PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK

27 February 2009

KURSUS PEMBUGARAN PATS,HC-SAP SELANGOR

Assalamualaikum....
Pada masa sekarang dari 26 - 28 Februari 2009, sedang berlangsung kursus ini di Hotel Putra, Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur.

Daerah Hulu Selangor diwakili oleh 5 orang guru dan PPD diwakili oleh penyelia j-QAF dan Penolong PPD Pengurusan Akademik sendiri.

Ucaputama dalam kursus ini telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah, Dr Zahri bin Aziz pada pagi 26.02.2009. Turut hadir dalam majlis ialah Timbalan Pengarah Pelajaran, Tn Hj Bajuri bin Abdullah.

Slot-slot dalam kursus ini disampaikan oleh :
1. Pn Nurul Aini bt Ambak - Pengetua Cemerlang SMK Sultan Abd Samad, Petaling Jaya, taklimat Headcount dan SAP.
2. Tn Hj Zainal b Sudin, Guru Cemerlang Jusa C (SMK Kuala Kubu Bharu), perkongsian pelaksanaan PATS di sekolah.
3. En Mohd Aris bin Muis, aplikasi SAP (Sistem Analisis Peperiksaan)

Kita berharap semua wakil daerah Hulu Selangor, dapat memastikan segala kemahiran diperolehi dengan baik untuk disampaikan di peringkat daerah.

25 February 2009

LATIHAN EDUWEBTV KUMPULAN KEDUA DI SMK KUALA KUBU BHARU

Assalamualaikum....
Hari ini, 25 Februari 2009, saya ingin membuat sedikit catatan tentang Latihan EduwebTV di Hulu Selangor. Latihan berlangsung di Makmal Komputer Bestari di SMK Kuala Kubu Bharu. Kumpulan Pertama yang menjalani latihan pada 23-24 Februari 2009. Tahniah kepada semua sekolah yang telah menghantar Guru Media atau guru-guru lain untuk hadir dalam kursus ini. Seramai 22 orang guru berjaya hadir pada kumpulan pertama. Tahniah. Kumpulan kedua yang bermula pada hari ini, 25.02.2009 dan dijangka selesai pada 26.02.2009 juga memenuhi kedatangan seramai 21 orang.

Setakat 2 kumpulan ini peratus kehadiran masih 100%. Semoga kumpulan ketiga pada 10-11 Mac 2009 nanti dapat memenuhkan kehadiran 21 orang (100%). Jika ini terjadi bererti lengkap 64 buah sekolah menghantar wakil dalam kursus ini. Catatan ini tentu akan mencatatkan kehadiran 100%. InsyaAllah.

Semoga semua sekolah yang dijadualkan hadir pada 10-11 Mac 2009, diharap memastikan kehadiran guru mereka dalam kursus ini. Sila rujuk surat yang telah diedarkan ke semua sekolah yang berkaitan.

Kerjasama semua sekolah dalam program KPM ini diucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

21 February 2009

KURSUS/ LATIHAN UDUWEBTV PERINGKAT DAERAH

Assalamualaikum......
Kursus EduwebTV tajaan KPM akan diadakan peringkat daerah hulu Selangor di SMK Kuala Kubu Bharu pada tarikh-tarikh berikut:

1. 23-24 Februari 2009.
2. 25-26 Februari 2009.
3. 10-11 Mac 2009.

Sila lapor diri sebelum pukul 8.00 pagi bagi setiap tarikh, hari pertama latihan yang ditetapkan

Surat panggilan untuk peserta telah dikeluarkan kepada semua Guru media / Guru Perpustakaan. Harap pastikan guru media hadir pada tarikh-tarikh yang telah ditetapkan. Sebarang pertanyaan sila hubungi saya terus di PPD Hulu Selangor.

19 February 2009

PEMANTAUAN ANUGERAH LONJAKAN SAUJANA (ALS) SPM DI SMK BANDAR SG BUAYA

Assalamualaikum

Pada hari ini, Khamis 19 Februari saya sempat hadir ke SMK Bandar Sungai Buaya atas urusan pemantauan ALS SPM. Walaupun Pn pengetua tiada di sekolah kerana menghadiri mesyuarat, kehadiran saya disambut oleh PK Kurikulum dan PK Kokurikulum.

