PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

28 December 2006

ROUTER SCHOOL-NET

DIHARAP AMBIL PERHATIAN SEMUA SEKOLAH, SEMOGA MENGHIDUPKAN / 'ON' ROUTER SCHOOL-NET 48 JAM TERUS MENERUS:

JANGAN LUPA LAKUKAN PADA 08-09 JANUARI 2007.

ATAS ARAHAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

HARAP SEMUA PENYELARAS MAKMAL KOMPUTER ATAU PENYELARAS ICT DAPAT MENGAMBIL TINDAKAN YANG SEWAJARNYA.

kutv ppdhs
28.12.2006
07 Zulhijjah 1427.

SIJIL BPPT SK HULU BERNAM

Sijil BPPT ambilan 6,7,8 dan 13 guru sekolah rendah telah diserahkan kepada semua guru besar atau wakil yang menghadiri mesyuarat guru besar dengan PPD di rumah Rehat Kuala Kubu Bharu pada 28.12.2006 (09.00 am - 01.00 pm )

Semua sijil telah diserahkan. Harap guru-guru dapatkan daripada pihak pentadbir / guru besar masing-masing. Hanya sijil-sijil guru sekolah:
SK HULU BERNAM
masih tidak dapat diserahkan.

Pihak guru boleh mengambil tindakan menghubungi KUTV.
Guru terlibat ialah:
1. Shamsiah bt Bustami
2. Aminatulida bt Yob
3. Zaleha bt Abu

Pihak sekolah/ guru besar boleh rujuk kepada KUTV dalam hal ini.

Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
28.12.2006
07 Zulhijjah 1427.

27 December 2006

SCHOOLNET

ROUTER SCHOOLNET HENDAKLAH 'ON'
PADA TARIKH: 08-09.JANUARI 2007 (48 JAM)
TUJUAN SELENGGARA OLEH PIHAK GITN DAN KPM

Jika diikutkan, arahan Kementerian Pelajaran Malaysia, menghendaki ROUTER ini dipasang secara berterusan, bagi tujuan pemantauan.

Pada tarikh berkaitan setiap sekolah dimestikan 'ON' kan.
Pesanan ini telah disampaikan oleh Penolong PPD Sektor Pengurusan Sekolah semasa mesyuarat dengan Pengetua-pengetua di PPDHS.

Ini adalah pesanan Unit ICT PPDHS.
Diharap semua penyelaras makmal/ penyelaras ICT dapat mengambil tindakan yang wajar.

Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
27.12.2007 / 06 Zulhijjah 1427.

SIJIL BPPT AMBILAN 6,7,8 DAN 13 2006

PENYERAHAN SIJIL BPPT YANG TERTANGGUH BAGI SESI 2006
SEKOLAH MENENGAH

Oleh kerana masalah teknikal sijil BPPT tidak dapat dikeluarkan semasa tamat kursus bagi setiap sesi berkaitan. Sijil-sijil berkaitan telah diserahkan semasa mesyuarat pengurusan pengetua di PPD Hulu Selangor, 27 Disember 2006, pukul 02.00 petang.

Peserta-peserta boleh dapatkan daripada pengetua masing-masing. Sijil berkenaan melibatkan:
  • SM Sains Hulu Selangor(3)
  • SMK Ampang Pecah (4)
  • SMK Bdr. Baru Btg. Kali(5)
  • SMK Bdr. Sg. Buaya(2)
  • SMK Bukit Sentosa(5)
  • SMK Dato Hj kamaruddin(3)
  • SMK Kalumpang(2)
  • SMK Kg. Soeharto(2)
  • SMK Kuala Kubu Bharu(5)
  • SMK Serendah(5)
  • SMK Sg. Choh(4)
  • SMK Syed Mashor(4)
  • SMK Tmn. Bunga Raya(4)

Dengan ini semua sijil bagi sekolah menengah telah selesai diserahkan. terima kasih.

Disediakan oleh KUTVPPDHS

27.12.2007 / 06 Zulhijjah 1427

24 December 2006

IMBAS KEPUTUSAN PMR 2005 (TV)

ANALISIS RINGKAS SUBJEK TV 2005

Menjelang keputusan PMR yang akan dikeluarkan tidak lama lagi, elok kita imbau kembali keputusan 2005 sebagai bandingan yang akan dibuat bagi PMR 2006.

Peratusan tertinggi:

1. KHB P&K (Pil 4) 98.81% (rank 1)
2. KHB ERT (Pil 2) 97.98% (rank 2)
3. KHB KT (Pil 1 ) 95.14% (rank 5 )
4. KHB Pertanian (Pil 3) 89.78% (rank 10)

Berdasar GPMP subjek:
1. KHB P & K ( Pil 4 ) 2.24 ( rank 1)
2. KHB ERT ( Pil 2 ) 2.31 (rank 3 )
3. KHB KT (Pil 1 ) 2.36 (rank 4)
4. KHB Pertanian (Pil 3 )2.82 (rank 10)

Semoga peningkatan dapat dilihat pada keputusan 2006.

Disediakan oleh
KUTV PPDHS
24.12.2006 / 03 Zulhijjah 1427

20 December 2006

PENGERUSI MATA PELAJARAN

PENGERUSI MATA PELAJARAN BIDANG TEKNOLOGI & VOKASIONAL

Berikut adalah pengerusi mata pelajaran Teknik & Vokasional yang dicadangkan oleh Majlis Pengetua daerah Hulu Selangor.

1. Ekonomi Asas (SMK Kuala Kubu Bharu)
2. Perdagangan (SMK Serendah )
3. Perinsip Akaun (SMK Sungai Choh )
4. Sains Pertanian (SMK Kg. Soeharto )
5. ERT (SMK Dato Hj Kamaruddin )
6. Teknologi Maklumat (SMK Sungai Choh )
7. Lukisan Kejuruteraan (SMK Kuala Kubu Bharu )
8. KHB ERT (SMK Dato Hj Kamaruddin )
9. KHB Perdagangan & Keusahawanan ( SMK Sungai Choh)
10. KHB Kemahiran Teknikal ( SMK kalumpang)
11. KHB Pertanian ( SMK Kg. Soeharto )

Pengerusi dan Naib Pengerusi mata pelajaran sekolah rendah

1. KHB Sekolah Rendah ( SK Sg. Tengi - Pengerusi)
( SK Seri Keledang - Naib Pengerusi )


Semoga pengerusi dapat mengambil tindakan untuk melaksanakan program subjek masing-masing peringkat daerah.

Dicatatkan oleh
KUTV PPDHS
20.12.2006
29 Zulkaedah 1427

19 December 2006

MENJELANG TAHUN 2007

Menjelang tahun 2007, banyak perkara yang kita nanti-nantikan. Sepuluh hari terakhir ini, pihak pengurusan sekolah pasti sedang bertungkus lumus menyiapkan segala keperluan untuk sesi persekolahan yang baru. Pentadbir pasti mahu memastikan hari pendaftaran murid baru berjalan dengan baik. Mereka pasti berusaha memastikan tidak ada masalah semasa ibu bapa hadir ke sekolah.

Pada masa yang sama murid-murid lama mereka akan hadir ke sekolah dengan segala keperluan dapat disediakan. Segala kutipan yuran akan berjalan dengan baik, apatah lagi selepas mendapat taklimat daripada pihak pendaftar JPNS tentang kutipan yuran.

Bagi yang menyambut Krismas akan bersiap sedia menyambut perayaan tersebut. Pada masa yang sama murid-murid yang mengambil PMR pada bulan Oktober yang lalu akan sentiasa berdebar-debar menantikan keputusan yang dijangka diumumkan pada 28 Disember 2006. Tidak kurang rasa debaran kepada semua pendidik yang berkaitan. Semoga semuanya mendapat keputusan yang baik dan cemerlang seperti yang diharapkan.

Warga pendidik yang beragama Islam akan menyambut 'Hari Raya Kurban' pada penghujung tahun ini. Selepas itu kita semua akan melangkau ke tahun baru, iaitu tanda bermulanya tahun baru 2007. Tidak beberapa hari selepas itu persekolahan tahun 2007 akan bermula, insyaAllah kita semua akan akan sama-sama menyambung tugas dan perkhidmatan kita dalam pendidikan.

