. Ingatlah tugas kita yang perlu diselesaikan. Pada masa yang sama baiki kelemahan para pelajar kita yang masih perlukan bimbingan. Sekali lagi jangan lupa pertengahan bulan Oktober analisis markah percubaan perlu dikumpul dan digabungkan di peringkat daerah.

Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat berpuasa kepada semua warga pendidikan di daerah Hulu Selangor yang beragama Islam.

13 September 2008

UJIAN PRA PROTIM TAHUN 6

Taklimat sudah dibuat kepada semua Penolong Kanan sekolah rendah (SK/SJKC/SJKT) tentang pelaksanaan program ini. PROTIM tahun 6 perlu dilaksanakan proses praujian pada 15 September 2008, itu tarikh rasmi yang ditetapkan oleh BPK. Harap semua sekolah dapat melaksanakan praujian ini.

Program PROTIM ini telah dilaksanakan bagi tahun 4 lebih awal lagi. Kelas PROTIM tahun 4 sedang berjalan lagi pada masa sekarang. Ujian pasca akan dilaksanakan selepas ini. Harap pROTIM tahun 6 ini dapat dilaksanakan.

Pegawai-pegawai Akademik PPD Hulu Selangor akan cuba membuat pemantauan secara rawak terhadap beberapa buah sekolah pada minggu hadapan, bermula 15 September 2008. semoga program ini dilaksanakan dengan baik.

10 September 2008

CD SOALAN SBP SUMBANGAN SM SAINS HULU SELANGOR

Pihak kami telah mengedarkan sekeping CD soalan PMR dan SPM yang digunakan dalam peperiksaan percubaan peringkat Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Bahan ini adalah sumbangan daripada SM Sains Hulu Selangor. Terima kasih kita ucapkan.

Kita mengharap soalan-soalan yang disediakan ini dapat digunakan oleh semua sekolah di daerah ini. Bahan ini mungkin boleh digunakan bagi meningkatkan keputusan semua sekolah yang ada di daerah ini. Sila perbanyakkan soalan ini untuk murid masing-masing.

Jika terdapat sebarang masalah dalam menggunakan CD ini sila hubungi Penolong PPD Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor.

PERCUBAAN PMR DAERAH HULU SELANGOR 2008

Percubaan PMR tahun 2008 telah selesai dan data analisis telah dapat dikumpul dari semua sekolah dan digabungkan. Percubaan PMR menggambarkan keputusan yang diharapkan masih terlalu jauh daripada sasaran. Kita berharap semua sekolah dapat mengambil tindakan dalam masa terdekat.

Daripada SAP kita dapati jumlah calon yang menduduki peperiksaan ini ialah seramai 3340 orang daripada 3410 orang. Kita mengharap data yang diberikan oleh sekolah adalah benar. Daripada jumlah yang mengambil terdapat 1100 orang yang lulus. Ini mewakili 32.93%. Pastilah angka ini rendah berbanding keputusan PMR sebenar pada 2007, iaitu 69.72%. Walaupun ini hanya percubaan, tetapi kita gusar jika angka peratusan sebegini rupa menjadi kenyataan. Alangkah malangnya kita.

GPS secara keseluruhan ialah 3.42.

Subjak mendapat peratus yang baik ialah:
1. Bahasa Cina (94.36%) GPS(2.64)
2. Bahasa Tamil (91.61%) GPS(2.65)
3. Pengetahuan Agama Islam (87.28%) GPS(2.56)

Tiga subjek yang mendapat peratusan yang rendah ialah:
1. Matematik (41.51%) GPS(4.09)
2. Sains (52.39%) GPS(3.94)
3. Bahasa Inggeris (65.74%) GPS(3.58)

Daripada 3410 calon yang mengambil peperiksaan ini terdapat 475 orang gagal kerana gagal satu subjek sahaja (mewakili 13.93%). Jika ini dapat diselamatkan oleh semua sekolah yang terlibat kita ada tambahan peratusan sebanyak itu. Adalah angka peratusan sebanyak 46.86%. Ini tetap masih jauh daripada angka UPSR 2007, sedangkan kita mengharapkan lebih daripada itu, 73.00% sekurang-kurang.

Harap semua sekolah memberikan tumpuan khusus kepada kepada kumpulan pelajar seperti ini. Pada masa yang sama berikan tumpuan kepada yang boleh mendapat semuanya A dalam subjek yang diambil.