Pihak sekolah telah mula menyiapkan dokumen-dokumen yang perlu semasa pemantauan peringkat negeri pada bulan Mac 2008. Ada beberapa perkara yang perlu disediakan lagi selepas berbincang dengan mereka berdua, antaranya ialah perancangan strategik.

Semoga pihak sekolah dapat bersedia dengan baik terhadap Anugerah ini.

14 February 2009

TERIMA KASIH ATAS TEGURAN DAN CADANGAN TUAN-TUAN

Assalamualaikum...
Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih terhadap pengunjung blog saya ini. Terima kasih di atas teguran yang diberi. Kadang kala kita tidak sedar kesilapan yang kita buat, terutama dalam masa saya menaipkan maklumat. Ejaan juga silap di sana sini.

Walaubagaimanapun teguran itu semua akan menguatkan semangat dan membuat kita berusaha dan berhati-hari pada masa akan datang.

Pada ruangan seperi ini dengan kemampuan yang terhad, saya cuba memberikan maklumat yang setakat yang termampu. Jumpa lagi.

MAJLIS INTERAKTIF BERSAMA IBUBAPA PELAJAR KELAS RANCANGAN KHAS

Assalamualaikum....
Pada hari ini, Sabtu, 14 Februari 2009, mulai 8.30 pagi satu majlis Interaktif ini telah dijalankan di SMK Bukit Sentosa. Saya telah dijemput untuk hadir sama untuk memberikan ucapan dan merasmikan perjumpaan ini.

Tahniah kepada pihak sekolah kerana berjaya mengaturkan majlis perjumpaan ini, walaupun tanpa Pengetua, yang baru bersara. Namun pemangku Pengetua, Penolong Kanan, Pn Zarina bt Abdul Rahman bersama guru-guru sekolah ini telah berjaya mengurus dan menganjurkan majlis ini dengan baik. Tahniah sekali lagi.

Bagi ibu bapa yang hadir, tahniah juga saya ucapkan kerana dengan keprihatinan tuan-tuan akan memastikan anak masing-masing, setidak-tidaknya anak bangsa kita ini akan berjaya dengan baik dan cemerlang. Semoga KRK 2009, pelajar PMR tahun ini akan mendapat keputusan yang baik tahun inil

12 February 2009

TAKLIMAT SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JPN SELANGOR

Hari ini, 12 Februari 2009 selesailah program "Taklimat Sektor Pengurusan Akademik JPN Selangor bersama Pengetua dan Guru Besar daerah Hulu Selangor dan Gombak di SMK Taman Bunga Raya.

Taklimat pada hari ini disampaikan oleh Pn Haim bt Ibrahim, Ketua Sektor Pengurusan Akademik, JPN Selangor. Taklimat diikuti dengan Taklimat Kewangan (En zainuddin JPN Selangor), Tn Hj Abdul Latif bin Aziz (KPP Bahasa Melayu), Pn Norfaridah (KPP Bahasa Inggeris), En Azhar bin Ariffin (PP Sains Kemanusiaan),En Ismail bin Abdullah (PP Teknik dan Vokasional), Tn Hj Ishak bin Jazuly (Penyelia ICT Pengkomputeran),dan Tn Hj Zainal Sudin (YDP Majlis Guru Cemerlang Selangor)

Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pegawai dan personal yang menyampaikan maklumat. Terima kasih juga kepada Pengetua dan guru-guru dan warga SMK Taman Bunga Raya (1) kerana sudi menjadi tuan rumah. Terima kasih kepada rakan-rakan di Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor kerana menjadi urusetia dalam majlis ini.

Tidak lupa kepada semua Pengetua dan Guru Besar dari daerah Hulu Selangor dan Gombak kerana menghadirkan diri dalam majlis ini. Saya mewakili semua warga PPD Hulu Selangor, selaku urusetia taklimat ini dan pihak tuan rumah (SMK Taman Bunga Raya (1), ingin merakamkan ribuan terima kasih atas segala sokongan. Minta maaf jika terdapat segala kekurangan sepanjang kami menjadi urusetia. Itu sahaja yang dapat kami lakukan, dalam segala kekurangan yang ada di daerah ini.

11 February 2009

SELAMAT DATANG KE SMK TAMAN BUNGA RAYA (1)

Assalamualaikum......

