PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

08 October 2007

MESYUARAT PENYELARASAN JU APLIKASI ICT PERINGKAT DAERAH HULU SELANGOR

Assalamualaikum..

Dengan ini dimaklumkan bahawa suatu mesyuarat bagi semua Ketua Jurulatih Aplikasi ICT peringkat sekolah akan diadakan pada 22 Oktober 2007 di Bilik Mesyuarat SK Kuala Kubu Bharu (PPD Cawangan), bagi menyelaraskan semua perkara yang diperlukan bagi melaksanakan kursus.

Setiap sekolah diminta menghantar seorang wakil (Ketua Jurulatih Sekolah), Nama tercatat pada lampiran surat yang telah diedarkan. Harap dapat mengambil tindakan beberapa perkara yang penting; iaitu, jumlah yang boleh dilatih oleh pihak sekolah, jika memerlukan jumlah tambahan daripada jumlah yang telah dipersetujui. Sila bawa maklumat semasa mesyuarat.

Sekolah yang tidak dapat melaksanakan sendiri seperti:
SK Kerling akan menumpang di SK Lembah Beringin.
SK Antara Gapi menumpang di SK Batang Kali.
SMK Bdr Baru Btg Kali menumpang di SMK Sg Choh

Terdapat beberapa buah sekolah, Penolong Kanan tidak hadir semasa mesyuarat penyelarasan yang lalu, maka tidak dapat dibuat keputusan muktamat. Oleh itu pihak sekolah diminta membuat keputusan sama ada ingin menjalankan sendiri atau menumpang di sekolah lain. Sekolah yang perlu membuat keputusan dalam hal ini ialah:
SM Sains Hulu Selangor.
SMK Kalumpang.
SK Sg Tengi
SK Gedangsa.
SK Ulu Yam Lama
Harap buat keputusan segera. Hubungi Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Pengurusan Akademik segera, setidak-tidaknya pada 22 Oktober 2007, perkara ini dapat diputuskan.

Sekolah SJK Cina dan SJK Tamil hanya akan dipanggil kursus ke pusat latihan yang akan ditetapkan semasa persekolahan antara Oktober - November 2007.

Satu kumpulan guru KIA2M akan dipanggil kursus berkaitan, ini melibatkan semua sekolah rendah (SK,SJKC dan SJKT). Harap pihak sekolah dapat menyediakan guru berkaitan apabila dipanggil untuk berkursus.

Harap semua yang dipanggil mesyuarat pada 22 Oktober 2007 dapat hadir supaya kursus dapat dijalankan dengan lancar.

Semoaga pihak sekolah dapat maklumat ini demi kebaikan latihan guru di peringkat daerah.