PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

10 April 2007

program i-board

Pemantauan dan taklimat program rintis "i-board".

Semua KUTV daerah di negeri Selangor bermesyuarat di SMK Bukit Changgang, Kuala Langat pada 10 April 2007.

Semua yang hadir memantau dan menyaksikan pengajaran & pembelajaran guru Biologi dan Fizik mengajar menggunakan i-board. Sekolah ini adalah sebagai sekolah rintis yang menggunakan kemudahan ini.

Teknologi terkini ini nampak cukup canggih, malah memudahkan guru. Murid sendiri lebih mudah dan belajar dengan menyeronokkan.

Selepas itu wakil syarikat yang menjalankan rintis ini menunjukkan secara detail bagaimana kemudahan ini berfungsi. Sekolah ini adalah sekolah pelaksana MPV iaitu Katering dan Penyajian dan juga Seni Reka Tanda.

Bersama ini disediakan gambar-gambar yang diambil sepanjang KUTV berada di SMK Bukit Changgang. Gambar semasa menunggu kehadiran Ketua Sektor Pengurusan akademik, semasa dalam kelas Biologi dan Fizik,dan semasa makan di restoren MPV Katering dan Penyajian.

http://s162.photobucket.com/albums/t246/rorokiza

Jika perlukan lebih banyak gambar, boleh muat turun dari:
http://www.mediamax.com/kutvppdusel

Jika terlupa alamat di atas, tuan-tuan boleh klik pada link yang terdapat pada sidebar (warna biru sebelah kanan).

Semoga sekolah lain akan dapat kemudahan ini jika kementerian bercadang untuk meluaskan penggunaannya di sekolah-sekolah lain.

Semua KUTV ingin mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah, SMK Bukit Changgang, PPD Kuala Langat dan JPNS kerana memberi peluang kepada KUTV untuk memantau penggunaan peralatan ini.

Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
10.04.2007
22 Rabiulawal 1428.