08 September 2008

RENCANA PPSMI DI UTUSAN MALAYSIA 4 SEPTEMBER 2008

Petikan daripada Utusan Malaysia online pada 04 September 2008.

Ramai guru Sains, Matematik lemah bahasa Inggeris

BESUT 2 Sept. - Guru yang mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik diminta meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris mereka dengan memanfaatkan sepenuhnya pemberian Bayaran Imbuhan Subjek Penting (BISP) untuk tujuan itu.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail berkata, imbuhan yang mereka terima sepatutnya digunakan untuk membeli buku atau menghadiri kelas tuisyen bahasa Inggeris bagi mempertingkatkan penguasaan bahasa itu.

''Ramai guru Sains dan Matematik dikesan menggunakan wang itu untuk tujuan lain menyebabkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan mereka masih di takuk lama,'' katanya ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan dengan pengetua dan guru besar serta guru penolong kanan sekolah daerah Besut di sini hari ini.
Razali berkata, sejak Program Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diperkenalkan, kerajaan telah membayar BISP kepada guru Sains dan Matematik berdasarkan kelulusan iaitu lima peratus tambahan daripada gaji untuk guru berkelulusan ijazah manakala 10 peratus pula untuk mereka yang berkelulusan diploma.

Beliau tidak menafikan PPSMI menghadapi sedikit masalah yang berpunca daripada kelemahan guru dalam menguasai kemahiran bahasa Inggeris untuk mengajar subjek itu.
Razali berkata, setakat ini kerajaan telah membelanjakan hampir RM5 bilion untuk program itu.
- Bernama

'Paksa rela' punca guru PPSMI lemah bahasa Inggeris

KUALA LUMPUR 3 Sept. - Situasi 'paksa rela' dikesan sebagai antara punca utama yang menyumbang kepada kelemahan penguasaan bahasa Inggeris oleh guru-guru yang terlibat dalam Program Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng berkata, apabila dasar PPSMI dilancarkan beberapa tahun lalu, ramai guru dikerah menyertai program itu bagi menampung masalah kekurangan tenaga pengajar.

Katanya, keadaan itu merupakan 'hasil' daripada dasar PPSMI yang dicadang dan diluluskan secara terburu-buru tidak lama dahulu.

''Keadaan 'paksa rela' ini menyebabkan sesetengah sekolah turut mendapatkan khidmat ustaz dan ustazah bagi membantu menyemarakkan usaha PPSMI.

''Justeru, saya tidak nafikan bahawa memang terdapat guru-guru yang tidak fasih berbahasa Inggeris mengajar kedua-dua subjek itu dalam bahasa tersebut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, yang meminta guru-guru berkenaan memanfaatkan sepenuhnya pemberian Bayaran Imbuhan Subjek Penting (BISP) untuk tujuan itu.
Menurut Razali, pihaknya mendapati ramai guru yang menggunakan BISP mereka untuk tujuan lain, seterusnya membantutkan penguasaan mereka dalam bahasa Inggeris.

Bagaimanapun Yim Pheng menegaskan, BISP tidak harus dihentikan kerana ia akan mewujudkan rasa kurang senang di kalangan guru-guru.

Katanya, pemberian BISP hanya wajar dihentikan apabila Kementerian Pelajaran dapat menyediakan jumlah guru yang mencukupi untuk PPSMI.

''PPSMI masih dalam fasa percubaan, jadi memang banyak kelemahan yang dikesan," jelasnya.

02 September 2008

BAGAIMANAKAH UPSR DAERAH HULU SELANGOR TAHUN INI?

Tidak lama lagi UPSR yang sebenar akan bermula. Tidak banyak masa untuk itu. Murid-murid perlu menyediakan diri pada saat terakhir. Para guru pula jangan abaikan anak didik kita itu.

Percubaan pada tahun ini Hulu Selangor hanya mendapat 60.80% dengan GPSnya 2.57. Pelajar yang mencapai cemerlang, semua A dalam peperiksaan ini hanya 92 orang daripada 4207 orang calon. peratusannya ialah 2.19 peratus. Masih terlalu kecil angkanya.

Paling menarik untuk direnung ialah seramai 457 orang gagal satu subjek daripada semua subjek yang mereka ambil. Angka ini mewakali 10.86%. Bayangkan jika semua sekolah dapat menyelamatkan semua murid ini supaya lulus 1 subjek berkenaan. Kita ada tambahan peratusan sebanyak 10.86%. Ini sudah mampu meletakkan angka daerah hingga lebih 70%. Ini angka sasaran daerah.

