PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

28 April 2008

MESYUARAT GURU CEMERLANG DAERAH HULU SELANGOR KALI PERTAMA 2008

Semua guru cemerlang daerah Hulu Selangor dijemput untuk hadir mesyuarat di PPD Hulu Selangor (Cawangan) / Bilik mesyuarat SK Kuala Kubu Bharu.

Surat mesyuarat ini telah diedarkan. Mesyuarat akan diadakan pada 15 Mei 2008, pukul 2.30 petang.

Terdapat 8 orang guru yang disenaraikan sebagai guru cemerlang yang masih ada di daerah Hulu Selangor.

Selamat bermesyuarat.

PENGUMPULAN DAN PENGEDARAN SOALAN SELARAS KRK DAERAH HULU SELANGOR

Kepada semua sekolah pelaksana KRK daerah Hulu Selangor...................

Pengumpulan soalan selaras pertengahan tahun yang dijadualkan pada 05 Mei 2008 terpaksa diubah kepada 07 Mei 2008 pukul 2.30 petang atas permintaan beberapa orang pengetua sekolah berkaitan. Saya berharap dengan berubahnya tarikh tersebut akan memberi ruang yang lebih baik ke lima-lima sekolah untuk membereskan tugasan mereka.

Sekolah terbabit ialah:
1. SMK Dato Hj Kamaruddin.
2. SMK Syed Mashor.
3. SMK Sungai Choh.
4. SMK Bukit Sentosa.
5. SMK Taman Bunga Raya (1)

Saya berharap apabila sampai masanya pada 07 Mei 2008, semua soalan akan siap sedia. Penolong Kanan Kurikulum dapat hadir ke PPD Hulu Selangor (Cawangan) untuk meneylesaikan pengagihan soalan berkaitan.

Surat untuk tujuan ini telah dikeluarkan.