PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

15 April 2007

penarapan dan penilaian semua makmal komputer sekolah

PENARAPAN DAN PENILAIAN MAKMAL KOMPUTER SEMPENA PROGRAM PERMATA PERINGKAT DAERAH DAN NEGERI.

Makluman kepada semua sekolah di daerah hulu Selangor. Pemberitahuan ini telah dibuat dalam perjumpaan dengan Pengetua/Guru Besar, Penolong Kanan, Ketua Bidang Teknik & Vokasional juga penyelaras makmal komputer pada awal tahun 2007 hingga terkini.

Makluman surat siaran secara rasmi ke sekolah telah dilakukan. Siaran ini khas bagi semua sekolah yang mempunyai makmal komputer Kementerian Pelajaran Malaysia. Proses penilaian dilakukan oleh satu kumpulan panel yang telah dilantik oleh PPD Hulu Selangor. Semua makmal komputer yang berlainan jenis di sekolah akan dinilai secara berasingan. Penarapan akan memberi nilai makmal komputer bintang tertentu.Penilai-penilai ini akan datang memantau mulai 23 April 2007, ke semua sekolah yang berkaitan. Bersama surat siaran rasmi ini, jadual penilaian telah di sediakan. Jika pihak sekolah tidak dapat maklumat ini boleh muat turun daripada:
http://www.esnips.com/doc/1943461f-3999-4dd1-8835-bedb54c19111/inst-sekolah bagi mendapatkan contoh instrumen.
http://www.esnips.com/doc/04907beb-aad5-46a9-b071-163028f5369a/jadual bagi melihat jadual kehadiran penilain ke sekolah masing-masing.

Penilai yang telah dilantik dan dilatih secara rasmi ialah:
  1. En Abd Wahi bin Wahid (PKG Kalumpang)
  2. Tn Syed Hassan bin Syed Mohamad (SMKKKB)
  3. Pn Norzaida bt Abdullah (SMK DHK)
  4. Pn Saemah bt Mat Sahir (SMK Ampang Pecah)
  5. En Wan Zaki bin Wan Muda (SMK Bdr Baru Btg Kali)
  6. Tn Hj Yusof bi Jamaluddin (SMK Syed Mashor)
  7. En Muslimin bin Parman (SMK Bukit Sentosa)
  8. En Abd Halim bin Damid (SK Kerling)
  9. En Mohd Zaironi bin Markimin (SK Bukit Sentosa)
  10. En Abd Wahib bin Mohd Nasir (SK Tmn Bunga Raya(1)
  11. En Parabakaran a/l Subramaniam (SJK T Sungai Choh)

Semoga semua pihak dapat memberikan kerjasama dalam pelaksanaan program ini.

Disediakan oleh KUTVPPDHS/15.04.2007.