Semua sekolah diharap kenal pasti mereka ini. Senarai nama mereka boleh diambil daripada sistem SAP. Buatlah sesuatu supaya mereka boleh diselamatkan.

PENGUMPULAN DATA SAP PERCUBAAN PMR 2008

Assalamualaikum......

Kepada semua sekolah menengah, khasnya guru yang diberi tanggungjawab menguruskan sistem SAP Percubaan PMR, harap besok 3hb September 2008 semua data analisis ini dapat dibereskan. Kejayaan penggabungan semua data peringkat daerah bergantung pada tuan-tuan semua. Oleh itu, semoga semua perkara yang perlu dapat dibawa dalam mesyuarat penyelarasan.

Sebarang masalah dalam data sekolah masing-masing akan mendatangkan masalah dalam penggabungan data peringkat daerah. Jangan lupa hadir mesyuarat esok dan sediakan semua maklumat dan data dalam SAP masing-masing.

Walaupun bulan puasa, rasanya tidak menjadi masalah untuk melaksanakan tugas tersebut. Rasanya bulan puasa akan menjadikan tugas kita lebih efisein.

Jumpa esok dalam mesyuarat kita tersebut.

30 August 2008

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 3/ 1987

Tugas pemantauan atau penyeliaan guru-guru bukan sahaja dijalankan oleh pihak Nazir, Jabatan Pelajaran atau Pejabat Pelajaran Daerah, malah juga perlu dilaksanakan oleh pihak pentadbir sekolah sendiri. Kita teliti pekeling ini:

SURAT PEKELING IKHTISAS BIL 3/1987
Penyeliaan Pengajaran pembelajaran di dalam kelas oleh Pengetua/Guru Besar Sekolah.

Tugas dan fungsi Pengetua/Guru Besar sebagai pemimpin profesionalisme, pengurus dan pentadbir hari ini adalah berbagai-bagai. Sebagai pemimpin profesionalisme di sekolahnya, tanggungjawab utama seorang Pengetua/Guru Besar ialah untuk memastikan kejayaan pelaksanaan kurikulum di sekolahnya. Pelaksanaan kurikulum dijalankan melalui proses dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran oleh guru dan keberkesanan pelaksanaan kurikulum di sekolah memerlukan penyeliaan yang rapi dan sistematis dari pihak Pengetua/Guru Besar sekolah itu. Ini termasuklah penyeliaan pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas sepatutnya menjadi perkara yang diutamakan dalam senarai tugas dan tanggungjawab Pengetua /Guru Besar. Oleh itu dengan tujuan memperingatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, Pengetua / Guru Besar diperingatkan bahawa penyeliaan dan pengajaran dalam kelas adalah tugas yang amat penting.

Berikut adalah syor garis panduan bagi melaksanakan tugas penyeliaan dalam kelas:

Rasional.
Pelaksanaan kurikulum adalah unsur TERAS dalam institusi persekolahan. Dengan itu perhatian yang lebih hendaklah diberikan kepada penyeliaan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Sebagai pemimpin profesionalisme di sekolah Pengetua/Guru Besar adalah pelaksana utama kurikulum di sekolahnya. Oleh itu tugas penyeliaan pengajaran dan pembelajaran adalah tugas penting yang yang perlu dititikberatkan.

Penyeliaan adalah satu aspek terpenting dalam pentadbiran, pengurusan dan kepimpinan pendidikan.Oleh itu penyeliaan tidak boleh dipisahkan daripada peranan Pengetua/Guru Besar sebagai pengurus, pentadbir dan pemimpin profesionalisme di sekolahnya.

Tujuan:

Mempertingkatkan daya profesionalisme Pengetua/Guru Besar dan guru-guru dalam melaksanakan kurikulum sekolah melalui pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan falsamah, matlamat dan objektif sistem pendidikan negara.

Berkongsi pengetahuan dan pengalaman bagi meluaskan sumber maklumat kepada Pengetua/Guru Besar bagi memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran di sekolahnya.Sumber maklumat ini juga boleh digunakan oleh Pengetua/Guru Besar sebagai asas untuk menilai seorang guru bagi tujuan tertentu.

Memupuk, memelihara dan memperkukuhkan hubungan profesionalisme dan intraksi yang positif antara Pengetua/Guru Besar dengan guru, guru dengan guru dan antara guru dengan murid.

Membantu guru-guru menjalankan tugas harian dengan lebih berkesan dan membentuk sikap guru ke arah yang lebih positif.

Bidang:

Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran hendaklah hendaklah ditumpukan kepada 2 (dua) bidang
bidang organisasi dan
bidang pengajaran dan pembelajaran

Bidang organisasi:
Antara isi organisasi yang perlu diberi perhatian ialah:
Iklim kelas:
-organisasi kelas
-kawalan murid
-komunikasi
-motivasi
-sikap murid
-kebersihan dan perhiasan
-penyeliaan gerak kerja
-penilaian prestasi
-profil murid
-panitia mata pelajaran

Kesemua ini adalah merupakan petunjuk yang boleh membrangsang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Bidang Pengajaran dan pembelajaran

Antara ciri-ciri yang perlu diperhatikan ialah:

-Rancangan pengajaran (Objektif dan isi kandungan)
-Persediaan alat/bahan pengajaran dan pembelajaran
-Penyampaian isi pelajaran
-Teknik bersoal jawab
-Intraksi guru murid
-Penggunaan masa

Prinsip pelaksanaan:

Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran hendaklah dijalankan oleh Pengetua/Guru Besar atas semua guru.

Rekod penyeliaan pengajaran dan pembelajaran di kelas hendaklah dicatat dengan ringkas dan tepat.

Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dengan seimbang dari segi masa, mata pelajaran, tingkatan /tahun dan guru.

Tugas penyeliaan boleh dijalankan dengan bantuan Penolong Kanan dan Penyelia Petang. Walau bagaimanapun tanggungjawab sepenuhnya terletak di tangan Pengetua/Guru Besar.

Jika ingin membaca sepenuhnya isi kandungan pekeling ini sila dapatkan SPI 3/1987 ini dengan melakukan muat turun daripada laman web Kementerian Pelajaran Malaysia.

27 August 2008

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 1 / 1982

Waktu Sekolah Dalam Bulan Puasa

Bulan Ramadhan sudah hampir mendatang. Selamat datang bulan Ramadhan.Waktu Persekolahan dalam bulan puasa dinyatakan dengan jelas dalam pekeliling ini. Sudah lama pekeliling ini berada di sekolah-sekolah.

Sekolah sesi petang:

Sekolah-sekolah yang ada murid-murid dan guru-guru beragama Islam, sekolah hendaklah ditutup pada pukul 5.45 petang. Sekiranya jadual waktu sekolah biasa melebihi waktu ini sekolah berkenaan hendaklah memendekkan masa setiap waktu (period) tidak melebihi 5 minit supaya semua mata pelajaran dalam jadual waktu biasa itu dapat diajar semuanya. Murid-murid beragama Islam boleh dikecualikan daripada mengambil mata pelajaran pendidikan jasmani dalam bulan puasa ini.

Kita berharap tidak ada sekolah yang melanggar isi kandungan surat pekeliling ini. Janganlah kerana atas nama puasa kita hendak mengorbankan waktu pengajaran dan pembelajaran. Kata lain sekolah yang satu sesi tidak terlibat langsung untuk memendekkan masa pengajaran seperti yang diperuntukkan di atas.

Sekolah-sekolah yang tidak ada murid beragama Islam tetapi ada guru-guru beragama Islam , guru-guru berkenaan hendaklah dibenarkan balik pada 5.45 petang tetapi jadual waktu guru berkenaan hendaklah diubah suai jika perlu.

Rasanyanya keadaan ini terdapat dibeberapa buah sekolah (SJK) yang berada di sesi petang.Ubah suai itu perlu jika terdapat jadual mereka berada selepas pukul 5.45 petang.

Sekolah-sekolah yang tidak ada murid-murid dan guru-guru yang beragama Islam, sekolah hendaklah berjalan seperti biasa.

Ini maklumat pekeliling ini bagi sekolah di sesi petang.

Sekolah sesi pagi:

Sekolah-sekolah yang tiada sesi sebelah petang , sekolah hendaklah berjalan seperti biasa.

Kata lain sekolah satu sesi perlu menggunakan jadual biasa persekolah mereka.

