PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

22 April 2008

KURSUS APLIKASI SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN (SAP) DAN HEADCOUNT

Satu kursus di peringkat daerah akan diadakan pada tarikh 13-14 Mei 2008.
Setiap sekolah menengah dikehendaki menghantar 2 orang peserta ( Penolong Kanan Kurikulum dan seorang guru yang menguruskan "Headcount" di sekolah masing-masing.

Kursus ini akan dijalankan di Makmal Komputer SMK Kuala Kubu Bharu, 13-14 Mei 2008. Kursus akan dijalankan mulai 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Harap semua sekolah maklum dan bersedia:
Peserta dikehendaki membawa perkara berikut:
1. HEMver3 (SMM) bentuk solf copy.
2. Senarai nama murid beserta kad pengenalan bagi satu kelas tingkatan 3 di sekolah masing-masing( hard copy/ cetakan)
3. Laptop dan wayar sambungan.

Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi Penolong PPD Pengurusan Akademik (En Rozali bin Mazlan)

Semoga kursus ini mendatangkan faedah kepada semua pihak sekolah di daerah ini.