PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

25 June 2008

MESYUARAT AKADEMIK PENOLONG PPD PENGURUSAN AKADEMIK BERSAMA JPNS

Mesyuarat ini akan diadakan di daerah Hulu Selangor iaitu pada 26 Jun 2008 di SMK Kuala Kubu Bharu. Saya ingin mengucapkan selamat datang kepada semua pegawai daripada Sektor Pengurusan Akademik JPNS dan Penolong PPD Pengurusan Akademik negeri Selangor ke Hulu Selangor.

Minta maaf kepada semua kerana saya tidak dapat bersama-sama dalam mesyuarat tersebut. Walau bagimanapun semua pegawai PPD Hulu Selangor Pengurusan Akademik yang tidak terlibat dengan mana-mana tugas atau mesyuarat yang penting tetap akan bersama. Saya akan diwakili oleh Ketua Unit Bahasa PPD Hulu Selangor, Pn Hjh Hamidah bt Samad.

Saya harap rakan-rakan daripada pengurusan Akademik yang lain akan dapat membantu bagi melicinkan mesyuarat tersebut.

BERITA PEPERIKSAAN (PETIKAN AKHBAR)

Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) mengumumkan tarikh baru bagi tiga peperiksaan iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada tahun ini.
Tarikh baru bagi UPSR ialah 9 sehingga 11 September,
PMR (13-17 Oktober) dan
STAM (20-22 Oktober dan 28-29 Oktober).
Bagaimanapun tarikh bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikekalkan pada 12 November sehingga 6 Disember.
Dipetik dari Utusan Malaysia

17 June 2008

BUKU ICTL SEKOLAH MENENGAH / GUIDELINE FOR SECONDARY SCHOOL

Bersama ini link ke bahan tersebut
http://www.scribd.com/doc/2965567/ICTLGuideline-07?query2=buku%20skrap%20ictl%20form%201%202008

Semoga bahan ini memudahkan guru ICTL yang tidak mendapat cariannya di laman KPM