PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

24 January 2008

PERTANDINGAN GURU INOVATIF SAMBUTAN HARI GURU 2008.

Setiap guru atau kumpulan guru di daerah ini dipelawa untuk menyertai pertandingan berbentuk anugerah ini. Peringkat daerah akan memilih 2 orang peserta bagi setiap kategori berikut:
1. individu prasekolah
2. individu sekolah rendah.
3. individu sekolah menengah.
4. kumpulan

Harap hantar maklumat tentang anugerah ini kepada PPD Hulu Selangor pada penghujung Februari supaya boleh dibuat pemilihan untuk peringkat daerah.

Berikut kertas konsep pertandingan:

Pertandingan Guru Inovatif 2008 Jabatan Pelajaran Selangor.

1. Tajuk:

Pertandingan Guru Inovatif.

2. Matlamat:

Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada guru atau kumpulan guru ysng kreatif dan inovatif bagi menjamin keberkesanan pelaksanaan kurikulum dan meningkatkan profesionalisme keguruan.

3. Objektif:

3.1. Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada guru dan kumpulan guru yang kreatif dan inovatif dalam pelaksanaan kurikulum.

3.2. Menyediakan ruang dan peluang bagi guru dan kumpulan guru menampilkan kreativiti dan ivasi mereka dalam pelaksanaan kurikulum.

3.3. Menggalakkan guru berikhtiar dan mencuba idea-idea baru dalam pelaksanaan kurikulum untuk mencapai kecemerlangan dalam profesion keguruan.

3.4. Menyebarkan maklumat berkaitan dengan inivasi dan kreativiti guru dalam pelaksanaan kurikulum untuk dimanfaatkan oleh para pendidik yang lain.

4. Konsep Inovasi:

4.1. Inovasi diertikan sebagai menghasilkan produk atau kaedah yang baru ke arah keberkesanan pelaksanaan kurikulum.

4.2. Konsep inovasi dalam pemberian anugerah ini meliputi aktiviti yang melibatkan pembaharuan dan perubahan yang positif dalam pelaksanaan kurikulum dan aktiviti kokurikulum yang berkaitan dengan kurikulum di peringkat sekolah. Pelaksanaan kurikulum merujuk kepada usaha melaksanakan kurikulum melalui bahan-bahan kurikulum, teknologi pendidikan, kaedah pengajaran dan pembelajaran serta penilaian pembelajaran. Pembaharuan ini terjelma melalui cara, kaedah, teknik atau pendekatan baru yang meningkatkan pembelajaran.

4.3. Perubahan ini mesti menunjukkan sifat-sifat baru dan asli untuk mencapai keberkesanan dalam pelaksanaan kurikulum di sekolah.

4.4. Kecekapan dan keberkesanan penggunaan pendekatan yang inovatif perlu mengambilkira kesesuaian kos, masa, tenaga dan penggunaannya.

4.5. Hasil inovatif guru tersebut telah dilaksanakan dan dapat dipraktikkan di sekolah dan dibuktikan kejayaannya.

4.6 Inovasi dalam pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum ini boleh berbentuk aktiviti atau projek yang dihasilkan dalam pelbagai jenis potensi.
- Kaedah pengajaran dan pembelajaran.
- Kaedah penilaian kemajuan dan perkembangan potensi murid.
- Pembinaan bahan alat bantu mengajar.

5. Kategori Anugerah:
5.1. Individu Prasekolah.
5.2. Individu sekolah rendah.
5.3. Individu sekolah menengah.
5.4. Kumpulan.

6. Syarat-syarat pertandingan.

6.1. Projek yang pernah memenangi tempat pertama, kedua atau ketiga dalam peringkat kebangsaan atau antarabangsa dalam tempoh tiga tahun kebelakangan termasuk tahun ini tidak layak dicalonkan.

6.2. Sesuatu inovasi yang dicalonkan hendaklah merupakan inovasi yang dihasilkan tidak melebihi tempoh tiga tahun kebelakangan termasuk tahun pencalonan.

6.3. Setiap sekolah hanya boleh dicalonkan bertanding dalam satu kategori pertandingan sahaja.

6.4. Setiap sekolah atau guru tidak boleh dicalonkan bertanding untuk dua tahun berturut-turut.

Kriteria Pemilihan.

7.1. Pejabat pelajaran daerah (PPD) mengemukan dua calon bagi setiap kategori mewakili daerah masing-masing. . Kriteria yang akan digunakan dalam penilian hasil inovasi adalah seperti berikut:

- Pengenalan idea baru dan asli (30%)
- Bentuk inovasi (15%)
- Peningkatan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (30%)
- Kesan kos dan operasi (10%)
- Peningkatan tahap kepuasan hati guru dan pelajar (15%)

7.2. PPD akan mengemukan maklumat yang berikut bagi setiap kategori penyertaan:

- Maklumat calon (Lampiran A)
- Maklumat mengenai inovasi (lampiran B)

7.3. Maklumat di atas boleh disokong dengan gambar, kaset, carta, video atau persembahan secara grafik.

8. Bentuk Anugerah:

Jawatankuasa Induk Anugerah Guru Inovatif telah bersetuju untuk menganugerahkan hadiah-hadiah seperti berikut:

8.1. Plak.
8.2. Wang Tunai.
8.3. Sijil Penghargaan.

9. Kaedah.

9.1. Setiap penyertaan yang lengkap daripada sekolah hendaklah dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing.

9.2. PPD akan menapis dan memilih dua calon bagi setiap kategori ( Jumlah 8) dan menghantar pencalonan itu bersama-sama dengan maklumat Lampiran AQ dan Lampiran B serta bahan-bahan sokongan yang lain kepada urusetia anugerah Guru Inovatif 2008.

Catatan peringkat PPD Hulu Selangor:

Harap hantar maklumat Borang Lampiran A dan B ke PPD selewat-lewatnya penghujung Februari 2008. Semua perkara dan lampiran ini akan dihantar kepada semua sekolah. Sila rujuk dengan pejabat sekolah.

Selamat mencuba.