Selamat berjaya kepada warga pendidik di Hulu Selangor

KUTV PPDHS
19.12.2006





18 December 2006

SEKOLAH ANGKAT KUTV

SEKOLAH-SEKOLAH ANGKAT KUTV PPDHS

Minggu persekolahan 2007 akan bermula tidak lama lagi. Semoga semua sekolah bersedia menghadapi permulaan sesi persekolahan.

Sekolah Angkat KUTV ialah:

1. SMK Bandar Baru Batang Kali
2. SK Hulu Yam Lama
3. SJK C Khing Ming

Semoga ketiga-tiga sekolah, dipimpin oleh pengetua / guru besar sekarang akan berjaya menguruskan permulaan sekolah 2007 dengan baik dan lancar. Kepada pengetua/guru besar, penolong-penolong kanan, guru semua pasti telah mula menyiapkan segala keperluan yang dikehendaki pada awal tahun.

Dengan persiapan yang rapi dan dilakukan lebih awal, segala perkara yang perlu pada awal tahun 2007 akan dapat dibereskan. KUTV jika ada kelapangan akan datang melawat sekolah tuan-tuan dan puan-puan pada minggu akhir sebelum sekolah dibuka. InsyaAllah jika tidak ada halangan.

Tahniah dan terima kasih kepada semua warga ketiga-tiga sekolah kerana telah berjaya mengharung tahun 2006. Pasti banyak pengalaman yang boleh digunakan untuk setiap sekolah gunakan bagi menambah baik segala pelaksanaan 2007, khususnya hal-hal yang berkait dengan pengajaran & pembelajaran.

KUTV berharap tahun 2007 akan mendatangkan banyak perkara-perkara baru yang dapat menambah baik sekolah dari semasa ke semasa.

Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
18.12.2006




17 December 2006

KUTV PPDHS

MENGHIDUPKAN PENDIDIKAN YANG BERMAKNA DALAM DUNIA PENDIDIKAN

Saya pernah terbaca pada tulisan Marzita Abdullah yang pernah dikeluarkan di Utusan Malaysia dan dipaparkan juga dalam laman web Pusat Perkembangan Kurikulum. Sehingga hari ini rencana ini masih terdapat di sana.


"satu kajian yang dilakukan terhadap 1000 orang pelajar di sekolah kebangsaan dan agama di Kedah, Johor, pahang, Selangor dan Sarawak menunjukkan minat pelajar yang tinggi terhadap literasi bahasa.

Kajian yang dilakukan oleh Timbalan Dekan Pentadbiran dan Penyelidikan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM) Prof. Mahzan Arshad mendapati guru yang mengajar bahasa lebih berfokuskan kepada peperiksaan"

Adakah ini berlaku dalam pengajaran bahasa sahaja? Rasanya perkara ini juga berlaku pada subjek yang lain. Penekanan terhadap peperiksaan telah berlaku terlalu lama, semenjak zaman penjajahan British lagi perkara ini berlaku.

Adakah dengan pengumuman Kementerian Pelajaran Malaysia bahawa sistem peperiksaan akan dikaji semula mampu mewujudkan pendidikan yang lebih bermakna. Pasti ini bertujuan mengurangkan penekanan berlebihan terhadap peperiksaan pada masa akan datang.

Apabila 10% markah kokurikulum diambil kira untuk kemasukan ke IPTA, sekali lagi kita tertanya-tanya, mampukah perkara ini mengurangkan penekanan terhadap peperiksaan?, Perkara ini hanya melibatkan 10% sahaja . bagaimana 90% lagi?, Apa yang pasti para pendidik tetap mengarahkannya kepada aspek peperiksaan juga. Mungkin terdapat yang akan memberikan tumpuan lebih 10% dalam bidang ini, malah mungkin 50%. Lebih parah lagi jika kokurikulum menguasai dunia pendidikan.

Kita pasti setuju bahawa pendidikan melalui pengajaran & pembelajaran sama ada di dalam kelas atau tempat-tempat lain yang diwujudkan oleh guru adalah aspek yang paling penting.

Dalam hal ini, kaum pendidik seharusnya mengisi pengajaran & pembelajaran dengan aspek yang lebih bermakna. Dengan cara ini anak didik kita akan mendapat kemahiran untuk meneruskan pengajian dan menempuh hidup pada masa akan datang. Kita tidak sepatutnya menjadi penyampai maklumat semata-mata dan terus memberi fokus pada peperiksaan.

Jika kita rujuk pada definasi kurikulum kebangsaan yang tercatat pada Akta Pendidikan 1996, kurikulum adalah satu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi....

Daripada Akta Pendidikan ini kita sepatutnya sedar bahawa pendidikan membawa pentakrifan yang luas. Kita tidak hanya memastikan mereka lulus peperiksaan awam sahaja. Pasti kita tidak mahu generasi yang dilahirkan melalui pendidikan ita, semuanya mempunyai ilmu dikumpul sepenuhnya daripada curahan para pendidik dan dimuntahkan mereka dalam peperiksaan.

Apakah maknanya mereka berjaya alam peperiksaan tetapi gagal menjadi warga negara yang kita harapkan seperti tertera dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Pengajaran & pembelajaran bahasa Inggeris juga sepatutnya dihidupkan dan diberikan perhatian yang serius. Berapa ramai yang pergi bersekolah gagal menguasai bahasa ini walaupun telah melalui tempoh persekolahan yang lama, sehinggalah membawa ke alam kerjaya masing-masing.

Ramai juga anak didik kita boleh menjawab dalam peperiksaan dengan keputusan yang baik. Keputusan yang baik ini adalah hasil daripada dedikasi pendidik memberi fokus ke arah menghadapi peperiksaan. Walau bagaimanapun kita perlu sedar ramai di kalangan anak didik ini gagal menggunakan bahasa ini kerana tidak mendapat ruang dan peluang yang cukup untuk menjadi mahir. Pasti banyak faktor perkara ini terjadi, salah satu daripadanya sudah pasti kerana tumpuan pendidik masih juga pada peperiksaan.

Marilah kita renungkan betapa tingginya kedudukan pendidik dalam dunia pendidikan. ini dapat dipetik daripada hadis yang diriwayatkan oleh Tirmidzi (Iliya Ulumuddin oleh Imam al-Ghazali); Sesungguhnya Allah s.w.t, para malaikat serta penghuni langit dan bumi hinggakan semut yang ada di dalam lubangnya dan ikan yu yang ada di lautan, semuanya memohon rahmat untuk mereka yang mengajar orang ramai ke arah kebaikan.

Kemudahan ICT yang terdapat di sekolah hari ini adalah sebagai kemudahan yang boleh mewarnai pengajaran & pembelajaran guru-guru. Walau bagaimanapun kita tidaklah dituntut sepanjang masa menggunakan kemudahan ini. Namun kreativiti guru semua pasti wujud pengajaran yang bermakna dan berkesan.

Janganlah hendaknya cucu cicit kita menyalahkan kita pada suatu hari nanti dalam hal pendidikan yang kita berikan pada mereka. Marilah kita berfikir bersama-sama, sebagai golongan yang mendokong bidang ini sepenuhnya. Mahukah kita kekalkan segala perkara biasa yang telah kita warisi dan menurunkannya kepada generasi seterusnya, sedangkan kita telah sedar apa-apa yang kita wariskan tidak memadai untuk mereka.

Semoga tulisan secara ringkas ini dapat menyedarkan diri saya dan rakan-rakan lain yang mahu berkongsi bersama-sama. Minta maaf jika terdapat salah dan silap dalam tulisan ini.

Sekian. Terima kasih.

Diusahakan oleh
KUTV PPDHS
17.12.2006

16 December 2006

RUANGAN MENYAMPAIKAN RESPON DAN MAKLUMAT LAIN

BAGI ANDA YANG MAHU MENYAMPAIKAN MAKLUMAT DAN RESPON TERHADAP UNIT TEKNOLOGI DAN VOKASIONAL, BOLEH JUGA MENGGUNAKAN RUANGAN YANG TERSEDIA INI.

MASUKLAH RUANGAN COMMENTS DI BAWAH INI.
TINGGALKANLAH SEGALA PESANAN DAN MAKLUMAT ANDA DI SINI.

JANGAN LUPA TINGGALKAN PENGENALAN DIRI ANDA, BAGI MEMBOLEHKAN SAYA MEMBERIKAN RESPON SEMULA TERHADAP MAKLUMAT YANG ANDA MASUKKAN.