Bagi sekolah-sekolah pagi yang mempunyai kelas / sesi sebelah petang, sekolah di sebelah pagi boleh boleh ditutup lebih awal sedikit dengan memendekkan masa tiap-tiap waktu (period) tidak lebih daripada 5 minit supaya kelas / sesi sebelah petang dapat belajar lebih awal lagi dan balik pada jam 5.45 petang.


Kesumpulannya:

Guru Besar tidak payah menggubal satu jadual waktu khas bagi bulan puasa. Jadual waktu yang ada hendaklah diikuti dengan hanya mengurangkan sebanyak 5 minit bagi tiap-tiap waktu mata pelajaran supaya semua mata pelajaran yang ada dalam jadual dapat diajar setiap hari dalam bulan puasa.

Jangan fikirkan pengubahsuaian jadual. Fikirkanlah bagaimana peningkatan akademik dapat dilaksanakan dengan baik. Apatah lagi bagi kelas peperiksaan UPSR berada dalam bulan puasa. Peperiksaan Percubaan SPM berada dalam bulan puasa. Peperiksaan PMR dan SPM di sekolah menengah akan dijalankan pada bulan Oktober dan November. Ambillah berkat bulan puasa untuk mencurah ilmu kepada murid-murid kita.

Selamat belajar, selamat mengajar dan selamat mendapat berkat dalam bulan mulia ini.

26 August 2008

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 2/1981

KETETAPAN MASA DI SEKOLAH-SEKOLAH


Semua pegawai perkhidmatan pelajaran dan kakitangan sekolah dan murid-murid diwajibkan memelihara dan mengekalkan amalan menepati masa datang dan hadir di sekolah.

Inilah bunyi ayat pertama dalam Pekeliling Ikhtisan Bil 2/1981. Sudah lama pekeliling ini diedarkan ke semua sekolah. Ini bererti terdapat kalangan guru, kaki tangan sekolah dan pelajar sebelum itu yang biasa datang lewat ke sekolah.

Para pelajar datang lewat memang biasa dilihat di mana-mana sekolah, tidak kira sekolah bandar atau luar bandar. Saban masa kita melihat para pelajar datang lewat akan didenda oleh pihak sekolah. Semoga budaya lewat atau tidak menepati masa ini tidak menjadi ikutan pelajar hingga menjadi warga masyarakat. Denda yang dikenakan adalah bertujuan untuk mendidik mereka. Persoalannya adakah guru-guru dan kaki tangan pejabat menepati masa mereka?. Pekeliling ini merangkumi semua warga di sekolah.

Dengan demikian Guru Besar hendaklah menyedarkan guru-guru, kakitangan dan murid-murid tentang perlu dan pentingnya amalan ketetapan masa.

Peranan Guru Besar atau Pengetua ialah menyedarkan orang di bawah jagaannya supaya mementingkan amalan ketepatan masa. Perkara ini perlu disebut dalam perhimpunan di sekoloah. Kenyataan ini perlu ditegaskan dalam mesyuarat-mesyuarat di kalangan guru dan kaki tangan di sekolah. Mereka sendiri perlu menjadi contoh kepada semua orang. Orang akan melihat perkara yang selalu disebut iaitu kepimpinan melalui teladan.

Adalah diharapkan semua guru diingatkan dari masa ke masa tentang tanggung jawab mereka untuk mengamalkan ketepatan masa sepanjang waktu bertugas di sekolah, baik semasa datang ke sekolah atau balik dari sekolah, mahu pun semasa memasuki bilik darjah untuk mengajar atau menjalankan sesuatu kegiatan di luar bilik darjah. Ketetapan masa juga bermakna seorang guru juga hendaklah mengikut jadual pengajarannya dan tidak boleh meninggalkan kelasnya atau kawasan sekolah sebelum tiba masa untuk berbuat demikian.

Jika diamati dalam pekeliling ini ketetapan masa atau waktu bukan sahaja melibatkan waktu datang dan balik dari sekolah atau datang atau balik daripada menjalankan tugas di sekolah, tetapi perkara yang lebih bertumpu kepada pengajaran & pembelajaran. Ini termasuk semasa masuk ke kelas untuk mengajar atau mungkin menjalankan tugas berkaitan di luar bilik darjah. Guru tidak boleh meninggalkan kelasnya sebelum tiba waktu sebenar.

Peraturan-peraturan mengenai ketepatan masa hendaklah dikenakan selain dan murid-murid, juga kepada semua guru dan pekerja di sekolah. Guru-guru khasnya hendaklah memberi contoh teladan yang baik sekiranya mereka ingin menggalakkan tabiat ketepatan masa di kalangan murid-murid mereka.

