PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

28 January 2007

MAKLUMAT TEKNIK & VOKASIONAL 2007

MAKLUMAT TEKNIK & VOKASIONAL BELUM DITERIMA HINGGA 28 JANUARI 2007.

Mengikut rekod yang terdapat pada KUTV PPDHS, terdapat 3 buah sekolah belum menyerahkan disket maklumat Teknik & Voakasional, walaupun tarikh telah lama berlalu.

Sekolah dimaksudkan ialah:

1. SMK Ampang Pecah.
2. SMK Gedangsa.
3. SM Sains Hulu Selangor.

Semoga dapat diserahkan dengan segera kepada KUTV PPDHS. Jika boleh harap emailkan melalui sesiapa sahaja yang memiliki email di sekolah sebelum malam 29 Januari 2007, kerana pada 30 Januari 2007 KUTV perlu membawanya bersama ke mesyuarat dengan JPNS. Harap dapat disegerakan.

Terima kasih kepada semua sekolah yang telah menghantar maklumat dengan sempurna.

Buat pengetahuan semua sekolah,
KUTV menghadapi banyak masalah dalam mencantumkan maklumat yang disediakan oleh pihak sekolah kerana tidak mengikut ketetapan yang disebut dalam surat berkaitan. Antaranya, pihak sekolah telah menukar format borang kepada format word, ini menyebabkan KUTV terpaksa menggunakan masa yang lebih untuk menyelesaikan masalah tersebut. Malahan terdapat juga disket tidak boleh dibuka, mungkin ada virus, ini menyebabkan KUTV terpaksa menaip semula maklumat tersebut.

Untuk makluman semua,
Tuan PPDHS dalam mesyuarat JK induk data daerah Hulu Selangor, telah menyatakan hasratnya ntuk melihat semua sekolah membiasakan diri berhubung atau menghantar maklumat menggunakan email. Banyak masalah dapat diselesaikan jika kita sama-sama menggunakannya.

KUTV berharap semua pentadbir dapat membuka akaun email masing-masing. Jika masih tidak mempunyai kemampuan pada peringkat awal ini, gunakanlah email sesiapa sahaja di sekolah untuk menghantar maklumat. Ini sebagai langkah awal atau langkah pertama sebelum semuanya biasa dengan teknologi ICT ini, bagi mereka yang masih belum bermula.

Bagi mereka yang telah mempunyai kemahiran, berilah bantuan kepada semua pentadbir di sekolah masing-masing.

Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
28.01.2007
09 Muharam 1428.

khb ert tahun 2007

PELAKSANA KHB ERT TAHUN 2007 DI HULU SELANGOR

Panitia KHB ERT akan mempunyai ahli baru pada tahun 2007. Mungkin ada pertambahan sekolah yang menawarkan subjek ini.

Sekolah-sekolah yang menawarkan subjek ini di sekolah ialah:

1. SMK Kuala Kubu Bharu, mempunyai kelas tingkatan 1, 2 dan 3.
2. SMK Kg. Soeharto, mempunyai kelas tingkatan 1 dan 2 sahaja.
3. SMk Sg. Choh mempunyai kelas tingkatan 1, 2 dan 3.
4. SMK Kalumpang, mempunyai kelas tingkatan 1, 2 dan 3.
5. SMK Gedangsa mempunyai kelas tingkatan 1, 2 dan 3.
6. SMK Bukit Sentosa mempunyai kelas tingkatan 1,2 dan 3.
7. SM Sains Hulu Selangor mempunyai kelas tingkatan 1, 2 dan 3.
8. SMK Ampang Pecah mempunyai kelas tingkatan 1, 2 dan 3.
9. SMK Bdr. Baru Btg. Kali mempunyai kelas tingkatan 1, 2 dan 3.
10. SMK Bdr. Sg. Buaya mempunyai kelas tingkatan 1, 2 dan 3.
11. SMK taman Bunga raya mempunyai kelas tingkatan 1, 2 dan 3.
12. SMK Syed Mashor mempunyai kelas tingkatan 1 sahaja.
13. SMK Dato Hj. Kamaruddin mempunyai kelas tingkatan 1, 2 dan 3.
14. SMK Serendah mempunyai kelas tingkatan 1, 2 dan 3.
15. SMA Tinggi Kuala Kubu Bharu mempunyai kelas tingkatan 1, 2 dan 3.

Sekolah yang tidak menawarkan sama sekali subjek ini ialah SM Agama Sg. Selisek.

Sekolah yang pertama kali akan memiliki calon subjek ini dalam PMR ialah SMK Taman Bunga Raya (1) sementara SMK Kg. Soeharto, tidak memiliki calon PMRnya pada tahun ini tetapi akan berada semula dalam PMR 2008.

SMA Tinggi Kuala Kubu Bharu, menjadi ahli panitia ini buat pertama kalinya. Selamat memberikan sumbangan dan berkongsi pengalaman dan maklumat dengan sekolah-sekolah yang lain.

Disedakan oleh:
KUTV PPDHS
28.01.2007
09 Muharam 1428.