KUTV PPDHS
15.12.2006
SABTU




15 December 2006

PEPERIKSAAN PTK WARGA PENDIDIKAN

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PTK KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK DAERAH HULU SELANGOR.

Pada tarikh: 26, 27 dan 28 Disember 2006 menjadi ketika paling penting bagi warga pendidikan yang mendaftar menduduki peperiksaan PTK. Kumpulan yang terlibat ialah staf sokongan, guru/pegawai DGA29, DGA32, dan DG41.

Rakan-rakan dari PPDHS, khususnya pegawai-pegawai sektor ekademik selamat berjuang. Ucapan ini saya tujukan khas kepada En Hasren(Penyelia KBSR), En Kamal Maarof( Penolong Penyelia Pendidikan Islam & Moral) dan En Samsudin (Penyelia j-Qaf.

Semoga semua warga pendidikan daerah Hulu Selangor yang terlibat akan berjaya dengan cemerlang. Jangan lupa melakukan ulang kaji dalam masa yang terdekat ini. Selamat berjaya.

disediakan oleh
KUTV PPDHS
15.12.2006



CALON PESERTA KURSUS BPPT 2007

PENCALONAN PESERTA KURSUS BPPT SESI 2007

Kursus BPPT akan disambung pada tahun 2007. Pihak sekolah diminta mencalonkan peserta-peserta yang akan menghadiri kursus ini.

Surat bertarikh 14.12.2006 telah diedarkan pada 15.12.2006 kepada semua sekolah.
Kursus ini akan dilaksanakan di SMK Syed Mashor, Batang Kali.

Calonkan mana-mana guru yang masih belum hadir sebelum ini, mesti guru tetap.
Guru kontrak dan GSTT tidak dibenarkan hadir kursus ini.

Buat pertama kali Sekolah Agama (SM Agama Tinggi KKB dan SA Sungai Selesik dibenarkan menghadiri kursus ini, walau bagaimanapun mesti memenuhi syarat.

Hantar borang pencalonan kepada KUTV PPDHS pada atau selewat-lewatnya pada 12.01.2007.

Bagi ambilan pertama pihak sekolah boleh menghantar nama melalui telefon atau faxkan sebelum 05.01.2007.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada KUTV PPDHS, dengan menggunakan:
Telefon: 03-60641881
Fax : 03-60641818
Email tercatat pada blog ini.

KUTV PPDHS
15.12.2006

SIJIL BPPT YANG BELUM DISERAHKAN PADA PESERTA

SIJIL BPPT BAGI AMBILAN 6, 7, 8 DAN 13 SESI 2006

Peserta-peserta kursus BPPT berkaitan masih belum mendapat sijil. Sijil akan diserahkan melalui pihak sekolah masing-masing. Sila rujuk pada pihak pentadbir sekolah masing-masing pada sesi buka sekolah 2007.

Sijil akan diserahkan melalui mana-mana mesyuarat yang akan datang. Pastikan tuan-tuan dan puan-puan mendapat sijil berkaitan.

Disediakan oleh
KUTV PPDHS
15.12.2006

14 December 2006

MAKLUMAT TEKNIK & VOKASIONAL 2007

MAKLUMAT TEKNIK & VOKASIONAL

Surat bertarikh 13.12.2006 telah diedarkan pada 14.12.2006 kepada semua sekolah menengah.
Maklumat yang diperlukan dimasukkan ke dalam disket yang dibekalkan dan dicetak 2 salinan. Maklumat ini terdiri daripada Borang A ( maklumat guru teknik & vokasional). Borang B(1,2,dan 3), maklumat pelajar dan kelas iaitu bagi subjek-subjek teknik & vokasional. Borang B2 ( maklumat MPV)

Pihak sekolah dikehendaki menghantar borang-borang ini ( 2 salinan ) dan 1 salinan dengan disket kepada:

KUTV PPD Hulu Selangor
pada atau sebelum
12 Januari 2007.

PEMANTAUAN KURIKULUM DI SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH HULU SELANGOR

PEMANTAUAN UNIT TEKNOLOGI & VOKASIONAL BERSAMA PEGAWAI-PEGAWAI AKADEMIK YANG LAIN.

Unit Teknologi & Vokasional telah memasukkan nama sekolah-sekolah tertentu dalam pemantauan sekolah pada sesi 2007. Sekolah-sekolah lain mungkin dilawati juga, tetapi 22 buah sekolah berikut akan dipastikan KUTV hadir ke sekolah untuk pemantauan. Sekolah yang dimasukkan dalam perancangan ialah:
1. SK Bukit Sentosa
2. SK Batang Kali
3. SK Sungai Selisek
4. SK Hulu Bernam
5. SK Kerling
6. SK Kg. Soeharto
7. SK Sungai Tengi
8. SK Bukit Beruntung
9. SK Bandar Sungai Buaya
10. SK Taman Bunga Raya (1)
11. SJK C Khing Ming
12. SJK C Rasa
13. SJK C Serendah
14. SJK T Ldg Batang Kali
15. SJK T Ldg Escot
16. SJK T Kuala Kubu Bharu
17. SJK T Ldg Sungai Choh
18. SMK Kuala Kubu Bharu
19. SMK Sungai Choh
20. SMK Gedangsa
21. SMK Bandar Baru Btg Kali
22. SMK Syed Mashor.

Bagi sekolah rendah, pemantauan KUTV bertumpu pada pemantauan ICTL, pengajaran Kemahiran Hidup, pengurusan panitia, pengurusan makmal komputer dan bengkel KHSR.

Pemantauan di sekolah menengah akan melibatkan ICTL menengah, subjek KHB, subjek elektif Teknik & Vokasional, subjek MPV. ICT menengah, pengurusan panitia, pengurusan bengkel-bengkel dan pengurusan makmal komputer.

Pihak guru yang berkaitan dengan Teknologi & Vokasional, dapat bersedia terutamanya pengurusan yang memerlukan masa dalam pengurusannya, seperti pengurusan bengkel-bengkel dan makmal komputer.

Maklumat dihantar oleh
KUTV PPDHS
14.12.2006

12 December 2006

SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK PPD HULU SELANGOR

SELAMAT MENGENALI SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK
PENGENALAN
Sektor Pengurusan Akademik diwujudkan bagi menguruskan Pengurusan Akademik khususnya di peringkat daerah Hulu Selangor.
Sektor Pengurusan Akademik menyediakan perkhidmatan pengurusan akademik yang berkualiti kepada warga sekolah sama ada kepada pihak pengurus sekolah, guru-guru, pelajar, ibu bapa dan masyarakat.
Mulai Oktober 2005, Sektor Pengurusan Akademik mulai beroperasi di Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor ( Cawangan ) yang terletak di SK Kuala Kubu Bharu.
DASAR KUALITI
Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor bertekad untuk memastikan sistem pengurusan perkhidmatan pendidikan dilaksanakan secara profesional, efisein dan berkualiti bagi memenuhi kehendak dan kepuasan hati pelanggan. Proses ini melibatkan kerja sepasukan, kajian semula pengurusan dan proses penambahbaikan yang dilaksanakan secara menyeluruh dan berterusan.
VISI SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK
PENGERUSAN SEKTOR AKADEMIK
PEJABAT PELAJARAN DAERAH
HULU SELANGOR YANG GEMILANG
MISI SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK
UNTUK MEMBERIKAN PERKHIDMATAN PENGURUSAN AKADEMIK
YANG BERKUALITI DARIPADA SEGENAP ASPEK KEPADA WARGA
SEKOLAH DI DAERAH BAGI MEWUJUDKAN SEKOLAH0SEKOLAH
YANG GEMILANG DAN TERBILANG
PIAGAM PELANGGAN
Kami berjanji dan berusaha untuk:
1. Memastikan semua bahan kurikulum kebangsaan yang diterima daripada JPN
akan disampaikan kepada sekolah dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh
penerimaan.
2. Memastikan pemantauan pelaksanaan pengurusan kurikulum dilaksanakan sekurang-
kurangnya 20 buah sekolah dalam tempoh setahun bagi setiap unit.
3. Memastikan sekurang-kurangnya 10 laporan kajian tindakan dapat diterbitkan dalam
tempoh setahun.
4. Merancang, mengurus dan melaksanakan kursus-kursus kepada guru-guru berkaitan
pedagogi, kaedah dan strategi pengurusan pengajaran dan pembelajaran.
5. Memastikan setiap prosedur peperiksaan dapat dipatuhi mengikut kriteria yang ditetapkan
oleh LPM dan MPM.
6. Memastikan setiap permohonan menduduki peperiksaan dapat didaftarkan bagi
membolehkan pemohon mengambil peperiksaan tersebut.
PERKHIDMATAN YANG DIBERI
  • Merancang, mengurus dan melaksanakan kursus-kursus kepada guru berkaitan pedagogi, kaedah dan strategi pengurusan pengajaran dan pembelajaran
  • Memperkaya pentadbiran / pengurusan sekolah dengan ilmu pengurusan kurikulum.
  • Menggerakkan peranan panitia mata pelajaran peringkat sekolah dan daerah.
  • Menggalakkan / memastikan polisi-polisi pendidikan yang telah diperkenalkan oeh Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab, beramanah dan beretika.
  • Mewujudkan jawatankuasa penyeliaan / pemantauan pengurusan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
  • Memastikan pengurusan peperiksaan dalaman dan awam berjalan dengan lancar dan menggunakan soalan-soalan yang berkualiti.
  • Menguruskan pengendalian, keselamatan, kewangan dan bahan peperiksaan awam dan peperiksaan luar negeri

