PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

03 February 2008

MAJLIS MENGANJAK PARADIGMA DAN MENYAMPAIAN SIJIL CEMERLANG HULU SELANGOR

Syukur Alhamdulillah. Majlis bersama Pengetua, Guru Besar, semua Penolong Kanan dan guru-guru pengajar UPSR, PMR, SPM dan STPM telah selamat dan selesai dilaksanakan pada hari Sabtu 2 Februari 2008 yang lalu di Akademi Bomba & Penyelamat Kuala Kubu Bharu.

Terima kasih kepada semua pegawai daripada Sektor Pengurusan Akademik kerana kerjasama tuan-tuan majlis ini berjaya dijalankan. Ucapan terima kasih saya mewakili pengurusan Akademik kepada semua yang sudi hadir dalam majlis tersebut. Rasanya tempat duduk di dalam Auditorium penuh, malah perlu ditambah dengan kerusi yang lain. Setakat yang saya ingat inilah majlis PPD Hulu Selangor di Akademi Bomba, peserta yang hadir melebihi kemampuan ruang yang sedia ada.

Minta maaf jika terdapat kekurangan sepanjang majlis tersebut. Minta maaf juga jika terdapat sebarang kekurangan dalam pengurusan dan makanan yang disediakan.

Walau bagaimanapun ini menjadi menanda awal bahawa pendidik-pendidik di daerah Hulu Selangor memang mempunyai komitmen yang tinggi, sehingga sanggup melupakan waktu cuti hari Sabtu untuk sama-sama berkumpul dalam majlis tersebut.

Tahniah kepada semua sekolah yang telah mendapat sijil Anugerah Kecemerlangan UPSR dan PMR 2007. Semoga ini dapat menggalakkan semua pihak untuk mula bergerak ke arah kecemerlangan pada tahun 2008.

Terima kasih Sektor Pengurusan Akademik kepada En Kamsah bin Mokhtar kerana sudi mewakili Tn PPD, Tn Hj Suhaimi (A.M.N) dalam penyampaian sijil kepada sekolah-sekolah yang berjaya.

Ceramah Motivasi yang disampaikan oleh penceramah diharap dapat sedikit sebanyak menyentuh hati kita kaum pendidik untuk meneruskan tugas dan kerja kita sebagai guru. Terima kasih kepada penceramah, En. Ismail Hashim bin Junaidi daripada Jabatan Perdana Menteri.

Semoga pelaksanaan majlis ini memberi kekuatan kepada semua untuk melaksanakan majlis lain yang akan dianjurkan pada masa akan datang.