PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

25 November 2007

SUKATAN PELAJARAN

Tuan-tuan dan puan-puan (guru-guru) sudah pasti masih tidak mempunyai simpanan sukatan pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran. Bagi mereka yang masih tidak memilikinya harap ambil daripada myschoolnet pada alamat berikut: http://myschoolnet.ppk.kpm.my/indexg.htm

Guru-guru boleh muat turun bahan tersebut daripada web tersebut. Pastikan tuan-tuan dan puan-puan mempunuyai Acrobet Reader untuk membuka fail yang disediakan.

23 November 2007

JURULATIH ICT KE PULAU PINANG

Perhatian kepada Jurulatih ICT yang telah memberikan persetujuan untuk pergi ke Pulau Pinang pada 29 Nov - 01 Dis 2007, semoga dapat menghubuni saya (Penolong PPD Akademik) untuk memastikan sama ada tuan-tuan dapat tiket kapal terbang pada minggu hadapan, 1 atau 2 hari sebelum tarikh 29 November 2007.

Jurulatih yang terlibat ialah:
Tn Syed Hassan bin Syed Mohamad (SMK KKB)
En Satria bt Mien (SK Sg Tengi)
Cik Ahzan Silvinawati (SK Seri Fajar)
Pn Saemah bt Mat Sahir (SMK Ampang Pecah)
Pn Tan Gee Loi (SMK Ampang Pecah)
En Shamsul b Selamat (SK Serendah)
En Mohd Khoiri bin Hj Jaya (SK Hulu Bernam)
En MUslimin bin Parman (SMK Bukit Sentosa)

16 November 2007

KONVENSYEN & MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR 2007

Majlis yang dikendalikan oleh PSPN ini dilaksanakan Holiday Villa, Subang Jaya, 12-14 November 2007.Pada 14 November 2007 dijalankan majlis penyampaian anugerah berkaitan yang disempurnakan oleh yang berbahagia Datin Pengarah Pelajaran Selangor, Datin Hamidah bt Nordin.

Tahniah kepada yang telah mendapat anugerah pada hari tersebut. Hulu Selangor juga mendapat beberapa anugerah.
SMK Bukit Sentosa disenaraikan sebagai Naib Johan Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Kategori sekolah luar bandar
SK Sungai Tengi mendapat tempat ketiga dalam Anugerah Pusat Sumber Cemerlang kategori sekolah rendah luar bandar.

Dalam anugerah Nilam dalam kategiri Sekolah Menengah Luar Bandar:
Tempat ketiga - Kumaraguru (SM Sains Hulu Selangor)
Johan - Siti Aisah bt Razali (SM Sains Hulu Selangor)

Anugerah Pengurusan Nilam (Sekolah) kategori Sekolah Rendah Luar Bandar - SK Hulu Bernam.

Anugerah Tokoh Nilam kategori sekolah menengah dinobatkan kepada Siti Aishah bt Razali (SM Sains Hulu Selangor)

Anugerah Kecemerlangan Pusat Kegiatan Guru dalam Pengurusan Aktiviti PKG Berbangunan diserahkan kepada PKG Kg. Soeharto.

Sehari sebelumnya telah dijalankan konvensyen yang berkaitan Teknologi Pendidikan:

Laterasi Maklumat disampaikan oleh Dr Abriyah bt Abdullah (Universiti Malaya)

Sistem Pengurusan Kualiti dibentangkan oleh Pn Lucia Quek Sai Geam (BTP)

Pusat Akses disampaikan oleh Tuan Hj Omar bin Mos (PSPN)

Program Inovasi PSPN Selangor - e-Pintas dibentangkan oleh En Rosli bin Hadi (PKG Semenyih)

Mutiara Minda (PKG Kalumpang & SK Hulu Bernam) dibentangkan oleh Pn Maziah bt Mohamad (SK Hulu Bernam)

Program Intensif Menulis & Membaca-PIa2M (PKG Kuala Selangor & SMK Seri Tanjung) dibentangkan oleh Pn Habshah bt bMajid SMK Seri Tanjung.

English iterature PKG Kg Soeharto & SK Sungai Tengi dibentqangkan oleh Pn Norlela bt Alias.

Para peserta konvensyen dapat melihat perbagai tajuk yang dibentangkan. Semua ini dapat menjadi pengetahuan yang baik kepada para peserta yang hadir.

12 November 2007

KURSUS APLIKASI ICT GURU-GURU KIA2M DAERAH HULU SELANGOR

Kursus Aplikasi ICT ini dijalankan pada 12-14 November 2007 di SK Hulu Bernam. Kursus Aplikasi ini dijalankan sama seperti guru-guru yang lain. Pada masa yang sama guru-guru berkaitan diharap dapat menggunakan ICT dalam menyediakan bahan pengajaran untuk program KIA2M. Semoga kursus ini dapat meningkatkan kebolehan membaca dan menulis murid pada peringkat awal.

Semoga guru-guru yang hadir dapat mengembangkan kemahiran ini kepada guru-guru yang lain. Saya berharap semua guru dapat mengembangkan kemahiran mereka kepada guru KIA2M yang lain.

07 November 2007

SELAMAT HARI DEEPAVALI

Saya ingin mengucapkan selamat menyembut hari Deepavali kepada semua Guru Besar SJK Tamil daerah Hulu Selangoryang menyambut perayaan ini. Tidak ketinggalan ucapan ini kepada semua warga pendidik yang menyambut perayaan ini. Saya berharap semua warga pendidik akan menyambut perayaan ini dengan rasa hormat dan mengharmati antara satu sama lain.

