PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

15 January 2007

anugerah makmal komputer 2007

ANUGERAH MAKMAL KOMPUTER 2007

Salah satu program ICT tahun ini ialah anugerah makmal komputer terbilang 2007. Program ini akan dijalan di peringkat daerah dan seterusnya di peringkat negeri.

Semua penyelaras makmal komputer dikehendaki bersedia dalam hal ini. Jadikanlah makmal komputer di sekolah sebagai tempat yang digemari oleh semua murid dan warga sekolah. Urus dan gunakanlah makmal komputer ini secara yang baik dan teratur.

Kejayaan atau kegagalan makmal komputer sudah pasti menjadi tanggungjawab semua warga di sekolah. Oleh kerana ICT menjadi agenda yang besar, sudah pasti penyelaras akan menjadi individu yang akan memberi sumbangan dengan kejayaan program ini atau sebaliknya.

Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
15.01.2007
25 Zulhijjah 1427.

anugerah bengkel KHB kali pertama negeri Selangor

MAKLUMAN PENTING UNTUK SEMUA PANITIA KHB DI SEKOLAH MENENGAH

ANUGERAH BENGKEL KHB GEMILANG 2007

Buat julung kali pada tahun ini, satu anugerah akan diberi kepada sekolah di peringkat daerah dan negeri.

Semua sekolah diharap dapat mengambil tindakan proaktif untuk memastikan bengkel KHB daerah Hulu Selangor berkeadaan baik. Semua guru yang bertanggung jawab terhadap bengkel-bengkel ini dapat bergerak lebih awal.

Taklimat akan dibuat, kemungkinan pada bulan Februari 2007. Walau bagaimanapun, tidak menjadi kesalahan jika para guru dapat bertindak menceria dan menguruskan bengkel lebih awal.

Syarat anugerah akan dikemukan kepada semua sekolah selepas ini. Pada dasarnya anugerah mengikut kategori jenis bengkel akan diwujudkan. Walau bagaimanapun anugerah keseluruhan hanya akan diberi kepada sekolah yang berjaya menawarkan keempat-empat subjek KHB di sekolah masing-masing.

GERAKKAN PENGURUSAN BENGKEL KHB SEKOLAH MASING-MASING.

Semoga semua menerima masej ini.

Disediakan oleh
KUTV PPDHS
15.01.2007
25 Zulhijjah 1427.