PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

29 September 2007

PMR 2007

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PMR KEPADA SEMUA PELAJAR TINGKATAN TIGA TAHUN 2007. PEPERIKSAAN AKAN BERMULA PADA HARI ISNIN 01 OKTOBER 2007.

SEBENARNYA SEMUA ORANG YANG BERSANGKUT PAUT DENGAN ANDA PASTI AKAN MENDOAKAN KEJAYAAN UNTUK SEMUA, TERUTAMA IBU BAPA DAN KELUARGA, TIDAK LUPA GURU-GURU YANG MENGAJAR ANDA.

SEMOGA TAHUN 2007 AKAN MEMBAWA TUAH YANG BESAR KEPADA PENDIDIKAN KHASNYA SEMUA MURID DI HULU SELANGOR.

SELAMAT BERJAYA.
Rozali bin Mazlan

SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT HARI RAYA

Pada ruang ini saya ingin mengambil kesempatan ingin mengucapkan selamat berpuasa pada tahun ini. Saya juga ingin mengucapkan maaf zahir & batin, selamat hari raya aidil adha kepada semua yang mengenali saya.

Ucapan ini saya tujukan khas kepada warga PPD hulu Selangor, khasnya Tuan PPD, semua Penolong PPD, semua pegawai dan kakitangan . Selain itu juga ucapan ini saya tujukan juga untuk rakan-rakan KUTV semua daerah di Selangor, termasuk semua Penolong PPD Pengurusan Akademik dari daerah negeri Selangor.

Saya ingin mengucapkan ucapan ini kepada semua warga pendidik khasnya yang bertugas di sekolah-sekolah di Hulu Selangor, khasnya Pengetua, Guru Besar, semua Penolong kanan dan warga guru. Tidak lupa semua kakitangan sokongan di daerah Hulu Selangor.

Jumpa lagi di masa akan datang.
Rozali Mazlan

20 September 2007

GERBANG PMR

Assalamualaikum kepada semua pendidik daerah Hulu Selangor. Pelajar kita sudah hampir melalui gerbang PMR. Saya mencadangkan kepada semua, janganlah biarkan mereka membuat ulang kaji bersendirian. Rasanya guru-guru amat diperlukan pada saat-saat macam ini. Dengan bantuan saat akhir, sudah pasti ada banyak faedah kepada anak murid kita, terutama mereka yang lemah dan tidak faham bagaimana untuk melakukan ulang kaji. Oleh itu bantulah mereka.

Saya rasa mata pelajaran yang amat memerlukan bantuan ialah mata pelajaran Matematik. Keputusan percubaan PMR bagi mata pelajaran ini masih rendah daripada matlamat kita. Semoga semua usaha murni tuan-tuan dan puan-puan akan meningkatkan kepetusan Matematik PMR sebenarnya. Keputusan PMR sebenar juga boleh ditingkatkan.

16 September 2007

MESYUARAT KURIKULUM PPD HULU SELANGOR

Semua pegawai berkaitan dikehendaki hadir mesyuarat Kurikulum di PPD Cawangan, 09.00 pagi 18 September 2007 (Selasa)

Pegawai terlibat ialah:
  1. Rozali bin Mazlan (Penolong PPD Pengurusan Akademik)
  2. Pn Hjh Hamidah bt Samad (KU Bahasa)
  3. En Aznan bin Kasan (KU Sains Matematik)
  4. Tn Hj Sameon b Sidik (KU Kemanusiaan)
  5. En Hasin b Masiman (Penyelia Peperiksaan)
  6. Tn Hj Seberi b Yusof (PPIM)
  7. En Hasren b Damiri(PKBSR)
  8. En Samsudin b Ahmad (PP j-QAF)
  9. En Kamal Maarof b Sairun (PPPIM)

Semoga kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan memastikan pengurusan Akademik daerah Hulu Selangor dapat dipastikan berjalan dengan baik dan lancar.

