PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

28 August 2007

PEMBANTU JU KURSUS APLKASI ICT SEKOLAH DAERAH HULU SELANGOR

Kursus Aplikasi ICT Guru KHB yang dijalankan pada 27-30 Ogos 2007. Peserta yang hadir telah dilatih untuk membantu JU peringkat sekolah yang telah hadir di SMK KKB pada 15-16 Ogos 2007.

Walaupun kursus ini khas untuk guru Kemahiran Hidup, namun diharap guru-guru berkaitan dapat membantu JU melaksanakan kursus Aplikasi ICT yang akan dilaksanakan di sekolah. Kita berharap JU yang telah dilatih dan kumpulan yang akan dilatih akan mempunyai kumpulan guru pembantu di sekolah. Kita berharap latihan di sekolah akan berjalan dengan baik dengan kerjasama semua guru.

Guru-guru KHB yang hadir semasa kursus Aplikasi ICT dibekalkan bahan yang terkini berbanding JU sekolah yang hadir kursus di SMKKKB. Kita berharap JU yang hadir dapat mengguna dan berkongsi maklumat dengan guru KHB.

Kita percaya semua guru mempunyai kemampuan walaupun ada antara kita tidak mempunyai latar belakang rasmi dalam ICT. Bersama-samalah kita membudayakan penggunaan ICT dalam pengajaran & pembelajaran.

KUTVPPDHS




KURSUS APLIKASI ICT DAERAH HULU SELANGOR

Pada 27-30 Ogos 2007 Guru-guru Kemahiran Hidup Daerah Hulu Selangor menghadiri kursus Aplikasi ICT di Hotel Goldcouse, Klang. Seramai 30 peserta menyertai kursus ini. Terdapat 5 orang JU yang mengendalikan kursus ini. Pihak PPD Hulu Selangor yang mengendalikan kursus ini terdiri daripada KUTV dan En Hasrin b Damiri (Penyelia KBSR)

Semasa berita ini disediakan, para peserta sedang mengikuti latihan yang disampaikan oleh En Wahi b Abd Wahid (Pegawai Teknologi PKG Kalumpang). Semoga semua peserta mendapat banyak manfaat daripada 3 hari kursus ini. Selepas sesi En Wahi, kursus akan bertumpu kepada kursus Apliukasi ICT yang sebenarnya.

KUTV ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Hasrin (PKBSR) kerana membantu KUTV menguruskan kursus ini. Ribuan terima kasih kepada semua JU yang mengendalikan kursus, khususnya Tn Syed Hassan (SMKKKB) . En Muslimin b Parman (SMK Bukit Sentosa), Amjad Anas (SK Sg Tengi), Mohd Khori b Hj Jaya (SK Hulu Bernam).

Tidak lupa kepada semua peserta yang sanggup meninggalkan rumah dan sekolah masing-masing untuk mengikuti kursus ini. Semoga semua guru mendapat manfaat untuk diri masing-masing dan secara tak langsung anak didik kita di sekolah akan mendapat faedah juga.

Kita ingin melihat pengajaran & pembelajaran dalam kelas guru akan lebih menarik dan mendatangkan kesan yang mendalam kepada murid-murid kita.

En Kamsah, Penolong PPD Pengurus Sekolah telah menyampaikan ucapan dalam majlis pertama pada malam 27 Ogos 2007 (Isnin). Terima kasih kerana masih bersemangat untuk memberikan perangsang kepada Sektor Ekademik.

Sebagai tanda ingatan kepada peserta bersama ini di masukkan senarai nama tuan-tuan dan puan-puan.

  1. Normah bt Hj Abdullah (SMK Gedangsa)
  2. Roslina bt Che Ros (SMK Kg Gedangsa)
  3. Rusidah bt Imbran (SMk Sg Choh)
  4. Norzaidah bt Abdul Ghani (SMk Bdr Sg Buaya)
  5. Azhar b Miswan (SMK Tmn Bunga Raya)
  6. A. Aziz b Kamarulzaman (SMK Syed Mashor)
  7. Zainuddin b Che Sab (SMk Dato Hj Kamaruddin)
  8. Mohd Termizi b Yaacob (SMk Kuala Kubu Bharu)
  9. Zuraini bt Md Rodzi (SMK Bukit Sentosa)
  10. Faridah bt Hussain (SK Gedangsa)
  11. Wong Chui Feun (SJK C Batang Kali)
  12. Norashikin bt Mohd Yusof (SK Rasa)
  13. Sarina bt Shaari (SK Antara Gapi)
  14. Kamsiah bt Yaacob (SK Kg Kuantan)
  15. Sarimah bt Marjan (SK Serendah)
  16. Mardiana bt Mhmad Tahar (SK Kalumpang)
  17. Mohd Lazim b Mujni (SK bdr Baru Btg Kali)
  18. Shahrin b Salleh (SK Batang Kali)
  19. Mohd Yasmawi b Zainal (SK Tun Abdul Razak)
  20. Khairun Nizam b Zafri (SM Sains Hulu Selangor)
  21. Adin b Hussain ( SK Kuala Kubu Bharu Satu)
  22. M. Sharuddin b Ab Rahman (SK Bukit Beruntung)
  23. Shuib b Hussein (SK Taman Bunga Raya)
  24. Abdul Halim b Damid (SK Kerling)
  25. Paridatul Akmar bt Ahmad (SK Hulu Bernam)
  26. Saripah bt Abd Manan (SMK Serendah)
  27. Mohd Azrulzami b Azmi (SK Seri Keledang)
  28. Asmariwati bt Mohd Bohari (SMK Bdr Baru Btg Kali)

Semoga selepas ini kita dapat melihat perubahan yang menyeluruh di sekolah-sekolah. Semoga pada tahun 2010 nanti semua sekolah telah berjaya melaksanakan pembestarian di sekolah-sekolah di daerah Hulu Selangor.

Jumpa lagi.