PEGAWAI-PEGAWAI DAN KAKITANGAN PENGURUSAN KURIKULUM

1. En. Kamsah bin Mokhtar - Penolong PPD Pengurusan Akademik.

2. Pn. Hjh. Farizah bt. Hj. Ahmad - KU Sains dan Matematik

3. En Rozali bin Mazlan - KU Teknologi dan Vokasional

4. Pn. Hjh. Hamidah bt. Abd. Samad - KU Bahasa

5. En Hassin bin Masiman - Penyelia Peperiksaan

6. Tn. Hj. Saberi bin Yusof - Penyelia Pendidikan Islam dan Moral

7. En. Mohd. Hasren bin Damiri - Penyelia KBSR

8. En. Kamal Ma'aruf bin Sairun - P. Penyelia Pendikan Islam & Moral

9. En. Samsuddin bin Ahmad - Penyelia j-Qaf Unit P en. Islam & Moral

10.Mohd Hafizan bin Zolkufly - Pembantu Tadbir Sambilan

Dicatat oleh:

KUTV PPDHS

12.12.2006

10 December 2006

MAKMAL KOMPUTER DI DAERAH HULU SELANGOR

Kedudukan makmal Komputer di sekolah-sekolah dan peranan penyelaras makmal

Peranan Penyelaras makmal komputer di sekolah amat besar. Makmal komputer dan peralatan di dalamnya adalah pemberian besar Kementerian Pelajaran Malaysia kepada sekolah, demi untuk melihat murid dan pelajar mendapat kemudahan yang baik dalam pengajaran & pembelajaran terutamanya luar bandar. Hulu Selangor sudah pasti dikategorikan sebagai luar bandar.
Kita semua pasti tidak mahu melihat makmal komputer tidak diuruskan dengan baik. Semoga semua pihak yang berkaitan di sekolah peka dengan hal ini. Semua penyelaras makmal perlu mengambil langkah yang wajar untuk memastikan pengurusan makmal ini berjalan dengan baik dan teratur. Gunakan semua maklumat yang disediakan sebelum ini sebagai rujukan untuk melaksanakan pengurusan yang cemerlang.
Pasti sesiapa yang datang memantau ke sekolah akan sedih apabila melihat makmal komputer tidak terurus. Bagaimana rasa hati pemantau atau sekolah yang dipantau sendiri apabila melihat makmal komputer tidak digunakan dengan baik untuk pengajaran & pembelajaran. Semua ini memerlukan komitmen yang tinggi daripada semua pihak di sekolah. Penyelaras makmal komputer sahaja pasti tidak mampu menguruskan sendirian. Pengurusan makmal komputer yang baik biasanya datang daripada kerjasama yang jitu daripada pihak pentadbir dan AJK yang menguruskannya.
Dalam proses pembestarian sekolah, diharap semua kita yang bertanggung jawab dengan makmal komputer ini dapat bertindak dengan wajarnya. Marilah kita wujudkan makmal komputer yang kondusif dan menjadi tempat kesukaan pelajar. Rasanya sudah ramai guru-guru yang mempunyai kemahiran ICT di daerah ini. Jika peratusan diambil kira, lebih 43% guru-guru telah menghadiri kursus BPPT, pasti mereka mahir menggunakan kemudahan ICT untuk pengajaran & pembelajaran, dan lebih 90% telah ada kemahiran asas ICT. Pentadbir sekolah, seharusnya bergerak bersama-sama dengan jawatankuasa ICT dan makmal komputer sekolah untuk memastikan makmal komputer diuruskan secara cemerlang. Guru-guru sudah mempunyai kemampuan untuk melakukan pengajaran & pembelajaran menggunakan kemudahan ICT, gembelingkan semua sumber tenaga pendidik yang ada supaya makmal komputer benar-benar nampak digunakan secara optimum.
Pada sesi 2007, pertandingan pengurusan makmal komputer akan akan dilaksanakan. Pemantauan akan terus dilaksanakan oleh pihak PPD dan JPNS. Walau bagaimanapun janganlah pengurusan makmal ini hanya dilaksanakan kerana pertandingan semata-mata. Uruskanlah makmal komputer ini secara berterusan.
Semoga program ICTL sekolah rendah yang berjalan sekarang dapat menggerakkan semua pendidik menggunakan kemudahan yang tersedia. Janganlah ada di kalangan pendidik berkenaan menjalankan pengajaran program ini di dalam kelas biasa. Program yang sama akan dilaksanakan di sekolah menengah pada sesi 2007, kita juga berharap program ini dapat menggerakkan semula penggunaan makmal komputer di sekolah.
Dengan rasa penuh tanggung jawab, saya memohon kerjasama semua dalam hal ini. Bagi rakan-rakan penyelaras yang telah menggerakkan pengurusan mereka lebih awal, tahniah diucapkan. Walau bagaimana pun tidaklah patut kita terhenti di situ sahaja. Kita sebenarnya dituntut untuk melakukan penambahbaikan terhadap segala aspek. Tidak ada perkataan 'mantain' dalam pengurusan pendidikan jika kita rujuk kepada konsep kepimpinan instruksional. Setiap kejayaan yang tersedia pun seharusnya dipastikan ada penambahbaikan terlaksana. Apatah lagi jika masih tidak mencapai tahap yang sepatutnya.
disediakan oleh
KUTV PPDHS
10.12.2006

KURSUS BPPT DAERAH HULU SELANGOR

PESERTA KURSUS BPPT AMBILAN 18
DI SMK SYED MASHOR, BATANG KALI.
TARIKH: 04-15 DISEMBER 2006

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
Kepada semua rakan guru yang menghadiri kursus BPPT ambilan 18.


Saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih tidak terhingga kepada semua kerana sanggup untuk hadir kursus BPPT ini. Saya percaya semua guru yang hadir adalah rakan pendidik yang sanggup berkorban demi kemajuan pendidikan yang kita sayangi.
Sudah pasti banyak ilmu dan kemahiran yang tuan-tuan dan puan-puan peroleh semasa berada selama 10 hari berkursus. Saya percaya, semua yang didapati semasa kursus dapat meningkatkan profasionalisme kita dan sekali gus pasti dapat menangkis segala sangkaan buruk terhadap kemampuan para pendidik selama ini.
Aplikasikan segala ilmu yang diperoleh kepada tugasan setiap hari kita sebagai pendidik. jangan lupa untuk terus menambah dan meningkatkan kemahiran tuan-tuan dan puan-puan seterusnya. Saya berharap kursus ini bukanlah satu penyudah kepada kita dalam mencari ilmu dan kemahiran dalam menagani dunia pendidikan yang makin mencabar.
Saya amat berharap semua yang tuan-tuan dan puan-puan peroleh dapat dilihat dengan jelas dalam pengajaran & pembelajaran di dalam kelas. Saya pasti kita perlu beranjak dan mengubah paradigma kita. Jadikanlah diri kita sebagai pendidik yang sentiasa dinanti-nanti oleh anak didik kita di sekolah. Jadikan diri kita individu yang sentiasa dirindui semasa kita tiada di sekolah. Percayalah bahawa kita pasti dijadikan contoh jika berusaha menjadikan diri kita insan yang patut dicontohi. Semoga mereka mencontohi perkara-perkara yang positif.
Selamat bercuti. Selamat meneruskan tugas kita sebagai pendidik. Jangan lupa sesi 2007 akan hadir tidak lama lagi. Jadikan segala peristiwa dan catatan 2006 sebagai catatan yang boleh dirujuk sama ada sebagai contoh atau teladan.
Saya amat memerlukan respon dan maklum balas daripada tuan-tuan dan puan-puan selama berada selama 10 hari di tempat kursus. Nyatakanlah apa-apa sahaja pandangan tentang kelebihan, kekurangan yang diperoleh semasa berkursus.
Kepada kedua-dua orang trainer, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih banyak-banyak kerana sanggup memcurahkan ilmu dan memberikan tunjuk ajar kepada rakan-rakan guru di daerah Hulu Selangor.
Jumpa lagi di sesi 2007. InsyaAllah. Jangan lupa lawati blog ringkas yang saya wujudkan ini.
http//rorokiza.blogspot.com
KUTV PPDHS
10.12.2006.

