PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

15 March 2009

LAWATI LAMAN BLOG BARU

ASSALAMULAIKUM...

Saya bercadang untuk meninggalkan pengurusan blog ini pada masa ini. Saya baru menyediakan satu lagi laman blog saya. Saya akan memberikan tumpuan pada blog tersebut selepas ini. Jika perlu pada masa akan datang akan saya uruskan juga blog ini. InsyaAllah.

Sambungan pada blog baru ialah:

http://ppdhs.blogspot.com

Tuan-tuan boleh juga klik terus klik pada sidebar di sebelah kanan yang ada sambungan pada blog lain, yang tertulis "tppdhs"

12 March 2009

TAKLIMAT DAN LATIHAN PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK SELANGOR

Assalamualaikum....

Pada hari ini selesailah latihan dan taklimat Program Kecemerlangan Akademik Selangor peringkat daerah Hulu Selangor. Tahniah dan terima kasih kepada semua sekolah yang hadir dalam program latihan in. Terdapat sebuah sekolah, SM Sains Hulu Selangor tidak menghantar wakil dalam latihan dan taklimat ini. Apa juga alasan pihak sekolah, yang pasti pihak sekolah tidak mahu turut serta tanpa kami ketahui sebabnya.

Mungkin pada pendapat pihak sekolah, sudah memadai dengan hadir untuk program SAP pada tahun lalu. Walau bagaimanapun jika untuk menggunakan SAP-HC sudah pasti terdapat masalah juga. Kami di Pengurusan Akademik tidak dapat berbuat apa-apa.

Apa yang dapat dimaklumkan di sini, jika pihak sekolah berasa ada tanggungjawab untuk menggunakan program SAP-HC, silalah hubungi Jurulatih Utama yang ada. Rujuklah kepada mereka untuk mendapatkan latihan secara persendirian.

11 March 2009

TARIKH-TARIKH PEPERIKSAAN TAHUN 2009

Tarikh Peperiksaan yang dijadualkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) ialah seperti berikut. Linknya:
Semoga sambungan ini akan memudahkan semua pihak sekolah yang tidak mahu mencari di laman LPM

EDUWEBTV PERINGKAT DAERAH HULU SELANGOR

Pada hari ini lengkaplah kursus Eduwebtv peringkat daerah Hulu Selangor untuk kumpulan ke-3. Dengan ini lengkaplah 64 buah sekolah daerah ini mendapat latihan. Semoga kursus pendedahan ini akan memastikan kemahiran guru dapat dikembangkan di peringkat sekolah.

Kita berharap semua guru yang hadir dapat menimba ilmu dan kemahiran yang baik dalam hal ICT. Semoga kursus ini akan menghasilkan impak kepada semua murid yang terdapat di sekolah.

KURSUS PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK SELANGOR

Assalamualaikum...
Pada hari ini, Rabu, 11.03.2009, Hulu Selangor telah berjaya selesaikan kursus berkaitan untuk kumpulan sekolah pertama, iaitu:
1. Sekolah Menengah.
2. SJK Tamil.
3. SJK Cina.

Kursus ini dilaksanakan selama satu hari mulai 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Saya imgin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Jurulatih Utama SAP-HC dan Guru Cemerlang, Tn Hj Zainal Sudin kerana telah berjaya menyampaikan slot dan maklumat dalam kursus ini.

Kepada semua Penolong Kanan dan guru SAP-HC yang hadir harap dapat laksanakan kursus seperti ini di peringkat sekolah. Saya berharap program ini dapat menjadikan pengajaran dan pembelajaran di sekolah lebih berkesan dan berfokus.

10 March 2009

TAKLIMAT LDP "SCHOOL BASED" DAERAH HULU SELANGOR

Assalamualaikum...
Pada 10 Mac 2009 satu taklimat pelaksanaan LDP peringkat sekolah telah diadakan. Taklimat dilakukan pada pukul 2.30 petang yang melibatkan guru-guru Penolong Kanan sekolah daerah Hulu Selangor.

PPD diwakili oleh Penolong PPD Pengurusan Akademik dan Penyelia KBSR Daerah Hulu Selangor. Dengan berjalannya taklimat ini, diharap proses pengurusan LDP ini akan berjalan dengann baik daripada peringkat awal hingga selesai pada hujung tahun.

07 March 2009

MESUARAT PENYELARASAN KURIKULUM ICT BERSAMA UNIT KURIKULUM PENGKOMPUTERAN ICT JPN SELANGOR

Assalamualaikum....
Walaupun saya menghadiri taklimat LADAP di Hotel Regency, Kuala Lumpur, namun pada 6 mac 2009 saya juga terpaksa menghadiri mesyuarat penyelarasan kurikulum ICT bersama JPN Selangor di SMK Perimbun, Hulu Langat. Keadaan ini terpaksa dilakukan juga kerana sudah menjadi tanggungjawab memegang dua jawatan di peringkat daerah.

