PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

29 July 2008

PEMBUGARAN KONSEP "HEADCOUNT" DAN "PATS" PERINGKAT DAERAH HULU SELANGOR

Assalamualaikum....

Surat baru diedarkan kepada semua sekolah daerah Hulu Selangor tentang kursus pembugaran Headcout daerah Hulu Selangor.
Kursus akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 02 Ogos 2008 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi.
Tempat: Auditorium Raja Alam, Akademi Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu.

Pengisian kursus dijangkakan ialah:
1. Slot Program PATS.
2. Slot "Konsep Headcount"
3. Slot Elemen 9: Ke arah pemantauan pengajaran & pembelajaran yang berkesan.

Peserta kursus terdiri daripada:
1. Pengetua dan Guru Besar.
2. Penolong Kanan Kurikulum.
3. Penolong Kanan Petang.
4. Ketua Bidang.

Semoga jemputan kursus ini dapat dipenuhi semua pentadbir peringkat sekolah.

27 July 2008

SELAMAT MENDUDUKI UJIAN SETARA SAINS MATEMATIK PERCUBAAN UPSR PERINGKAT NEGERI SELANGOR

Selamat menghadapi Ujian Setara Sains Matematik 2008, pada 29-31 Julai 2008. Jika soalan belum diambil, pihak sekolah dikehendaki mendapatkannya segera di PPD Hulu Selangor (Cawangan).

Semoga murid-murid akan berjaya. Semoga guru-guru tahun 6 daerah Hulu Selangor dapat mengambil langkah membaiki segala kelemahan yang ada pada murid-murid kita. Semoga sentohan terakhir akan memastikan mereka benar-benar bersedia.

Kita berharap semua sekolah akan berjaya mencapai sasaran masing-masing. kita berharap keputusan UPSR tahun ini akan bertambah baik.

26 July 2008

ANALISIS PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR DAN SPM 2008

Peperiksaan Percubaan PMR akan berjalan pada:

11-15 Ogos 2008.
Semua sekolah Menengah terlibat.

Analisis diperlukan pada atau sebelum 29 Ogos 2008.

Peperiksaan Percubaan SPM 2008.
Semua sekolah menengah terlibat


03 - 26 September 2008

Analisis diperlukan pada atau sebelum 17 Oktober 2008.

Hantar tepat pada tarikh berkenaan. Analisis dalam dua bentuk:
1. SAP (rujuk Setiausaha Peperiksaan sekolah)
2. Analisis ringkas menggunakan format (rujuk edaran dalam CD yang dibekalkan)

Analisis boleh dihantar secara email, supaya lebih cepat dan mudah.
Jika dihantar secara manual, pastikan dihantar dua bentuk:
1. Solf copy
2. Cetakan, supaya jika berlaku masalah dalam penggabungan data, bentuk cetakan akan digunakan sebagai rujukan.

Email atau alamatkan kiriman data analisis ini kepada Penolong PPD Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor di PPD Cawangan.

ANALISIS PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2008

Peperiksaan Peringkat Percubaan UPSR 2008. Peringkat daerah Hulu Selangor telah selesai pada 8-10 Julai 2008. Ada Program Ujian Setara Sains Matematik peringkat Negeri Selangor pada 29-31 Julai 2008.

Pihak sekolah dikehendaki menghantar analisis berkaitan, iaitu gunakan:
1. Sains Matematik Ujian Selaras Negeri Selangor.
2. Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa cina dan Bahasa Tamil, sila gunakan analisis peringkat daerah.

Semua data analisis perlu disediakan oleh pihak sekolah dalam dua bentuk:
1. SAP (rujuk Setiausaha Peperiksaan)
2. Analisis ringkas berdasar format yang disediakan (rujuk CD yang dibekalkan)

Analisis ini perlu diserahkan ke PPD Hulu Selangor pada atau sebelum 8 Ogos 2008 (u.p Penolong PPD Pengurusan Akademik). Analisis boleh diemailkan supaya lebih cepat diterima oleh PPD. Alamat email:
pppda_ppdusel@yahoo.com atau kutv_ppdusel@yahoo.com

Jika menghantar secara manual, sila pastikan ada hantaran bentuk solf copy dan cetakan supaya jika terdapat masalah dengan solf copy, cetakan akan digunakan sebagai usaha terakhir untuk menggabungkan analisis peringkat daerah.

Semoga tarikh 8 Ogos dapat dipatuhi oleh semua sekolah. (SK dan SJK)

Sebarang pertanyaan tentang analisis ini sila rujuk Penolong PPD Pengurusan Akademik di talian 03-60641881 atau 019-6677527.