09 December 2006

MPV DAERAH HULU SELANGOR 2006

Pelaksana MPV pada tahun 2006

1. SMK Kalumpang
Subjek (TM - Tanaman Makanan dan RJP - Rekaan Jahitan dan Pakian)

2. SMK Bandar Sungai Buaya - Subjek (PM - Pemprosesan Makanan)

3. SMK Bandar Baru Batang Kali - Subjek (MA - Menservis Automobil)

4. SMK Dato Hj Kamaruddin - Subjek - (KP - Katering dan Penyajian)

Catatan:
KUTV PPDHS
09.12.2006

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL

Tahniah kepada Pengetua-pengetua dan Guru besar yang telah didedahkan dengan KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL pada tahun 2006.

Pihak Kementerian Pelajaran telah berusaha menyebarluaskan konsep Kepimpinan ini kepada semua pengetua dan guru besar. Terima kasih dan tahniah kepada pihak kementerian yang berusaha menukar cara bertindak dan berfikir pentadbir atau pemimpin di sekolah.

Pendidikan adalah sektor paling penting di Malaysia. Oleh itu amat penting untuk memastikan pendidikan negara kita mampu melahirkan warga negara yang mampu bersaing pada masa akan datang dalam apa-apa hal juga pun. Kepimpinan di sekolah memang dituntut untuk memastikan mereka benar-benar memberikan perhatian dalam pengajaran & pembelajaran. Tumpuan pada aspek inilah yang akan benar-benar meletakkan pemimpin di sekolah sebagai pemimpin instruksional.

Semua pengetua dan guru besar daerah Hulu Selangor telah mendapat pendedahan dalam hal ini. Pengetua dan guru besar rasanya mampu untuk memastikan segala yang perlu dan yang dituntut untuk dilaksanakan. Marilah kita sama-sama memastikan semua guru daerah ini mendapat pendedahan dalam hal ini. Guru-guru yang menjalankan tugas dan tanggung jawab sebagai pengajar dalam kelas sudah pasti menjadi individu penting.

Jika guru-guru tidak mahu memberikan kerjasama dan bertugas dengan penuh didikasi dalam melaksanakan segala tuntutan, kita bimbang hasrat murni yang ada tidak akan tercapai. Kepimpinan pengetua dan guru besar yang benar-benar memahami mereka selaku pemimpin instruksional, amat dituntut untuk membawa dan memacu sekolah ke arah pendidikan yang sebenarnya.

Kita berharap tidak ada lagi pemimpin instruksional melakukan tugas lain lebih banyak peratusannya daripada tugas yang berkaitan dengan pengajaran & pembelajaran. Walaupun mereka perlu melaksanakan tugas lain tetapi berikanlah perhatian yang lebih kepada aspek pengajaran & pembelajaran.

Marilah kita sebagai warga pendidik, bergerak bersama-sama memastikan apa-apa sahaja yang dihasratkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dapat dilaksanakan. Setiap orang kita yang bergelar guru pasti mahu melihat anak didik kita berjaya dan mampu mengharung hidup mereka selepas alam persekolahan dengan ilmu dan kemahiran yang dapat mengatasi segala rintangan dan halangan hidup.

Semoga segala perkara berkaitan dengan pengajaran & pembelajaran akan diuruskan dengan baik oleh semua warga pendidik. Kita berharap pendidikan di daerah Hulu Selangor akan makin meningkat dalam segala aspek terutamanya yang berkaitan dalam pengajaran & pembelajaran.

Hasil catatan:
KUTV PPDHS
09.12.2006.

ICTL SEKOLAH RENDAH DAERAH HULU SELANGOR

30 BUAH SEKOLAH PELAKSANA ICTL TAHUN 2007

Semoga semua 30 buah sekolah pelaksana ICTL sekolah rendah tahun 2007 dapat bersedia dan melaksanakan program ini seperti tahun 2006. Semoga guru-guru yang telah hadir kursus bulan Jun 2006 dan November 2006 di SK Kuala Kubu Bharu dapat menjadi penggerak pelaksanaan di sekolah.

Penyelaras makmal komputer juga diharap dapat memberikan kerjasama dalam menyediakan jadual waktu penggunaan makmal komputer, khususnya program ICTL. Jurulatih ICTL di daerah boleh dihubungi untuk mendapatkan penjelasan jika terdapat sebarang pertanyaan. Harap lakukan latihan dalaman di sekolah, aupaya lebih ramai guru mahir mengendalikan program ini.

Pihak pentadbir sekolah diharap dapat memantau dan memastikan program ini dilaksanakan sepenuhnya. Harap pasti ini program ini dilaksanakan, semoga tidak terdaapat guru-guru yang meminggirkan program ini. Bantuan pihak pentadbir sekolah dalam pemantauan amat perlu dilakukan.

Sekolah pelaksana:

1. SK Sri Fajar
2. SK Sg Tengi
3. SK KG. Soeharo
4. SK Gedangsa
5. SK Seri Keledang
6. SK Sg. Selisek
7. SK Hulu Bernam
8. SK Kalumpang
9. SK Kerling
10. SK Kuala Kubu Bharu
11. SK Kuala Kubu Bharu Satu
12. SK Kuala Kubu Bharu Dua
13. SK tun Abdul Razak
14. SK Ampang Pecah
15. SK Rasa
16. SK Batang Kali
17. SK Bandar Baru Btg Kali
18. SK Kg. Kuantan
19. SK Hulu Yam Baru
20. SK Hulu Yam Lama
21. SK Lembah Beringin
22. SK Antara Gapi
23. SK Serendah
24. SK Sg Choh
25. SK Sg. Buaya
26. SK Bandar Sg. Buaya
27. SK Bukit Beruntung
28. SK Taman Bunga raya (1)
29. SK Bukit Sentosa
30. SJK (C) Batang Kali

Bagi 4 buah sekolah iaitu, SK Lembah Beringin, SK Antara Gapi, SK Bandar Sungai Buaya dan SK Hulu Bernam merupakan tahun pertama untuk memulakan program ini pada sesi 2007.

Sebagai pengetahuan umum program ini dilaksanakan dalam 2 waktu seminggu semasa pengajaran Bahasa Inggeris di sekolah kebangsaan. Bagi SJK Cina 2 waktu ini diajar semasa pengajaran Bahasa Cina.

Pada tahun 2007 program ini akan memasuki fasa murid tahun 3 akan mula mengikuti program ICTL ini. Kebanyakan sekolah mrid-murid tahun 3 ini telah mula mengenali program ini semenjak mereka berada dalam kelas tahun 1 pada tahun 2005.

disediakan oleh;
KUTV PPDHS
09.12.2006 Sabtu.

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL

Pada ruangan ini izinkan saya mencatatkan kembali cabutan daripada kertas kerja KONSEP KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL : SATU PANDANGAN MENYELURUH:

Kertas Kerja ini dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semoga catatan ini dapat menjadi rujukan warga pendidik yang mahu menjadikannya bahan bacaan.