MESYUARAT KRK NEGERI SELANGOR

Pada 04-07 November 2007 suatu mesyuarat telah dihadiri oleh Pentyelaras KRK negeri Selangor i Hotel Mandarin Cout di Kuala Lumpur. Semua sekolah yang melaksanakan progran KRK (Kelas Rancangan Khas menghadiri mesyuarat ini. Hulu Selangor diwakili oleh 5 orang penyelaras daripada 5 buah sekolah iaitu:

1. SMK Dato Hj Kamaruddin.
2. SMK Syed Mashor.
3. SMK Sungai Choh
4. SMK Bukit Sentosa.
5. SMK Taman Bunga Raya (1).

Semoga pengurusan Kelas KRK di kelima-liama buah sekolah ini akan berjalan dengan nlancar. Pelajar yang menyertai KRK adalah murid-murid yang cemerelang dalam UPSR tetrapi tidak mempunyai peluang untuk menyertai Sekolah Bantuan Penuh (SBP). Mungkin juga mereka tidak mahu tinggal di asrama penuh. Program KRK akan memastikan mereka berjaya mengikuti kelas yang cemerlang tanpa pergi ke SBP.

03 November 2007

KURSUS ICTL MENENGAH PERINGKAT DAERAH HULU SELANGOR 2007

Kursus peringkat daerah Hulu Selangor akan dijalankan pada 13-15 November 2007, di SMK Kuala Kubu Bharu.

Surat panggilan telah dikeluarkan. Semoga semua sekolah menengah menghantar 2 orang guru bagi kursus berkaitan. Peserta yang hadir pastikan membawa perkara berikut:
1. Laptop yang mempunyai wifi.
2. Wayer sambungan.
3. Buku panduan ICTL yang telah diedarkan kepada semua sekolah.
4. Gambar-gambar dalam bentuk solf copy iaitu:
gambar lencana sekolah dan gambar bangunan sekolah masing-masing.

Semoga semua sekolah menghantar guru masing=masing. Jika ada sekolah ingin menghantar lebih daripada 2 orang harap hubungi saya terlebih dahulu.


02 November 2007

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH ANUGERAH BENGKEL KHB CEMERLANG NEGERI SELANGOR

Pada 01 Oktober 2007 Majlis ini dijalankan di SMK Bandar Baru Sungai Long, Hulu Langat. Majlis ini dirasmi dan disumpurnakan oleh Pn Hanim bt Ibrahim, Ketua Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Selangor.

Seminar Mata Pelajaran Teknik & Vokasional dijalankan pada sebelah paginya. Selepas itu Ketua Sektor dan hadiran dibawa melawat semua bengkel yang terdapat di sekolah ini.

Keputusan Anugerah 2007.

KHB Kemahiran Teknikal:
1. SMK Bandar Utama (Petaling)
2. SMK Bagan Terap (Sabak Bernam)
3. SMK Persekutuan Kajang (Hulu Langat)

KHB ERT:
1. SMK Bagan Terap (Sabak Bernam)
2. SMK Bandar Rinching (Hulu Langat)
3. SMK Seksyen 24(2) (Petaling)

KHB Pertanian:
1. SMK Cheras Jaya (Hulu Langat)
2. SMK Tiram Jaya (Kuala Selangor)
3. SMK Telok Gadong (Kelang)

Keseluruhan:
1. SMK Bandar Baru Sg Long (Hulu Langat)
2. SMK Subang (Petaling)
3. SMK jugra (Kuala Langat)

Tahniah kepada semua sekolah yang berjaya mengecapi anugerah tahun ini. Daerah Hulu Selangor hanya mendapat hadiah sagu hati sahaja untuk semua kategori. Semoga ini dapat dijadikan pendorong. Wakil sekolah Hu;u Selangor yang hadir sudah pasti dapat melihat contoh sekolah yang terbaik semasa majlis ini. Sekolah yang mendapat anugerah boleh juga dijadikan penanda aras. Lawatilah sekolah tersebut.

Walau bagaimanapun tahniah juga kepada SMK Kg Soeharto (KHB Pertanian) dan SMK Bukit Sentosa (KHB KT, KHB ERT dan Keseluruhan). Semoga semua sekolah daerah Hulu Selangor akan bertambah baik dalam pengurusan bengkel KHB.

01 November 2007

KURSUS JURULATIH ICTL SEKOLAH RENDAH NEGERI SELANGOR

Jurulatih ICTL sekolah rendah menjalani kurus di Cherating pada 31 Oktober - 3 November 2007. Jika JU sekolah menengah berada di Impiana, mereka pula berada di Sentuary Cherating. Pada 31 Oktober 2007, Semua KUTV yang berada di Impiana sempat berkunjung ke Sentuary pada waktu malamnya. KUTV sempat berjumpa Jurulatih. Hulu Selangor diwakili oleh 7 orang dan ditambah dengan 2 orang fasilitator iaitu Jurulatih Kebangsaan dan Jurulatih negeri.

KUTV sempat berjumpa dengan mereka sebelum balik atau ke Hulu langat kerana 01 November 2007 terdapat Seminat Teknik dan Vokasional negeri Selangor di SMK Sungai Long.

Pukul 11.00 malam KUTV terus bergerak ke Hulu Langat. KUTV sampai di Hulu Langat pada pukul 03.00 pagi.

Selamat berkursus kepada semua Jurulatih ICTL yang berada di Cerating.