Itu adalah kali pertama saya menjejak kaki ke sekolah ini. Sekolah ini sebuah sekolah yang agak besar. Suasana sekolah agak menarik.

Saya ingin mengucapkan selamat bertugas semula kepada Penolong Pengarah Kurikulum ICT dan Pengkomputeran JPN Selangor. Beliau kemalangan dan terpaksa bercuti panjang. Semoga kehadiran semula beliau akan memastikan pelaksanaan mata pelajaran ICT dapat dipastikan berjalan dengan baik di negeri ini.

Oleh kerana saya terpaksa meninggalkan Hotel Regency, saya telah serahkan tugas bersama guru-guru Hulu Selangor yang lain meneruskan mendapatkan maklumat daripada bengkel di Hotel Regency. Saya percaya mereka mampu dan boleh menerima maklumat dengan baik.

BENGKEL PENGURUSAN LADAP SEKOLAH PERINGKAT NEGERI

Assalamualaikum...
Pada 6-7 Mac 2009, satu bengkel berkaitan telah dianjurkan oleh Pusat Latihan JPN Selangor di Hotel Regency, Kuala Lumpur. Bengkel ini untuk memastikan perjalanan Latihan peringkat sekolah dapat berjalan dengan baik.

PPD Hulu Selangor diwakili oleh Penolong PPD Pengurusan Akademik, Penyelia KBSR dan beberapa orang guru yang telah dipilih untuk turut serta. Guru-guru ini akan menjadi Jurulatih Utama di peringkat daerah untuk membantu PPD termasuk dalam proses pemantauan.

Saya berharap perjalanan LADAP peringkat sekolah akan dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar.

03 March 2009

PENUTUPAN KURSUS TATAKELAKUAN GURU SEBAGAI PENJAWAT AWAM

Assalamualaikum...

Pada 03.03.2009 suatu kursus berkaitan telah diadakan di SK Ulu Yam Bharu anjuran IP Teknik Kuala Lumpur. Terima kasih kepada semua pensyarah IP Teknik yang telah menyampaikan maklumat dan kursus berkaitan. Bagi guru-guru yang hadir diharap dapat mengambil manfaat daripada kursus seperti ini.

Saya berharap guru yang hadir selama satu hari, pada masa yang sama terpaksa meninggalkan kelas masing-masing dapat memastikan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan mendatangkan impak yang besar dalam pendidikan di peringkat sekolah.

Semoga akan terdapat kursus-kursus lain yang seumpamanya pada masa akan datang dapat dilaksanakan kepada guru-guru di daerah ini. insyaAllah.

TAKLIMAT PELAKSANAAN KURIKULUM PRASEKOLAH DAN SEKOLAH RENDAH

Pada 2.03.2009 Bahagian Pembangunan Pendidikan (BPK) telah mengadakan taklimat kepada pegawai-pegawai Bahagian KPM, JPN seluruh Malaysia dan Semua PPD seluruh Malaysia tentang pelaksanaan Transformasi dalam Kurikulum mulai 2010.

Kurikulum yang diperkenalkan akan melalui masa rintis pada tahun ini. Kurikulum ini akan dikenali sebagai:

1. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
2. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Semoga semua warga pendidik akan bersedia untuk menerima dan melaksanakan transformasi ini.

01 March 2009

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK TMN BUNGA RAYA (1)

Assalamualaikum...
Pada 01 Mac 2009 (Sabtu), saya berkesempatan bersama-sama warga SK Taman Bunga Raya dalam Sukan Tahunan sekolah ini untuk kali ke-6. Kejohanan bermula pada pukul 8.00 pagi.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah khasnya Guru Besar, Pn Zalinah bt Zubir. Semoga sukan ini akan dapat mendatangkan impak yang besar kepada murid-murid di sekolah. Bagi saya sukan bukanlah semata-mata sukan sahaja. Dalam kejohanan seperti ini pasti ada banyak penerapan dapat dilakukan. Dalam masa kita mengharapkan murid dapat pergi jauh dalam olahraga, pada masa yang sama segala elemen positif dalam membentuk modal insan yang berkelas dunia dapat dihasilkan. Kita berharap murid-murid dapat menerima penerapan yang baik dalam aktiviti seperti ini.

Sudah pasti ada unsur jatidiri, kerjasama,tolak ansur, kecekalan, menerima erti menang dan berjaya dan mengenal juga erti kalah dan gagal. mungkin banyak lagi perkara positif boleh diterapkan.