Dalam pendidikan guru amat penting dalam memberikan contoh. Amalanyang baik daripada guru pasti akan menjadi contoh mereka. Pelajar pasti suka mencontohi orang lain yang rapat dengan mereka. Guru adalah antara insan yang paling lama bersama pelajar dalam tempoh sehari. Dari pagi lagi, 7.15 pagi sebagai contoh, telah melihat guru mereka datang lebih awal. Pasti terfikir di benak mereka contoh baik ini elok diikuti. Sepanjang masa pertukaran waktu guru mereka dapat melihat contoh yang baik. Semua ini akan menjadi amalan mereka juga akhirnya. Adalah malang jika mereka mengikut perkara nagatif, tidak menepati masa kerana melihat dan mencontohi guru mereka sendiri.

25 August 2008

SAP SEKOLAH RENDAH DAERAH HULU SELANGOR

Terima kasih kepada semua sekolah rendah yang telah menyiapkan tugasan tentang SAP. Akhirnya sehingga jam 9.00 malam 25 Ogos 2008, sebanyak 46 buah sekolahb telah berjaya digabungkan data percubaan UPSR tahun 2008. Hanya sebuah sekolah yang masih belum selesai, iaitu SJK C Batang Kali. Walaupun telah terlewat, diharap pihak sekolah SJK C Batang Kali dapat mengambil tindakan segera.Sila hantar data ini segera ke PPD Hulu Selangor. Serahkan kepada Penyelia KBSR.

Saya amat faham kerana penggunaan SAP baru dilaksanakan. Rasanya untuk akan datang perkara-perkara yang menjadi masalah hendaklah diambil tindakan supaya kesilapan-kesilapan tidak berulang lagi.

Dalam hal pengumpulan data SAP UPSR ini saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Penyelia KBSR, En Hasren bin Damiri kerana berjaya melakukan tugas penggabungan data dengan baik. Terima kasih kepada Jurulatih yang sedia membantu jika terdapat masalah.

Saya sempat bersama-sama kumpulan guru sekolah yang tidak dapat menyiapkan lebih awal tugas ini, iaitu pada petang 25 Ogos 2008. Terdapat 12 buah sekolah yang cuba menyiapkan tugasan data SAP pada hari berkaitan. Terima kasih.

Semoga penggunaan SAP ini dapat diluaskan kesemua peringkat di sekolah. SAP ini perlu, supaya penyediaan Headcount pada sesi 2009 akan berjalan dengan baik.

24 August 2008

RENUNGAN UNTUK DIFIKIRKAN BERSAMA OLEH SEMUA PENTADBIR SEKOLAH

Selepas pengumpulan data pencerapan pengajaran dan pembelajaran guru di sekolah masing-masing, marilah kita fikirkan bersama-sama segala yang telah tuan-tuan laksanakan dalam pencerapan daripada Januari hingga Julai 2008.

Saya mengandaikan maklumat yang diserahkan adalah benar belaka, tidak ada yang menghantar data secara maya sahaja. Ada bukti instrumen yang digunakan.

Ada sekolah yang telah memcerap semua gurunya. Masih banyak sekolah yang belum selesai mencerap semua gurunya walaupun untuk sekali setiap guru di sekolah. Terdapat beberapa buah semolah telah cerap lebih daripada sekali setiap orang guru.Sepatutnya selama setahun setiap orang guru perlu dicerap sebanyak 2 kali oleh pentadbir mereka. Lebih kerap lebih baik.

Bukanlah hanya seorang sahaja yang perlu laksanakan tugas ini, iaitu Pengetua atau Guru Besar. Ada ramai lagi personal yang boleh melaksanakan tugas ini di sekolah. Sekolah perlu jadualkan perkara pencerapan ini secara terancang. Adalah malang pula jika personal-personal lain sahaja yang menjalankan pemantauan atau pencerapan ini tanpa melibatkan Pengetua atau Guru Besar.

Sebagai pemimpin instruksional, rasanya pencerapan ini adalah tugas paling penting bagi setiap Pengetua atau Guru Besar. Jangan abaikan langsung perkara ini. Bekerjasamalah dengan semua pentadbir di sekolah. Semoga pencerapan ini lebih kerap dilaksanakan. Saya berharap proses pencerapan ini boleh dibuat dengan lebih baik selepas ini.