Selamat datang ke SMK Taman Bunga Raya terutama bagi Pengetua dan Guru Besar daerah Gombak yang mungkin tidak pernah sampai lagi ke sekolah ini. Bagi Pengetua dan Guru Besar daerah Hulu Selangor mungkin sudah pernah dan biasa dengan lokasi ini.

Bagi yang menggunakan tol Bukit Beruntung, selepas melalui pintu tol tuan-tuan dan puan-puan membelok ke kiri. Teruskan perjalanan hingga sampai ke simpang jalan. Dari simpang ini terus membelok ke kiri. Teruskan perjalanan sehingga sampai ke kawasan perumahan dan membelok ke kanan. Selepas itu akan sampai ke kawasan sekolah.

bagi yang datang menggunakan jalan dari pekan Rawang, teruskan perjalanan mengarah ke utara mengguna Jalan Perseketuan 1, sehingga lampu isyarat simpang di Sungai Choh, membelok ke kiri, jalan menuju Sungai Buaya dan Bukit Sentosa. Teruskan perjalanan hingga ke Bukit Sentosa, jangan menyimpang ke arah lain. Teruskan perjalanan melepasi Bukit Sentosa hingga simpang tol Bukit Beruntung. Teruskan perjalanan seperti dinyatakan dalam keterangan awal, jangan ambil jalan ke tol. Peta ke sekolah ini boleh dilihat pada link berikut:

TERIMA KASIH KERANA DATA TEKNIK DAN VOKASIONAL

Assalamualaikum....

Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Pengetua Daerah Hulu Selangor kerana memberikan kerjasama kepada saya sehingga selesai mengumpulkan data pelajar mengambil mata pelajaran Teknik dan Vokasional.

Semoga kerjasama ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.

10 February 2009

PERJUMPAAN SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JPNS BERSAMA PENGETUA DAN GURU BESAR DAERAH HULU SELANGOR DAN GOMBAK

Assalamualaikum......

Pada 12 Februari 2009, Ketua Sektor Pe4ngurusan Akademik (KSPA) dan pegawai-pegawai Akademik Jabatan Pelajaran Selangor akan mengadakan perjumpaan dengan Pengetua dan Guru Besar daerah Hulu Selangor dan Gombak.

Perjumpaan ini akan dijalankan di SMK Taman Bunga Raya (1), Bukit Beruntung. Pendaftaran akan bermula pada 7.30 pagi hingga 8.20 pagi. Majlis akan bermula pada pukul 8:30 pagi.

Semoga perjumpaan ini akan meningkatkan kemahiran pengurusan Akademik di sekolah. Semoga tuan-tuan dan puan-puan dapat turut serta.

08 February 2009

PERINGATAN KEDUA TENTANG MAKLUMAT (DATA) MURID TEKNIK & VOKASIONAL

Assalamualaikum....

Kepada SMK Gedangsa, saya berharap dapat menghantar data tentang murid Teknik dan Vokasional ini ke PPD Hulu Selangor dengan segera. Sehingga hari ini hanya SMK Gedangsa masih belum menghantar data berkaitan. Semoga makluman ini dapat diambil tindakan segera.

Setidak-tidaknya semasa mesyuarat Ketua Bidang pada 17 Februari 2009 maklumat ini dapat diserahkan. Bagi sekolah lain, terima kasih kerana telah menghantarnya. Bagi SMK Gedangsa jika sehingga 17 Februari 2009 tidak dihantar, maklumat ini telah tertangguh hampir 1 bulan daripada tarikh yang sepatutnya.

Semoga pengumpulan data murid ini dapat dibereskan dengan segera.

07 February 2009

MESYUARAT AGUNG PIBG SMK AMPANG PECAH

Assalamualaikum.....

Pada hari ini, 07 Februari 2009 (Sabtu) SMK Ampang Pecah telah menjalankan program mesyuarat agung PIBG Kali ke-8 mereka.

Saya turut hadir dalam majlis ini mewakili Tn PPD, Tn Hj Suhaimi bin Rashid yang mempunyai kominment lain yang lebih penting.

Majlis pada pagi ini dumulai dengan ceramah Motivasi untuk ibu bapa yang hadir. Majlis ini dimuatkan dengan persembahan para pelajar sekolah. Majlis diteruskan dengan ucapan Pn Pengetua, Ucapan YSP PIBG SMK Ampang Pecah. Selepas itu saya berkesempatan menyampaikan ucapan dan merasmikan mesyuarat PIBG kali ke - 8 ini.

