PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

27 July 2008

SELAMAT MENDUDUKI UJIAN SETARA SAINS MATEMATIK PERCUBAAN UPSR PERINGKAT NEGERI SELANGOR

Selamat menghadapi Ujian Setara Sains Matematik 2008, pada 29-31 Julai 2008. Jika soalan belum diambil, pihak sekolah dikehendaki mendapatkannya segera di PPD Hulu Selangor (Cawangan).

Semoga murid-murid akan berjaya. Semoga guru-guru tahun 6 daerah Hulu Selangor dapat mengambil langkah membaiki segala kelemahan yang ada pada murid-murid kita. Semoga sentohan terakhir akan memastikan mereka benar-benar bersedia.

Kita berharap semua sekolah akan berjaya mencapai sasaran masing-masing. kita berharap keputusan UPSR tahun ini akan bertambah baik.