1. Pendahuluan

Persoalan kepimpinan diperkatakan di mana-mana dan merangkumi keselurujhan aspek kehidupan manusia, sama ada dalam soal-soal sosial, politik, ekonomi mahupun kerohanian. Peminpin amat ramai, tetapi pemimpin yang membawa perubahan baik kepada kehidupan manusia, amat waajar dikaji dan dicontohi. Sebarang kejayaan dan juga kegagalan sering dirujuk kepada keberkesanan pemimpin bagi mana-mana organisasi. banyak sekolah yang cemerlang tetapi banyak juga yang tidak berjaya. Usaha perlu dibuat supaya kejayaan dan kevcemerlangan dikongsi kerana menjadi matlamat bersama.

2. Kepimpinan

Dari satu sudut, kepimpinan didifinasikan sebagai "setiap tindakan yang merupakan sumber-sumber ke arah matlamat yang benar-benar bermanfaat" Tindakan adalah perkataan yang dinamik. Perkataan ini menggambarkan pergerakan yang inisiatif. Pemimpin perlu bertindak apabila berhadapan dengan masalah, semasa melakukan pemilihan atau membuat keputusan. Pemimpin perlu bertindak secara proaktif bagi menggerak menggerak dan merangsang orang lain untuk bertindak. Pemimpin mungkin memiliki segala idea besar atau wawasan agung, tetapi jika tindakan tidak diambil atau dilaksanakan, tiada apa yang boleh dihasilkan. Dia tidak akan menjadi seorang pemeimpin berkesan. Pemimpin perlu berfikir panjang, tetapi bermenung terlalu panjang perlu dielak. Pemimpin perlu bertindak secara wajar dan cepat untuk merebut peluang yang ada dihadapannya.

Seorang pemimpin memerlukan penumpuan, mereka tidak hanya memimpin dengan mengarah, tetapi juga melalui contoh yang baik. Profesor J.E. Adair dalam bukunya Industrial Society (UK), yang juga menyokong kepada teori kepimpinan yang terkeal, menekankan bahawa, "segram contoh lebih bermanfaat daripada sekilogram teguran." Beliau juga mencadangkan agar pemimpin perlu melakukan apa yang diperkatakan. dalam erti kata lain, pemimpin patut menegaskan bahawa, "apa yang dikata, perlu dikotakan."

ingat, kepimpinan bukan hanya mengarah. Pengikut biasanya tidak suka jika sentiasa diarah. Mereka juga menganggap diri mereka sebagai penyumbang ke arah mencapai matlamat. Oleh itu pemimpin harus mengambil kira perasaan, harapan dan kecenderungan dalam membuat keputusan yang melibatkan mereka semua.

Maksud sumber dalam definasi ini, termasuklah manusia yang cekap,mesin, proses atau kaedah, bahan, hardware atau solfware dan persekitaran yang menggalakkan. Kesemua ini perlu dioptimumkan penggunaannya. Oleh sebab itu, perlu diurus dengan cekap.

Matlamat yang bermanfaat ialah matlamat bersama, sebarang kejayaan bukan hanya dilihat untuk satu pihak tetapi faedahnya akan dinikmati oleh golongan yang lebih besar. Kejayaan pelajar bukan hanya kegembiraan pihak sekolah kerana matlamatnya tercapai, atau oleh ibu bapa kerana ia juga kejayaan keluarga, tetapi akan dinikmati oleh seluruh bangsa dan negara pada jangka panjang. Anak yang berjaya ini pasti dapat memberi sumbangan kepada kemajuan negara. Dalam konteks ini bayangkan jika usaha tidak menemui kejayaan sebaliknya hanya kegagalan ? Negara jauh sekali daripada mendapat manfaat malah hanya akan mendapat padah.

3. Analogi

Tanggungjawab seorang pemimpin boleh diibaratkan seperti suatu perjalanan. Sebelum memulakan perjalanan tersebut seseorang pasti ada matlamat yang hendak dituju dan dia sedar dari mana ia bermula. Ia juga sedar dari segi jarak; walaupun tidak spesifik, tetapi sekurang-kurangnya ia mempunyai persepsi tentang dekat atau jauh perjalanan yang akan dibuat. Satu lagi aspek penting ialah masa atau tempoh; persoalan yang perlu dijawab ialah waktu sampai dan tempoh masa yang perlu diambil untuk sampai ke destinasi. Unsur destinasi, masa dan jarak ini penting untuk membantu pemilihan strategi iaitu jenis pengangkutan yang akan digunakan;sama ada memandu sendiri, menggunakan kenderaan awam, jalan darat, air, atau udara. Begitulah juga memimpin satu organisasi sekolah. Seorang pengetua atau guru besar perlu bermula dengan menentukan Visi, iaitu hala tuju ke arah mana sekolahnya akan dibawa. Setelah ada hala tuju, ia perlu memilih strategi yang sesuai untuk mencapai matlamatnya.

Kapal yang belayar tanpa haluan sama seperti kapal yang hanyut. Sebuah kapal diketuai oleh seorang nakhoda dengan dibantu oleh beberapa kelasi. Nakhoda harus melaksanakan tugas navigasi dengan cekap supaya kapal tidak hanyut. kelasi pula perlu mematuhi segala arahan nakhoda. bagaimana kalau kelasi tidak patuh kepada nakhoda, derhaka! sehingga sanggup membocorkan kapalnya? Padahnya amat buruk. bayanngkan kapal ini sebagai organisasi / sekolah yang anda pimpin. Adakah anda mempunyai hala tju, strategi yang tepat dan pasukan yang mantap untuk mencapai matlamat organisasi.

4. Rasional Program Kepimpinan Instruksional

Program kepimpinan ini perlu diadakan setelah mengambil kira rasional seperti berikut:

  • Perubahan Tamadun Manusia
  • Perubahan dalam sistem pendidikan
  • Perlunya mengurus kejayaan ( managing success)

a. Meneruskan Kecemerlangan Tamadun

Kita sudah melalui lima zaman tamaddun iaitu Zaman Memungut dan Memburu, Zaman Pertanian, Zaman Industri, Zaman Maklumat dan Zaman Kebijaksanaan. Dua tamadun yang terakhir ini berlaku dalam tempoh yang amat singkat berbanding dengan tamadun-tamadun sebelumnya. Pada akhir abad ke-20 dan awal abad ke-21 kita sempat menyaksikan peralihan dua tamadun. Penciptaan komputer sekitar tahun 70an membawa kepada berlakunya perubahan pesat dalam tamadun manusia yang ditandai oleh pada mulanya teknologi maklumat (IT) dan kemudiannya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Perhubungan menjadi amat sofistikated sehingga mengubah corak mekonomi global daripada ekonomi yang berasaskan pengeluaran (production economy) kepada ekonomi berasaskan pengetahuan (knowledge based economy). Apabila ilmu pengetahuan menjadi asas keseluruhan penghidupan, maka kebijaksanaan (wisdom) menjadi faktor utama tamadun manusia pada awal abat ke-21 ini. Orang yang bijaksana akan mampu bersaing dalam tamadun baru ini di mana dunia dianggap sebagai satu kampung (village).

Corak pengurusan telah turut berubah. Konsep "Pengurusan Pengetahuan" (knowledge manegement -KM) telah mula diamal menggantikan stail pengurusan terdahulu. Dalam konsep KM ini, satu model pengurusan dikemukakan sebagai prasyarat kepada kebijaksanaan. Madel tersebut dikenali sebagai Model DIKW iaitu Data - Information Knowledge - Wisdom.

Model ini perlu diguna pakai dalam mengurus sekolah keranaia bermula dengan menggunakan data. Segala-galanya mesti bermula dengan data. Dalam sistem Pengurusan maklumat (MIS), ada tiga peringkat tindakan yang perlu dilakukan iaitu mengumpul, memproses dan mengguna data. Data tidak akan menjadi maklumat jika tidak diterjemah dengan mencari makna kepada setiap angka dalam data berkenaan. Hanya setelah makna difahami, maka tindakan berikutnya menjadi relevan dan sangat kritikal. Data boleh menberi petunjuk masalah sebenar, kelemahan dan kekuatan; selain itu boleh menjadi bukti keberkesanan tindakan yang telah diambl. Data bukan sahaja dalam bentuk agka, boleh jadi dalam petunjuk yang diperoleh daripada pemerhatian contohnya, muka pelajar pucat. Jika petunjuk itu diterjemah, guru akan segera mengambil tindakan untuk mengatasi masalah yang dihadapi pelajarnya itu. Kaedah mengatasi masalah itu datang dari satu pengetahuan terpeinci mengenai masalah tersebut. Muka pucat adalah petunjuk kepada penyakit demam. Penyakit itu boleh disembuhkan dengan mengambil ubat yang bersesuaian. jika tindakan telah diambil, penyakit telah disembuhkan, keseluruhan tindakan ini adalah proses kebijaksanaan.