Pada hari Rabu, 19 September 2007, satu kursus pendek tentang penulisan skrip bagi menyediakan vedio koperat PPD Hulu Selangor akan diadakan di PPD Induk. Pegawai Sektor Akademik yang akan terlibat dalam penulisan skrip ini ialah:

  1. En Hasren b Damiri (Ketua)
  2. En Samsudin b Ahmad
  3. Tn Hj Sameon b Sidik
  4. Hjh Hamidah bt Samad

Semoga semuanya tidak lupa dengan tarikh berkaitan(19.09.2007) Semoga Sektor Akademik dapat membantu menyediakan skrip yang baik. Paling penting jangan lupa tarikh mesyuarat kita pada 18.09.2007.

Makluman terkini:

Mesyuarat Kurikulum tetap akan dijalankan seperti yang dijadualkan. Namun kursus penulisan skrip dipinda kepada 24.09.2007. Semoga semuanya maklum.

12 September 2007

KURSUS JU APLIKASI ICT KUMPULAN KEDUA DAERAH HULU SELANGOR

Pada hari ini sudah masuk hari kedua JU Aplikasi ICT menghadiri kursus JU di SK Kalumpang. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang hadir. Semoga semua yang hadir akan dapat melaksanakan tugas masing-masing dengan baik di peringkat sekolah masing-masimg. Walau bagaimanapun JU yang dipilih untuk membantu kursus peringkat daerah dapat memberikan kerjasama dalam hal tersebut.

Semoga latihan yang diadakan ini dapat menjadikan guru-guru daerah Hulu Selangor sebagai guru yang mahir menggunakan ICT dalam pengajaran & pembelajaran. Kita berhasrat dan berharap semoga pengajaran & pembelajaran dalam kelas guru-guru akan lebih menarik.

Terima kasih kepada semua JU yang mengendalikan kursus ini.

Rozali bin Mazlan
Penolong PPD Pengurusan Akademik

08 September 2007

JEYARAWARA ICTL BAGI PENOLONG KANAN KURIKULUM

Majlis ini telah dijalankan bagi daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor pada 05 September 2007 di SMK Bagan Terap, Sabak Bernam. 12 orang Penolong Kanan atau wakil daripada daerah Hulu Selangor telah hadir. Sekolah yang tidak hadir ialah:
SMK Kalumpang.
SMK Gedangsa.

Semoga kedua-dua buah sekolah ini tidak akan menghadapi masalah dalam melaksanakan program ini. Rujuk kepada sekolah yang telah hadir taklimat ini.Walau apa cara sekalipun program ini perlu dilaksanakan seperti pekeliling yang telah diedarkan.

Penolog PPD Akademik
PPD Hulu Selangor

KURSUS JU APLIKASI ICT DAERAH HULU SELANGOR

Surat untuk guru-guru sekolah menengah dan sekolah kebangsaan menghadiri kursus ini pada 11-12 September 2007 di SK Kalumpang, telah diedarkan. Patikan guru yang telah dipilih pihak sekolah membawa keperluan berikut:
  1. Laptop teknologi wifi
  2. Wayar sambungan

Selamat berkursus. Saya tidak dapat hadir pada tarikh tersebut kerana telah dikehendaki hadir kursus ISO pada saat akhir di Port Dickson.

Jurulatih yangakan menguruskan kursus ini ialah:

  1. Tn Syed Hassan b Syed Mohamad.
  2. Tn Hj Musalli b Md Sahid
  3. En Muslimin b Parman
  4. En Samsul b Selamat

Disediakann oleh

Rozali bin Mazlan/ PPPDPA Hulu Selangor.

MODUL ICTL SEKOLAH MENENGAH

Semua 14 buah sekolah pelaksana ICTL sekolah menengah dikehendaki mengambil modul ICTL daripada KUTV/Penolong PPD Pengurusan Akademik di PPD Cawangan. Sila dapatkan daripada petugas di kaunter PPD Cawangan.

Rozali bin Mazlan

03 September 2007

UPSR 2007

Kepada murid-murid tahun 6 2007, saya ingin mengucapkan selamat menghadapi UPSR. Jangan buang masa dalam tempoh 3 hari ini.Hanya antara 03-05 September 2007. Mungkin telah banyak masa digunakan untuk menyiapkan diri UPSR ini.

Jagalah diri masing-masing dengan baik. Jaga kesihatan masing-masing.

KUTVPPDHS.
03.09.2007