PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

24 March 2008

MESYUARAT ICTL PERINGKAT DAERAH HULU SELANGOR

Pada 24 Mac 2008, jam 2.30 petang satu mesyuarat telah dilaksanakan di SK Kuala Kubu Bharu (PPD Cawangan). Malangnya terdapat sekolah yang tidak menghantar wakilnya. Rasanya mesyuarat sebelah petang yang dijalankan tidaklah mengganggu pengajaran & pembelajaran guru semua.

Sekolah yang tidak menghantar wakil ialah:
1. SMK Dato Hj Kamaruddin.
2. SMK Kalumpang.
3. SM Sains Hulu Selangor

Saya tidak mahu mendengar cikgu ketiga-tiga buah sekolah ini mengeluh sendiri di sekolah tentang pelaksanaan program ini. Kita cuba mengumpulkan semua permasalahan yang akan dibawa oleh Jurulatih ICTL dalam mesyuarat peringkat negeri Selangor. Jika tidak ada wakil yang hadir bagaimana maklumat boleh dihimpunkan?. Terima kasih kepada semua guru yang hadir dan menyokong program ini. Semoga kelemahan seperti ini tidak akan berulang

Harap guru ketiga-tiga buah sekolah dapat menghubungi En Musalli b Md Sahid untuk diserahkan maklumat yang diperlukan bagi tujuan pengumpulan data dan maklumat ICTL daerah.