PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

19 December 2006

MENJELANG TAHUN 2007

Menjelang tahun 2007, banyak perkara yang kita nanti-nantikan. Sepuluh hari terakhir ini, pihak pengurusan sekolah pasti sedang bertungkus lumus menyiapkan segala keperluan untuk sesi persekolahan yang baru. Pentadbir pasti mahu memastikan hari pendaftaran murid baru berjalan dengan baik. Mereka pasti berusaha memastikan tidak ada masalah semasa ibu bapa hadir ke sekolah.

Pada masa yang sama murid-murid lama mereka akan hadir ke sekolah dengan segala keperluan dapat disediakan. Segala kutipan yuran akan berjalan dengan baik, apatah lagi selepas mendapat taklimat daripada pihak pendaftar JPNS tentang kutipan yuran.

Bagi yang menyambut Krismas akan bersiap sedia menyambut perayaan tersebut. Pada masa yang sama murid-murid yang mengambil PMR pada bulan Oktober yang lalu akan sentiasa berdebar-debar menantikan keputusan yang dijangka diumumkan pada 28 Disember 2006. Tidak kurang rasa debaran kepada semua pendidik yang berkaitan. Semoga semuanya mendapat keputusan yang baik dan cemerlang seperti yang diharapkan.

Warga pendidik yang beragama Islam akan menyambut 'Hari Raya Kurban' pada penghujung tahun ini. Selepas itu kita semua akan melangkau ke tahun baru, iaitu tanda bermulanya tahun baru 2007. Tidak beberapa hari selepas itu persekolahan tahun 2007 akan bermula, insyaAllah kita semua akan akan sama-sama menyambung tugas dan perkhidmatan kita dalam pendidikan.

Selamat berjaya kepada warga pendidik di Hulu Selangor

KUTV PPDHS
19.12.2006