PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

29 September 2007

PMR 2007

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PMR KEPADA SEMUA PELAJAR TINGKATAN TIGA TAHUN 2007. PEPERIKSAAN AKAN BERMULA PADA HARI ISNIN 01 OKTOBER 2007.

SEBENARNYA SEMUA ORANG YANG BERSANGKUT PAUT DENGAN ANDA PASTI AKAN MENDOAKAN KEJAYAAN UNTUK SEMUA, TERUTAMA IBU BAPA DAN KELUARGA, TIDAK LUPA GURU-GURU YANG MENGAJAR ANDA.

SEMOGA TAHUN 2007 AKAN MEMBAWA TUAH YANG BESAR KEPADA PENDIDIKAN KHASNYA SEMUA MURID DI HULU SELANGOR.

SELAMAT BERJAYA.
Rozali bin Mazlan

SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT HARI RAYA

Pada ruang ini saya ingin mengambil kesempatan ingin mengucapkan selamat berpuasa pada tahun ini. Saya juga ingin mengucapkan maaf zahir & batin, selamat hari raya aidil adha kepada semua yang mengenali saya.

Ucapan ini saya tujukan khas kepada warga PPD hulu Selangor, khasnya Tuan PPD, semua Penolong PPD, semua pegawai dan kakitangan . Selain itu juga ucapan ini saya tujukan juga untuk rakan-rakan KUTV semua daerah di Selangor, termasuk semua Penolong PPD Pengurusan Akademik dari daerah negeri Selangor.

Saya ingin mengucapkan ucapan ini kepada semua warga pendidik khasnya yang bertugas di sekolah-sekolah di Hulu Selangor, khasnya Pengetua, Guru Besar, semua Penolong kanan dan warga guru. Tidak lupa semua kakitangan sokongan di daerah Hulu Selangor.

Jumpa lagi di masa akan datang.
Rozali Mazlan