PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

20 March 2008

MAULIDUR RASUL

Pada 20 Mac 2008 Pejabat Pelajaran Daerah hulu Selangor mengadakan ceramah Maulidur Rasul untuk pegawai dan kakitangannya. Majlis ini dilaksanakan di Rumah Rehat Kuala Kubu Bharu. Sesi pagi semuanya mendengar ceramah tentang Sirah Nabi terutama tentang wujudnya Maulidur Rasul di dalam Islam.

Selepas majlis ini telah dijalankan Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan PPD Hulu Selangor untuk sesi 2008. Selepas itu suatu majlis perpisahan untuk pegawai dan kakitangan PPD Hulu Selangor yang telah bertukar dan bersara pada tahun ini dan tahun 2007.

Mereka yang hadir untuk diraikan ialah:
1. Tn Hj Rahim bin Omar.(bertukar ke JPN Selangor)
2. Cik Aidawati bt mahadi (bertukar ke PPD Klang)
3. En Mohd Radhi ( bersara)

Terima kasih kepada semua terutamanya penceramah yang dibawa dari SK Kerling, Hulu Selangor.