Data perlu diproses dan dianalisis supaya supaya dapat memberi maklumat. Terjemahan akan memberi kefahaman yang lebih mendalam dan mendatangkan maklumat serta idea penyelesaian jika ia menunjukkan kepada sesuatu masalah. Kebijaksanaan akan terserlah apabila data dapat memberi makna, dan memandu ke arah tindakan berkesan serta memberi manfaat kepada pihak yang terlibat. Masalah dapat diatasi, kecemerlangan memungkinkan kita memenangi persaingan. Oleh hal yang demikian, pemimpin instruksional harus menggunakan data sehingga ia menjadi orang yang bijaksana.

Tindakan kreatif dan inovatif dalam pengurusan juga hasil daripada kebijaksanaan. sebarang usaha untuk mencapai matlamat kecemerlangan akan menghadapi beberapa halangan. Hanya orang yang bijaksana akan berfikir secara kreatif hingga dapat mengatasi halangan tersebut hingga terhasil kecemerlangan yang dihajatkan. Sebagai contoh, subjek bahasa Inggeris selalu disebut sebagai penghalang kepada kecemerlangan luar bandar. Usaha untuk mencapai kecemerlangan dalam subjek berkenaan dihalang pula oleh ketiadaan guru opsyen Bahasa inggeris. Tindakan bijaksana ialah apabila dengan ketiadaan guru beropsyen Bahasa Inggeris itu, usaha dijalankan juga secara kreatif dan inovatif sehingga murid mencapai kecemerlangan. dalam situasi ini, pengurusan tidak menjadikan alasan ketiadaan guru beropsyen sebagai dalih untuk tidak berusaha ke arah kecemerlangan.

b. Konsep Tacit Knowledge

Tacit Knowledge ialah pengetahun yang berasaskan pengalaman, setiap yang dipelajari mesti diamalkan. Pengalamansangat tinggi nilainya kerana merupakan amalan sebenar dan menjadi milik perseorangan bagi orang yang melaluinya. Profesor Dr Yusof Qardhawi dalam bukunya Fiqah Keutamaan menghuraikan sunah berkaitan ilmu mestilah diikuti dengan amalan. Pengetahuan mengenai teori mestilah diikuti dengan amalan. Pengetahuan mengenai teori harus diikuti dengan amalan praktikal. Seseorang yang mempunyai pengetahuan teori sahaja tetapi tiada pengalaman praktikal samalah seperti seorang yang mempunyai lesen memandu tetapi tidak pernah memandu kereta. Seorang yang mula belajar memandu melalui buku, mengikut setiap langkah yang dinyatakan dalam buku tersebut. langkah pertama masukkan kunci ke 'switch' dan memutarnya ke arah'on', setelah melakukannya kereta tersebut memacu ke hadapan lalu melanggar dinding garaj. Dinding roboh, kereta rosak dan satu pelajaran 'tacit' yang begitu mahal sudah dipelajari. Tidak tertulis dalam buku itu sebelum memutar kunci pastikan gear dalam kedudukan 'neutral'. Pengalaman telah mengajar ilmu kepada pemandu baru itu.

Pengalaman pengajaran dan pembelajaran secara praktikal akan membantu pengurusan untuk membimbing guru-guru menjadi lebih berkesan. Tindakan penambahbaikan hanya boleh dilakukan setelah pihak pengurusan mengetahui proses dan lebih bermanfaat mengalami sendiri proses berkenaan.

c. Menangani Perubahan Sistem pendidikan

Proses pendidikan telah mengalami perubahan yang amat pesat. Bermula daripada proses tradisional yang amat asas dalam keluarga hingga kepada sistem yang kompleks dalam masyarakat terkini. jika diamati dalam masyarakat tradisional, setiap orang adalah 'ahli' atau mahir dalam ikhtiar hidup dan merekalah yang berperanan sebagai 'guru'. Pengajaran dan pembelajaran berlaku dalam institusi keluarga bersifat 'one-to-one' antara 'guru' dan 'murid'. Guru mempunyai 'sentuhan' bukan sahaja fizikal tetapi juga sentuhan persaan atas muridnya; pengajaran dan pembelajaran secara 'hands-on' ini berjalan secara tekun- guru mengajar dengan penuh kasih sayang dan murid pula belajar dengan tekun. Alasan kepada situasi ini terlalu mudah iaitu 'ganjaran' yang besar apabila berjaya dan 'padah' yang buruk jika gagal. Boleh dikatakan matlamat pendidikan ketika itu semata-mata ntuk survival - 'hidup atau mati'. Kejayaan bermakna memungkinkan mereka untuk terus hidup dan kegagalan pula boleh membawa maut.

Pada peringkat awal ini peranan guru langsung tidak tercabar kerana ia merupakan punca ilmu yang mutlak. Apabila orang yang 'ahli' menjadi berkurangan berbanding dengan orang yang memerlukan ilmu, maka orang yang paling ahli dalam kumpulannya akan menjadi guru; pada ketika itu pengurusan pendidikan bermula. Pengurusan pendidikan menjadi semakin kompleks apabila peranan guru sebagai sumber ilmu turut disangi oleh media lain seperti buku, elektronik dan internet. Pertambahan bidang ilmu juga turut menambahkan kerumitan dalam pengurusan pendidikan. keadaan inilah yang membawa kepada perlunya ganjaran dan pembelajaran diurus secara cekap dan berkesan.