Bagi pihak PPD Hulu Selangor, kami telah berusaha memanggil beberapa kumpulan pentadbir seperti Pengetua, Guru Besar, Penolong Kanan, Penolong Kanan Petang dan Ketua Bidang untuk diberikan pendedahan tentang penggunaan Elemen 9 dalam pencerapan. Semoga selepas ini hasrat untuk menjadikan pencerapan pengajaran & pembelajaran dalam kelas lebih berkesan dan mendatangkan makna yang lebih dalam pendidikan kita. Saya rasa inilah salah satu langkah untuk menjadikan pengajaran & pembelajaran guru kita lebih berkesan. Semua ini akan mendatangkan impak yang besar kepada anak didik kita di dalam kelas, sehingga mendatangkan manfaat kepada pendidikan mereka sepanjang berada di sekolah.

Saya mengharap kita semua dapat bekerjasama dalam hal ini. Laksanakanlah proses pencerapan pengajaran & pembelajaran ini.

22 August 2008

MAKLUMAT TERKINI YANG TELAH DIHANTAR KE JPN SELANGOR

Assalamualaikum khas untuk JPN Selangor, Sektor Pengurusan Akademik.

Beberapa maklumat yang diperlukan segera telah dihantar ke JPNS. Jika masih belum sampai harap maklumkan kepada kami. Maklumat yang telah dikirimkan:

1. Soal selisik Keberkesanan Penggunaan PCG subjek Teknik (dihantar ke Unit Teknik & Vokasional)
2. Maklum balas Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Negeri 1/2008 (telah dihantar kepada KPP Bahasa Malaysia)
3. Senarai kursus yang dikendalikan oleh Akademik PPD (telah dihantar kepada Sektor Pengurusan Akademik)
4. Status Pencerapan Pengajaran & Pembelajaran Guru sekolah di daerah (dihantar kepada Unit Bahasa Inggeris)

Semoga semua maklumat ini dapat membantu pihak JPNS dalam memastikan program Akademik di negeri ini dilaksana dengan baik dan berkesan.

MESYUARAT PELAKSANAAN DATA SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN (SAP)

Mesyuarat ini akan dilaksanakan pada:

27 Ogos 2008.
Rabu.
SK Ulu Yam Bharu.

Pihak sekolah (Sekolah Menengah) dikehendaki menghantar 2 orang iaitu Setiausaha / Penyelaras SAP PMR dan SPM semoga markah Peperiksaan Percubaan tahun ini dapat disediakan menggunakan Sistem ini.

Sila bawa laptop yang telah mempunyai:
1. Perisian Sistem Analisis Peperiksaan (SAP) dan Headcount.
2. Data HEM (ver3) yang telah dikemas kini,
3 Penyambung wayar.
4 Disket
5. Keputusan Percubaan (diharap markah calon telah dimasukkan ke dalam SAP bagi memudahkan urusan pembelajaran penggabungan)

Semoga semua sekolah dapat bekerjasama dalam melaksanakan program yang dikemukan oleh Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sebenarnya program ini sudah didedahkan beberapa kali mulai tahun 2007. Setiusaha Peperiksaan PMR dan Setiausaha Peperiksaan SPM sudah pernah dipanggil pada hujung tahun 2007. Pada bulan Mei 2007 pendedahan juga dibuat untuk Penolong Kanan dan Setiausaha Headcout sekolah. Kali ketiga ini diharap tidak akan timbul masalah lagi kepada sekolah untuk mengendalikan sistem ini. Itulah harapan saya di Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor.



19 August 2008

UJI BAKAT SEKOLAH SENI PERINGKAT DAERAH HULU SELANGOR

Terima kasih kepada semua murid yang hadir dalam uji bakat tersebut di PKG Kalumpang. Pada peringkat awalnya hanya ada 15 orang yang menghantar borang untuk Uji bakat. Pada 11 Ogos 2008, pada hari Uji bakat tersebut, didapati 29 orang telah hadir uji bakat.

Semua yang hadir telah melalui uji bakat tersebut, selepas semua borang yang sepatutnya ada pada uji bakat tersebut dapat diselesaikan. Pihak JPN Selangor (En Azhar bin Arifin - Ketua Unit Sains Kemanusiaan) bersama beberapa orang penguji telah dapat menyelesaikan uji bakat tersebut.

