PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

15 April 2009

KARNIVAL SENI VISUAL

Assalamualaikum...

Pada 15.04.2009, pukul 11.00 pagi saya sempat menghadiri majlis Karnival Seni Visual yang bertajuk "Sehari Bersama Alam Seni Catan". Saya sempat memberikan ucapan perasmian penutup.

Tahniah diucapkan kepada SMK Ampang Pecah, kerana berjaya menganjurkan program bersama Unit Sains Kemanusiaan PPD Hulu Selangor. Terima kasih kepada semua Profesor dan Dr dari UPSI yang sama-sama terlibat dalam menjayakan program sehari ini. Terima kasih kepada semua AJK Pelaksana dan guru-guru sekolah yang turut terlibat. Sudah pasti tidak lupa terima kasih kepada semua murid yang hadir untuk menjayakan program ini.

Saya berharap mata pelajaran seni tidak akan menjadi subjek pinggiran kepada para murid di sekolah. Seni Visual seperti "Catan" ini amat diperlukan dalam mengimbangi ilmu lain yang diperolehi oleh murid-murid dalam proses menerima ilmu di sekolah.

15 March 2009

LAWATI LAMAN BLOG BARU

ASSALAMULAIKUM...

Saya bercadang untuk meninggalkan pengurusan blog ini pada masa ini. Saya baru menyediakan satu lagi laman blog saya. Saya akan memberikan tumpuan pada blog tersebut selepas ini. Jika perlu pada masa akan datang akan saya uruskan juga blog ini. InsyaAllah.

Sambungan pada blog baru ialah:

http://ppdhs.blogspot.com

Tuan-tuan boleh juga klik terus klik pada sidebar di sebelah kanan yang ada sambungan pada blog lain, yang tertulis "tppdhs"

12 March 2009

TAKLIMAT DAN LATIHAN PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK SELANGOR

Assalamualaikum....

Pada hari ini selesailah latihan dan taklimat Program Kecemerlangan Akademik Selangor peringkat daerah Hulu Selangor. Tahniah dan terima kasih kepada semua sekolah yang hadir dalam program latihan in. Terdapat sebuah sekolah, SM Sains Hulu Selangor tidak menghantar wakil dalam latihan dan taklimat ini. Apa juga alasan pihak sekolah, yang pasti pihak sekolah tidak mahu turut serta tanpa kami ketahui sebabnya.

Mungkin pada pendapat pihak sekolah, sudah memadai dengan hadir untuk program SAP pada tahun lalu. Walau bagaimanapun jika untuk menggunakan SAP-HC sudah pasti terdapat masalah juga. Kami di Pengurusan Akademik tidak dapat berbuat apa-apa.

Apa yang dapat dimaklumkan di sini, jika pihak sekolah berasa ada tanggungjawab untuk menggunakan program SAP-HC, silalah hubungi Jurulatih Utama yang ada. Rujuklah kepada mereka untuk mendapatkan latihan secara persendirian.

11 March 2009

TARIKH-TARIKH PEPERIKSAAN TAHUN 2009

Tarikh Peperiksaan yang dijadualkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) ialah seperti berikut. Linknya:
Semoga sambungan ini akan memudahkan semua pihak sekolah yang tidak mahu mencari di laman LPM

EDUWEBTV PERINGKAT DAERAH HULU SELANGOR

Pada hari ini lengkaplah kursus Eduwebtv peringkat daerah Hulu Selangor untuk kumpulan ke-3. Dengan ini lengkaplah 64 buah sekolah daerah ini mendapat latihan. Semoga kursus pendedahan ini akan memastikan kemahiran guru dapat dikembangkan di peringkat sekolah.

Kita berharap semua guru yang hadir dapat menimba ilmu dan kemahiran yang baik dalam hal ICT. Semoga kursus ini akan menghasilkan impak kepada semua murid yang terdapat di sekolah.