PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

01 July 2007

KUMPULAN KECEMERLANGAN SEKOLAH DAERAH HULU SELANGOR

Kursus PIPP di Genting View pada 26-28 Julai 2007 telah mencatatkan sejarah bagi Pembangunan Sekolah-sekolah daerah Hulu Selangor. Daripada cadangan Tn PPD, Tn Hj Suhaimi bin Rashid, maka telah dibentuk 4 kumpulan sekolah-sekolah rendah daerah.

Kumpulan yang diwujudkan adalah bagi mewujudkan AJK bagi meningkatkan sekolah rendah yang mempunyai masalah dan sumber murid yang hampir sama. Kumpulan itu terdiri daripada:

  1. Kumpulan 9 buah sekolah SJK Cina.
  2. Kumpulan 9 buah sekolah SJK Tamil.
  3. Kumpulan 15 buah sekolah kebangsaan murid ramai.
  4. Kumpulan 15 buah sekolah kebangsaan murid sedikit.

Empat kumpulan sekolah-sekolah ini telah mengambil peluang semasa kursus PIPP untuk menubuhkan AJK setiap kumpulan. Kumpulan ini akan merancang aktiviti yang boleh dijalankan oleh sekolah ahli kumpulan masing-masing; progran kurikulum, sahsiah, kokurikulum dan pentadbiran.

Untuk masa terdekat, Tn PPD berhajat untuk mengadakan mesyuarat JK Kurikulum daerah kali ke-2 s007 dalam bulan Julai. Setiap kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan kumpulan dalam mesyuarat pertama di Genting View yang lalu. Tumpuan pembentangan pertama adalah untuk program kurikulum.

Semoga semua Pengerusi kumpulan-kumpulan ini dapat mengambil tindakan yang sewajarnya. Pada mesyuarat kurikulum akan datang mungkin kita boleh mendengar cadangan aktiviti/program yang menarik dan dapat memberi manfaat kepada setiap sekolah dalam kumpulan masing-masing.

Alangkah baiknya pembentangan program atau aktiviti setiap kumpulan dibuat dalam pendekatan ICT, menggunakan power point.

KUTV berharap berbincangan tempoh hari akan menghasilkan sesuatu yang istimewa pagi program kurikulum di daerah Hulu Selangor.

KUTVPPDHS/01.07.2007.