Bagi saya berjaya atau gagal murid-murid dalam uji bakat tersebut tidaklah begitu penting. Tempat yang disediakan memang terhad. Paling penting murid yang berminat daripada daerah ini dapat turut serta.

Semuga hasrat masing-masing akan terhasil.

MESYUARAT PENGUMPULAN DATA PEMANTAUAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2008

Assalamulaikum dan selamat sejahtera kepada semua pentadbir sekolah.

Surat baru sahaja diedarkan pada minggu lalu tentang mesyuarat berkaitan akan diadakan pada 20 Ogos 2008 di Bilik Mesyuarat SKKKB (PPD Cawangan).

Sesi pertama pada 8.30 pagi melibatkan:
1. Semua 16 buah sekolah menengah.
2. 9 buah sekolah SJK Tamil.
3. 9 buah sekolah SHK Cina.

Sesi kedua pada 2.30 petang melibatkan
1. 30 buah sekolah Kebangsaan.

Semua Penolong Kanan Kurikulum dikehendaki hadir dengan membawa maklumat pemantauan pengajaran dan pembelajaran oleh pentadbir sekolah masing-masing.

Lengkapkan borang yang dikehendaki. Sila bawa dokumen sokongan yang dikehendaki seperti:
1. Jadual Pemantauan.
2. Instrumen pemantauan yang digunakanSila pastikan PK hadir mesyuarat.

Jika terpaksa menghadiri peperiksaan PTK dan lain-lain, sila pastikan ada wakil yang hadir dan bawa semua maklumat yang dikehendaki.

08 August 2008

KURSUS PENYUNTINGAN VIDEO PPD HULU SELANGOR

Satu kursus penyuntingan video akan dilaksanakan pada 11-13 Ogos 2008 di PKG Kalumpang. Kursus ini disediakan untuk pegawai-pegawai PPD Hulu Selangor dan guru-guru di daerah ini.Semoga kursus ini akan mendatangkan manfaat kepada peserta semua.

Saya juga memberikan nama untuk turut serta. Walau bagaimanapun mungkin tidak dapat turut serta. Pada 12 Ogos 2008 terdapat mesyuarat KUTV dan KUSM bersama Unit ICT JPNS dijadualkan di SMK Bukit Sentosa, Hulu Selangor mulai pukul 9.00 pagi. Pada 13 Ogos 2008 KUTV juga perlu menghadiri mesyuarat KUTV bersama Unit Teknik & Vokasional JPNS di SMK Saujana Utama, Kuala Selangor.

Oleh kerana terdapat mesyuarat yang begini rupa hasrat untuk mengikuti kursus terpaksa dibatalkan.Selamat mengikuti kursus kepada semua.

07 August 2008

KARNIVAL PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN HULU SELANGOR

Pada 6 Ogos 2008 bertempat di SMK Bandar Sungai Buaya, telah selesai satu Karnival PSK yang dianjurkan oleh Unit Sains Kemanusiaan yang diuruskan oleh KU Sains Kemanusian Hulu Selangor, Tn Hj Sameon bin Sidik bersama-sama AJK Pelaksana yang terdiri daripada Panitia PSK daerah dan warga sMK Bandar Sungai Buaya.

Saya mewakili pihak PPD Hulu Selangor ingin merakamkan terima kasih kepada En Mohd Yusof bin Abdul dan rakan-rakan dari JPNS yang turut hadir semasa Karnival tersebut. Ucapan tahniah dan terima kasih tidak terhingga kepada semua warga SMK Bandar Sg Buaya kerana berjaya menguruskan karnival kali pertama ini. Karnival ini dianggap berjaya menarik tumpuan murid-murid dan guru yang hadir. Tahniah.

Saya percaya dengan adanya karnival seperti ini, pengajaran & pembelajaran PSK yang tidak mempunyai talian dengan peperiksaan akan dapat menarik semua pelajar dan murid untuk meminatinya. Secara tak langsung, tujuan untuk menerapkan segala nilai murni dan sayangkan negara kita kan dapat dihasilkan dengan baik.

PSK merupakan subjek yang menjadi pelengkap kepada semua anak didik kita. Kita berharap nilai tambah dalam pendidikan seperti ini akan menjadikan murid-murid memiliki nilai dalaman yang diperlukan dalam kehidupan mereka. Semoga tahun-tahun akan datang karnival ini dapat diteruskan demi kebaikan anak didik kita semua.