Selepas ucapan mesyuarat PIBG diteruskan oleh YDP. Saya hanya sempat bersama setakat itu sahaja.

Saya berharap PIBG dapat membantu perkembangan pendidikan di peringkat sekolah ini.

06 February 2009

TAKLIMAT PENGURUSAN PAKEJ DAN ELAUN

Assalamualaikum........

Pada 4-6 Februari 2009, Bahagian Kewangan Kementerian Pelajaran Malaysia, telah mengadakan taklimat tentang pengurusan pakej kepada pegawai-pegawai di Pejabat Pelajaran Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan termasuk dari PPD ketiga-tiga negeri ini. Pada masa yang sama beberapa organisasi di negeri ini turut dipanggil seperti IPG-IPG, BTPN dan Kolej Metrikulasi.

Banyak input disampaikan tentang pengurusan pakej dan peerkara elaun yang boleh dituntut, Saya merasakan dengan taklimat ini akan memantapkan lagi proses penyediaan dokumen untuk permohonan menyediakan mesyuarat dan kursus secara pakej.

02 February 2009

DATA PELAJAR MENGAMBIL MATA PELAJARAN TEKNIK DAN VOKASIONAL 2009

Assalamualaikum....

Hari ini 02 Februari. Sudah sebulan berlalu tahun 2009 ini. Pertama-tamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak SMK Bandar Baru batang Kali kerana menghantar data ini kepada saya melalui faksimili pada hari ini. Ini bermakna masih terdapat dua buah sekolah masih belum menghantar data ini. Harap dapat disegerakan. Sekolah tersebut ialah:
1. SMK Gedangsa.
2. SM Sains Hulu Selangor.

Ini peringatan kali kedua saya tentang maklumat ini. Harap dapat disegerakan.

01 February 2009

ICT/TM DAN ICTL DI SEKOLAH MENENGAH

Assalamualaikum....
Hari ini 01 Februari 2009. Pada kali ini saya ingin merakamkan tentan mata pelajaran dan program ICTL di sekolah menengah daerah Hulu Selangor pada tahun 2009.

Mula-mula, mata pelajaran TM yang ditawarkan di sekolah. Hanya terdapat 4 buah sekolah yang menawarkan mata pelajaran ini:
1. SMK Kuala Kubu Bharu.
2. SMK Dato Hj Kamaruddin.
3. SMK Sungai Choh.
4. SMK Syed Mashor.

Setiap sekolah hanya menawarkan satu kelas sahaja untuk tingkatan 4 dan satu kelas tingkatan 5. Bagi sekolah lain yang mahu menawarkan mata pelajaran ini sila buat permohonan rasmi ke Unit ICT dan Pengkomputeran, Sektor Akademik, Jabatan Pelajaran Selangor melalui PPD Hulu Selangor.

Program ICT, mesti dijalankan di sekolah yang mempunyai kemudahan makmal komputer KPM. Sila lihat Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 7/2007 tentang pelaksanaannya. Hanya dilaksanakan untuk tingkatan 1 dan 2 sahaja.

Ini bermakna daerah Hulu Selangor mempunyai 14 buah sekolah yang mesti melaksanakannya. Sekolah tersebut ialah 13 buah sekolah (SMK) dan 1 buah SBP (SM Sains Hulu Selangor), sementara 2 buah sekolah SABK tidak dapat melaksanakan program ini kerana tidak mempunyai kemudahan makmal komputer.

Kita berharap mata pelajaran dan program ICT ini dapat dilaksanakan dengan baik bagi semua sekolah pelaksananya.

PERINGATAN TENTANG DATA MURID TEKNIK DAN VOKASIONAL

Assalamulaikum.........

Pada hari ini saya ingin mengingatkan kembali pihak sekolah yang masih belum menghantar data murid yang mengambil mata pelajaran bidang Teknik dan Vokasional. Sehingga kenyataan ini saya tulis, terdapat 3 buah sekolah lagi yang masih belum menghantar data berkaitan iaitu:

1. SMK Gedangsa.
2. SMK Bandar Baru Btg Kali.
3. SM Sains Hulu Selangor.

Saya berharap, data ini dapat dihantar dengan segera.