d. Mengurus Kejayaan

Beberapa situasi tentang kejayaan sesebuah sekolah:
i. Sekolah yang sentiasa dapat mengekalkan kejayaan dan kecemerlangan
ii. Sekolah yang mengalami turun-naik.
iii. Sekolah yang merosot setelah mengalami kejayaan / cemerlang.
iv. Sekolah yang mempunyai murid cemerlang tetapi hasilnya tidak cemerlang.
Seringkali kita lihat kejayaan berlaku di sesebuah sekolah apabila ada perubahan kepimpinan. Ada pula yang berlaku sebaliknya. Semua situasi ini boleh dikaitkan dengan kaedah pengurusan, khususnya kaedah pengurusan kejayaan. Apakah ciri-ciri kepeimpinan yang diperlukan untuk mengurus kejayaan? Konsep penambahbaikan (improvement = Kaizen ) dilaksanakan dengan jayanya di Jepun. Setiap produk perlu diytambah nilai supaya kualitinya bertambah baik. Untuk melakukan penambahbaikan pengurusan perlu sedar akan standard sekarang dan apakah proses yang telah diamalkan sehingga mencapai standard tersebut. tindakan ' Plan-Do-Check-Action' perlu dilakukan untuk membaiki proses. Apabila dilaksanakan, berarti penambahbaikan berlaku, kualiti meningkat, maka standard baru dicapai. Jika ini tidak dilakukan, standard pasti akan jatuh dan pada ketika itu usaha yang diambil hanyalah untuk mengekalkan standard lama ( maintain). Proses penambahbaikan perlu dilakukan secara berterusan, jika tidak, peningkatan terhenti sebaliknya sekolah akan mengalami kemerosotan. Keadaan ini disebut sebagai 'unproductive success'. Kejayaan yang telah dialami tidak boleh menjamin kejayaan berikutnya jika tidak diurus secaraberkesan. Oleh hal yang demikian, mengurus kejayaan adalah suatu kaedah untuk menjamin kejayaan berterusan.
Kemerosotan boleh dijangkakan sejak dari awal, terutama apabila ahli organisasi sudah berada pada zon selesa (comfort zone). Ini adalah situasi yang boleh membawa mudarat kepada organisasi. Kenneth Blanchard (1997) mengesyorkan organisasi yang berada dalam situasi seperti ini supaya membuat pergerakan 'second curve' untuk menjamin peningkatan berterusan. Pemimpin instruksional perlu membuat jangkaan masa hadapan organisasinya supaya halangan-halangan dapat ditangani dan mengelakkan padah pada organisasinya. Unsur-unsur dalam pendidikan amat pelbagai iaitu guru, murid,bahan, kurikulum, kaedah, persekitaran dan teknologi perlu digembling dan diurus supaya pendidikan dapat disampaikan dengan lebih berkesan. Perana guru menjadi semakin mencabar dengan peningkatan teknologi yang membawa kepada perubahan 'delivery system'. dari sinilah perlunya kemahiran khususnya mengenai Kepimpinan Instruksional.
5. Rujukan Literatur Mengenai Kepimpinan Instruksional
a. Fred Hechinger, Presiden New York Times melaporkan, " saya belum pernah melihat sekolah yang maju ditadbirka oleh pengetua yang lemah atau sekolah yang mundur ditadbir oleh pengetua yang cekap. saya pernah melihat sekolah-sekolah yang mundur berjaya fimajukan, dan yang menyedihkan, ada sekolah-sekolah yang maju merosot dengan mendadak. dalam setiap kes, jatuh bangun sesebuah sekolah adalah kerana kualiti pengetuanya (dalam Davis & Thomas 1989)"
b. Davis dan Thomas (1989) melaporkan bahawa pengetua di sekolah-sekolah berkesan mempunyai visi yang jelas, iaitu yang memfokuskan kepada pencapaian dan keperluan murid. Di samping itu pengetua-pengetua ini juga mewujudkan iklim sekolah yang menyokong pencapaian matlamat yang ditetapkan. pendeknya pengetua-pengetua di sekolah berkesan mempamerkan gaya kepimpinan instruksional.
c. Martimore (1995) menyatakan bahawa pengetua di sekolah berkesan lazimnya adalah seorang yang tegas, menumpukan perhatian kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam darjah, proaktif, bertindak sebagai pemudah cara, sering menghabiskan masa yang lama di sekolah, melibatkan guru dalam membuat keputusan, bertindak secara profesional, iaitu lebih mengutamakan peraturan dan tugas hakiki.
d. kajian di malaysia (atan long 1990) mendapati bahawa pengetua di sekolah-sekolah yang mencapai kejayaan luar biasa di Malaysia adalah mempamerkan tingkah laku berikut:
  • mempunyai wawasan yang jelas
  • bertindak berdasarkan perancangan strategik
  • bersikap pragmatik
  • mengamalkan pendekatan penyelesaian masalah
  • mempunyai semangat dedikasi dan motivasi yang tinggi di kalangan staf
  • pemimpin sekolah mempunyai ketrampilan yang tinggi dalam banyak bidang
  • menjalankan penyeliaaan ke atas pengajian dan pembelajaran
  • mengupayakan orang bawahan
  • bertindak berasaskan keputusan mesyuarat
  • kejelekitan yang tinggi di kalangan saf

e. Murphy (1990) menyenaraikan empat ciri pemimpin instruksional yang berkesan:

  • develop a vision, mission and goals and translate them into professional practice;
  • manage the educational productian function;
  • promote an academic learning climate' and'
  • develop a supportive work environment.

f. Murphy juga menyatakan seorang pemimpin instruksional mengamalkan "Hukum 80/20":

  • Principals should spend 80% of their time attending to the technology of schooling (that is, currikulum, teaching, and learning matter) and the other 20% of their time attanding to the more routine matters af school management.

g. Kajian yang dijalankan di Malaysia menunjukkan keadaan yang berbeza:

  • Azlin Norhaini mansor UKM (2004) membuat rumusan berdasarkan pengalaman selama 351 jam, bersama 6 orang pengetua (3 orang lelaki dan 3 orang perempuan) mendapati:
  1. 66.4% - mesyuarat
  2. 19.8% - tugasan pejabat
  3. 7.6% - rondaan
  4. 4.3% - panggilan telefon
  5. 1.1% - mengajar
  6. 0.7% - mencerap.

Adakah ini norma yang sesuai bagi seorang pemimpin instruksional ?

6. Difinasi-difinasi Kepimpinan Instruksional

a. Kepimpinan : Setiap tindakan yang merupakan sumber-sumber ke arah matlamat yang benar-benar bermanfaat."

Tindakan: pergerakan, inisiatif ..Sumber-sumber : manusia yang cekap, mesin, proses atau kaedah, bahan, hardware dan persekitaran yang menggalakkan. ( Ismail Noor : Kepimpinan Nabi Muhammad SAW,2000).

b. Instruksional: Intruct - to teach, to educate, to impart knowledge or information. Instruction - the act of instructing or teaching.( The Grollier Webster International Dictionary).

c. Tindakan-tindakan yang diambil oleh seseorang pengetua atau yang diturunkuasakan untuk meningkatkan perkembangan pembelajaran pelajar" Debevoise(1984).

d. Mengikut Richardson (1989), seorang pemimpin instruksional mestilah memimpin ke arah pencapaian pelajaran dan menjadikan kualiti instruksional sebagai keutamaan teratas dan mestilah mampu menjadikan visi sekolah satu kenyataan.

e. Blase (1998) menyatakan kepimpinan instruksional adalah gabungan penyeliaan, pembangunan staf dan perkembangan kurikulum.
f. Hussein (19890) mendifinasikan kepimpinan instruksional sebagai usaha yang diambil oleh pemimpin sekolah unttuk menyediakan inovasi kurikulum dan untuk memperkembangkan proses P&P dengan tujuan menjayakan matlamat sekolah.
g. Kesimpulannya, kepimpinan instruksional boleh dirumuskan seperti berikut:
  • PEMIMPIN SEKOLAH YANG MENGAMBIL PEDULI (CAKNA) TERHADAP PENGAJARAN GURU DAN PEMBELAJARAN PELAJAR SERTA PERKEMBANGANNYA DAN SENTIASA MEMBINA SUASANA DAN IKLIM PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF DI SEKOLAHNYA BAGI MEMACU KECEMERLANGAN SEKOLAH.

7. Ciri Kepimpinan Instruksional

Menurut Hallinger, ada 11 ciri kepimpinan instruksional yang boleh dikelompokkan seperti berikut:

Mendefinasikan misi sekolah:

  • Merangka matlamat sekolah
  • Menyampai/menyebarkan matlamat sekolah

Menguruskan Program instruksional

  • Penyeliaan dan penilaian instruksional
  • Menyelaras kurikulum
  • Memantau kemajuan pelajar

Mewujudkan Iklim Pembelajaran Positif

  • Mengawal waktu P&P (protecting instructional time)
  • Membudayakan Perkembangan Profesional.
  • Mengekalkan ketampakan
  • Menyediakan pengajaran kepada guru
  • Penguatkuasaan standard akademik
  • Menyediakan insentif kepada pelajar

Semua ini adalah petikan daripada kertas kerja yang dibentangkan kepada pemimpin di sekolah.

Pemimpinan instruksional perlu mempunyai pelbagai kemahiran untuk menjadikan mereka dapat melaksanakan segala yang dihasratkan. Rujuk kertas kerja asal yang dibincangkan dengan lebih meluas:

Dicatatkan ke dalam blog oleh

KUT PPDHS pada 10.12.2006.

SALAM PERTEMUAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Kepada semua warga pendidik di daerah Hulu Selangor, blog ringkas ini adalah usaha Unit Teknologi mewujudkan wadah tambahan dalam menyebarluaskan maklumat pendidikan kepada semua warga guru yang disayangi sekelian.

Mungkin blog ini dapat menggantikan buletin yang pernah dikeluarkan oleh Unit Teknologi pada awal sesi 2006 yang lalu. Semoga kita semua dapat bekerjasama dalam meningkatkan kualiti pendidikan di daerah ini.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak, khususnya Pengetua, Guru Besar, Penolong-penolong Kanan, guru-guru yang telah memberikan kerja sama yang padu dan jitu kepada saya sepanjang menjalankan tugas berkaitan. Saya berharap kerja sama yang baik ini dapat diterus dan dimantapkan pada masa akan datang.

Sepanjang cuti akhir tahun ini diharap semua yang bercuti dapat menfaatkan masa cuti dengan sebaik mungkin. Semoga sesi 2007 nanti kita dapat bertugas baik di sekolah masing-masing dengan lebih cemerlang dan gemilang.

Jumpa lagi pada sesi yang akan datang.

Catatan:
KUTV PPDUS
08.12.2006