PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

07 May 2008

PROGRAM BTPN SELANGOR DI HOLIDAY VILLA SUBANG JAYA

Pada 5 Mei 2008 saya telah menghadiri mesyuarat anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Selangor di Holiday Villa. Mesyuarat yang dibahagikan kepada dua bahagian.
Mesyuarat Pertama:
Mesyuarat bermula 8.30 pagi yang dipengerusikan oleh Tuan Timbalan Pengarah iaitu Tn Hj Bajuri bin Abdullah. Selain perutusan dan ucapan Pengerusi, mesyuarat ini mendengar 2 pembentangan kertas kerja:
1. Isu-isu Pelaksanaan Pusat Akses Sekolah di Selangor, disampaikan oleh En Mohd Noor Leza b Mansor.
2. Tahap Pencapaian Sekolah Bestari Perdana Selangor Melalui Penilaian Smart School Qualification Standard (SSQS), disampaikan oleh En Khairie bin Sharip.

Mesyuarat Kedua:
Mesyuarat masih dipengerusikan oleh Tn Hj Bajuri bin Abdullah. Terdapat pembentangan 2 kertas laporan:
1. Laporan status pelaksanaan program NILAM peringkat negeri Selangor tahun 2007, oleh Tn Hj Ahmad Dahlan bin Kardi
2. Laporan Status Perjawatan Guru Perpustakaan dan Media Sekolah negeri Selangor tahun 2008, disampaikan oleh Nik Asma bt Nik Ahmad.

Melalui mesyuarat ini didapati SMK Kuala Kubu Bharu, sekolah Bestari di Hulu Selangor telah diberikan kedudukan 3 bintang oleh BTP. Sekolah ini menduduki kedudukan ke- 6 daripada semua sekolah Bestari yang terdapat di Selangor dan Putrajaya.
Tahniah juga kepada SM Sains hulu Selangor kerana pelajar sekolah ini, Siti Aishah bt Razali telah dianugerahkan sebagai Johan Anugerah NILAM Kebangsaan Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar.