PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

24 August 2007

TAHNIAH EN KAMSAH BIN MOKHTAR

Tahniah diucapkan oleh semua pegawai Akedamik PPD Hulu Selangor kepada En Kamsah kerana telah dilantik menjadi Penolong PPD Pengurusan Sekolah PPD Hulu Selangor, menggantikan tempat Tn Hj Suhaimi b Rashid, yang telah menjadi Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Selangor.

Semoga terus berkhidmat dengan baik dalam sektor yang berbeza. Kami juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat datang kepada Tn Hj Sameon b Sidik dari SMK Bdr Sg Buaya yang memegang jawatan Ketua Unit Kemanusiaan (Sains Sosial) di PPD Hulu Selangor. Selamat menjadi keluarga PPD Hulu Selangor. Selamat bertugas di PPD. Semoga dapat menyumbang bakti kepada perkembangan pendidikan daerah Hulu Selangor. Mulai sekarang bertambahlah ahli/ pegawai Akedamik di PPD Hulu Selangor.

KUTV PPDHS
24.08.2007.

JEYARAWARA ICT PENOLONG KANAN SEKOLAH MENENGAH

Satu program Jeyarawara (Roadshow) ICT akan dilaksanakan oleh JPN Selangor pada 05 September 2007 mulai 08.30 pagi, di SMK Bagan Terap, Sabak Bernam.

Surat rasmi tentang program ini akan dikeluarkan tidak lama lagi. Jika Penolong Kanan sekolah menengah daerah Hulu Selangor tidak menerima surat berkaitan sehingga minggu hadapan harap hubungi KUTV PPDHS.

Surat rasmi telah diedarkan mulai 24 Ogos 2007.

Sila hubungi KUTV jika terdapat sebarang pertanyaan.