PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

20 June 2007

MINGGU YANG PADAT DENGAN AKTIVITI

Minggu ni 18-23 Jun 2007, KUTV PPD Hulu Selangor amat penuh dengan pelbagai aktiviti. Bermula pada 18-20 Jun, menjadi urusetia bersama dengan Unit Peperiksaan PPD dan JPNS melaksanakan taklimat Pentaksiran Berasaskan sekolah (PBS) KHB Pertanian di Hotel Pearl Internasional, Kuala Lumpur.

Saya hanya sempat hadir pada waktu petang pendaftaran dan taklimat waktu malam 18 Jun sahaja. Tengah malam saya terpaksa balik ke Kuala Kubu Bharu. Minta maaf kepada rakan-rakan KUTV yang lain kerana tidak dapat bersama-sama sehingga ke 20 Jun 2007.

Pada 19-20 Jun 2007, PPD Hulu Selangor sekali lagi melalui audit dalam ISO SIRIM pula. Minggu lepas kami baru sahaja melalui audit dalam daripada Bahagian Sekolah KPM. Sektor Akedamik, termasuk KUTV telah selesai diaudit pada hari pertama, 19 Jun 2007. KUTV tidak dapat bersama sehingga selesai pada hari Rabu, 20 Jun 2007.

Tuan PPD Hulu Selangor meminta saya pergi ke Genting View, Genting Highland, untuk membantu urusan kursus PIPP bagi Pengetua Hulu Selangor yang bermula pada 19-21 Jun 2007. KUTV diminta menyampaikan slot PIPP dan menguruskan perbengkelan dengan Pengetua-pengetua.

Pada Jumaat, 21 Jun 2007, KUTV dikehendaki menghadiri mesyuarat dengan Unit ICT JPNS di Shah Alam. Satu mingu penuh tanpa dapat melaksanakan tugas harian di pejabat.

InsyaAllah pada Sabtu, KUTV akan menghantar anak mendaftar di Pusat Asasi UIA Petaling Jaya. Anak-anak perlu juga diberikan perhatian.

Semoga semua guru yang hadir taklimat PBS akan menggunakan segala pendedahan yang didapati untuk menjalankan tugas rasmi sebagai guru KHB yang baik.

Bagi semua rakan-rakan setugas di PPD Hulu Selangor, tahniah kerana telah berjaya mengharung tempoh auditan pada minggu ini. Seoga Audit sebenar oleh SRIM pada 10-11 Julai 2007 akan datang akan dapat memastikan proses kerja yang dijalankan masih diterima oleh SIRIM.

Bagi pengetua semua, semoga kursus yang dilalui akan dapat memastikan pihak sekolah berjaya menterjemahkan PIPP di peringkat sekolah masing-masing. Semoga pelan induk ini akan dapat menjadi satu pelan tindakan yang baik.

Sekian, untuk masa ini. Junpa lagi.
KUTVPPDHS
20.06.2007.